Rupa -rupamya JUTAWAN


Nizar denies being a puppet of DAP cousins

IPOH, March 13 — Former mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin has accused ex-PKR men Mohd Osman Mohd Jailu and Jamaluddin Mohd Radzi of being underperforming exco members during his reign.

He also denied his administration had been dominated by DAP.

In rebutting accusations made by Mohd Osman that both the DAP and Pas had dominated all decisions made in the state executive council, Nizar said:

“They were underperforming. In fact, you could even say that their performances did not exist at all.

“They had many duties in their portfolios which they failed to carry out. You could ask the ex-officios — they know of this,” he said after visiting the site of the damaged “democracy tree” plaque here this morning.

Nizar added that all the decisions that were passed through the council had been made “collectively” and not just by one party or one individual.

“As I said, our ex-officios, including the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer, are also present at the meetings to give us their advice on matters pertaining to their respective duties.

“They know that whatever decisions we made, were made collectively. Hence, when Mohd Osman and Jamaluddin were a part of the Pakatan Rakyat, all decisions made were also agreed on by them,” he said.

Nizar also rubbished claims that the Ngeh-Nga cousins, namely DAP’s Datuk Ngeh Koo Ham and Nga Kor Ming, both former exco members, had been forcing their views upon the others during the council meetings.

“It is Umno which has twisted and distorted things. They have shifted the blame to the DAP, claiming that it has been the DAP that has been dictating all the decisions of the state government. This is not true,” he said.

As an example, Nizar said that the decision to administer freehold titles to the new and planned villages in the state had been a part of the Pas and PKR election manifesto and not the DAP.

“But when we formed the government under Pakatan Rakyat, the DAP too agreed with that decision. It was not their manifesto to begin with,” he said.

On Mohd Osman’s challenge for him (Nizar) to openly declare if he did not have any personal gain in any of the council decisions, Nizar said:

“We welcome all questions on this matter. In fact, we could have gained more when we were professional businessmen — before we became state representatives.

“I was a millionaire before this, when I was a professional engineer. You can check my bank account.

“I drove eight cars — three were Mercedes Benzs and I had a BMW too.”

Nizar added that after he became the Mentri Besar, his salary barely touched RM15,000 a month.

“Before this, I could have earned at least RM40,000 a month. Plus, I only spent a few hours in the office once a week.

“As Menteri Besar, I worked from 7am to about 2am. But we were willing to relinquish all these pleasures of life because this is not what life is all about,” he said.

Komen Taipingmali;

Tahniah kepada Nizar kerana berjaya menjadi jutawan, Bersyukurlah atak kurniaan Allah kepada beliau. Nizar berjaya menjadi jutawan adalah kejayaan dasar 30% pegangan ekuiti bumiputera. Nizar juga berjaya dalam pendidikan kerana sistem pendidikan yang betul. Nizar boleh menjadi imam, boleh membaca khutbah dan boleh menyampaikan ceramah agama dengan baik kerana negara ini adalah sebuah negara Islam yang memertabatkan syariat Islam. Rakyat bebas mengamalkan amalan dan mengerjakan suruhan Allah tanpa halangan,Apa lagi yang Nizar tidak puas hati?

Peliknya semasa lewat mengosongkan rumah rasmi MB , Pas menyatakan Nizar bukan ada rumah, dia bukan kaya, bagi lah masa untuk dia mencari rumah. Sekarang nampak dah,,,,,Nizar cakap lain, Pas cakap lain,

Mengenai komen Nizar terhadap dua exco Pkr , jelas menunjukkan sikap Nizar yang sombong dan bongkak. Nizar kena faham, kedua-dua exco tersebut jika dibandingkan dengan Nizar ibarat langit dengan bumi. Nizar kena bantu dan bagi ilmu kepada mereka berdua. Baru lah wujud istilah “kepimpinan melalui teladan”

Sikap Nizar membenci dua adun Behrang dan Changkat Jering juga menunjukkan Nizar dan Ngeh memang tidak senang dengan PKR. Nizar mungkin sudah diracun mindanya oleh Ngeh. Ngeh memang berkuasa di Perak, akan tetapi dia terpaksa akur dengan kehendak Sultan supaya Nizar menjadi MB,

Ngeh tidak mampu membantah titah Sultan (walaupun pada awal lagi Karpal dan Lim sekeluarga sudah cuba untuk menderhaka kepada Sultan Perak ) maka Ngeh terpaksa mengawal Nizar dan Pas. Sehinggakan kunjungan Nizar ke Kelantan pun Ngeh telah mengarahkan Speaker Sivakkumar turut serta dalam lawatan tersebut.

Apa yang Adil dalam Parti KeADILan Rakyat.???


Matlamat Dan Asas Perjuangan Politik PDF Emel

Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Matlamat dan asas perjuangan politik kami termaktub di dalam 17 perkara di bawah :

  1. Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu;

  2. Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat;
  3. Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang, media dan kehakiman yang bebas serta institusi keselamatan yang mendaulatkan prinsip-pinsip professionalisme;
  4. Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua;
  5. Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk meperkembangkan peranan agama dan nilai-nila sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhak, kemanusiaan dan kemuliaan insan;
  6. Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sambil menjamin hak semua warganegara mengguna, mempelajari dan dididik dalam bahasa-bahasa lain; dan menyemai pembangunan kebudayaan dan kesenian Islam berasaskan unsur-unsur penting warisan kebudayaan yang ada di negara ini;
  7. Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil, bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan;
  8. Memperkasakan kemuliaan insan, nilai-nilai keinsanan dan budaya penyayang, mendaulatkan hak asasi manusia, dengan komitmen teguh terhadap prinsip kewibawaan dan akauntabiliti dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan pentadbiran;
  9. Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik, yang mementingkan pertumbuhan dan juga pengagihan yang saksama, yang bebas daripada ketidakadilan, yang tidak bertepatan dan pembaziran, sambil mengatasi kemiskinan dan mencegah kekayaan tertumpu pada satu-satu pihak;
  10. Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir, dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, ke arah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional;
  11. Memberikan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan kenderaan awam pada kos berpatutan sesuai dengan tanggungjawab sosial kerajaan, terutamanya buat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana;
  12. Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja, gaji yang saksama, keselamatan di tempat kerja dan kualiti kehidupan untuk semua;
  13. Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat, menyemai dan melindungi hak-hak dan kepentingan mereka dan menjamin yang mereka dapat menikmati status sama rata dan tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi;
  14. Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka dan menjamin penglibatan bermakna belia dalam segala lapangan kehidupan;
  15. Membaiki mutu kehidupan Orang Asal sambil menghormati adat resam mereka, melaksanakan program pembangunan yang sesuai menerusi perundingan dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat mereka;
  16. Melindungi alam sekitar daripada kerosakan, mengelakkan pencemaran sambil meningkatkan kualiti alam sekitar dan memastikan pembangunan bersifat lestari;
  17. Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretika, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan umat manusia, dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia.

Erti Keadilan (klik)



KONSEP ADIL DALAM AL-QURAN

Diarsipkan di bawah: Uncategorized — riwayat @

Oleh: Riwayat blog

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil,”(QS. Al-Mumtahanah: 8). Berbuat adil adalah sifat mulia yang disukai oleh Allah, Secara konsep keadilah adalah memberikan hak kepada pemiliknya tanpa memihak, tanpa diskriminasi, kemudian meletakkan sesuatu sesuai porsinya. Secara konsep definisi keadilan begitu enak dibaca dan didengar, pertanyaannya adalah apakah keadilan sudah terwujud dalam kehidupan kita? Banyak orang secara konsep mengetahui dan menguasai, bahkan semua yang berhubungan dengan keadilah ia tahu, tetapi dalam tataran kehidupan ia belum mampu mengejawantahkannya. Yang mengatahui konsep keadilan belum mampu menjalankan, apalagi yang buta masalah hokum tentu akan makin jauh dari sikap adil?

Memang, permasalahan muncul bukan pada tataran pemahaman adil secara konsep, melainkan merujuk kepada aspek aplikasi, terkadang seseorang secara konsep paham dan hafal apa itu keadilan, tetapi perbuatannya jauh dari sikap adil itu sendiri. Kenapa hal ini terjadi? kemungkinan kesengajaan, merasa berat untuk berbuat adil.

Atau, tidak berlaku adil karena terpaksa, atau terpaksa berpura-pura masa bodoh terhadap tegaknya suatu keadilan? Terkadang, demi keuntungan pribadi, kelompok, kita rela mengadaikan keadilan, kita rela menzalimi orang lain, bahkan dengan bengis dan tanpa perasaan kita korbankan nyawa orang lain untuk menyembunyikan kebusukan kita, orang yang berusaha berjuang demi keadilan kita bungkam dan kita kebiri.

Tidak itu saja, karena kedengkian dan kebencian kepada suatu kaum atau golongan tertentu membuat seseorang tidak berlaku adil. Ironinya kita sendiri sebagai aparat penegak keadilan, penegak hokum, kita bukan menjadi panutan dalam menegakkan hokum, contoh dalam memancangkan keadilan di bumi ini, malah sebaliknya kita sendiri yang menghianati dan memberangus keadilan di tengah masyarakat, padahal kita di perintahkan oleh Allah untuk berlaku adil dan menjadi saksi yang adil.

Meskipun demikian, kebencian di hati hendaknya tidak membuat kita tidak berlaku adil, di sisi lain, kita tidak dibenarkan menghianati keadilan, bila kita mampu menegakkan keadilan, mampu menjadi saksi yang adil, maka menegakkan keadilan adalah suatu pilihan meskipun pahit,”Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan,” (QS. Al-Maidah: 8).

Terkadang, kita sedih melihat aparat penegak hokum kita, hanya demi keuntungan sedikit, mereka rela menjual hokum, menjual keadilah, membenamkan keadilan dan mengorbankan orang lain demi keuntungan pribadi. Seperti saling suap dan menyuap agar terbebas dari jeratan hokum, padahal penyuap dan penerima suap sama-sama masuk neraka,”orang yang menyuap dan menerima suap sama-sama masuk neraka,”(HR. Bukhari). Dalam hadis yang lain, Nabi Saw. mengatakan bahwa Allah melaknat orang yang menyuap dan meneriam suap,”laknat Allah itu atas orang yang menyuap dan yang menerima suap,”(HR. Al-Khamsah).

Konsep keadilan dalam Al-Quran dan hadis memp[osisikan diri secara jelas tanpa kompromi dan diskriminasi, kita diperintahkan semaksimal mungkin untuk selalu obyektif terhadap keputusan yang akan diambil. Menghindari sikap sentimen kesukuan, kebencian dalam memutuskan suatu perkara sehingga dapat bersikap adil, apabila seseorang berlaku adil maka ia akan lebih dekat kepada kebajikan yang sempurna, sebaliknya jika tidak berlaku adil maka kebajikan akan makin jauh dari kehidupan kita.

Namun, banyak orang merasa tidak mendapatkan keadilah hokum dinegeri ini, walaupun banyak pengadilan, tetapi keadilan masih langka, keadilan masih seperti barang langka yang susah untuk dicari, ada juga yang mengatakan hokum dapat dibeli, siapa yang banyak memberi ujang dialah yang akan mendapat keadilan menurut keinginannya sendiri, sesuai versinya sendiri, keadilan hanya menjadi komodititas bisnis dan mesin penghasil uang.

Adil adalah perintah Allah Swt. “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan,” (QS. An-Nahl: 90). Meskipun berbuat adil bagian dari perintah Allah, tetapi banyak di antara manusia yang mengabaikan berbuat adil, mereka berkecenderungan berbuat kecurangan, kezaliman, kelaliman demi keuntungan pribadi, kelompok, dan golongan tertentu, bahkan demi etnis tertentu. Padahal Allah mengancam bagi para pembelot dari kebenaran dan keadilan dengan ancaman neraka,”Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenran maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahanam,”(QS. Al-Jin: 15).

Perlu kiranya kita membuka kembali sejarah kehidupan Rasulullah Saw. Ibnu Ishaq menceritakan,” Rasulullah Saw. Telah berlaku adil pada beberapa barisan sahabat di Hari Badar. Beliau memegang sebuah gelas untuk berlaku adil di antara kaum, kemudian lewat di depan sawad bin Ghazyah [sekutu Bani Adi Bin najar yang keluar dari barisan]. Beliau memukul perut Sawad dengan gelas itu dan berkata,’Luruskan, ya Sawad!’ Setelah itu, Sawad berkata,’Ya Rasulullah, saya sakit oleh Engkau, sedang Allah telah mengutu Engkau dengan hak dan adil, maka biarkanlah saya marah, kemudian membalas perbuatan Engkau-Rasul Saw. Membuka perutnya dan berkata,’Balaslah (aku)!’ Maka Sawd memeluk rasulullah Saw. Lalu mencium perutnya maka beliau bertanya kepada Sawad,’Apa yang membuatmu seperti ini, ya Sawad?’ Ia menjawab,’Ya Rasulullah, sebagaimana Engkau lihat, saya ingin menjadikan pertemuan terakhir dengan Engkau ini, kulit saya bersentuhan dengan kulit Engkau.’ Maka Rasulullah mendoakan kebaikan bagi Sawad.” (Sirah Ibnu Hisyam, 2:456).

Suatu saat, Makhzumiyah mencuri, kemudian dibela oleh Usamah bin Zaid agar bebas dari hukuman potong tangan. Ketika Rasulullah Saw. mengetahui peristiwa tersebut, Rasulullah marah dan berkhotbah,”Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian telah binasa. Jika orang yang terhormat yang mencuri, mereka membiarkannya, sedangkan bila yang mencuri orang lemah mereka tegakkan hokum kepadanya. Demi Allah, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, niscaya aku potong tangannya,”(HR. Muslim).

Sebagai seorang Rasul Allah, Nabi Muhammad Saw. memberi contoh bagaimana berbuat adil, Beliau melindungi sahabatnya agar tidak terpukul, melindungi darah agar tidak tercecer, melindungi harta mereka agar tidak dijarah, melindungi kehormatan agar tidak dilecehkan, diambil, melindungi hak-hak mereka agar tidak dirampas. Contoh-contoh tersebut hendaknya menjadikan kita lebih dekat kepada sikap untuk konsekuen di jalan keadilan.

Di antara bidang keadilan yang dapat kita temui dalam Al-Quran adalah sebagai berikut sebagai berikut:

Pertama, adil terhadap diri sendiri, dengan cara tidak berbuat yang menjerumuskan diri mendapat azab Allah.”Dan barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri,”(QS. Ath-Thalaq: 1). Padahal kezaliman adalah suatu perbuatan yang bertentangan dengan keadilan. Nabi Ibrahim As dan Hawa berbuat zalim terhadap dirinya, mereka berdua mengakui kalau diri mereka telah berbuat zalim.”Mereka berdua berkata,”Ya Rabb kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,”(QS. Al-araf: 23). Sebenarnya ketika kita berbuat zalim terhadap diri sendiri, maka sikap zalim kita tersebut termasuk perbuatan tidak adil.

Kedua, adil dalam keluarga, laki-laki menikah lebih dari satu, syarat yang harus dipenuhi adalah sikap adil terhadap mereka, jika sikap adil tidak terpenuhi maka menurut konsep Al-quran, lebih baik menikahi seorang istri saja (QS. An-Nisa: 3). Dalam berkeluarga, beristri keadilan juga menjadi acuan, terutama bila seseorang ingin berpoligami, dalam memberi nafkah keluarga dan anak-anak kita-pun dituntut untuk berlaku adil..

Ketiga, adil terhadap anak yatim.”Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi,”(QS. An-Nisa: 3). Ketika kita dekat dengan anak yatim atau bahkan mengurus kepentingan anak yatim di situ godaan untuk menghianati harta dan amanh-amanah orang lain untuk anak yatim terbuka lebar, untuk Allah berpesan kepada kita agar berhati-hati dan selalu ÿÿngutamakan keadilan dfalam mengurus anak yatim.

Keempat, adil terhadap ahli kitab, Ketika para ahli kitab dalam keraguan, kita sebagai umat Islam disuruh oleh Allah untuk menyeru mereka, dan kita disuruh untuk mengatakan beriman pada semua kitab-kitab Allah dan berlaku adil terhadap mereka.(QS. Asy-Syura: 14-15). Kita juga tidak dilarang untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap mereka yang tidak memerangi kita (QS. Al-Mumtahanah: 8). Meskipun kita berbeda dalam keyakinan dengan mereka, tetapi semua itu tidak menyurutkan kita untuk tidak berlaku adil, sebab berlaku adil kepada mereka adalah perintah Allah yang wajib kita laksanakan, memang akan terasa berat untuk melakukannya, tetapi disitulah letak perjuangan kita dalam menegakkan keadilan.

Kelima, adil dalam transaksi perdagangan.”Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil,”(QS. Al-An-am: 152). Terkadang kita meremehkan tentang keadilan dalam menakar dan menimbang, padahal Allah menyuruh kita untuk berlaku adil terhadap hal tersebut. Banyak masyarakat kita terutama yang berdagang dan sering mengguanakan alat Bantu berupa timbangan, mereka sering tergoda untuk mengambil keuntungan dengan mengurangi timbangan dan takaran. Bahkan demi keuntungan yang sedikit kita rela mengorbankan konsumen dengan mengurangi kualitas dan takaran, padahal perbuatan itu dilartang oleh agama kita.

Keenam, adil dalam memutuskan perkara,”Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang, maka damaikanlah keduannya…dengan (keputusanyang ) adil. Dan berlaku adillah sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil,”(QS.Al-Hujarat: 9). Ketujuh, Adil dalam hokum.”Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil,”(QS. Al-Maidah: 42). Allahu a’lam bisawwab.

Siapa Lawan Ismail Safian di P059


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon BN. Nampaknya beliau telah diterima baik oleh seluruh jentera pilihanraya sebaik sahaja nama beliau disebut secara rasmi oleh TPM semalam. Kepada nama yang tidak naik jangan bersedih, masih ada ruang untuk anda. cuma kena tunggu di lain masa.

Nah, Pakatan Rakyat pula siapa calonnya, Sudah tentu kerusi ini milik Pas. Adakah Nizar penderhaka akan bertanding atau Ahmad Awang yang muflis? ( dah selesai kut, 11 bulan tak kan Nizar tak bagi kawasan balak kat dia) atau seorang lagi ustaz kuat fitnah orang Idris Ahmad? Siapa??? kita tunggu sahaja.

Adakah BN akan menang tanpa bertanding? Kita tunggu sahaja, Kemungkinan tu ada,

Ribuan penyokong BN telah mula berhimpun di Padang Taman Kota Jaya seawal 9 pagi. Program yang hanya dirancang dalam tempoh 24 berjaya menarik ribuan penyokong walaupun jemputan dipanjangkan melalui sms sahaja, pihak pembangkang juga dilihat ramai yang hadir.

Lebih menarik lagi ialah bendera Pas dan Pkr turut direntang besar-besaran untuk menyambut ketibaan TPM. Saya melihat ini dari sudut positif. Ia merupakan petanda baik bahawa Pas dan Pkr akan bersatu bersama BN.

5 hina sultan di dakwa


5 didakwa hina Sultan

Chan Hon Keong, 26, dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, http://www.sultanperak.gov.my. di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

RUTININ Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu http://www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.

Berita lanjut, sila rujuk pada ruangan Mahkamah.

Ulasan Taipingmali;

Selepas selesai kes ini eloklah kelima-lima mereka menfailkan saman terhadap
pemimpin Pakatan Rakyat kerana , pemimpin mereka telah menghasut dan memperdaya mereka. Saman Karpal, Anwar dan Hadi, kerana mereka lah anda berlima terpedaya dan sanggup menghina Sultan Perak. Elok lah failkan saman tu seperti perokok yang saman syarikat rokok kerana memperdaya perokok.

Aziz Bari Yang Di Puja, Hingga menjadi Merak Buih


http://www.youtube-nocookie.com/v/fmTOuGSCvN8&hl=en&fs=1&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/ugYvV65aGyM&hl=en&fs=1&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/2WMPt4B2TnU&hl=en&fs=1&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/LxXll7G6jtY&hl=en&fs=1&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/jwX15ojQeOo&hl=en&fs=1&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1

Pemangkin Motivasi Diri- Manusia yang mahu berjaya kena bangun dan berusaha,


Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari



Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Lagi mengenai PPSMI



Semasa peringkat permulaan program ini memang sudah kita dengar komen-komen negatif oleh setengah pihak. Mereka menyuarakan kenapa kita perlu mengInggeriskan sains dan matematik? Jepun dan Korea pun maju juga tetapi masih mengutamakan bahasa kebangsaan mereka.

Ok lah tidak mengapa, saya hormat pendapat mereka tetapi kita kena akui bahawa Jepun sudah maju beribu tahun dari kita. Bangsa Jepun, Korea, Thailand dan India dan juga Arab merupakan kaum atau bangsa yang lebih bertamadun. Mereka mempunyai bahasa pertuturan dan penulisan mereka sendiri. Budaya mereka juga unik, sikap mereka terpuji.

Berlainan dengan Melayu, kita tergolong dalam kelompok malayo polynesia yang serba kekurangan. Kita ada bahasa tetapi tidak mempunyai penulisan sendiri

Jepun, seawal abab 20 mereka sudah mampu mencipta kapalterbang, kapal perang , kereta kebal dalam peperangan dunia kedua. Kita pada masa itu untuk menjahit atau mengarang manik pun, jarum terpaksa dibeli dari negara China. Lampu chimney pun Made in China.

Dengan itu marilah sama-sama menyokong program PPSMI demi kemajuan dan pencapaian anak bangsa kita, Kita perlu lebih menyayangi bangsa kita dari bahasa kita. Bahasa akan terus berkembang, Apa yang kita tuturkan hari ini adalah tidak sama dengan apa yang dituturkan oleh nenek moyang kita 100 tahun lalu, dan 100 tahun akan datang anak cucu kita bertutur bahasa melayu tidak seperti kita hari ini.

Menarik dari Tun Mahathir


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-prkataan Sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) – satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilimu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains.

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat oenting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah dari pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan menggun hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dinormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lago mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayuu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI).

TrackBack URL for this entry: http://chedet.co.cc/cgi-bin/mt4/mt-tb.cgi/186

<a href=’http://chedet-2.co.cc/openx/www/delivery/ck.php?n=a2828a86&cb=3′ target=’_blank’><img src=’http://chedet-2.co.cc/openx/www/delivery/avw.php?zoneid=5&cb=3&n=a2828a86′ border=’0′ alt=” /></a>

Tanpa Nama berkata…


Padam
Tanpa Nama

Bahasa Melayu adalah benteng terakhir warisan Melayu setelah beberapa warisan tergadai seperti tulisan jawi dan tanah rezab Melayu digadaikan oleh umno.Dengan PPSMI ini bahasa Melayu akan terhapus secara perlahan-lahan.Untuk mempelajari bahasa Inggeris tidak perlu dikorbankan pelajaran sains dan matemetik.
Payah dapat ‘MENTERI PELAJARAN YANG BODOH SOMBONG’.Cuma menjaga kepentingan politik tanpa mengambilkira pandangan cendiakawan dan ahli-ahli akedemik.

Menjawab isu di atas;
Fahami betul-betul makna perkataan UMNO. ia adalah singkatan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Selagi wujud Umno selagi itu bahasa melayu akan digunakan dalam urusan pentadbiran negara. Kalau Pakatan Rakyat memerintah belum tahu lah akan kekal atau tidak, terutama Dap , mesti mereka akan menggunakan bahasa Mandarin dan Inggeris. Pkr pula akan menyokong sebab dalam parti itu ramai peguam India. Pas hanya akan berbangga dengan Ana dan Anta sahaja.
Tulisan JAWI tidak terhapus, ia masih digunakan dalam pembelajaran agama Islam dan pembelajaran Bahasa Arab. Dahulu kanak-kanak hanya akan belajar bahasa Arab jika mereka belajar di SAR atau sekolah pondok sahaja.
Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah bijak dengan menggunakan semula penulisan jawi dalam matapelajaran Agama Islam. Sudah lama pun perkara ini berjalan. Tak tahu ka??
Hairan kenapa puak-puak belah sana tak faham. “Tak ada anak yang bersekolah kut atau sengaja tidak mengambil tahu apa yang anak mereka belajar di sekolah”. Pesanan saya, rajin-rajinlah periksa beg sekolah anak, semak buku-buku bantuan SPBT.

Tanah rizab pulak dah….ini tajuk PPSMI ….tak mahu jawab bab tu. (ini yang saya kata “Macam red Indian dapat senapang,. tembak suka hati)

Bahasa Melayu tidak akan tergadai semata-mata kerana PPSMI. Kita ada banyak subjek yang diajar dalam bahasa Melayu. kalau sekolah rendah adalah seperti berikut;

  1. Bahasa Melayu
  2. Agama Islam diajar dalam bahasa Melayu dan tulisan jawi
  3. Kajian Tempatan
  4. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  5. Muzik
  6. Pendidikan seni visual (lukisan lah bahasa mudah)
  7. Pendidikan Moral
  8. Kemahiran Hidup
  9. nak tahu lebih lanjut lawat lah laman web kementerian pelajaran.

Sekolah menengah pula

  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Geografi
  4. PJK
  5. Kemahiran hidup
  6. Pendidikan Seni
  7. Agama Islam
  8. Sivik
  9. lain-lain subjek elektif

Kalau anda berkata PAYAH DAPAT DAPAT MENTERI PELAJARAN YANG SOMBONG maka di sini juga Taipingmali akan memulangkan kata yang sama PAYAH DAPAT PEMBANGKANG YANG MACAM TAK CUKUP ILMU NI.

Dengar pantun dua kerat ini;

buah jambu tiga serangkai
buta perut , tak dak akai

Gapena Perlu Bantah Iklan Kerja Yang Mengutamakan Bahasa Cina


Kita selalu didedahkan dalam akhbar dan internet mengenai kekosongan tenaga kerja, tetapi sayangnya ia meletakkan syarat utama, mesti menguasai bahasa Mandarin sebagai syarat utama untuk mendapat kerja. Ini berlaku dalam Malaysia. Saya mengharapkan GAPENA dan Pas dapat mengadakan Gerakan Mansuhkan Bahasa Mandarin Dalam Pekerjaan.

Buatlah demontrasi besar-besaran jika berani.

Akhbar Cina jika pernah membesarkan isu pengajaran Bahasa Mandarin yang telah diajar di sebuah sekolah kebangsaan di Simpang Taiping. Mereka seolah-olah hairan kenapa pengajaran tersebut diadakan.

Saya juga berharap lebih banyak sekolah-sekolah kebangsaan mengadakan kelas bahasa Mandarin untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar Melayu . Ini baik untuk membolehkan tenaga kerja Melayu untuk lulus syarat kerja yang mengutamakan Bahasa Mandarin.


Gerakan Mansuh PPSMI macam Red Indian dapat senapang



Dulu-dulu seronok tengok cerita koboi, orang putih selalu diserang oleh kaum asli Amerika yang di kenali sebagai Red Indian. Red Indian di cop sebagai ganas dan tidak berperikemanusian. Red Indian menggunakan panah ataiu busar untuk menentang orang Inggeris. Akhirnya oran.g Indian juga mendapat senapang yang dirampas dari kaum penjajah.

Orang putih putih pun pandai buat peribahasa, “Macam indian dapat senapang, tembak merata ikut suka hati”. Pagi tadi dapat idea ini, rasa tak salah kalau kongsi bersama. Nak dikaitkan dengan kesilapan Gerakan Mansuh PPSMI. Saya akui ada sedikit sebanyak perlaksanaan program ini ada kelemahannya.

Dr Hassan Ahmad dan PR tak kaji habis-habis apa masalahnya, yang dia tahu PPSMI kena hapuskan atas faktor bahasa dan akta 152. Itu saja modal mereka. Ceramah sana sini mencari sokongan. Pas bagaikan lembu dicocok punggung menonong ikut. Ikut tanpa usul periksa, asal saja untuk menentang Umno semua halal. Agaknya satu hari kalau Dap harbi ajak yamseng dulu sebelum demontrasi , mereka pun setuju. Dulu Hindraf kristian ajak usung lilin malam Sabtu pun mereka ikut.

Apa yang saya perhatikan projek ini ada kelemahan dan kekurangan, tetapi ia masih boleh dibaiki. Saya telah meminta beberapa rakan yang bekerja sebagai guru supaya membuat kajian secara rawak sama ada pelajar-pelajar yang terlibat dengan PPSMI menyatakan pendirian mereka samada penyokong atau menentang program ini. Hasil kutipan data dari rakan-rakan guru di sekolah menengah dan rendah menunjukkan 85 % bersetuju dengan projek ini. 15% yang tak setuju memberi alasan mereka kurang faham bahasa Inggeris. bukan kerana kelemahan sukatan pelajaran atau kelemahan sistem.Saya melihat kelemahan program ini dalam sudut yang berlainan, iaitu prasarana dan tenaga pengajar.

Setelah 6 tahun sistem IT masih belum lengkap. Setiap kelas kementerian cuba melengkapkan sistem bunyi, skrin layar dan juga dan memancar LCD. Itu pun belum 100% siap. sofware yang dihantar juga banyak tak boleh berfungsi. PC banyak rosak dan kecurian. Masalah anti virus, yang tidak diperbaharui lesen dan berbagai lagi.

Masalah lain ialah tenaga pengajar.Guru yang kurang mahir bahasa Inggeris tapi masih ingin mengajar PPSMI kerana wang elaun yang lumayan. Golongan ini hanya mementingkan wang dan tidak berusaha memajukan diri menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Gerakan Mansuhkan PPSMI melihat dari sudut apa? sehingga sanggup mendesak kementerian menghentikan program ini. Adakah mereka membuat soal selidik atau pun hanya terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Mereka menentang tanpa alasan yang kukuh. Main serkap jarang saja. sama seperti pepatah red indian dapat senapang, tembak suka hati, peluru habis burung tak mati.

PKR Bubar dan sertai BN


Nampak senario politik Malaysia akan berubah lagi. DSAI dan seluruh pengikutnya akan menyertai BN. Melayu masuk Umno, India masuk MIC dan Cina masuk Gerakan dan Mca.

Maka tinggallah Pas bersama Kapiaq Harbi. Full moon malam ni, Ada nampak serigala menyalak???

Atau akan muncul serigala jadian yang menjelma dari seorang manusia dan kembali menjadi manusia bila hari hampir siang.

Apa pun boleh terjadi apabila di sebut politik. Pas sudah tertutup pintu hatinya walau pintu dibuka seluas-luasnya oleh BN. Mereka tetap degil dan mahu menentang kezaliman.

Apa yang zalim? Hanya mereka yang tahu mentafsirkan kezaliman.

Pos Pertama Saya dalam Taipingmali..


4/16/2008


Johor bakal jadi muzium UMNO – Azizan

IPOH 15 April – Pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat menguasai beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggalkan Johor kepada UMNO sebagai ‘muzium’.

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, matlamat berkenaan boleh dicapai selepas pakatan pembangkang itu berjaya menawan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, antara negeri yang akan mereka rampas daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas ini ialah Perlis, Terengganu dan Pahang.

”Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.

”Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,” katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.

Azizan mendakwa, kejayaan Pas, DAP dan PKR mengambil alih kerajaan negeri di Kedah membolehkan rakyatnya bebas daripada pemerintahan UMNO dan membolehkan mereka hidup di bawah kerajaan baru yang lebih mesra rakyat.

Menurutnya, ia jelas terbukti apabila kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR negeri Kedah tetap mempertahankan industri padi di negeri itu kerana ia membekalkan 53 peratus beras negara.

”Sebab itu kita buat keputusan agar projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) tidak akan dibuat di kawasan sawah padi kerana kerajaan bimbang ia akan menjejaskan bekalan beras.

”Ini membuktikan kerajaan terdahulu membawa industri itu tanpa menghiraukan kesengsaraan rakyat kerana mengambil tanah sawah yang subur seluas 1,200 hektar untuk memajukan projek itu,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri percaya dapat menarik pelaburan berjumlah hampir RM16 bilion apabila pelabur asing yakin dengan kestabilan politik di negeri ini.

Katanya, pelabur asing juga didapati tidak menghadapi masalah untuk melabur di negeri ini selepas pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.

”Selepas dua minggu dilantik sebagai Menteri Besar, saya telah menerima kunjungan pelabur dari Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melabur di sini.

”Kita juga menerima lawatan rombongan 20 ahli perdagangan antarabangsa iaitu dari Eropah, Jerman, Perancis dan beberapa negara lain yang berminat untuk melabur di negeri ini,” katanya.

Ulasan Taipingmali;

Tamat 11 bulan pemerintahan , Tak nampak pun pelabur masuk , bekas tapak kaki pun tak nampak. 11 bulan pejabat MB dipenuhi oleh rombongan Cik Kiah yang teringin nak tengok rupa pejabat MB.

Catatan DSAI tentang pertemuan dengan Pak Lah di Hulu Langat



Pertemuan Dengan Pak Lah
By Anwar Ibrahim 169 Comments
Categories: Aktiviti, Anwar and Catatan

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

Pertemuan di Hulu Langat (klik)




Syeikh Mahmud ? siapa dia…lihat ini (klik)


http://www.youtube-nocookie.com/v/3I7EHNNzvUw&hl=en&fs=1&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/gnQdL1qans4&hl=en&fs=1&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/bwtFikqDick&hl=en&fs=1&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1

Kes pertama; ajaran ini agak rapat kaitannya dengan Naqsyabandiah di Indonesia. Sementara kes kedua, guru yang digelarkan dengan nama Syeikh Mahmud menamakan tarekatnya dengan Tarekat Ahmadiah Qadiriah. Tarekat ini menumpukan kepada ibadat berbentuk zikir, selawat dan istighfar khusus. la berpegang kepada Aurad Ismailiah.

Syeikh Mahmud mendakwa mula mengamalkan kehidupan kesufian sejak berumur enam tahun lagi iaitu mengikut amalan yang dipegang oleh datuknya. Datuk beliau mengamalkan Tarekat

Ahmadiah yang didakwanya diambil dari Tok Syafie di Mekah selama tiga tahun. Beliau mula mendekati wali-wali dan syeikh-syeikh terkenal kerana di rumah datuknya itu menjadi tempat berkumpulnya wali dan syeikh itu, termasuk dakwaannya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili.

Ketika berusia tujuh tahun lagi, beliau ditalkinkan zikir oleh Rijal al-Ghaib. Setelah ditalkinkan, beliau mendakwa mampu membezakan orang yang ikhlas dan jujur atau tidak, semata-mata dengan melihat wajah seseorang itu. Ketika usianya sembilan tahun, melalui suara tertentu beliau mengenali orang-orang soleh serta wali Allah. Justeru meminati bidang kesufian, selepas tamat sekolah Melayu, beliau pindah ke sekolah pondok.

Beliau menolak tawaran menjadi guru pelatih atas nasihat datuknya yang inginkan beliau menjadi orang yang kuat beragama.

Mula mengamalkan selawat Syeikh Abdul Qadir Jilani, selawat Ahmad Baidhawi dan selawat Tajalli. Selawat Tajalli di ambilnya semasa melawat ke rumah Tok Wali di Bukit Panau, Kelantan. Pada ketika itu tidak ramai yang mengamalkan selawat Tajalli termasuk di kalangan pelajar pondok sendiri. Mereka yang mengamalkannya dianggap mempunyai martabat yang tinggi di bidang kesufian.

Syeikh Mahmud menyambung pelajaran ke India, berguru dengan Sheikh Maulana Abu Bari dan mendapat latihan kerohanian. Beliau pulang ke Malaysia dan menghabiskan selawat sebanyak 5.6 juta dalam masa lima tahun. Selawat ini memberikan kepadanya kekuatan. Peristiwa 13 Mei 1969, beliau melihat berbagai perkara karamah dan ketika itu beliau beruzlah ke dalam hutan. Beliau mendakwa pada masa itulah, beliau mendapat guru dari jin yang mengajarkan beliau dengan berbagai jenis persilatan yang dinamakan silat lintar.

Di alam jin beliau bertemu dengan Syeikh Abdul Qadir Jawa, anak murid kepada Syeikh Abdul Qadir Jilani. Syeikh Abdul Qadir Jawa mengajarnya tentang alam kemegahan dan beliau menuntut ilmu dari syeikh itu sehingga terbuka hijab di antaranya dengan Allah. Beliau juga mendakwa bertemu dengan Syeikh Abdul Qadir Jilani iaitu semasa beliau sakit sewaktu menjalani ibadat kerohanian dengan Syeikh Abdul Qadir Jawa.

Pada 12 Rabi’ul Awwal, tahun 1972, tarikh beliau mengambil Aurad dari Tok guru Haji Omar. Beliau rakamkan dalam ingatan beramal selama 40 hari. Sekembalinya dari Mekah pada tahun 1984, genaplah Syeikh Mahmud beramal selama 14 tahun. Ketika itulah beliau mendapat alamat daripada Allah, bahawa beliau kini mendapat gelaran Abdul Qadir setelah berusaha menjalani latihan kerohanian terakhir selama empat tahun. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memperkembangkan tarekat ke seluruh dunia, berpusat di Malaysia. Beliau lantas mengembangkan Tarekat Ahmadiah Qadiriah.

Hasil dari kepandaian menerapkan ajaran ini, Syeikh Mahmud dikatakan sudah membimbing pusat pengajian kesufian yang berada di seluruh Malaysia dan di luar negara. Madrasah Nurul Iman berada pada semua pusat pendidikan kesufian itu di Malaysia. Dakwaan juga mengatakan pusat pengajian ini ada juga di Mekah al-Mukarramah, di Kok Sira Narathiwat, Thailand, di Gujranwala, Pakistan, di Kayel Patnam, India dan di Damsyik, Syria.

Pusat Pengajian Hulu Langat mulanya berasal dari Pusat Pengajian Batu 12 Gombak. la berpindah ke Hulu Langat pada tahun 1986. Tanah seluas tiga ekar, telah diwakaf oleh Haji Zainudin bin Haji Yusof. Pada masa kajian dilakukan pada tahun 2001, terdapat 30 keluarga yang diam di situ dengan kira-kira 200 jemaah. Madrasah dua tingkat di situ mampu memuatkan 400 jemaah. Surau tersebut didirikan pada tahun 1994. Seramai tujuh orang Guru madrasah; tiga guru akademik dan empat orang guru agama yang mengajar anak-anak jamaah.

Syeikh Mahmud al-Kedahi ini berasal dari keturunan dua raja iaitu Raja Legeh di sebelah bapa dan keturunan Raja Laos, Sintok, Kedah. Mahmud dilahirkan di kampung Kepala Parit, Jalan Tokai, Alor Star, Kedah pada 8 Julai 1943 bersamaan dengan 27 Jamadil Akhir 1362H. Dibesarkan dibawah asuhan datuknya, Haji Ismail bin Haji Deris seorang ulama dari Pattani (Legeh) sehingga berusia 10 tahun, sewaktu datuknya meninggal dunia.

Syeikh Mahmud mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Simpang, sejak berusia lapan tahun. Kemudian menyambung ke Pasir Tumbuh selama dua tahun, mempelajari Nahu, Fekah dan Hadis. Selepas itu ke India pada awal 1967 iaitu di Deoband selama empat bulan. Justeru sukar memahami bahasa Urdu kerana dia lebih mahir bahasa Arab beliau berpindah ke Kolej Jamaliah di Madras 12, Perambor, India. Beliau mendalami bidang Usuluddin selama dua tahun sehingga mendapat syahadah.

Di sini beliau mendalami kesufian dibawah asuhan Maulana Abdul Bari. Maulana menggelarkannya dengan Abu Khair atas pendapatnya mengenai pelajar Thailand yang kurang disenangi perwatakan mereka. Pendapat beliau; orang beginilah yang patut kita asuh supaya mereka mendapat iman agar kemudiannya mereka menjadi contoh apabila pulang kelak. Gelaran Abu Khair telah mengangkat martabat syeikh sebagai yang berperibadi luhur.

Mungkin latar belakang, usaha, dakwaan dan interaksi beliau dengan mereka yang berada di sekelilingnya serta kepandaian berbicara, dapat menarik ramai pengikutnya. Hampir ada persamaan dengan Taborani di Pahang yang juga mempunyai tarikan tersendiri.

Selain dari bentuk tubuh fizikal yang menarik, sasa dan kuat, beliau juga mempunyai rupa paras yang menarik. Kemahiran bersilat menjadi tarikan lagi dengan ilmu batin yang diajarkannya. Kemudian cerita mimpi kejadian yang ganjil-ganjil, kemahiran berubat dan sebagainya. Kesemuanya itu menjadi ramuan kenapa dia menjadi tumpuan orang awam.

Hasan anak Rimau juga yang dilahirkan di Kampung Bendang Pauh, Chetok, Pasir Mas, kemudian dibesarkan di Kampung Bukit Emas, Tanah Merah, Kelantan. Kemudiannya beliau menetap di Kampung Tenang, Jalan Keruwak, Hulu Besut, Terengganu dan meninggal dunia di situ.

Walaupun tidak pernah mendapat pelajaran agama dari mana-mana pondok atau sekolah agama dan waktu mudanya terkenal pula sebagai orang jahat, namun mempunyai kemampuan sehingga berkembang ajarannya dari Bukit Mas, Tanah Merah ke Gong Datok, Pasir Puteh, Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kampung Beah, Bachok, Pasir Panjang, Merchang dan Felda Sungai Tong.

Ketaksuban ini berlaku dalam ajaran tarekat dan ajaran sesat. Di Kelantan sahaja tidak kurang dari 13 ajaran yang difatwakan salah. Apa yang penulis lihat, mereka menawarkan banyak perkara mudah dalam agama.

Contohnya, Ajaran Wan Omar bin Wan Jusuh dari Kampung Bechah Durian, Wakaf Baharu, Tumpat berkembang di Gong Serapat, Pasir Puteh mengajarkan tidak payah niat ketika takbir sembahyang. Ajaran Abdul Mutalib bin Haji Ibrahim dari Pengkalan Kubor, Tumpat, sembahyang hanya tiga waktu sahaja. Puasa lima belas hari sahaja di bulan Muharram.

Ajaran Pak Teh Selamat dari Jelawat Bachok, mengatakan sembahyang sebenarnya menyebut Allah Muhammad. Zakat memberitahu atau bersyarah kepada orang ramai, puasa pula meninggalkan perkara jahat dan melakukan kebaikan.

Ajaran yang mudah disampaikan kepada mereka yang jahil dan tidak cukup asas agama. Kejahilan ini membuat orang menjadi buta hati yang sukar disembuhkan. Ada kenyataan menyebut dalam kes Mohamad Ya, meskipun beliau lepasan AI-Azhar beliau dikatakan telah diberi minum air oleh Ayah Pin dan kepalanya merasa pening.

Selepas itu beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata; ‘bahawa semua kitab agama palsu belaka. Belajar dekat Mesir hanya dapat habuk sahaja. Justeru itu dia mendakwa semua yang dia belajar yang zahir sahaja.

Perlaksanaan PPSMI


Mesra PencetakE-mel kepada kawanLapor kepada pengurus web
Pengenalan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Peranan BBT dalam PPSMI

Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam menjayakan program PPSMI ini.

Antaranya, Pakej Buku Teks Mathematics Year 1 merangkumi komponen Buku Teks, Buku Latihan dan Aktiviti, CD-ROM untuk murid (MyCD), CD-ROM untuk guru dan Buku Panduan Guru.

Semua komponen ini diterbitkan dalam dua jilid (Part 1 dan Part 2) bertujuan mengatasi masalah beg berat.

Pada tahun pertama (2003) pelaksanaan PPSMI, pakej buku teks tambahan telah dibekalkan kepada semua sekolah.

Pembekalan pakej buku teks tambahan ini adalah secara one off dan di bawah pengurusan SPBT sekolah. Pakej buku teks tambahan ini boleh dipinjamkan kepada murid untuk rujukan mereka dan juga bagi tujuan guru melaksanakan P & P Matematik di dalam bilik darjah.

BBT turut menguruskan penghasilan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penghasilan buku glosari ini adalah sebahagian daripada Program Intervensi PPSMI yang dimulakan pada tahun 2005.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk PPSMI

Buku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah secara berpakej. Penulisan pakej buku teks ini adalah berdasarkan keperluan dan hasrat yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan Matematik masing-masing.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik terdiri daripada beberapa komponen bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah.

Fungsi setiap komponen secara umumnya adalah seperti berikut:

i) Buku Teks (Textbook)

Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

ii) Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book)

Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

iii) Buku Panduan Guru (Teacher’s Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

iv) MyCD (Pupil’s CD-ROM)

MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

v) CD-ROM Guru (Teacher’s CD-ROM)

CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

vi) Buku Amali Sains (Science Practical Book)

Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari

Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Selanjutnya »

Senarai Pakej Buku Teks Yang Dibekalkan oleh BBT

Senarai judul Pakej Buku Teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah berserta komponennya adalah seperti pada lampiran di bawah :

  • Sekolah rendah
  • Sekolah menengah

60 billion ????


Ramai tergamam dan ramai tersenyum, yang marah pun ada, habis lah kita. Dr Rais berkata kerajaan berusaha memberi kek yang besar.

  1. tersenyum ialah orang muda, banyak tenga kerja menanti mereka.
  2. kontraktor senyum ada projek.
  3. cina senyum sebab mereka yang monopoli bahan-bahan binaan. boleh terus pakai BMW dan Merc 500 SEL.
  4. kereta tempatan akan laris semula dengan subsidi 5k untuk lupus kereta lama.
  5. PR akan gelisah kerana habis modal, dan mungkin akan tuduh Najib pelesap duit 50B dan 10B saja untuk menjana ekonomi negara. Sebab dulu bila Najib keluarkan 5 B. mereka kata Najib curi duit tu.
  6. biasalah kalau tak bangkang bukan PR lah.
  7. anwar “La-exos” akan terus tidur tak lena, marahkan Najib yang menjadi penghalang laluan dia ke Putra Jaya.

Previous Older Entries Next Newer Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,925 other followers