ISU AJK MASJID PERAK


Terkejut dan terkedu aku dengan sikap menteri besar Perak, mengenai isi beliau dengan Pengarah JAIP. PAS harus ingat walaupun wakil mereka menjadi MB jangan senang-senang nak tunjuk besar kepala dengan rakyat Perak. PAS hanya menang 6 kerusi DUN saja. UMNO lebih besar kerusi DUN berbanding mereka. Janganlah nak memandai-mandai bertindak nak merubah seluruh jawatankuasa masjid dan pegawai masjid kepada orang PAS.

Memang diakui semasa BN memerintah Perak mereka telah berjaya menguasai beberapa masjid di negeri ini dan menjadikan masjid tempat kempen politik dan caci maki mereka. Di Taiping masjid Kampung Expo telah menjadi markas mereka walaupun parti PAS tidak mengeluarkan sesen pun untuk pembinaan masjid tersebut, malah mereka pernah membuat solat hajat agar masjid baru tidak didirikan. Ini kerana mereka takut jika masjid itu dibina mereka gagal untuk menguasai masjid tersebut, tapi atas dasar tipu muslihat mereka akhirnya menguasai jawatankuasa masjid baru ini kerana JAIP dan Wakil Rakyat Kamunting gagal menangani krisis tersebut.

Hari ini cita-cita mereka boleh menjadi kenyataan dengan saranan MB baru Perak. Selepas ini kita akan lihat masjid akan jadi alat propaganda politik PAS.

Mereka menggunakan contoh zaman Nabi Muhammad SAW masjid juga dijadikan tempat politik. jadi mereka akan lakukan sama hari ini kerana mengunakan alasan tersebut.
Adakah PAS akan berusaha mendamaikan semua masyarakat Islam dan bukan Islam di Perak dengan tindakan mereka.

Aku tak nampak pun tindakan mereka sama dengan Nabi Muhammad. Dahulu apabila UMNO berusaha untuk mencapai kemerdekaan dan bersahabat dengan MIC dan MCA maka PAS tuduh yang bukan-bukan. Pada hal tindakan UMNO ingin mencontohi Piagam Madinah. dan UMNO tiidak menggunakan masjid untuk itu.

Tak kisahlah mereka nak ambil masjid di Perak, biarkan mereka bergembira, kita tunggu PRU 13. bila BN ambil alih , kita pastikan satu masjid pun tidak akan dimiliki oelh orang PAS.

Advertisements

ISU KERBAU PENDEK


Teringat kisah isu babi di Melaka , kerajaan negeri telah mengesan jumlah babi yang berlebihan dan kerajaan berusaha untuk memusnahkan jumlah babi yang berlebihan.
Sayangnya usaha tersebut telah dihalang oleh pelbagai pihak. Pihak penternak telah membuat benteng manusia dan benteng kanak-kanak untuk menghalang usaha pemusnahan. Hasilnya usaha pegawai polis dan jabatan haiwan tergendala.

Pada masa yang sama berlaku rusuhan di Kuala Terengganu. dan polis bertindak untuk mengembalikan keamanan. Di sini wujud tohmahan pihak pembangkang yang menyelar tindakan polis kerana bertindak ganas dengan orang dari parti pembangkan dan berlembut dengan penternak babi di Melaka. sehingga polis dihina begitu teruk sekali, begitu juga dengan Pak Lah turut dikaitkan dengan isu babi. Dalam ceramah politik, mereka ada menyebut,”badwi di Arab bela unta, badwi di Malaysia bela babi” Sakitnya telinga aku dengar..Tapi dalam masa yang sama beberapa parti pembangkang telah pergi ke Melaka dan membela penternak babi . bukti nya ada dalam youtube.

Isu babi timbul lagi di Selangor selepas PRU12. Pas menyokong penuh projek babi . Ini di ketahui umum apa yang disebut oleh Nik Aziz. Pembangkang berdalih lagi dengan menuduh projek tersebut telah dirancang oleh BN sebelum ini. Kalau begitu kenapa tidak dibatalkan saja oleh kerajaan baru Selangor. Ini mereka yang beriya-iya ingin melaksanakan dan pada masa sama menyalahkan kerajaan lama kerana itu projek mereka. Apa ini semua??? kalau dahulu mereka menuduh badwi di arab bela unta hari ini mereka boleh kata pada diri mereka sendiri yang mereka ialah penternak babi di Malaysia.

PELURU ANGIN ANWAR


30 Ahli Parlimen akan lompat keluar dari BN dan juga UMNO untuk menyertai Pakatan Rakyat?
Perkara ini perlu dipandang serius. Walaupun ia satu perang saraf untuk mengganggu gugatkan lagi BN. mungkin beliau ingin melihat BN melatah dalam hal ini. Menteri Penerangan baru pula dengan bijak menyatakan pakatan rakyat yang perlu risau sebab kemungkinan besar ahli mereka akan melompat keluar masuk BN.

Siapa 30 ahli parlimen yang dimaksudkan itu. mereka cerita nya ialah dari Sabah dan Sarawak. dia juga ada menyebut bahawa ada ahli UMNO yang memaklumkan agar nama mereka disenarai masukkan oleh AI.

Oleh itu wajar lah ahli parlimen yang akan bersidang nanti berdiri teguh dan menepis peluru-peluru kosong dari AI di Dewan Rakyat nanti.

Semoga Rakyat tidak tertipu lagi dengan omongan kosong beliau

POSTMORTEM KEKALAHAN UMNO PRU12


aku rasa tidak perlu lagi buat post mortem.Kesilapan 2007 untuk tidak mengadakan pemilihan semua peringkat merupakan punca utama kekalahan UMNO dalam banyak kerusi. Seandainya semua jawatan di pertandingan pada tahun 2007 kita akan mendapat pemimpin-pemimpi parti yang baru di semua bahagian. tetapi ada sebahagian ketua bahagian, timbalan ketua bahagian ataupun naib ketua bahagian dinafikan hak mereka untuk menjadi wakil rakyat dalam pru12. ini lah yang mendorong wujudnya sabotaj seperti yang telah diakui oleh pucuk pimpinan parti.

HINDRAF


aku agak terkejut besar satu ketika dahulu (semasa isu HINDRAF tengah panas) tak percaya buat try test..
aku menggunakan telefon bimbit jenis Nokia 2300 model hitam putih dah lupa bila beli, lama dah.

satu hari aku menaip huruf hindraf mengunakan format auto text dengan kamus Bahasa Melayu
pelik dan ajaib bila menaip huruf “hind” dalam huruf kecil. dan bila tekan butang ‘r’ secara otomatik kesemua huruf tadi bertukar menjadi huruf besar “HINDR” dan tambag lagi dua huruf dgn huruf kecil ‘af” terus menjadi ‘HINDRAF”

nampaknya telefon Nokia model 2300 tu telah disetkan oleh programernya supaya senang menulis huruf HINDRAF, aku cuba beberapa model telefon Nokia lain tapi tak menjadi,

persoalan timbul disini,,,siapakah punya yang merencanakan semua ini>>???

INSTITUT PENYELIDIKAN UMNO


aku masih ingat satu ketika dahulu semasa Tun Mahathir menggulung ucapan penutup semasa perhimpunan UMNO di PWTC. beliau telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah instutusi latihan khas untuk UMNO. tapi rasanya sampai sekarang tak wujud lagi lah agaknya.

Sudah beberapa kali pilihanraya umum aku perhatikan, jentera pilihanraya UMNO lemah diperingkat bahagian. kelemahan amat ketara sekali dalam pru ke 12 kali ini. kalau dilihat jentera parti PAS pula amat berbeza, mereka jauh mendahului UMNO.

Tak perlu dikupas halus-halus. di sini, terlalu panjang untuk diceritakan, aku harap pru13 akan datang UMNO dan BN mesti mempunyai satu modul khas untuk jentera pilihanraya, dan mesti dilaksanakan dengan sempurna , teliti dan betul.

MELAYU TOLAK ISLAM?


Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, parti itu tidak boleh menyokong kalau ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam.

”Lebih baik berkawan dengan orang Cina dan India Muslim yang taat kepada pegangan Islam berbanding Melayu yang meminggirkan agama anutan mereka,” katanya.

Beliau berkata, kedaulatan tanah air wajib dipertahankan tetapi ia perlu diasaskan oleh orang Melayu yang benar-benar memperjuangkan Islam.

INI CAKAP NIK AZIZ.” NAK TANYA DIA, APA HUJAH PAS YG KATA UMNO TOLAK ISLAM??”

UMNO SEPANJANG 50 TAHUN SENTIASA BERUSAHA MENEGAKKAN SYIAR ISLAM. PAS NI BUTA HATI ATAU SAJA MENAFIKAN USAHA UMNO.

YANG DIA DOK BERSEKONGKOL DENGAN DAP TU ISLAM KAH. MEMAKI HAMUN ORANG DALAM CERAMAH TU ISLAM KAH???