BIASISWA JPA…MANA JANJI PKR RM 1000.


2,000 pelajar dapat biasiswa JPA

Oleh Azman Zakaria, Abdul Halim Yusoff, Nazura Ngah dan Sazarina Shahrim

Agihan kepada penuntut bukan Bumiputera ditingkatkan kepada 45 peratus: Nazri

KUALA LUMPUR: Agihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) kepada pelajar bukan Bumiputera dinaikkan kepada 45 peratus daripada 10 peratus mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, sebanyak 2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk pelajar Bumiputera dan 900 untuk pelajar bukan Bumiputera.

“Pecahannya ialah 55 peratus untuk Bumiputera dan 45 peratus kepada bukan Bumiputera berbanding sebelum ini hanya 10 peratus saja diberikan kepada bukan Bumiputera,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008 (2007) membabitkan RM60 juta kepada JPA di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara adil supaya semua pelajar cemerlang mendapat pembiayaan.

Katanya, penawaran biasiswa JPA kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 untuk PILN dibuat berdasarkan kriteria kelulusan akademik (70 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang keluarga (10 peratus) dan prestasi temu duga (10 peratus).

“Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan ‘menghukum’ pelajar cemerlang hanya kerana ibu bapa mereka berpendapatan tinggi dengan tidak memberikan kemudahan meneruskan pelajaran semata-mata kerana mereka daripada keluarga berada.

“Sebaliknya peluang diberikan kepada mereka berdasarkan kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini seramai 15,220 pelajar lepasan SPM 2007 yang cemerlang memohon biasiswa untuk PILN dan daripada jumlah itu hanya 7,282 pelajar dipanggil untuk temu duga.

“Berdasarkan kemampuan kerajaan, hanya 2,000 biasiswa disediakan untuk PILN tahun ini. Oleh kerana bilangan biasiswa yang ditawarkan adalah terhad, sedangkan bilangan pelajar yang cemerlang adalah terlalu ramai, maka tidak semua pelajar cemerlang termasuk yang memperoleh 11 A1 atau 12 A1 berjaya memperoleh biasiswa JPA,” katanya.

Nazri berkata, untuk pelajar cemerlang SPM meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, kerajaan memutuskan mulai tahun ini semua pelajar lepasan SPM 2007 yang memperoleh 9A dan ke atas akan ditaja oleh kerajaan melalui JPA ke tingkatan 6 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan di Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran termasuk Pusat Asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya, kerajaan juga bersetuju supaya JPA memberikan tajaan kepada pelajar yang mendapat tempat mulai tahun satu di universiti bertaraf Ivy League dan setara di luar negara.

Pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran tahun satu untuk kursus yang diiktiraf di kampus cawangan Monash University, Notingham University, Swimburne University dan Curtain University of Technology di Malaysia akan juga ditawarkan biasiswa untuk pengajian ijazah pertama.

Beliau turut bersetuju cadangan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) supaya kerajaan menetapkan satu definisi pelajar cemerlang dan semua yang termasuk dalam kategori itu diberikan biasiswa atau bantuan pendidikan sewajarnya.

Advertisements

APA HAL DENGAN MCA KALI INI…


MCA kecam serangan ke atas penduduk Bandar Mahkota Cheras

MCA DAH NAK JADI DAP KE??? BAGAIMANA PULA TINGKAH LAKU PELAMPAU ATAU SAMSENG YANG BERTINDAK GANAS DI SITU.

MCA TAK PERLU JADI HERO DALAM KES INI….

PUTRAJAYA: MCA hari ini mengecam serangan dan penggunaan keganasan terhadap penduduk Bandar Mahkota Cheras yang membantah pembinaan penghadang di atas jalan berhampiran Lebuhraya Cheras-Kajang.

Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat, berkata beliau sudah berjumpa dengan anggota Jawatankuasa Bertindak Bandar Mahkota Cheras dan menerima aduan bahawa keganasan digunakan dalam usaha menghalang penduduk daripada merobohkan penghadang itu.

“Saya terkejut kerana berlaku keganasan atau penggunaan elemen keganasan ke atas beberapa penduduk oleh golongan tidak bertanggungjawab di bawah pemerhatian penuh pasukan polis.

“Saya akan mengambil tindakan susulan terhadap kes ini dengan Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara berhubung insiden ini. Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk membawa masuk samseng atau perusuh sama sekali tidak akan dibiarkan,” katanya di sini hari ini.

“Sebagai penduduk dan pemilik hartanah, mereka mempunyai hak untuk menyatakan bantahan. Kenapa anda biarkan penduduk dipukul? Sama ada mereka anggota mana-mana parti politik atau tidak, itu bukanlah perkara utama tapi yang penting ialah anda tidak perlu menggunakan kekerasan,” kata Ong, yang juga Pengerusi MCA Selangor. – Bernama

INGAT TADI ADUN UMNO……RUPA-RUPANYA BUKAN


Prosiding lafaz talak isteri kedua Adun Melor ditangguh 2 Julai


Siti Aishah Abdulah

KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas Kelantan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini untuk mengesahkan lafaz cerai terhadap isteri keduanya, seorang warga Kemboja berketurunan Cina, yang dikahwini lima tahun lalu.

Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53, selaku defendan, yang tidak hadir di mahkamah semalam, mengemukakan permohonan itu menerusi peguamnya, Mahani Mustafa, 24, atas alasan sudah melafazkan cerai talak satu di rumah sewa isterinya, Siti Aishah Abdullah, 24, dekat Wakaf Mek Zainab, pinggir bandar ini pada 16 April lalu.

Prosiding permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 itu berlangsung dalam kamar Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan.

Siti Aishah yang diwakili peguam, Mohd Sibri Ismail, hadir mengikuti prosiding itu sambil ditemani bapanya, Kim Ti, 63.

Berikutan ketidakhadiran defendan, Nik Najib menangguhkan prosiding pengesahan lafaz talak itu kepada 2 Julai ini, bagi memberi peluang kepada Wan Ismail hadir di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz cerai terbabit.

45% BIASISWA UNTUK BUKAN BUMIPUTRA


Dato Seri Sammy Vellu telah berjaya dalam misinya bertemu JPA berhubung dengan biasiswa untuk bukan Melayu khas nya untuk kaum India. Hari ini dengan pengumuman kabinet telah melerai kemelut biasiswa.

Kisah bermula seorang gadis India dari Ipoh yang memperolehi 10A1 gagal mendapat biasiswa JPA untuk pengajian kedoktoran perubatan di luar negara. kes berikut merupakan kes terpencil yang bukan isu untuk diperbesarkan sehingga masuk dada akhbar. Ini kerana kebiasaannya seorang calon itu dinilai dari berbagai sudut. kokurikulum nya , penglibatan dalam pelbagai aktiviti sekolah, atau merit. Kalau markah nya rendah tak dapat 6 untuk Koku sudah tentu dia gagal. Tahun ini hanya 30 ribu lebih pemohon yang berjaya dari lebih 150 ribu permohonan diterima masuk ke IPTA. Kesemua 30 ribu yang berjaya masuk belum tentu akan berjaya dalam jurusan pilihan pertama mereka. Mungkin pilihan ke 7 atau ke 8 sahaja. Dengan demikian adalah tidak adil bagi individu seperti gadis India dari Ipoh tersebut menyalahkan JPA kerana gagal menyediakan biasiswa untuk pengajian kedoktoran beliau dia harus menerima apa saja tawarang yang diberikan.

Lain lah anak orang kaya yang mampu meghantar anak mereka ke luar negara dan memilih jurusan yang mereka suka. Di Malaysia IPTA mempunyai tempat yang terhad. Kalau Gadis India itu berasa dia seorang yang layak tetapi ada seribu lagi yang lebih layak dari dia, lebih markah merit diperolehi mereka.

Tahniah juga kepada. 45% bukan bumiputra yang akan menerima biasiswa JPA itu nanti. Harapan saya satu sahaja. Bila berjaya dalam pelajaran hendaklah balik ke Malaysia dan berkhidmat untuk negara dan jangan lupa menjadi pengundi yang memberi undi kepada BN. Jangan jadi seperti setengah ahli politik yang ada dalam Dewan Rakyat, bersekolah dengan wang kerajaan dan selepas berjaya menjadi penentang kerajaan. Ramai tu dalam dewan..yang macam tu

SELANGOR TAK AMAN BAWAH PKR,DAP DAN PAS


Sebelum PRU12, tuduhan mereka , Negara ini tidak selamat. jenayah meningkat, negara tak aman, macam-macam lagi lah, tapi hari ini siapa yang buat kacau, siapa dalang kepada kalau bilau di Grand Saga..Cheras-Kajang. Sudah terjawab pun. Malaysia aman , Selangor aman dan bahagia di bawah pemerintahan BN. bukan di bawah pemerintahan samseng seperti hari ini. Tentunya rakyat negeri yang memberi undi kepada mereka rasa teramat kecewa.

ROBOH ROBOHH


NEGARA

Roboh penghadang jalan – MB

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mahu penghadang jalan keluar-masuk Bandar Mahkota Cheras dirobohkan walaupun Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberi kelulusan untuk membina tembok tersebut.

Ini kerana kerajaan negeri berpendapat, isu itu adalah perbalahan antara dua pihak iaitu pihak konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) dan pemaju kawasan tersebut, Narajaya Sdn. Bhd. (Narajaya).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kedua-dua syarikat terbabit sudah membawa pertikaian itu ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan atau memutuskan sebarang tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun tegas beliau lagi, kerajaan negeri memberi jaminan akan membuka semula jalan masuk ke kawasan perumahan Bandar Mahkota Cheras apabila mendapat kebenaran Kementerian Kerja Raya.

“Kita sudah menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya semalam (kelmarin) dan amat berharap pihak kementerian terbabit akan dapat membuat keputusan membuka semula jalan ini.

“Tetapi kita sudah membuat keputusan supaya penghadang jalan berkenaan dialih supaya penduduk boleh guna jalan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan suasana kembali tegang di kawasan tersebut apabila penghadang konkrit dibina semula sehingga beberapa penduduk turut tercedera.

Kekecohan pertama yang berlaku di persimpangan tersebut tercetus pada 21 April lalu apabila penduduk bertindak merobohkan tembok konkrit yang dibina Grand Saga.

Ia berlarutan selama beberapa hari dan yang terakhir pada 8 Mei lalu apabila Grand Saga yang membina tembok tersebut buat kali kedua turut dirobohkan lagi.

Ekoran itu pada 12 Mei lalu, satu perbincangan empat penjuru antara Grand Saga, kerajaan negeri, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan pemaju bandar Bukit Mahkota telah diadakan, namun gagal.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid menjelaskan, jika Narajaya menang dalam kes tersebut, maka laluan itu dibuka, tetapi sekiranya kalah, Narajaya perlu membayar pampasan kepada Grand Saga dan jalan berkenaan tetap akan dibuka.

Tegas beliau, pertikaian antara kedua-dua pihak tidak ada mengena langsung dengan penduduk Bandar Mahkota Cheras sehingga berlaku kekecohan dan pertelingkahan yang mengancam keselamatan di kawasan itu.

“Pendirian kerajaan negeri ialah jalan itu mesti dibuka, tetapi ia juga perlu mendapat kebenaran Pusat kerana ia turut membabitkan jalan persekutuan.

“Menteri Kerja Raya (Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed) yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan cara tertib ialah meminta menteri membuka jalan ini,” katanya yang juga meminta penduduk bersabar.

TALQIN UNTUK PAS


Hari ini PAS sudah dianggap berkubur di Perak, Selangor dan P.Pinang. Apa tidaknya, PAS mengaku sudah tidak penting untuk menubuhkan negara Islam. Kedah pula berkata Hudud buka satu perkara penting dalam kerajaan baru negeri meraka.

Oleh itu PAS perlu menguburkan lambang dan bendera mereka dan mengisytiharkan diri mereka sebagai PKR atau DAP, kerana secara fizikal saja mereka Islam dan Batin mereka sudah hancur,. akar umbi PAS juga bukannya manusia yang baik, yang ramai ialah kaki sabung ayam, kaki judi, kaki pukul orang , dan bermacam-macam kaki lagi la