Islam Di India Di tindas


Penduduk Islam terus bantah isu beri tanah kepada penganut Hindu
Bandar Srinagar lumpuh

SRINAGAR, India 29 Jun – Srinagar dan bandar utama lain di Kashmir India lumpuh apabila puluhan ribu penunjuk perasaan melancarkan bantahan terhadap rancangan kerajaan untuk membina penempatan Hindu di kawasan Islam.

Jurucakap Pasukan Polis Simpanan Pusat, Prabhakar Tripathi berkata, tiga orang terbunuh, beratus-ratus lagi cedera dan berpuluh-puluh buah kenderaan dibakar dalam bantahan hari keenam semalam.

Katanya, sekurang-kurangnya 12 askar dan 29 penduduk awam turut cedera dalam pertempuran yang memaksa pihak polis melepaskan peluru hidup dan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan itu.

Jalan-jalan utama di Srinagar, yang merupakan bandar terbesar di Kashmir, lengang apabila kesemua kedai, pejabat dan sekolah ditutup.

Para penunjuk perasaan itu melaungkan slogan anti-India dan melontar batu ke arah polis serta merosakkan sekurang-kurangnya dua buah balai polis di sini.

Bantahan tersebut adalah antara yang terbesar pernah dilancarkan untuk menentang pemerintahan India sejak berlakunya pemberontakan pemisah yang meletus di wilayah Himalaya itu hampir dua dekad lalu.

Ia tercetus selepas kerajaan negeri menyerahkan 40 hektar tanah di kawasan Islam di Kashmir kepada Lembaga Kuil Shri Amarnath bagi membina kemudahan sementara untuk kegunaan beratus-ratus ribu pengikut Hindu yang menghadiri upacara keagamaan tahunan.

Bagaimanapun, penduduk Kashmir percaya kerajaan merancang untuk menjadikan struktur sementara itu sebagai penempatan tetap bagi masyarakat Hindu yang berkunjung ke sana.

Para pegawai menyangkal dakwaan tersebut dan berkata, kerajaan tidak pernah menggalakkan pemindahan pengikut Hindu ke Kashmir, yang merupakan satu-satunya negeri di India di mana majoriti penduduknya beragama Islam.

KOMEN. KITA DI MALAYSIA TAK ADA MASALAH MACAM TU,,,

Advertisements

Husam Musa lagiiiii



Husam Musa Pening Lalat
Hari ini semua orang bercakap mengenai kes liwat Dato Seri Anwar. Nik Aziz pun bercakap tetapi yang menarik ialah saranan Husam Musa agar 4 saksi dikemukakan dalam kes pertuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan.
Ini lah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir menolak hukum hudud tajaan Pas dahulu. . Mana nak cari empat saksi? Yang ada di tempat kejadian hanyalah dua orang iaitu mangsa dan pemangsa. Tak wujud orang ketiga, keempat, kelima dan keenam.
Seandainya seorang perempuan diculik dan di perkosa di satu tempat sunyi , bagaimana dia nak mencari 4 saksi untuk membolehkan membuktikan bahawa dia sudah di perkosa . Oleh itu kenyataan Husam tidak boleh diambil kira.
Penggunaan 4 saksi ini hanya pada kes-kes tertentu, seperti satu kejadian zina, dan berita sudah tersebar maka pihak yang mendapat tahu perlulah membawa 4 saksi untuk menyaksikan dan membuktikan kes ada prima faci. Dan saksi itu pulak mesti memenuhi syarat-syarat yang telah di sebut dalam hukum. Bukan pakai rembat sahaja.
Dalam kes liwat Anwar mana nak cari saksi. Lain lah kalau dia meliwat ditempat awam dan lebih dari 4 orang saksi boleh dicari. Oleh itu jika mangsa mendakwa dia menjadi mangsa maka siasatan perlu dibuat untuk membuktikan dakwaannya berasas. Andai nya dakwaan itu palsu makan hukuman perlu di ambil ke atasnya kerana berbohong. Seandainya dia bercakap benar dan terbukti dengan kesan-kesan serta DNA maka sudah cukup untuk memdakwa pemangsa. Itu pun pertuduhan perlu dibuat dan pemangsa perlu membuktikan dia tidak bersalah. So eloklah kita tunggu pihak polis dan mahkamah menyelesaikan kes seperti ini. Jangan lah kita pandai menghukum orang itu bersalah, orang ini berkonspirasi, dan sebagainya, takut apa kalau tak buat. Lihat contoh Dato M, Daud Kilau. Dia juga di tuduh tetapi hasil siasatan polis mendapati tidak wujud kes. Maka Anwar juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi tuduhan ini,. Kalau betul dia tidak bersalah apa nak takut. Cari alibi yang boleh membelanya dan menafikan kejadian itu wujud. Pada tarikh dan masa kejadian dia tidak ada di lokasi pertuduhan. Manalah tahu. Bila di baca pertuduhan pada sekian masa dan sekian jam di sebut, dan dia dapat buktikan bahawa pada masa itu dia sedang berceramah di Kelantan. Ada bukti gambar dan rakaman ceramah semua lengkap. Maka terlepas lah. Tetapi seandainya dia gagal maka kena lagi lah dia,
Soalan konspirasi di sini tak perlu ditimbulkan.
Bukan mudah nak melaksanakan hukum hudud. Banyak perkara perlu dikaji. Oleh itu Husam perlu berfikiran rasional.

KENANGAN LALU (klik for more info)


PRU 12. Pas telah meletakkan seramai 21 orang calon untuk kerusi DUN Perak. Perak mempunyai 59 DUN. Untuk memerintah negeri Pas memerlukan kemenangan 30 kerusi, Andainya Pas menang semua 21 kerusi Pas belum boleh menubuhkan kerajaan. Mahu tidak mahu dia terpaksa bergantung hidup kepada DAP dan PKR.

Pas menentang UMNO kerana kononnya UMNO tidak Islam. Pada masa yang sama Pas berbaik dengan DAP dan PKR yang sah bukan menyokong penubuhan negara Islam Pas.

So apa jadi hari ini Pas pandai cakap rakyat Perak menolak UMNO. yang sebenarnya rakyat Perak menolak Pas. sebab tu dari 21 kerusi yang menjadi taruhan PAS hanya 6 kerusi saja berjaya dimenanginya. mereka ialah

1. DRS Khalil DUN Titi Serong.
2. Ramli Tusin DUN Gunung Semnaggol
3. Husin Din DUN Selinsing
4. Muhammad Zainuddin DUN Lubuk Merbau
5. Ir Mohammad Nizar DUN Pasir Panjang
dan
6. Mohd Anuar Sudin DUN Changkat Jong.

Pas boleh berbangga seandainya memenangi lebih dari2/3 dari 21 kerusi yang bertanding

Jangan Main Belakang



David Teo buat filem, mula dengan “Jangan Pandang Belakang” dan hari ini “Jangan Main Belakang” nampak usaha David Teo tidak menjadi, belum habis 100 hari sudah main belakang. Apa ni….malu laa.

Kalau dahulu boleh dapat simpati ramai bagaimana kali ini.

DELIMA PAS. buang mati katak, telan mati babi




Selepas 100 hari memerintah di Perak Pas sudah tersepit dalam dua situasi. Pertama karenah DAP yang mula mahu lebih dalam segala hal. PKR menghadapi masalah kepimpinan, Tak cukup dengan isu rasuah dan salah guna wang, timbul pula masalah moral yang berprofile tinggi. Sudah tentu Pas Perak sendiri berasa kurang senang dengan Speaker Perak tapi apakan daya Pas , suaranya kecil di Perak. PKR pula merupakan parti yang menang loteri 4D, tak reti nak buat apa dengan hadiah kemenangan.

Dalam DAP semua ahlinya nampak lebih menonjol tetapi Pas hanya nampak Menteri Besar saja yang mendapat lebih pendedahan. PKR langsung tak ada, 5 lagi ADUN Pas hanya membisu seribu bahasa takut salah kerop.

Selepas 100 hari ke mana hala tuju Pas. DAP sudah menampakkan usaha-usaha mereka untuk memajak tanah kepada 999 tahun. DAP dengan agenda tanah. Pas agenda apa? PKR tak ada agenda mereka hanya syok dengan falsafah “lawan tetap lawan”

Bertelur sebiji riuh sekampung



Kerajan BN telah lama berjaya menarik pelaburan ke negeri Perak. bukan setakat memberi pekerjaan kepada 1000 orang malah boleh mampu mewujudkan sebuah bandar baru. Lumut juga telah di majukan oleh BN. Pakatan Rakyat hanya tumpang lalu saja,,dan kuis sana , kuis sini

LUMUT: The first project approved by the Pakatan Rakyat-led state government, a fabrication plant in Lumut Port, is expected to create 800 jobs for skilled and semi-skilled workers, said Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jama-luddin.
The initial investment for the UMW Fabritech fabrication plant was RM100 million, with the first phase to be completed at the end of the year and the rest of the plant completed in four years, he said at the ground-breaking ceremony here yesterday.

He said the state government was trying to reduce bureaucracy for all project applications.

It also wants to give early approvals so that investors could quickly begin their projects, enabling the reaping of benefits sooner.

“In the case of the UMW Fabritech fabrication plant, I approved the application in less than 24 hours and all processes involving the Manjung district land office and other agencies were conducted within three weeks.”
The plant will build oil platforms and related components.

Nizar expressed confidence that UMW’s move to invest in Perak would encourage others to invest in the state’s education, agriculture and tourism sectors.

Budu Naik Harga




Budu turut mahal

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

SEORANG peniaga, Mohd. Aswraf Alwi menunjukkan beberapa jenama budu yang dijual di kedai runcitnya di Kota Bharu semalam.

TUMPAT – Adakah budu iaitu pembuka selera kegemaran rakyat biasa Kelantan akan menjadi bahan mewah pada masa akan datang.

Ini tidak boleh ditolak ekoran kenaikan mendadak kos mengeluarkannya menyebabkan harganya yang berpatutan kini menjadi lebih mahal.

Ekoran itu, harga bahan tersebut akan dinaikkan sebanyak 40 peratus bermula 1 Julai ini.

Ia disahkan sendiri oleh seorang pengusaha terkenal budu di sini, Ismail Yusoff, 57, yang menyifatkan kenaikan harga itu tidak lagi dapat dibendung.

Menurutnya, ia dilakukan bagi mengelak kerugian lebih besar termasuk risiko ‘gulung tikar’ jika bertahan dengan harga semasa.

Katanya, kenaikan harga bahan bakar memberi impak besar kepada kos operasi termasuk melonjakkan harga botol kaca dan juga pembalut selain kesukaran memperoleh bahan mentah seperti ikan bilis dan garam dalam jumlah yang besar seperti sebelum ini.

“Sebelum ini ikan bilis dibeli dengan harga 80 sen sekilogram, tetapi sekarang naik RM1.50, begitu juga garam kasar yang kini dijual dengan harga RM3 sekilogram berbanding RM2 sebelum ini,” ujarnya yang 28 tahun mengusahakan bahan penyedap itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ismail yang memiliki kilang pengeluaran di Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat mengeluarkan budu dalam empat jenama iaitu Ketereh, Pati Ikan Bilis, Sos Bilis dan Selera Kampung.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

KOMEN; MARI KITA BUAT DEMONTRASI MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BUDU. ESOK PAKAT-PAKAT BUAT BANTAHAN DI BANDAR KOTA BARU. ANWAR BERAHIM AKAN TURUN, MAT SABU DAN RAMAI LAGI,,,BAWA SEPANDOK DAN PAKAI BAJU MERAH BERUTIS “BUDU” KITA KUMPULKAN 2 JUTA TANDA TANGAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BUDU. KITA RAKYAT KELANTAN ADALAH PENGELUAR BUDU TERBESAR DUNIA MAKA WAJARLAH KITA MENDAPAT HARGA BUDU YANG MURAH. DAN MENDESAK KERAJAAN KELANTAN SUPAYA MEMBAYAR SUBSIDI SERIAL SEBOTOLLLL