KLING KLING KLING ,MAI BELI,MAI BELI


Tak lama lagi satu pasar malam akan di buka di Permatang Tok Pauh, Sorang tua akan menjual ais krim cap biji mata. Mula-mula dulu bini dia jual ais krim, tapi sudah sampai masa bini dia kata “abang ‘cek dah letih lah, cek nak rehat la. abang pi jual lah pulak”

Abang dia kata” abang pun tak berapa seronok nak berniaga lah ni, perut sat sebu, sat memulas; julap makan dah pil ‘chi ki tit on’ pun makan dah. nak berjalan tak berapa selesa. nak duduk pun tak sedap. macam mana pun kerana mu A……abang turutkan”

“Kling, kling , kling , kling loceng tembaga berbunyi. dia datang awal hari itu untuk buka gerai. tup-tup jam 10 pagi pesaing dia sampai. jual aiskrim cap ‘kati’ yang jual tu pulak budak hingus, hansem pulak tu..baru 23 tahun.muka alahai cun habis…..ketak lutut orang tua tu….

Advertisements

Pemuda Malaysia Merajuk


Hari dalam surat khabar ada artikel yang mengisahkan pemuda negara perlu didekati dan elak dari merajuk.

Nak cerita sikit. Pemuda Malaysia ini semua nya dalam proses pencarian. Apa juga bentuk dan objek akan mereka cari dan cuba.

Pemuda lepasan sekolah biasanya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sebelum memasuki dunia pekerjaan. Yang gagal akan terus menceburi dunia pekerjaan, samada bekerja sendiri atau dengan majikan.

Pengisian pemuda dalam dua alam ini amat bebeda, remaja di IPT mempunyai ruang disiplin dan halatuju yang betul dan terkawal. dan ini berbeza dengan remaja lepasan SPM atau STPM yang melangkah ke alam perkerjaan.

Rasa hati masih tertambat di sekolah. Rasa hati masih nak pakai baju PBSM, Baju Pengawas atau baju Kadet dan sebagainya. tetapi mereka tiada hak lagi untuk masuk ke sekolah. akibatnya remaja akan mencari ruang sendiri untuk mengisi lompang-lompang yang luas dalam kehidupan mereka. Bereksperimentasi akan terus menjadi agenda mereka. Samada menjadi pencuba dadah disigner, atau menjadi pelumba motosikal yang tidak ada lesen perlumbaan dan bermacam-macam lagi.

Di sinilah Kementerian Belia dan Sukan perlu memainkan peranan yang penting. Alam kehidupan remaja lepasan sekolah tidak lah lama. Paling tinggi 5 tahun. Kemudian remaja akan melalui kehidupan baru sebagai ibubapa pula.

PBSM, Kadet, KRS perlu mengikut jejak Pengakap yang mewujudkan Pengakap Kelana khusus untuk mengisi ruang remaja lepasan sekolah. Remaja hari terpaksa beralih arah menjadi Ahli Pertahanan Awam atau Wataniah untuk mengisi masa terluang mereka.

Pengurusan belia daerah rata-rata di monopoli oleh satu kelompok sahaja yang sudah tak nampak belia lagi, dan memegang jawatan dalam jangka masa yang panjang. sekiranya ada aktiviti-aktiviti, remaja-remaja lepasan sekolah hanya menjadi tukang lihat sahaja. yang lama akan menikmati segala yang ada.Rajin-rajin lah tarik remaja ini ke dalam aktiviti persatuan belia.

Dari sudut politik juga, golongan Pemuda UMNO dan Puteri hendaklah bijak mencari ruang untuk memikat golongan remaja. dan contoh yang baik mestilah ditunjukkan oleh dua kumpulan UMNO ini. mereka menjadi ikon contoh. kalau baik ramai lah pengikut, kalau buruk tingkah laku, alamat tidak ada pengikut baru lah. Pemimpin pemuda dan puteri hendaklah rajin dan ringan tangan dalam mengendalikan program, bukan menjadi tangkai cawan sahaja. Aku selalu tengok pemuda-pemuda sanggup datang dari mana-mana hala dan hanya menjadi tangkai cawan sahaja.(hanya sekadar nak tunjuk muka kat bapa menteri) ringan-ringan lah mulut untuk bertanya khabar, ringan-ringan lah tangan untuk mencuci pinggan atau cawan. Tunjuklah teladan yang baik. Jangan hanya tahu mengabis boreh saja.(menghabis beras)

UMNO tidak akan ketandusan ahli-ahli baru jika pandai memikat mereka. hari ini pihak lawan yang bijak mendampingi mereka.

HIP HIP HOREY, WEL WEL. YABADABADO.


Itu sorakkan dan kegembiraan setengah pihak bila Pas menutup buku perbincangan dengan UMNO.

Yang menang dan gabra dah selesai. Selama seminggu ada yang tak lena tidur takut jawatan hilang. ada yang pasang angan-angan.

Petang ini Presiden Pas telah bagi kata penamat. akan kekal dengan pakatan pembangkang. walaupun pembangkang menolak hukum hudud dan qisas.

Tolak UMNO mungkin sebab UMNO tak mahu terima hudud dan qisas anjuran Pas. Tak kisahlah macam mana pun biarkanlah Pas dengan dunia dia.

Tugas penting untuk UMNO ialah membetulkan haluan bahtera yang sedikit lari beringnya. atau kalau landasan keretapi perlu diperiksa dan diperelokkan jika ada paku-paku landasan yang kecurian. elakkan dari keretapi terus tergelincir kerap sangat,, kerana ia amat memalukan. Kalau kemalangan kerap berlaku rakyat tak akan naik lagi keretapi ekspress rakyat yang dibangga-banggakan.

Berita terkini juga menyenangkan hati wakil rakyat Bandar Baru. YB Zulkifli (betul ker) atau the bikers MP. yang tempatnya diwar-warkan akan di rampas oleh Anwar jika kerusi parlimen kawasan itu dibatalkan oleh mahkamah.

Hari ini juga ahli parlimen permatang pauh meletakkan jawatan untuk memboleh orang yang dalam proses perundangan menjadi calon. Nampak sangat dia sudah terdesak dan tak sabar nak jadi PM supaya tuduhannya akan dihapuskan.

Kalau dia menang saja. esok dia akan bentuk kerajaan dan semua jawatan penting kerajaan akan berubah. Semua CEO syarikat koperat akan diganti baru. Melayu akan terus terpinggir. Bintang dalam bendera Amerika mungkin akan bertambah 1 lagi. dulu dah tambah 2 butir. bila Iraq dan Afghan jatuh ke tangan mereka.

UMNO bukan Syarikat Sdn. Bhd.


Tiga tahun sekali pemilihan Jawatan kuasa pun dijalankan. Tahun 2007 sepatutnya di adakan tetapi oleh sebab nak menghadapi Pilihanraya maka pemilihan tertangguh. Itu satu-satunya penyebab UMNO banyak kehilangan kerusi dalam pilihanraya lalu.(Apa tidaknya , bila Ketua Bahagian tak dicalonkan mulalah naik angin satu badan.)

Bulan Julai merupakan bulan pemilihan peringkat cawangan. Selesai semua cawangan kita beralih ker Persidangan dan pemilihan bahagian pula.

Sudah lama berlaku dalam UMNO ada pihak ingin menjadikan UMNO sebagai Syarikat Sdn Bhd. dengan meletakkan bapa sebagai ketua cawangan, isteri sebagai ketua wanita dan anak lelaki sebagai ketua pemuda dan anak perempuan sebagai ketua puteri. Ada juga cawangan yang ahli ada orangnya entah di mana. Cukup syarat dan boleh buat persidangan. tetapi ahlinya yang itu sahaja dan tidak berkembang. Kalau ada orang baru nak masuk atau berpindah masuk mereka tak akan jemput untuk hadir mesyuarat. dan kalau ada ahli tolong cari ahli baru maka permohonan ahli baru itu akan senyap sahaja dan tak sampai ke ibu pejabat. Akhirnya ahli yang nak masuk UMNO itu hilang minat dan menjadi ahli parti lain.

Budaya menjadikan syarikat sendirian berhad juga berlaku di peringkat bahagian. semua nak dimonopoli oleh satu keluarga.

Buanglah perangai buruk macam ini. kembang-kembangkanlah keahlian UMNO, banyakkan cawangan dan ahli. terima tanpa syarat kemasukan ahli baru. UMNO milik awam, milik orang melayu, milik berhad, setiap orang ada saham. jagalah UMNO sebaik mungkin.

Anwar macam cacing kena panas lagi.


Dua tiga hari kisah beliau senyap sekejap, tetapi sehari dua ini menjadi panas kembali, ini adalah kerana kononnya ada laman web mengesahkan pendedahan seorang doktor yang dia tak ada kes

Melatah beruk dia mendesak kerajaan menggugurkan siasatan terhadap beliau, dia ingat polis nak lepas dia dengan begitu sahaja, jelas menunjukkan dia makin tak sedap duduk. umpama menghitung saat- saat kehancuranya

PAS pernah kata “Apabila kita memilih perempuan sebagai ketua kita , maka tunggulah saat kehancurannya”

Sekarang ketua pembangkang ialah perempuan, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Pemuda Pas tak reti adat


Kegairahan Pemuda Pas membuat laporan polis terhadap Tajul Rosli jelas menunjukkan barisan kepimpinannya tidak reti adat melayu. UMNO dengan ikhlas mengajak Pas berbincang mengenai survival melayu dengan mencari titik persamaan dalam perjuangan politik masing-masing.

Nik Aziz kata UMNO tipu Pas tahun 74-78 lalu adalah tidak benar.Pas kena buka balik sejarah cari punca-puncanya.

Pemuda Pas pula menyatakan Tajul cuba merasuah Pas Perak juga lemah dan tidak ada prima facie. Tidak salah juga jika Dap dan Pkr mangajak Pas membentuk kerajaan setelah mereka menang di Perak. Sebab sebelum PRU 12 ketiga-tiga parti ini tidak pernah menyangka mereka akan menang besar.

Harus diingat, Pakatan pembangkang menang bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana BN sendiri yang sabotaj BN. ini di akui oleh pucuk pimpinan BN.

Dengan itu Pas dan Pkr jangan jadi talibarut bintang 3 sekali lagi

Rumah dalam taman atau dalam dusun


Penghijrah masyarakat kampung ke bandar memberi satu senario baru kepada perumahan dalam taman di bandar Taiping.

Malayu , Cina atau India yang tinggal ditaman perumahan membawa bersama adat dan budaya masing-masing ke dalam taman perumahan.

Yang berbeda ialah adat budaya dan keagamaan, yang lain semua sama. Budaya membuang sampah, membuat kebun, membela ayam, membakar sampah diwaktu petang , menambah bangsal, dan berbagai-bagai lagi semua dapat dilihat di taman perumahan.

Melayu suka bercucuk tanam seperti menanam pisang, kelapa, mangga duku, rambutan jika terdapat tanah-tanah lebihan dibahu jalan. dan akan membina bangsal untuk menyimpan barang-barang buruk. dan ada juga membuat reban ayam.

Orang cina pula akan menjadikan kawasan rumah untuk bertanam sayur di dalam kawasan rumah dan juga dibahu jalan, kalau yang berniaga pula rumahnya akan dijadikan stor untuk menyimpan barang-barang jualan dan ada yang menyimpan forklift dan lori di dalam kawasan perumahan mereka, Kandang anjing menjadi satu kemestian di kalangan orang cina dan adakala sehingga berbau seperti dalam zoo, kerana tidak mencuci kandang.

Orang India tak banyak beza dengan malayu dan cina .kadang kala rumah India lebih bersih dari melayu dan cina, cuma bila senja bunyi loceng sembayang mereka dan bau colok sedikit mengganggu ketenteraman,

Walau bagaimana pun ini semua adalah bergantung kepada sikap. kalau kita berada di Taman Sentosa, Taman Lake View,Kpg Tersusun Bukit Jana, Taman Bukit Mas suasana lebih aman dan selesa kerana sikap penduduk yang lebih intelek.

Sebaliknya di kawasan perumahan murah suasana amat berbeza sekali. tak percaya pergilah lihat sendiri…sakit mato den