Duit dalam bank pun kena cilok


Selalu dalam surat khabar mendedahkan akan kehilangan wang simpanan. Memang aku akui wujudnya dajal-dajal di bank-bank yang tidak amanah, mereka mengambil kesempatan penyimpan yang kurang aktif. baru baru ini dalam akhbar kesah seorang lelaki melayu 50an kehilangan lebih dari 5k duit nya, dia hairan bagai mana wangnya boleh lesap dengan begitu banyak.

Aku nak cerita kisah aku di Maybank. aku ada akuan sejak 1992 lagi. bank ini ialah simpanan kedua. wang yang masuk kebanyakan adalah dari bank in check tunai dan juga bayaran-bayaran lain, ia tak melibatkan gaji, oleh itu aku mengambil keputusan untuk tidak membuat kad ATM. setahun sekali atau dua kali jika perlu aku akan keluarkan wang tersebut, dan aku jarang pergi update buku tu.

satu hari aku pergi keluarkan wang, tetapi baki nya susut banyak,. mula aku rasa pelik dan kemudian bertanya denga pegawai bank. dia kata betul, kira-kira wang tu, tak ada salah, tak apa lagi bila aku perlu wang pergi lagi kali ini aku bertanya lagi,,,,tentang pengeluran RM1602 yg aku rasa aku tak pernah keluarkan . dia kata duit tu keluar dgn ATM sebab ada code DRM. selalunya bila keluar tunai akan ditulis CSH. dia minta aku pergi ke Maybank Taiping untuk semakan,

tiba di sana seorang pegawai perempuan berketurana DKK telah ambil kes., dia kata kita akan siasat dan charge RM 5 akan di kenakan dan tunggu kami akan hubungi aku, tunggu lah aku sampai setahun dan tak ada panggilan. tahun berikutnya aku pergi lagi dan buat benda yag sama. selepas beberapa hari seorang pegwai menelefon aku dan menyatakan memang ada pengeluaran wang melalui ATM, dia minta agar aku buat laporan polis dan kembalikan report kepada bank untuk buat inkuari ke Maybak KL. apa yang aku terima ialah wang telah dikeluarkan secara sah di ATM beberapa tempat samapi ke sabah dan sarawak. dan meminta aku malaporkan ke biro perantara kewangan. sampai ke hari ni siasatan masih dijalankan.

Persoalannya siapa punya angkara. siapa yang boleh buat kad ATM? mestilah orang dalam yang tahu bahawa akaun aku tidak punya kad ATM dan jarang di aktif, yang masuk dan tidak keluar-keluar. so dia ambil kesempatan dengan membuat kad ATM dan mengeluarkan wang aku dalam tempoh setahun. selepas itu tak ada lagi kehilangan wang, mungkin lah dajal ni mencari akaun-akaun lain untuk diperdajalkan.

walaupun kes ini dah lama dan mungkin bukti CCTV mungkin sudah tiada dalam simpanan maybank tetapi berdasarkan rekod perjalanan kakitangan nya kes ini mungkin akan terjawab. tetapi adalah dajal itu dari Taiping atau pun dari ibu pejabat yang tahu akan akaun aku.

Harap dapat tengok muka dajal itu tak lama lagi.Aku yakin tangkapan akan dibuat .

1 Comment (+add yours?)

  1. Curious
    Nov 04, 2015 @ 14:27:22

    Sis nak Tanya dapat keputusan utk cctv bank bila eh lama tak? Sbb saya pun ter kena kes mcm ni . Help pls dah lama sgt tak dapat khabar polis hmm

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: