Adun kena tahan BPR.


Oleh Hussain Said dan Zulhilmi Hat 
bhnews@bharian.com.my

SEREMBAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sebuah restoran di Mantin, dekat sini petang semalam selepas disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor. 

Adun berusia dalam lingkungan 40-an dan pertama kali dipilih selepas memenangi pilihan raya umum lalu ditahan oleh sepasukan anggota BPR ketika menerima suapan itu jam 4.30 petang. 

Difahamkan, ketika kejadian, dia yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Seremban cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya dicekup anggota BPR yang mengejarnya.

Dia yang digari kemudian dibawa ke Ibu Pejabat BPR negeri di Jalan Dato’ Kelana Maamor, di sini bagi membantu siasatan. Sehingga jam 8 malam tadi, Adun terbabit masih disoal siasat di Ibu Pejabat BPR negeri. 

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull, mengesahkan penangkapan Adun berkenaan, namun enggan mengulas lanjut. 

“Saya menerima maklumat mengenai penahanan ini dan mengesahkannya. Tetapi, saya enggan memberi ulasan lanjut,” katanya.

Ini adalah kejadian pertama tahun ini seorang Adun negeri ini ditahan kerana disyaki menerima suapan. 

Pada 2 Ogos lalu, seorang pemimpin Umno Seremban ditahan BPR dipercayai menyogok seorang ketua cawangan sebanyak RM500 sebagai dorongan mencalonkannya sebagai Ketua Bahagian pada pemilihan bahagian itu, Oktober ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang tidak berkompromi dengan rasuah bagaimanapun gagal dihubungi bagi mengulas penahanan Adun terbabit. 

Beliau pernah menegaskan individu yang terbabit dalam perbuatan itu perlu menanggung akibatnya.

dan menyerahkan sepenuhnya kepada BPR untuk menjalankan siasatan serta mengheret mereka yang terbabit ke mahkamah.

Ulasan: Ini kali kedua ahli Umno di tahan BPR. Tak adapun MB Negeri Sembilan nak tuduh BPR menfitnah dan sengaja mengadakan konspirasi. dan MB N. Sembilan tak akan saman BPR. 

Bukan seperti seorang MB tu, Bercakap soal ketelusan, kerajaan bersih, kerajaan rakyat tetapi bila dua exco kena tahan BPR melatah tak bertempat. 

Cetak artikel  |  Hantar pada kawan

Perak dipersoal beri sekolah Cina 400 hektar tanah



IPOH 31 Ogos – Langkah Kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sembilan sekolah persendirian Cina perlu diperluaskan kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Katanya, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.

“Oleh itu, kami mendesak Menteri Besar turut memberikan lot tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa Mohammad Nizar mengumumkan pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak.

Menurut laporan itu, pemberian itu bagi membolehkan sekolah tersebut dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbiran sekolah.

Mohammad Nizar dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.

Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah itu bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah tersebut.

Zainol Fadzi berkata, Pemuda UMNO menghormati keputusan kerajaan negeri memberikan tanah kepada sekolah Cina di Perak.

Tetapi, kalau boleh kerajaan negeri juga kena berlaku adil kepada sekolah agama Islam dan pondok persendirian yang turut berhadapan dengan beban kewangan.

“Kita mahu Menteri Besar dapat membuat keputusan membela orang Melayu dan bumiputera supaya nasib dan kepentingan pribumi ini tidak dikemudiankan,” katanya.

Ekologi Hutan Simpan Pondok Tanjung musnah


Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my


PUNCA: Penebangan secara agresif tanpa sebarang pemantaun di kawasan bekas Hutan Simpan Pondok Tanjung menjejaskan aliran air lima sungai utama.

Penebangan pokok secara agresif punca sungai keruh, berkeladak 

TAIPING: Pemusnahan hutan secara agresif di kawasan seluas 530 hektar di bekas Hutan Simpan Pondok Tanjung dekat sini, dikhuatiri menjejaskan keseluruhan sistem ekologi dan kegiatan pertanian daerah Kerian. 

Tinjauan Berita Harian mendapati, sepertiga daripada 1,400 hektar tanah dalam hutan simpan berkenaan sudah dibersihkan bagi projek ternakan kambing secara besar-besaran.

Kerja penebangan pokok yang dilakukan sejak Januari lalu itu sudah menampakkan kesan kerana Sungai Jelutong dan Sungai Merah dalam hutan simpan berkenaan sangat keruh dan berkeladak. 

Pemantauan Persatuan Alam Sekitar Perak sejak Januari lalu menunjukkan pemegang konsesi mengambil masa tidak sampai tujuh bulan untuk mengeluarkan semua pokok tanpa mengira saiz dalam petak pertama seluas 530 hektar daripada keseluruhan kawasan 1,400 hektar. 

Setiausaha Kehormatnya, Meor Razak Meor Abdul Rahman, berkata penebangan pokok secara menyeluruh itu dilakukan kerana status tanah berkenaan sudah ditukar daripada hutan simpan kepada tanah kerajaan.

“Jika hutan simpan, Jabatan Hutan akan menanda pokok yang boleh ditebang berasaskan saiz dan jenis pokok sebelum pemegang konsesi mengambil balak secara teratur. 

“Tetapi, dengan status tanah kerajaan, pemegang konsesi balak boleh membersihkan seluruh kawasan ini dengan mengeluarkan semua pokok tanpa mengira saiz. 

“Penebangan secara membabi-buta ini menjejaskan aliran air di lima sungai utama yang kemudian mengalir masuk ke Tasik Bukit Merah,” katanya di sini, semalam. 

Hutan Simpan Pondok Tanjung yang asalnya seluas 10,391 hektar diwartakan pada 1913, dianggap hutan paya gambut terbesar di utara Semenanjung.

Data oleh Universiti Sains Malaysia menunjukkan hutan simpan itu tinggal seluas 7,164 hektar sebelum kawasan seluas 1,400 hektar ditukar status kepada tanah kerajaan untuk projek ternakan kambing. 

Meor Razak berkata, kerajaan negeri mesti memantau kerja pembersihan hutan di baki kira-kira 870 hektar petak kedua dan ketiga kawasan hutan yang sudah ditukar status kepada tanah kerajaan itu. 

Katanya, pemantauan rapi itu sangat penting kerana Hutan Simpan Pondok Tanjung adalah kawasan tadahan air untuk Tasik Bukit Merah iaitu tasik semula jadi yang menjadi sumber air kepada penanaman padi daerah Kerian. 

Beliau berkata, jika Tasik Bukit Merah terjejas, keadaan itu boleh mengganggu kualiti air bagi bendang di Kerian, Perak dan sebahagian Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. 

“Walaupun projek ini diluluskan kerajaan negeri sebelum ini, Persatuan Alam Sekitar Perak menggesa kerajaan sekarang memantau projek ini kerana penebangan hutan secara agresif ini sudah menampakkan kesan negatif. 

“Banjir di beberapa kampung di sekitar Selama beberapa bulan lalu contohnya sangat lambat untuk surut kerana sebahagian paya gambut yang memerangkap air sudah tiada,” katanya. 

Meor Razak berkata, projek ternakan kambing mega itu juga dipercayai tidak mempunyai Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) kerana Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan Perak sendiri tidak pasti mengenai laporan terbabit ketika diminta oleh Persatuan Alam Sekitar. 

Cetak artikel  |  Hantar pada kawan

"Lori Sampah Yang Jijik dan Memualkan"


ulang siar ulasan anda

3 Ulasan – WritePostCollapsor(); Tunjukkan Kiriman Asal WriteCommentsCollapsor(); Komen runtuh

Blogger Tyre berkata…

1. Mengapa perlu di-compress sampah dlm trak sehingga mengeluarkan air busuk?

2. PBt perlu kawal atau keluarkan lesen (dgn bayaran minima) pengutip-pengutip sampah (utk dijual semula). Perlu ada peraturan. Ini tidak, pengutip ikut suka buka plastik kemudian taburkan atas jalan. Cuma Apek yg bertopi dan basikal roda tiga itu shj yg buang balik sampah-sampah yg tidak diperlukan ke dalam tong. Yg lain itu menyepah-yepahkan di luar tong. Nak cari rezekipun jgnlah menyusahkan dan membusukkan kawasan org lain yg rumahnya berdekatan tong sampah

2008 Ogos 6 16:06

Blogger Tyre berkata…

Tong sampah di Kpg Baru Kamunting berdekatan Kuil dan Dewan tu kecil dan hanya satu.

PBT perlu peka sikit. Mana nak cukup kecualilah tiap-tiap hari dua kali angkut.

Bubuhlah tong besar mcm tapak pasar mlm Kmtg tu. Taklah bersepah melimpah keluar sampah tu

2008 Ogos 6 16:08

Blogger Tyre berkata…

Rasanya PBT perlu buat konsep kutipan sampah rumah ke rumah.

Tong individu dgn bertutup.

Tidak perlu Tong Besar yg menyusahkan dan membusukan sesiapa yg tinggal berdekatan atau melalui kawasan ini

2008 Ogos 6 16:17

Persidangan Umno cawangan


Hampir semua cawangan Umno seluruh negara kecuali Sarawak sudahpun melaksanakan tanggungjawab dengan menjalankan persidangan tahunan. Yang nyata persidangan tahun ini meriah, panas , ada yang menangis dan ada yang bermuram durja.

Dalam persidangan pemuda. Adalah sukar untuk mengumpul 9 orang ahli untuk menjalankan persidangan. walaupun ramai anak muda mendaftar sebagai ahli.

Ini disebabkan ramai pemuda-pemuda Umno tidak berada di cawangan kerana mereka belajar atau pun bekerja di luar kawasan. Malahan ketua pemuda sendiri ramai yang berada diluar kawasan. AJK peringkat Umno cawangan yang rata-rata dari golongan dewasa dan veteran terpaksa berusaha keras untuk mengumpul anak-anak buah supaya dapat balik untuk bersidang.

Begitulah senario politik Umno hari ini. Hasil usaha pemimpin untuk memajukan negara telah dapat di lihat di sini. Mungkin awal tahun 70an dahulu tidak menjadi masalah untuk menzahirkan sebuah perhimpunan tahunan peringkat cawangan kerana rata-rata pemuda zaman itu bekerja dan tinggal di kawasan.

Begitu juga hal nya dengan puteri dan wanita, ramai ahli nya berada di luar kerana bekerja, belajar atau mengikut suami. Rata-rata yang hadir ialah kaum ibu dan nenek-nenek yang masih utuh dan kuat semangat perjuangan mereka , sanggup hadir walaupun uzur.

Semasa PRU 12 pula ramai remaja melayu mengusung bendera Pas, Dap dan Pkr pada motosikal mereka. Siapa mereka? Jelas menunjukkan anak-anak muda ini adalah anak-anak pembangkang bukan anak-anak orang Umno.

terjun dulu


gpms1/2/3


Perak Hari Ini.




Pagi tadi semasa hendak ke Kuala Kangsar untuk sama-sama menyertai Himpunan Melayu Muda penulis telah singgah di sebuah gerai untuk bersarapan pagi. Secara kebetulan seorang YB Perak dari Umno sedang minum diwarung yang sama, sempat kami berbual-bual sambil sarapan. Isunya tidak lain dan tidak bukan ialah mengenai politik tanah air khususnya di Perak.

Beliau menceritakan Politik Perak hari ini seperti politik India. Kerajaan India menyokong kumpulan-kumpulan agama Islam dan memberi bantuan kewangan, supaya pengikut kumpulan Islam ini terus dengan agenda agama dan tidak perlu mengganggu atau mencampuri urusan-urusan politk negara.
Perkara yang sama di lakukan di Perak. Pas hanya berurusan dengan hal ehwal agama Islam saja. Ceramah sana- sini, melayan tetamu-tetamu Pas saban hari yang membuat kunjungan hormat kepada MB. Hal-hal pentadbiran tanah dan ekonomi semuanya diuruskan oleh pihak satu lagi.
Mesyuarat exco juga tidak boleh di adakan seandai dua orang kuat parti komponen PR tidak dapat hadir.(gambar)
Beliau juga sedih mengenai urusan pemberian tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru dan meminggirkan penduduk melayu yang tinggal di TOL. kalau nak bagi tanah bagi semua supaya adil.
Selesai makan kami pun beredar, beliau YB akan ke perasmian program kemerdekaan . sempat juga penulis promote blog Taipingmali kepada beliau . YB itu rakan lama penulis, walaupun dah bergelar Datuk mulut penulis masih sasul dok sebut hang dan aku. nak buat macam mana dah kenal lama…sorry lah Datuk dia pun kata ok…kita dah kenal lama.

TUTUP SAJA LALUAN INI.





Laluan ini lebih baik di tutup kerana menggangu lalulintas di Jalan Stesen Kamunting. Untuk maklumat umum. Jalan Stesen dari Masjid hinggalah ke stesen minyak Caltex mepunyai cabang-cabang yang mengelirukan. Apa yang anda lihat ialah 3 buah kenderaan yang lari dari lampu trafik. berhampiran One Stop. 

Himpunan Melayu Muda Perak







Gambar Himpunan yang dirasmikan oleh Mufti Perak. Syabas kepada penganjur.

Kita tunggu MB Perak saman BPR. (klik)


Penulis harap MB Perak segerakan saman malu terhadap BPR dalam bulan September ini. Jangan tangguh lagi, Jangan bohong rakyat Perak dengan pelbagai hujah dan retorik politik.

Kita rakyat Perak tak mahu lagi alasan -alasan yang berbelit-belit jika MB Perak tidak menyaman BPR.
Berani cakap berani buat. Itu saja yang nak pesan. Belum ada dalam sejarah negara Menteri Besar saman BPR. Cerodik benor lah deme tuu

Tun Mahathir yakin Anwar akan gagal pada 16 September 08.



16 September ialah hari ulang tahun penubuhan Malaysia dimana Sabah , Sarawak dan Singapore telah sama-sama membentuk sebuah negara Malaysia pada tahun 1963.

16 September 2008 Anwar berjanji untuk merampas kuasa di parlimen. Tun Mahathir yakin Anwar akan gagal dalam usaha kotor dan jijik beliau. kaki sontot memang suka yang jijik-jijik tu.
Sekali lagi penulis (bahasa diri baru ) menjangkakan beliau akan gila talak kali ini.kerana usaha beliau menemui kegagaln. Oleh itu kalau terjumpa seorang lelaki yang bercakap sorang-sorang didalam tandas parlimen atau di kafetaria berhati-hatilah , jangan galak untuk bertegur sapa dengan dia takut-takut kena maki hamun oleh dia, cara yang baik ialah dail 999 untuk memohon bantuan ambulan.

Hapuskan yellow box dan double line


Di bandar Taiping dan Kamunting terdapat beberapa kotak kuning dan banyak garisan dua jalur . Tetapi semua ini tidak memberi sebarang makna kepada pemandu-pemandu kenderaan di bandar ini. 

Mereka seolah-olah dungu tentang peraturan jalan raya. sama seperti menyalakan lampu hazard pada hari hujan. 
Begitu juga dengan sticker cukai jalan, arahan sudah jelas supaya sticker diletak di kiri cermin sebelah bawah. Ramai yang memasang di tengah-tengah cermin kereta atau yang letak di kanan sebelah atas, 
Sama juga halnya dengan smart tag. arahan supaya letak di tengah. tetapi ramai yang letak di sebelah kanan,

Esok perhimpunan pemuda melayu di Arena Sq Kuala Kangsar.


Kepada orang Perak dan kawasan-kawasan berhampiran sudi-sudilah melapangkan diri untuk bersama-sama menjayakan program ini. Isyaallah kalau tidak ada aral Taiping Mali akan ke sana. Taiping mali akan  naik motosikal, senang parking

PKR panas telinga kena smash oleh Pak Lah semasa bentang bajet



Anwar tersipu-sipu malu kena tempelak oleh Pak Lah. Azmin pula menyinga panas telinga. Akhir sekali dia (azmin) menuduh Pak Lah seorang diktator. Mengucap lah Azmin. Kalau tak kerana Pak Lah Azmin tak ada harapan duduk di kerusi parlimen.

Azmin sudah lupa jasa Pak Lah yang telah membebaskan Anwar dari penjara. Sebenarnya Anwar yang bersifat diktator kerana berusaha untuk merampas kuasa kerajaan BN. Perampas kuasa biasalah adalah dari golongan diktator.

Mole People atau Yakjuj Makjuj(klik)







Mengikut laporan sulit NASA, makhluk ini berada di perut bumi Amerika. berikut adalah gambaran wajahnya. Mereka ini berada 20 batu di perut bumi dan bersiap sedia untuk keluar dari persembunyian mereka.

Majlis Peguam buat hal lagi. (KLIK)


Berita mengejutkan laporan perundangan dari India mengesahkan pemecatan bekas-bekas hakim adalah tidak sah.

Majlis peguam Malaysia memainkan isu bekas-bekas hakim sekali lagi. Apa lagi nak ditimbulkan. kerajaan telah pun memberi x gratia. 
Saya tidak bersetuju langsung dengan pendedahan kotor ini oleh Majlis Peguam . Saya mencadangkan semua peguam-peguam yang tidak suka tinggal di Malaysia elok lah memohon kerakyatan India, kerana mereka tidak akan menhadapi sebarang masalah di benua tersebut.
Tribunal yang bertindak dalam kes hakim-hakim itu bukan sahaja di perkenankan oleh Agung malah Sultan Johor sendiri yang mengarahkan Tun Mahathir mengambil tindakan terhadap kesalahan ketua hakim. 
Jelas menunjukkan Majlis Peguam tidak menghormat undang-undang negara dan Rukun negara.

Berkuburnya parti PKR


Umno telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor. Tertubuhnya parti politik melayu ini ialah untuk menentang penubuhan Malayan Union.

Kini Umno berusia 62 tahun merupakan tulang belakang kepada Perikatan yang hari ini dikenali sebagai BN. 
BN telah di bentuk dalam tahun 1973  dengan pertambahan ahli baru ia itu Pas. Kemasukan Pas memberi tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim ketika itu. Pada masa yang sama Anwar sudah mula menggerakkan ABIM sebagai landasan beliau untuk menentang BN.
Hari ini setelah dipecat dari Kerajaan dan Umno , beliau telah menubuhkan Parti Keadilan. Parti yang ditubuhkan tanpa asas dan sokongan kukuh oleh rakyat.  Ia jelas menunjukkan kemasukan Anwar kedalam Umno bukan atas sifat jati diri untuk membela agama, bangsa dan negara.
Difahamkan bahawa Datuk Ibrahim Ali dan Ku Li telah membawa masuk Anwar ke dalam Umno sebagai ayam tambatan untuk menyekat pengaruh Pas di Pulau Pinang dan negeri di utara semenanjung.
Pkr ternyata kuat dan gagah kerana bergantung kepada populariti Anwar sahaja dan bukan atas dasar perjuangan parti. 
Sebab itu ramai orang melayu dan rakan-rakan karibnya, telah keluar parti kerana dasar perjuangannya kosong dan tiada hala tuju yang jelas.  Andainya dalam setahun dua lagi Anwar meninggal dunia maka PKR akan berkubur terus.  Penyokong tegar beliau hanya seronok mendengar ceramah dan dongengan helah bela diri beliau sahaja. 
Agenda beliau bertanding di Ptg Pauh secara tergesa-gesa ialah untuk membolehkan beliau mengambil alih kerajaan dan seandainya berjaya, beliau akan menggunakan kuasanya untuk membatalkan semua tuduhan-tuduhan di mahkamah. Sekali lagi  beliau akan menggertak polis Bpr , dan institusi mahkamah.
Oleh itu percayalah bahawa Pkr tak akan terbang jauh. Saat kematiannya tetap tiba  tambahan pula tubuhnya yang kurus penuh dengan racun arsenik dan Hiv. ( dakwaan racun oleh Pkr semasa Anwar dalam  penjara).  Tiada lagi yang layak menjadi ketua mereka, tak juga Azizah, tak juga Azmin atau Khalid.
Kemungkinan juga Anwar akan meletakkan jawatan sebagai MP Ptg Pauh kerana tak tahan telinga duduk di dewan rakyat kerana di sindir dan dipulang paku buah keras oleh MP BN.
Dalam ceramah politik di Ptg Pauh semua balaci-balaci berhujah mengenai diri Anwar yang di fitnah oleh Umno. Mengampu dan mengagung-agungkan Anwar. tak ada satu pun agenda untuk membangunkan bangsa dan agama. Bila Anwar mati , habislah modal politik mereka.

MALAYAN UNION, MALAYSIAN MALAYSIA,EUROPEAN UNION DAN ASIA UNION


Malaysian Malaysia telah mula dicanangkan seawal 1960an oleh satu puak di Malaysia bertujuan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada artikel  153 yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu atau lebih mudah di sebut ketuanan melayu. Bangsa asing masuk dengan banyaknya ke Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak  hendaklah diberi hak yang sama dalam segala urusan kenegaraan. 

Seandainya agenda Malaysian Malaysia ini berjaya maka orang pendatang yang dibawa masuk beramai-ramai oleh Kapitan-kapitan dengan mudah akan menguasai sosial, ekonomi dan politik. 
Kemasukan bukan melayu bermula sejak wujud kerajaan Melayu Melaka dan Belanda lagi, Proses kemasukan pendatang asing adalah melalui dua cara. Pertama kerana di bawa oleh British dan kedua oleh kapitan cina yang memohon izin kepada British untuk membawa masuk orang cina secara besar-besaran. Ini amat ketara berlaku di Singapore, Sarawak dan Sabah.  Semua tercatat dalam sejarah, di bandar Sibu Sarawak. Wong Nai Siong adalah tokoh cina yang telah berusaha untuk membawa masuk kaum-kaum Foochow secara besar-besaran ke Sarawak. 
Di Singapore juga berlaku agenda yang sama. sehinggakan ia membawa masalah sosial kepada kerajaan British di pulau itu.
Sebelum  wujudnya agenda Malaysian Malaysia telah wujud satu agenda British untuk menjadikan Tanah Malayu atau Malaya sebagai Malayan Union pada tahun 1946 atau selepas perang dunia II.  British akan menggabungkan Melaka, Pulau Pinang dengang negeri melayu bersekutu dan tidak bersekutu. Walaubagaimana pun ia akan mengecualikan Singapore dari Malayan Union. Selain itu ia juga akan menghapuskan peranan kesultanan melayu.
Di Eropah, Bristish dan lain-lain jirannya telah berusaha menubuhkan European Union, dan ia berjaya, sehingga kini sudah  27 negara-negara kecil eropah telah bergabung dalam EU dan banyak lagi akan meyusul kemudian.
Hari ini dengan  kemenangan Pakatan Rakyat di bawah Dap. Pkr dan Pas , memberi harapan baru kepada DAP terutamanya untuk terus merealisasikan impian Lee Kuan Yew untuk menjadikan  Malaysian Malaysia yang terbantut selepas republik itu disingkir kan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.  Ia adalah kerana Malaysia ketika itu mempunyai 2 perdana menteri. satu di Malaysia dan satu di Singapore.  Apabila Singapore tersingkir tertubuhlah DAP di Malaysia pada tahun 1966. Itulah agenda utama mereka Malaysian Malaysia.
Hari ini impian mereka sudah hampir pasti selepas berjaya bekerjasama dengan PKR dan PAS.
Pas ialah Parti Islam Ortodok yang tidak mempunyai pemikir yang hebat. Ideologi Pas hanyalah untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, kedua ialah untuk menumbangkan Parti UMNO yang menjadi dendam kesumat sekumpulan ahli yang keluar UMNO awal 50an dahulu, sama seperti dendam Anwar yang disingkirkan dari Umno.
PKR pula hari ini terpengaruh dengan fahaman freemason dan bersetuju dengan New World Order untuk mewujudkan Asia Union  seperti mana impian Bush untuk mewujudkan American Union 2012. ARDA hari ini digerakkan untuk tujuan ini. Tian Chua adalah individu yang bertanggung jawab melaksakan tugas di Malaysia. Agenda lain PKR ialah sebagai wadah perjuangan bela diri dari segala tuduhan jenayah ke atas pemimpin mereka. Dengan meminjam idea Klu klax klan beliau berjaya membentuk kumpulan-kumpulan ekstrim di dalam negara.
Sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan mari lah kita kaum melayu yang masih jauh ketinggalan dalam segala hal, membulatkan tekad dan perjuangan untuk  menghalang usaha-usaha asing untuk mencorakkan bentuk dan warna pemerintahan negara kita. 
Orang melayu hanya ada tanah ini sahaja, melayu tidak pernah bercita-cita untuk memohon kerakyatan negara lain. Tidak seperti bangsa lain yang mudah beralih angin dengan memohon kewargaan negara-negara lain seperti Usa. Canada, Australia, New Zealand dan Britain. 

PPSMI di sebut semula. Terima kasih atas komen tuanpuan.


2 ulasan:

joyah berkata…

Dasar ini perlu diteruskan. Anak melayu perlu berusaha dengan lebih untuk menguasai sains dan matematik!

ysnizam berkata…

bagi aku pengajarab sains dan matematik nie kener duer2 bahasa..

Bahasa Melayu dan English..

Kalau BM ajer pon tak sesuai..

Kalau English ajer lagi tak sesuai..

Kalau dalam english semua orang tahu aper faedahnyer..

Biar aku kat sini aku terangkan
KENAPA sains dan matematik perlu
diajar dalam bahasa Melayu jugak:

1. Memperkaya bahasa MELAYU
Perbendaharan kata bagi bahasa
Melayu akan bertambah sekiranya
ia digunakan dalam sains dan
matematik.
Sebagai contoh dalam istilah2
sains dan matematik:
a. Differential(ENG)->Pembezaan(BM)
b. sublimation(ENG)->Pemejalawapan(BM)
c. intergeral(ENG)->Pengamiran (BM)

dan banyak lagi contoh2 perkataan BM yg wujud hasil dari sains dan matematik ini. Kalau BM tak digunakan utk Sains dan matematik..
Aku raser BM payah nak berkembang dari sudut ilmiah.
Cuber kiter bayangkan.. kalau bukan BM ini diajar dalam BM, agak2 ader ker perkataan pengamiran dan pembezaan..??

2. Memartabatkan Bahasa Melayu
Apabila BM nie dah diguna pakai dalam sains dan matematik.. makin bertambahlah kegunaan BM selain dari pada kiter guner utk percakapan sehari-harian sahaja. Atau kiter hanya gunerkan dalam urasan2 rasmi kerajaan (dalam negara).

3. Memartabatkan bangsa Melayu
Apabila sains dan matematik ni di ajar dalam BM, barulah bukan Melayu boleh mempelajari lebih BM, selain dalam subjek BM, Sejarah dll. Impak sains dan matematik atau subjek2 yang seantero dengannyer ader lebih besar. Bayangkan hanyer beberaper kerat sahaja bukan melayu boleh bercakap bahaser melayu dgn baik.. yang lain lagi hampeh..
Kalau kiter kurangkan lagi sebab mengaper mereka perlu belajar BM, lagi la hampeh..

Aku tertarik ayat nie
“ini adalah kelemahan sendiri dan bukan kelemahan sistem.”

dari ayat di atas.. kiter jugak boleh gunerkan utk mengambarkan mengaper orang2 melayu kurang penguasaan dalam english..
Kenaper nak salahkan sistem..
Kenaper nak harapkan sistem PPSMI nie sahajer baru nak pandai ENGLISH..
Aderkah kalau guner BM dalam sains dan matematik.. pelajar2 melayu tak boleh score A..
hmm.. i don’t think so

Sedangkan banyak cara boleh digunerkan utk mempertingkan penguasaan ENGLISH kiter..
Why not used this typical malay proverb:

NAK SERIBU DAYA
TAK NAK SERIBU DALIH

Janganlah kiter membelakangi bahasa ibunda..SEBAB..

TIADA ORANG LAIN AKAN MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SELAIN KITE..

apa pun aku setuju akan kepentingan ENGLISH..
Literally no doubt about it..
percisely..
I know based on my own experinces..
i’d been there.. still now..
especially when u’r becoming foreigner in the foreign country..

Sorry my writing waz so long..
I just can’t stop my fingers especially regarding this issue.. cheers..

Previous Older Entries