Arab Saudi, Jordan beraya awal


Takwim Hijrah perlu diseragamkan satu dunia.

Seluruh umat Islam dan negara Islam di dunia hendaklah memikirkan untuk menyeragamkan tarikh takwim Hijrah agar ia menjadi satu takwim yang mempunyai standard.

Hari ini takwim amat berbeza. Penulis masih ingat masa sekolah dahulu Ustaz Saad (arwah) dia tidak mahu menggunakan takwim hijrah Malaysia kerana banyak kekeliruan. Setiap kali dia menulis tarikh di papan tulis dia akan mengikut takwim Arab Saudi.

Dari dahulu lagi penulis tidak bersetuju dengan takwim Hijarah yang diguna pakai di Malaysia. Sebab masalahnya ialah tarikh 1 Ramadhan daan 1 Syawal tidak mengikut kiraan falak. Menentukan puasa dan raya aidil fitri tidak boleh lagi bergantung kepada sistem rukyah dan hisab.

Dunia Islam atau OIC hendaklah sepakat dalam menetapkan takwim yang satu. andainya kita menyebut 1 Muharam jatuh pada hari Khamis maka satu dunia akan menggunakannya. Tidaklah berlaku 1 Muharam di Malaysia jatuh pada hari Khamis tetapi di Benua Arab jatuh pada hari Rabu.

Tidak harus ada dua kalendar yang berbeza hari dan tarikh. Seandainya perkara ini fikirkan oleh pemerintah dan dilaksanakan di seluruh dunia, maka kita sebagai umat akan berbangga dengan sistem takwim yang ada.

Hari ini dalam urusan kerajaan kita dimestikan menulis takwim hijarah di atas dan takwim masehi di bawah, kenapa perkara ini berlaku?

Dalam sistem perundangan sivil dan syariah seluruh dunia akan menjadi lebih mantap sekiranya mempunyai satu tarikh yang piawai atau standard. Biarlah tarikh menentukan puasa dan raya atau wukuf di arafah tersedia awal dalam kalendar.

Dahulu surat khabar di negara kita kadang-kadang tidak mencatat tarikh hijrah ini kerana pengumunan mohor besar. keesokan paginya kita akan lihat akhbar tanpa takwim hijrah.

=================================================================

Ratusan ribu umat Islam bersolat Aidilfitri di Masjidil Haram di Mekah, semalam.


RIYADH 30 Sept. – Umat Islam di Arab Saudi, Lebanon, Libya dan Jordan menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini dalam suasana sederhana tetapi meriah.

Pegawai agama Arab Saudi berkata, anak bulan telah kelihatan semalam, sekali gus menandakan berakhirnya bulan Ramadan hari ini.

Turut menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini ialah umat Islam di Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Albania dan Filipina.

Bagaimanapun di Mesir, pihak berkuasa agama negara itu mengumumkan, umat Islam akan hanya mula berhari raya esok.

Kebanyakan negara Islam masih menggunakan kaedah rukyah iaitu melihat anak bulan untuk menentukan tarikh hari raya.

Advertisements

BERAS DAN I.S.A (KLIK)


KOMEN: Beras zaman dulu dengan beras hari ini sudah jauh berbeza. Dahulu pokok beras (padi) di tanam setahun sekali. Kemudian teknologi berubah. Padi ditanam dua kali setahun.

Padi dahulu ada nama, seperti Padi Mat Candu, Padi Mahsuri, Padi Malinja dan beberapa nama lagi yang antik, Dahulu juga padi dijual dalam kiraan cupak dan gantang. Kalau padi dikira pikul.

Walaupun padi akan datang mungkin ditanam 4 atau 5 kali setahun, ia tetap bernama padi dan bila diproses di panggil beras. Pokok beras tak wujud, yang wujud ialah pokok padi.

Amerika, Australia, Vietnam, Thailand, China merupakan pengeluar dan pengeksport beras/ padi dunia. Padi sama penting dengan gandum dan lain-lain bijirin. Orang Malaysia tidak boleh hidup tanpa beras dan gandum. MARDI hendaklah memikirkan bagaimana pula menanam gandum di negara kita.

Dari padi ke ISA. Padi dan Isa memang ada persamaan. ISA zaman dahulu dikhususkan untuk menahan mereka yang mencuba untuk mengganggu ketenteraman negara. Komunis menjadi agenda utama ISA.

Sekarang komunis sudah meletakkan senjata. Tiada lagi tentera kita yang putus kaki, buta mata dan cacat kerana terkena jerangkap samar oleh komunis. Hari ini menjadi tentera lebih selesa dan senang kerana negara sudah tiada lagi ancaman kumpulan ini. Akan tetapi ancaman akan berubah wajah kepada satu bentuk lain pula.

Shapeshiffter (pelbagai wajah) adalah ancaman baru kepada negara, dan ia adalah sama dengan ancaman komunis dahulu. Negara sejak akhir-akhir ini telah diuji oleh shapeshiffter ini dengan berbagai rupa dan bentuk wajahnya hinggakan mengelirukan sebahagian besar umat negara ini yang terdiri dari berbilang kaum dan agama.

Pelbagai wajah ini telah digambarkan dalam banyak filem-filem hollywood .Salah satunya ialah filem series Terminator. Matrix dan banyak lagi. Hari ini ‘pelbagai wajah’ sudah ada dalam negara ini dan mereka inilah yang mendesak agar dihapuskan ISA.

Mereka ini ada disemua sudut dan dalam komponen Barisan Nasional pun ramai. Andainya ISA dihapuskan di negara kita, satu pesta oleh kumpulan ini akan dibuat secara besar-besaran di dalam dan luar negara.

Shapeshiffter ini amat bahaya. dan oleh itu penulis menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk menghapuskan ISA.

Bolehkah kita mendesak Allah atau Tuhan menghapus NERAKA?

KOMEN INI ADALAH MERUJUK KEPADA SURAT TERBUKA ZAID IBRAHIM KEPADA PM. idea beras muncul selepas bayar zakat fitrah. zaman dahulu orang bawa segantang beras untuk bagi zakat kepada fakir miskin.

Hari ini bayar RM7.00 seorang kepada amil selesai rukun zakat. Pandai-pandai pihak yang bertanggungjawablah untuk menjalankan amanah untuk mengagihkan zakat kepada yang memerlukan.

Perak diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Pas mendukung hal-hal Islam. Kalau dahulu orang Pas tak mahu bagi zakat kepada amil yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Perak tetapi tahun ini bagaimana pula.

Apakah orang Pas akan bayar kepada amil Pas sahaja dan bukan kepada amil lantikan pejabat kerajaan negeri.

Pas akan gunakan zakat tersebut untuk pergerakan politik Pas, Harap tahun ini Pas Perak tidak akan mengambil wang zakat seluruh rakyat Perak untuk jentera politik Pas.

Isu kuil timbul lagi


Komen:

Bab kuil ini memang membosankan. Mereka buat kuil senyap-senyap, tak minta izin , tak hantar pelan bangunan. Tak kira tanah siapa, janji tanah kosong main pacak saja besi 3 cabang buat permulaan.

Lepas tu bila suasana aman dan tidak protes dari mana-mana pihak , saiz yang kecil tadi akan membesar sebesar-besarnya. Memang elok semua kuil di negara dinilai semula kepentingan. Ambil kira radius dan jumlah penduduk kaum yang mengamalkannya. Supaya bilangan kuil sesuai dengan nisbah jumlah penganutnya.

==================================================================
MIC serah memorandum bantahan isu roboh kuil

SHAH ALAM: Kira-kira 300 anggota MIC dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan perhimpunan aman di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan Kuil Sri Mahakaliaman di Ampang, dekat sini, 19 September lalu.

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Pemuda MIC T Mohan berkumpul kira-kira jam 11.30 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk dan berhimpun di depan bangunan SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada sepanduk itu tertera perkataan “Pandai Konfius Rakyat (PKR)”, “Masyarakat India kena tipu” dan “Anwar Pembelot”. Perhimpunan itu berakhir kira-kira jam 12 tengah hari selepas Mohan menyerahkan memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk disampaikan kepada Abdul Khalid.

Mohan ketika ditemui pemberita berkata, memorandum itu antara lain menuntut kerajaan negeri membina semula kuil berkenaan yang dirobohkan serta memberikan tapak khas untuk pembinaan kuil itu berserta dokumen yang lengkap.

Beliau berkata memorandum itu turut menuntut agar kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengotakan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lalu iaitu apabila mereka mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) mereka akan mempastikan bahawa tiada lagi kuil akan dirobohkan.

“Kita sedar banyak kuil di Malaysia tiada permit dan kena memohon tanah kalau nak bina kuil tetapi itu tidak bermakna boleh robohkan kuil sesuka hati tanpa prosedur yang betul,” katanya.

Mohan berkata, pada 2002 dan 2007, kuil Sri Mahakaliaman pernah dirobohkan semasa pemerintahan kerajaan BN dan selepas MIC mengemukakan bantahan, ia dibina semula di tapak sama. – Bernama

Najib belum pegang jawatan PM lagi. Lidah Pas sudah siap dengan serangan


Benarlah seperti yang disebut dahulu. Siapa juga yang naik menjadi orang nombor 1 negara, mereka tidak akan lari dari menjadi habuan sumpah seranah, maki hamun dan tohmahan. Sejak zaman Tunku hinggalah ke zaman Pak Lah.

Hari ini belum pun pegang jawatan, Najib telah dibantai. Mulai sekarang Harakah akan membuka fail sulit mereka untuk mencari bahan-bahan lama dan mengumpul bahan baru sebagai ramuan baru kerja yang terkutuk itu.
————————————————————————————-

Peralihan kuasa: Lari dari mulut harimau ke lubuk buaya?
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Sep 27, 08 | 2:42:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Hrkh) – Rakyat bimbang peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ubah seperti lari dari mulut harimau masuk ke lubuk buaya, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.
Iklan

“Najib bukan sekadar mewarisi indeks rasuah negara ini yang lebih buruk dari Israel, malah beliau masih tidak dilihat bersih dan terus dituduh antara penyumbang terbesar masalah rasuah di negara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2006 mendedahkan banyak perkara yang tidak kena dalam pengurusan perolehan enam buah kapal peronda (patrol vessel) Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menimbulkan persepsi yang sangat buruk dan mencurigakan dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.

“Banyak persoalan yang tidak dijawab sehingga hari ini dari segi penambahan kos sehingga RM1.4 bilion yang begitu mudah diluluskan sehingga nilai kontrak yang sepatutnya berjumlah RM5.35 bilion bertambah RM6.75 bilion.

“Tempahan yang belum disiapkan berjumlah RM2.214 bilion manakala jumlah yang diperlukan untuk menyiapkan tempahan yang belum disiapkan itu ialah RM2.214 bilion tanpa sedangkan wang yang berbaki pada kontraktor hanya RM832.92 juta. Akhirnya, dengan mudah wang sebesar RM1.4 bilion itu diluluskan,” katanya.

Mahfuz juga membangkitkan Laporan Ketua Audit yang mendedahkan kehilangan baucer bayaran dan dokumen sokongan di Kementerian Pertahanan ketika Najib menjadi menterinya untuk 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002.

Tiada jawapan memuaskan

“Saya hanya merujuk kepada Laporan Ketua Audit negara sahaja, belum lagi pelbagai persoalan yang berbangkit dan tidak dijawab dengan memuaskan mengenai pembelian Sukhoi dan Scorpene,” katanya.

Rakyat, katanya, tidak boleh mengharapkan Abdulllah yang mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Najib dalam tukar suka sama suka baru-baru ini menyiasat dan membongkarkan perkara itu.

Jika Abdullah berbuat demikian, katanya, Najib yang mengambil alih jawatan Kementerian Kewangan dari Abdullah juga boleh menyiasat dan membongkar misteri kehilangan dokumen-dokumen berkaitan penggabungan ECM Libra and Avenue Capital Resources dari kementerian itu.

Dalam jawapan kepada seorang peguam mengenai dokumen-dokumen itu, Timbalan Peguam Cara Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Haini Hassan memberitahu, dokumen-dokumen tersebut “tidak terdapat dalam simpanan (possession), jagaan atau kawalan Kementerian Kewangan.

“Sebab itulah rakyat begitu bimbang berlakunya tragedi lari dari mulut harimau masuk lubuk buaya,” kata Mahfuz.

Lebih buruk dari Israel

Dengan imej sedemikian, beliau tidak yakin Najib boleh berbuat untuk memulihkan imej negara yang begitu tercemar akibat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

“Apabila negara kita merudum lagi dan lebih buruk dari Israel dalam senarai Indeks Persepsi Rasuah Transparency International baru-baru ini, pemerintahan yang diterajui umat Islam di negara ini dilihat lebih jahat dari Israel dalam soal rasuah. Ia amat memalukan umat Islam.

“Kita pula tidak akan mampu menjawabnya kerana, antara lain, sudah tercatit pula secara rasmi dalam Laporan Ketua Audit Negara salah urus kewangan yang menimbulkan persepsi tentang penyelewengan yang begitu besar dalam Kementerian Pertahanan ketika Najib menjadi menterinya.

“Belum lagi disentuh isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pembelian Sukhoi dan Scorpene serta lain-lain. Saya tidak tahu bagaimana Najib boleh menebalkan mukanya melawat ke sana sini di luar negara dengan imej dan persepsi sedemikian ke atasnya.

“Saya tidak fikir pasaran, pelabur asing dan masyarakat antarabangsa akan yakin kepadanya,” kata beliau.

Menurut Mahfuz, jika RM11bilion modal dalam negara dihebohkan keluar dalam masa 15 hari sahaja, bagaimana pasaran, pelabur asing dan masyarakat antarabangsa boleh menaruh keyakinan kepada Najib yang mengambil alih kepimpinan dengan “baggage” yang lebih buruk dari Abdullah ketika beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri 2003 lalu.

Inflasi terburuk

“Rakyat kini diganasi cengkaman inflasi tertinggi sejak 27 tahun lalu. Saya bimbang kepimpinan Najib akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Mahfuz berharap apa yang terjadi itu menyedarkan rakyat untuk menggunakan hak demokrasi mereka bagi memastikan peralihan kerajaan di negara ini.

“Peralihan kepimpinan Umno bukan sahaja tidak dilihat mampu menyumbangkan kebaikan malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan dalam negara ini,” katanya.

Rumah Teresa dilontar bom petrol


Kali ini kita tengok siapa yang nak di salahkan. kalau dia terus menuduh UMNO atau orang melayu ternyata dia buat silap lagi. Dia tidak boleh menuduh sebarang tentang kejadian ini.

Yang baik ialah menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. berbagai kemungkinan boleh berlaku kepada kejadian tersebut. Teresa ni bijak dan bodoh sama banyak. (ying and yang).

Takut nanti sengaja dia mereka-rekakan kejadian. Orang lidah bercabang macam tu boleh buat apa saja. Takut satu hari nanti dia buat dakwaan ada bungkusan mencurigakan dilempar dalam kawasan rumahnya.

Masihkah ada cahaya buat KJ?


KJ telah berjaya menongkah arus dan menentang badai dengan jaya dan bergaya dalam karier politiknya.

Semuanya kerana beliau adalah menantu Pak Lah. Dari seorang yang tidak dikenali tetapi telah berjaya menjadi orang no 2 dalam barisan pemuda. dan berjaya menjadi MP. Kejayaan seperti superstar SMS Asmawi Ani AF.

Begitu juga dalam bidang sukan. Dari idea mewujudkan Myteam telah menjadi tiket besar kepada beliau untuk diangkat menjadi Naib Presiden FAM.

Hari ini dia telah merungut kerana sudah ada halangan-halangan untuk beliau bertemu pemuda seluruh negara untuk beliau berkempen. Adakah badai yang lebih kuat akan melanda dan menghanyutkan KJ dari mencapai impiannya,sama-sama lah kita tunggu.

Setakat ini KJ tidak mempunyai rekod yang cemerlang dalam perjuangan politik menentang musuh. Kelantan yang hampir ditawan oleh UMNO tahun 2004 telah kalah teruk gara-gara salah strategi panglima perang ini.Penulis juga terkejut kerana beliau turun berkempen di Permatang Pauh.

Pro Faizal blog menyatakan barisan hadapan pemuda akan berwajah baru 100%. Dan harapan agar pemuda tidak mementingkan kedudukan diri sendiri sebaliknya berusaha mendampingi pemuda-pemuda yang baru tamat alam persekolahan supaya menjadi ahli UMNO.

Usaha penambahan ahli baru hendaklah diletakkan dibahu pemuda dan puteri. Bukan kepada pihak senior.

Kepada pergerakan wanita pula hendaklah melihat puteri sebagai gandingan yang dapat menarik lebih ramai golongan profesyenal untuk menjadi ahli UMNO. Hari ini wanita seolah-olah takut kepada puteri sejak Azlina lagi.

Kata orang benih yang baik , jatuh ke laut menjadi pulau.

UMNO MESTI PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN


Satu episod baru telah mewarnai dunia politik tanah air hari ini. Tidak perlu mengulas panjang sebab semua sudah tahu. Yang penting apapun tindakan Majlis Tertinggi Umno hendaklah selari dengan syarat-syarat dalam akta pertubuhan dan tak terkeluar dari perlembagaan parti.

UMNO mesti berpegang teguh kepada perlembagaan. Andainya menyimpang kemungkinan UMNO akan didenda atau dibatalkan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1987.

Budaya peralihan kuasa pucuk pimpinan juga mesti dibuat secara demokrasi dan bukan seperti syarikat sendirian berhad. Dan yang penting setiap 3 tahun pemilihan mesti diadakan TANPA GAGAL. Sebab ia menjadi penunjuk kepada calon wakil rakyat. Penangguhan 2007 telah menyebabkan UMNO dan BN kehilangan banyak kerusi.

Tahun Pemilihan UMNO 2008, Panas dan berapi.


Pihak pembangkang terutama PKR dab PAS dengan penuh yakin dan bersemangat mengtakrifkan UMNO bakal berkubur. Bahtera UMNO akan karam. Tsunami politik 2008 akan terus merubah rupa bentuk muka bumi tanah milik UMNO.

Itu kata mereka yang cuba mencuri peluang untuk menutup kelemahan pembangkang yang tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.3 Parti komponan Pakatan Rakyat walaupun tidur dalam satu khemah dan berkongsi bantal , tapi masing-masing tidur ayam. Takut diri ditikam oleh sahabat. atau lebih tepat ialah tikam belakang atau makan kawan.

Paling ditakuti ialah oleh Pas dan Dap ialah kepada PKR. Almaklumlah kawan tu memang berminat dengan kaum sejenis.Takut kalau terlena, sedar-sedar dah kena tikam dari belakang.

Tutup bab tikam kawan dari belakang, mari kita fokus kepada pemilihan UMNO, Tahniah penulis ucapkan kepada Ketua-ketua Bahagian yang berjaya mempertahan kerusi mereka.

Kepada yang gagal mempertahankan jawatan jangan cepat merajuk atau membawa diri ikut pintu belakang.

Ambil contoh Pak Lah. Walaupun karier politik pernah cuba dikuburkan oleh Anwar pada tahun 1993 lalu. Tetapi Pak Lah dalam diam dan lembut bangun berjaya kembali menawan kerusi panas dan akhirnya menjadi Presiden UMNO.

Pak Lah, Abd Hamid Osman, Sanusi Juned dan ramai lagi pernah ditumbangkan oleh team wawasan pada ketika itu.

Sedih juga memikirkan tentang persidangan-persidangan cawangan seluruh negara kerana dicemari kisah-kisah kurang enak gara-gara inginkan kuasa dan kemenangan.

Memanglah itu semua sudah menjadi asam garam berpolitik. Kalah dan menang biarlah bermaruah. Jangan sampai kita dicemuh kemudian hari.

Sejak berzaman sudah kita biasa dengar persidangan cawangan mahupun peringkat bahagian penuh dengan tipu muslihat dan tektik kotor. Seelok-eloknya BPR kena hadir ke setiap cawangan yang bermesyuarat.Apa macam, setuju? dan perbagai cara digunakan oleh yang mempertahankan jawatan untuk terus mengekalkan jawatan, begitu juga pencabarnya , pelbagai muslihat yang pelik2 diutarakan.

Tapi seperti biasalah. bukan dalam politik saja, semua bidang yang melibatkan kerusi yang mempunyai kuasa sama sahaja. Badan sukan, pertubuhan2 bukan kerajaan dan sebut saja apa jua jenis yang melibatkan pemilihan dan undi ringkasnya demokrasi begitu lah hakikatnya,

Dalam PRU 12 dan sebelum-sebelumnya kisahnya pun sama.Pas atau Dap atau PKR semuanya parti politik. masing-masing mahu menang.segala cara digunakan tak kira betul atau salah.

Dahulu dalam perlawanan bolasepak persahabatan antara Malaysia dan Argentina. Pasukan undangan yang bergelar juara dunia juga menipu terang-terang dalam padang. Memanglah salah dan sedia menerima hukuman tendengan percuma oleh Malaysia. Tapi nyata cara itu telah menyelamatkan gol mereka. dalam sukan ia disebut tektik dan teknik.

Pas melaungkan bahawa UMNO tak ikut cara Islam. Memang betul tak ikut cara pemilihan mengikut lunas-lunas Islam. Tetapi Pas tu buat cara betul kah? Tak juga, Pas pun sama macam UMNO cara pemilihannya. Cuma nak mengabui mata pengikutnya letaklah Nik Aziz sebagai Mursyidul Am dan di atas nya ialah Ulama Pas. Hakikatnya peringkat Presiden sampai kebawah-bawah berebut juga.

PKR pun sama. Dap pun sama. Langkah Dap baru-baru ini melantik Tengku Aziz( kalau tak silap saya) jadi orang penting parti sedikitpun tidak menghairankan penulis. Kalau dilihat sejarah atau latarbelakang kerjayanya memang dia terdedah dengan pelbagai ideology. dan tidak mustahil untuk naik cepat DAP lah medium nya. Kalau masuk UMNO sudah tentu mesyuarat cawangan pun beliau tidak dijemput. Sebab apa? takut kerusi panas ketua cawangan akan melayang.

Benarkah tiada pemilihan pucuk parti tahun ini? Kalau tak ada pun eloklah. biarlah mereka tu pegang jawatan sampai 2010.Tapi pastikan sebelum PRU 13 pemilihan pucuk pimpinan semua peringkat mesti diadakan.

Jangan jadi seperti 2007. Tahun yang sepatutnya diadakan pemilihan semua peringkat telah di tangguhkan ke tahun ini, gara-gara persiapan untuk PRU12. Akibatnya UMNO kehilangan banyak kerusi kerana sabotaj peringkat dalaman UMNO.Ini disahkan oleh pucuk pimpinan parti selepas PRU 12.Tetapi yang kena ambil tindakan hanya 4 orang dari Sabah. Ramai lagi terlepas mungkin kerana kurang bukti.

Yang lalu tetap berlalu dan menjadi pedoman. Kesilapan untuk tidak mengadakan pemilihan 2007 ternyata memberi impak yang besar kepada UMNO.

Apa tidaknya.Apa bila Ketua Bahagian atau Timbalan Ketua Bahagian mahupun Naib Ketua Bahagian tidak tersenarai nama sebagai calon sudah tentu akan timbul rasa tidak puas hati. Tambahan lagi bila wujud calon payung terjun.

MT sudah tentu sedar akan kesilapan mereka, kerana mengizinkan supaya ditangguhkan pemilihan 2007. Sebab itu seorang ahli UMNO dari Pahang telah menyaran semua ahli MT bertanggung jawab dan harus meletakkan jawatan. Akibatnya beliau sendiri yang terpaksa melepaskan jawatan kerana kenyataannya.

DR. Rais Yatim mencadangkan supaya UMNO kembali ke asal. Asal yang macam mana tu? Asal seperti tahun 50an lah. berjuang dengan ikhlas dan tidak ada unsur perebutan jawatan yang melampau. Dalam ertikata lain bebas dari politik wang.

Penulis berani menyatakan pemimpin politik UMNO hari ini bukan semua bijak berpolitik, sebab itu bila kena tempelak oleh pembangkang maka sepi seribu bahasa. Tak bijak memanipulasikan tohmahan pembangkang. Mengapa? Kerana mereka hanya bijak berniaga dan ada wang dan sudah tentu peringkat akar umbi melantik mereka sebagai pemimpin mereka.Kalau ketua yang tak ada wang tidak akan terpilih sebagai pemimpin.

Hari ini lah kalau ada cikgu-cikgu kampung atau ustaz-ustaz kampung yang bijak berceramah dan bijak berhujah bijak dalam politik , dia tidak diangkat oleh akar umbi menjadi pemimpin mereka. Sebaliknya anak-anak bekas Adun yang tak reti bercakap itulah diangkat menjadi pemimpin.

Kerana mereka ada syarikat koperat, ada kereta mercedes, ada gelaran Datuk atau anak Datuk maka merekalah yang menjadi panglima perang yang penakut.Takut bila berdepan dengan pihak musuh politik. Ceramah politik pun tak reti nak bercakap. kena lah import penceramah-penceramah jemputan dari luar.

Kenapa Pas berdaya untuk menarik ramai pengikutnya. Kerana mereka adalah pakar berhujah, pakar berdebat.Benarlah kata Dr Rais Umno mesti kembalikan kegemilangannya.

Kepada kaum koperat melayu, jangan lah sibuk berpolitik jagalah syarikat anda supaya berkembang maju ke seluruh dunia. Cukupkah sekadar ada lesen dan makan komisen? sedangkan diusahakan oleh orang lain, dan anda hanya sibuk berpolitik.

Serahlah suara polotik kepada yang bijak pandai. biarlah dia seorang ustaz sekolah kampung kalau bijak dalam berhujah dan berdebat bagilah ruang kepada beliu menjadi Ketua Bahagian dan wakil rakyat.

Kalau alasan mereka tak ada degree dan tak boleh jadi menteri maka cari lah mereka yang ada degree. Tapi hari ini yang ada degree tak tak boleh melibatkan diri dalam politik seandainya mereka adalah kakitangan kerajaan.

Saya memuji tindakan Ketua Menteri Sarawak dalam memilih calon wakil rakyat.Walaupun pemimpin parti , kalau tak ada kebolehan bercakap tak akan dipilih menjadi wakil rakyat,Sebab itu ramai penjawat awam diarahkan meletak jawatan dan bertanding dalam pilihan raya, dan mereka berjaya menjadi wakil rakyat yang baik.

Di Semenanjung juga percubaan ini telah dilakukan tetapi selalunya sepenggal sahaja selepas itu hilang entah ke mana. Adakah mereka gagal dalam tugas mereka sebagai wakil rakyat atau ada desakan dari golongan koperat untuk mengambil alih tempat mereka.

Kesimpulannya penulis amat bersetuju UMNO kena kembali ke asal. dan hormati tokoh-tokoh tempatan. bukan membawa ahli payung terjun.

ANWAR YANG TAKUT PINTU NERAKA BUKAN PAK LAH


Takut punca PM enggan temui pemimpin Pakatan Rakyat – Anwar

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir
Tue | Sep 23, 08 | 6:33:57 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Sept (Hrkh) – Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberitahu beberapa langkah lain terpaksa diambil berikutan keengganan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Iklan

Ketua Pembangkang itu melahirkan rasa dukacita terhadap keengganan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara penting berkaitan politik negara.

“Saya tidak mengerti kenapa pertemuan yang begitu penting untuk rakyat ditolak. Kenapa Perdana Menteri sukar ditemui untuk berbincang dengan pembangkang.Image

“Janganlah kerana rasa takut kepada penyokong sendiri maka pertemuan itu ditolak, gunakan kedudukan dan kuasa kita sebagai seorang Perdana Menteri jangan sekali-kali dipengaruhi pihak lain,” ujarnya pada persidangan media di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Abdul Hadi Awang di JKR 10.

Perdana Menteri baru-baru ini menolak untuk berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat selepas dihantar surat bagi diadakan pertemuan tersebut.

ANWAR. SIAPA YANG TAKUT SEBENARNYA. APA RISIKO PAK LAH KALAU BERJUMPA AWAK? TAK ADA APA PUN. YANG TAKUT IALAH ANWAR ,TAKUT AKAN HUKUMAN OLEH HAKIM MAHKAMAH SABIT KES LIWAT. SEBAB TU ANWAR NAK SANGAT AMBIL ALIH PADA 16 SEPTEMBER DAN 24 SEPTEMBER. SEBAB 24 DIA AKAN DIBICARAKAN. SEKARANG KES AKAN DI SEBUT SEMULA 7 OKTOBER MAKA DIA AKAN KATA LAGI SELEWAT-LEWATNYA 6 OKTOBER DIA AKAN BENTUK KERAJAAN LANUN. APA PUNYA DEMOKRASI YANG DIBAWA OLEH ANWAR INI. MENGATA UMNO TAK DEMOKRASI. INGIN MENGEMBALIKAN DEMOKRASI DAN KUASA RAKYAT. DEMOKRASI SUDAH BERJALAN DENGAN BAIK. 8 MAC TELAH MENENTUKAN SEGALA-GALANYA.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, selain menolak pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, cadangan persidangan khas parlimen pada 13 Oktober depan juga tiada sebarang reaksi daripada Perdana Menteri.

KALAULAH BARISAN KERAJAAN YANG MEMBUAT UNDI TAK PERCAYA KEPADA PAK LAH BOLEH LAH HANG KACAU DAUN. INI SEMUA AHLI PARLIMEN BN TIDAK PERNAH BERCADANG UNTUK ADAKAN UNDI TAK PERCAYA, YANG ANWAR SIBUK KEJAR SAMPAI TAIWAN. PERGI JUMPA PAK NIK DAN HADI DI KOTA BARU JELAS MENUNJUKKAN ANWAR SUDAH CUKUP RESAH DAN CEMAS AKAN TUDUHAN MAHKAMAH TERHADAPNYA. SEPERTI ANWAR PERNAH BERKATA DAHULU DI PERHIMPUNAN UMNO. “TEMPAYAN BUDU DAH TERBUKA” TAK LAMA LAGI BUKA SUNGGUH LAH DI MAHKAMAH.

“Sudahlah pertemuan ditolak, persidangan khas parlimen juga tak nak buat, mungkin takut ada undi tidak percaya, atau undi percaya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan.

ImageKatanya,�kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA.

“Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional,” katanya.

Ditanya pertemuan tertutup dengan dua pemimpin tertinggi PAS, beliau berkata, ia banyak menyentuh mengenai perkembangan semasa dan mencari titik pertemuan untuk meneruskan langkah-langkah lebih baik dalam parti.

HINDRAF DAN RPK DAN MASUK DALAM. RASA AMAN DUNIA INI. ELOKLAH ANWAR NI PULAK DITAHAN DALAM ISA . BUAT SEMENTARA LETAK DIA DI SG BULUH SENANG NAK BAWA KE MAHKAMAH. KALAU DIA DALAM ISA BARU AMAN MALAYSIA

Ulamak pas tak sama dengan ulamak Umno


Talian hayat Umno: Ulama pula hendak diperalat

Ustaz Idris Ahmad

Thu | Sep 04, 08 | 4:11:47 pm MYT

Utusan Malaysia, 3 September 2008 melaporkan, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu golongan umara (pentadbir) dan ulama menjalinkan kerjasama lebih rapat supaya segala isu berkaitan Islam dapat diselesaikan secara lebih menyeluruh.

“Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam maakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerluan gabungan kedua-dua pihak ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis ‘Perjumpaan dan Dialog Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara’ di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Betulkah Dato’ Seri Abdullah Badwi hendak pakai pandangan ulama? Apa yang kita lihat Umno tidak pernah menghormati ulama. Mana ada ulama yang berjuang dalam Umno disanjung dan dijadikan rujukan dan diterima pakai pandangan mereka. Sebab itu ulama dalam Umno, walau alim macam mana sekalipun izzahnya tidak kelihatan.

HARAKAH SILAP DI SINI, KERAJAAN DAN ULAMA SENTIASA SEIRING DALAM MENJALANKAN SEGALA PROGRAM DAN RANCANGAN KERAJAAN. MULTAQA DIADAKAN SETIAP TAHUN DAN SEMUA ULAMA AKAN BERHIMPUN BERSAMA PEMIMPIN-PEMINPIN POLITIK. TANPA ULAMA TIDAK WUJUD PROGRAM SEPERTI J-QAF, BANK BERLANDASKAN ISLAM, PENERAPAN NILAI ISLAM DALAM PENGURUSAN KERAJAAN. DAN BANYAK LAGI. UMNO MESTILAH MENGAMBIL PANDANGAN ULAMA UMNO. BUAT APA AMBIL ULAMA PAS YANG CETEK ILMU.

Kerana mereka tidak diberi peranan untuk menentukan dasar, peranan terbesar ulama Umno untuk baca doa, jadi khalifah tahlil, baca yasin, talqin, imam sembahyang mayat dan doa buka pejabat baru.

BEGITU RENDAHNYA PANDANGAN PAS TERHADAP ULAMA UMNO. TAK APALAH, DALAM UMNO TAK ADA SYIAH. DALAM PAS BERLAMBAK SYIAH.

Yang menentukan dasar ialah golongan jahil dalam agama. Ia berbeza dengan PAS, kita merujuk ulama dalam semua perkara untuk membuat satu keputusan.Tiba-tiba kita dikejutkan supaya ulama bekerjasama dengan umara. Maklumlah orang lemas, semua tali dia hulur untuk dapat talian hayat.

ULAR DALAM SEMAK ADA LAH. SEBELUM PILIHAN RAYA , UNDI CALON KAFIR HUKUMNYA HARAM, KITA AKAN DISOAL DI AKHIRAT, BILA KAFIR AJAK BENTUK KERAJAAN PAS TERIMA. ISLAM KEPALA BAPAK DIA.

Bukankah selama ini padangan mengenai hukum agama yang tidak pernah diikut malahan ditong sampah sahaja. Ada beberapa perkara yang membuktikan bahawa Umno memang tidak suka dengan golongan agama. Golongan agama hanya menjadi alat sahaja untuk melawan PAS dan ulama PAS.

PAS KELANTAN BUAT APA SEJAK BERPULUH TAHUN? TAK ADA SATU PUN YANG BOLEH DIBANGGAKAN. UMNO DAN ULAMA UMNO TELAH BANYAK MEMBUKTIKAN KEJAYAAN.

Dalil yang menunjukkan bahawa Umno tidak mendengar ulama dalam tindakan mereka.

1. Apabila Majlis Mufti megatakan konsert Sure (Jom) Heboh haram Umno tidak ikut .

HARAMKAH KALAU DALAM PROGRAM TERSEBUT ADA MEMPROMOSI PRODUK2 JUALAN RAKYAT. IA MEMAJUKAN EKONOMI. PAKATAN RAKYAT BUAT PERHIMPUNAN BANTAH MINYAK NAIK DAN PANGGIL KUMPULAN TAHI KABURETUR SAMPAI LONDEH PUNGGUNG TU APA CERITA. DALAM JOMHEBOH TAK ADA PUN SAMPAI TUNJUK PUNGGUNG. ( 1-0 PAS KALAH)

2. Apabila Majlis Mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut.

KONGSI ADALAH DALAM BAHASA CINA. RAYA DALAM BAHASA MELAYU. MACAM LAH PARTI KEADILAN RAKYAT. (PARTI KEADILAN+PARTI SOSIALIS RAKYAT = KEADILAN RAKYAT). (PAS +DAP=PASDAPATBABI) KONGSI DAN RAYA NI DAH LAMA BERLALU. KALAU NAK JUMPA LAGI MUNGKIN 10 TAHUN AKAN DATANG. TAK TANYA SIKIT. NIK AZIZ PERGI KUIL SIAM DI TUMPAT TU APA HAL NYA. HUSAM MUSA PERGI KE MAJLIS AGAMA BUDDHA APA KOMEN HARAKAH?(2-0)

3. Apabila Majlis Mufti kata bertafakkur di depan Tugu Negara haram, PM Abdullah sendiri tidak ikut.

KALAU KITA JEMPUT PEMBESAR DARI NEGARA LAIN YANG BUKAN ISLAM TAKKAN NAK SURUH DIA BACA DOA KUT? CUKUPLAH DENGAN SURUH DIA TAFAKUR. PERKARA MUDAH MACAM NI PUN NAK BUAT CERITA. PUNYA LAH BANGANG PENULIS PAS NI.(3-0)

4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak Aids, Umno tidak ikut.

YANG DAPAT KONDOM TU BUKAN ORANG ISLAM . LANTAK PI LAH NAK PAKAI SARUNG NANGKA KAH , CEMPEDAK KAH YANG NAK KITA JAGA YANG ISLAM.(4-0)

5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh Jakim, Umno tidak ikut.

APA GUNA KERAJAAN LANTIK JABATAN AGAMA NEGERI, APAKAH NAK TUNGGU UMNO NAK BUAT KERJA PENGUATKUASAAN? ORANG YANG DIAMANAHKAN KENA LAH BUAT KERJA. TAPI TAPI KAKITANGAN KERAJAAN TERUTAMA DI PEJABAT AGAMA BANYAK YANG BERCAKAP POLITIK DALAM WAKTU KERJA DAN MENGABAIKAN AMANAH YANG DIBERI.(5-0)

6. Orang agama dalam Umno yang sepatutnya menjadi Menteri tidak diberi tempat. Mana pergi Dato’ Dr Abdullah Mohd Zin kelulusan MA Madinah dan PhD sebuah universiti di United Kingdom? Mana Hamid Zainal Abidin? Mana dia Dr Yusuf Nor kelulusan PhD tasawuf Mesir, hanya dberi amanah untuk jaga pokok kelapa sawit sahaja.

PROSES PEMILIHAN PEMIMPIN UMNO BUKA SEPERTI PAKATAN RAKYAT. KARPAL SIGH YANG TAK MAMPU ANGKAT TANGAN DAN TAK MAMPU BERJALAN PUN MASIH NAK JADI WAKIL RAKYAT. YANG TUA NYANYUK DALAM PAS PUN PATUT DAH LAMA PENCEN TETAPI MASIH NAK PEGANG JAWATAN. KALAU ADA ORANG UMNO LAMA DALAM UMNO , DEPA ASYIK DESAK SURUH LETAK JAWATANN. MACAM NAMA YANG DI SEBUT DI ATAS , APABILA DIGUGURKAN DARI KABINET DEPA SIBUK PERTIKAI. KENAPA DI GUGURKAN?

MACAM JUGA ANWAR. SEMASA DIA DALAM UMNO BERTAN-TAN KUTUKAN TERHADAP DIA. TAK PANDAI MENGURUSKAN KEWANGAN, NEGARA RUGI BERBILION-BILION KERANA KEGAGALAN PENGURUSAN KEWANGAN OLEH ANWAR. TETAPI KENAPA BILA CELAKA TERSEBUT DI SINGKIRKAN DARI UMNO, PAS DAN DAP PERGI KUTIP DAN PUJI DAN BELA DIA BAGAI TOKONG HINDU. (6-0).

7. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno ang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama.

ORANG UMNO TAK PERLU BELAGAK BIJAK DALAM AGAMA. TAK PERLU MENINGGI DIRI (AKULAH YANG BIJAK DALAM ISLAM) ORANG UMNO LAGI TINGGI ILMU AGAMA LAGI TUNDUK MACAM PADI. LAGI TUNDUK LAGI BERISI. BUKAN MACAM LALANG. PAKAI KETAYAP SERBAN HIJAU, ADA SIKIT ILMU AGAMA, TAK ADA 4 SENAWI PUN BOLEH PANGGIL USTAZ. SEPERTI SUBKY LATIF. SEORANG PENGARANG, BILA JADI AHLI PAS TERUS DAPAT TITLE USTAZ. MACAM WATIKAH DARI KERAJAAN YANG MENGESAHKAN MEREKA TU USTAZ?(7-0)

Kalau pandangan ulama rasmi yang terdiri daripada kalangan para mufti Umno tidak ikut, macam mana pula PM hendak ajak ulama bekerjasama.

PAK LAH LAGI TINGGI ILMU AGAMA DARI PEMIMPIN POLITIK PAS. MAT SABU, MAHFUT DAN HUSAM MUSA TINGGI MANA ILMU ISLAM MEREKA.(8-0)

Kalau hanya hendak mengajak ulama multaqa, bentang kertas kerja, kemudian makan kambing bakar, tetapi tidak ada kemahuan untuk melaksanakannya ini buat habis masa dan membazir wang sahaja. – lanh/mks. _

KENA TANG ORANG PANDAI KATA MEMBAZIR. PAS DUK BUAT KERJA TAK BERJENIS TU MACAM MANA? MASING-MASING BUAT RUMAH BESAR DAN BELI KERETA BESAR. HASIL TIPU MENIPU AHLI PAS. CERAMAH SAN SINI, KUTIP DERMA TANPA DI AUDIT. KUTIP ZAKAT FITRAH UNTUK TABUNG POLITIK PAS, MANA ADA DALAM ISLAM SEMUA TU.(9-0)

KENYATAAN SONGSANG DARI HARAKAH


KOMEN: Harakah cuba membohongi rakyat menyatakan orang melayu menolak ISA. Memang betul ada tapi tak banyak. Sikit saja yang menyokong dimansuhkan ISA.

Nak tahu siapa yang menentang ISA?

  1. Keluarga yang suami, atau anak mereka di tahan 2 tahun kerana melibatkan diri dengan penjualan dadah, dan sukar untuk mendakwa mereka kerana mereka terlalu licik
  2. Keluarga tahanan yang terlibat dalam gerakan anti kerajaan seperti Al ma’unah kes di Lenggong dahulu.
  3. Keluarga kumpulan haram seperti gangster, kumpulan haram dan pelampau hindu atau hindraf.
  4. Keluarga ahli politik yang di tahan kerana merencanakan program sulit untuk melakukan keganasan dan huru hara.
  5. Keluarga ahli politik yang mana ahli keluarga di tahan kerana melanggar perlembagaan dan peraturan dan undang-undang negara. Ingin membentuk kerajaan mengikut cara-cara yang sendiri dan membelakangkan sistem demokrasi.( yang ini Anwar dan beberapa pengikutnya layak di tahan sekarang)

Hari ini ramai orang awam, NGO dan badan-badan politik ingin memansuhkan ISA supaya mereka bebas melakukan apa saja tanpa di ganggu oleh undang-undang negara. Seandainya ISA di hapuskan negara akan terus menjadi huru hara gara-gara otak-otak yang ingin menjadi tuan, raja atau tuhan.

Tinjauan yang dibuat oleh Ruhanie Ahmad tu tak boleh digunakan sebagai rujukan. Apakah instrumen penilaian yang digunakan. berapa perbelanjaan yang telah digunakan untuk kajian tersebut. Dia ini dulu orang kuat Umno tetapi sekarang dah jadi orang Anwar Ibrahim sebab teringin nak jadi menteri lagi. sama lah kes dengan anak bekas menteri pelajaran dari Kuantan tu.

Setiap agama percaya adanya syurga dan neraka. Kenapa tidak memprotes kepada tuhan supaya di hapuskan neraka supaya senang penduduk dunia melakukan kejahatan tanpa mendapat hukuman dan balasan di akhirat. semua yang mati akan masuk syurga bulat-bulat.
===================================================================

Majoriti Melayu dan rakyat tolak ISA

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Sep 24, 08 | 5:01:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) – Ketika para pemimpin Umno tidak putus-putus dengan dakwaan kononnya penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) direstui oleh majoriti senyap atau silent majority, tinjauan pendapat yang dibuat oleh Merdeka Centre membuktikan sebalikinya.

Iklan

Sejak kebelakangan ini, beberapa kenyataan pemimpin Umno juga seolah-olah mahu memberi gambaran penggunaan ISA direstui oleh orang-orang Melayu.

Bertentangan dengan gambaran yang cuba diberikan oleh para pemimpin Umno itu, tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Centre itu dengan jelas membuktikan bahawa majoriti orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak percaya ISA perlu digunakan untuk memelihara keselamatan negara.

Dalam tinjauan mengenai ISA itu, 3,600 orang telah diminta pendapat mereka. Dari jumlah itu, 49 peratus darinya adalah orang-orang Melayu, 31 peratus Cina, lapan peratus India, enam peratus bumiputera Sabah dan enam peratus bumiputera Sarawak.

70 peratus dari mereka tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan negara.

Apabila dipecahkan mengikut bangsa, didapati 71 peratus responden Melayu tidak bersetuju ISA digunakan untuk keselamatan negara; Cina 79 peratus, India 90 peratus, bumiputera Sabah 71 peratus dan bumiputera Sarawak 66 peratus.

PM tidak peduli

Tinjauan-tinjauan Merdeka Centre sebelum digunakan oleh para pemimpin Umno sendiri terutama tinjauan yang menyatakan Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti Melayu sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun bulan lalu, apabila ditanya tentang kajian Merdeka Centre yang mendapati popularitinya menurun di bawah paras 50 peratus buat pertama kalinya sejak 2004, Perdana Menteri berkata, beliau tidak peduli dengan hasil kajian itu.

Melaporkan secara detail dalam blognya (kuda-kepang.blogspot.com), blogger Umnno, Datuk Ruhanie Ahmad mendedahkan bahawa tinjauan Merdeka Centre mendapati hanya tujuh peratus responden berpuas hati dengan cara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu seterusnya mendedahkan, 35 peratus agak berpuas hati, 17 peratus sangat tidak berpuas hati, dan 37 peratus pula agak kurang berpuas hati.

Beliau juga mendedahkan, hanya 10 peratus responden amat berpuas hati bahawa Umno memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat berbanding 25 peratus yang amat tidak berpuas hati.

Responden yang agak berpuas hati adalah 26 peratus tetapi yang agak tidak berpuas hati adalah 33 peratus.

Mengenai kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN), katanya, lapan peratus responden berpuas hati berbanding 16 peratus yang sangat tidak berpuas hati. Mereka yang agak berpuas hati adalah 36 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 38 peratus.

Merosot mendadak

Rasa puas hati rakyat jelata terhadap perkembangan semasa ini, katanya, merosot secara mendadak daripada 71 peratus pada tempoh 29 Februari – 4 Mac 2008 (sebelum PRU12), kepada 68 peratus bagi tempoh 5 Mac – 7 Mac 2008 (menjelang hari pembuangan undi PRU12), 44 peratus bagi tempoh 30 April – 5 Mei 2008 (selepas PRU12), dan 28 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008.

Kemerosotan ini banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi (59 peratus), jenayah dan keselamatan awam (25 peratus), rasuah dan penyalahgunaan kuasa (15 peratus) dan faktor politik (10 peratus).

Mengenai ekonomi, 24 peratus responden menyatakan pada tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008 bahawa ekonomi Negara adalah �favourable�. Angka ini menurun daripada 59 peratus pada tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008.

Mengenai kedudukan ekonomi negara mutakhir ini berbanding tiga tahun lalu, hanya 19 peratus responden mengatakan ianya �favourable� berbanding 51 peratus pada tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008.

Kemerosotan keyakinan responden terhadap hakikat di atas adalah berasaskan pandangan mereka yang tidak �favourable� mengenai pendapatan peribadi (60 peratus pada tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008 kepada 34 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008), kos harga barang dan perkhidmatan (24 peratus bagi tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008 merosot kepada 8 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008), peluang pekerjaan (merosot daripada 50 peratus bagi tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008 kepada 29 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008), dan peluang perniagaan (merosot daripada 49 peratus bagi tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008 kepada 33 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008)._

<!–

–>

Iklan Teks

Hari penentuan bermula.


24 September bermulanya perbicaraan Anwar vs Saiful. Seandainya dia berjaya menubuhkan kerajaan PR semalam segala-gala pasti selesai. Tetapi apakan daya, suara saja bergegar-gegar seperti ayam sabung berkoko di atas pagar, tetapi ekor penuh tahi.

Dari percakapan Anwar seolah-olah dia menyebut ada kes. berkali-kali dia mengulang ayat-ayat tersebut. Nampak gayanya ke dalam lagi lah dia. Kesian pengikut PKR , Dap dan Pas. Dialah abang sulong tempat bergantung segala harapan.

Sayang teramat sayang , anwar seorang yang bijak bermain politik. apa tidaknya. segarang-garang Hadi dan Nik Aziz pun boleh tundak kepada dia. begitu juga apek tua anak beranak tu. dengan dia segala-galanya menjadi. agaknya kalau dia minta jadi pecacai bancuh kopi pun mereka sanggup, asal dapat tumpang rezeki.

Kisah di sebuah institut


Seorang sabahat memberi tahu kisah tempat dia belajar dahulu, institusi tersebut terdiri dari tiga kaum yang besar iaitu melayu, cina dan india. Malayu adalah kumpulan majoriti.

Setaip tahun ada pilihanraya exco pelajar. dan seperti biasa melayu akan menjadi presiden atau pemimpin pelajar. Tetapi satu undang-undang telah di buat oleh pihak pentadbiran. Majlis exco mesti ikut kouta. 8 untuk melayu , 6 untuk cina dan 6 untuk india.

Sejak sistem tersebut. orang melayu telah terpinggir kerana tidak wujud lagi kerjasama antara kaum. Melayu hilang kuasa, kerusi nombor 1 dan 2 telah digilirkan setiap tahun oleh cina dan india. dan selepas itu bermula semua agenda karut marut seperti yang berlaku di Perak dan Selangor hari ini.

Abang Sulong Anwar Ibrahim buat Hal di USA


Dr M bidas Amerika selamat firma bermasalah

AIR HITAM: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang campur tangan dalam krisis kewangan negara itu, sesuatu yang ditentang negara itu ketika Malaysia berhadapan krisis ekonomi 10 tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini, AS menghentam tindakan Malaysia menyelamatkan syarikat yang bermasalah kerana masalah ekonomi tetapi negara berkenaan kini melakukan perkara sama.

“Dulu dia kata tidak boleh menyelamatkan (syarikat bermasalah), kita perlu biar syarikat itu bankrap kerana tindakan itu (menyelamat) tidak cekap katanya.

“Sekarang dia (selamatkan) satu bank yang rugi 40 hingga 50 bilion dolar AS… kita buat salah, dia buat tidak salah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Nurul Ihsan, Pida 7, di sini, semalam.

Dr Mahathir ditanya sikap AS yang sebelum ini menentang usaha menyelamatkan syarikat yang menghadapi masalah ekonomi tetapi negara itu melakukannya berikutan krisis ekonominya sekarang.

Anwar Manusia Gila.


Tuntutan setan mata satu supaya Pak Lah mengadakan perhimpunan dewan khas supaya pihak setan dapat membuat undi tak percaya, dengan muka tak malunya minta orang turun atau keluar dari rumah kerana dia nak jadi tuan rumah. Lu sapa nak suruh Pak Lah berhenti.

Kalau pasaran saham di New York merudum eloklah dia suruh Bos Bush dia letak jawatan juga. Memang manusia yang tidak bermaruah. layak di sumbat sekali ke ISA Kamunting sekali lagi. Anwar bapak rasuah dan bapak kronisme,

Surat terbuka buat pemimpin Pas


Utusan Malaysia.(forum)


SAYA mahasiswa di universiti tempatan ingin memberikan sedikit teguran kepada pemimpin Pas. Jika kita imbau perjuangan Pas pada masa lampau, para pemimpinnya selalu mengatakan bahawa haram dan kafir menjadi ahli UMNO. Hujah mereka ialah UMNO berbaik-baik dengan MIC dan MCA serta tidak melaksanakan hudud.

Mereka mendakwa memperjuangkan Islam yang benar dan mereka memperjuangkan hudud di Malaysia. Tapi kini mereka juga berbaik-baik dengan bukan Islam.

Jika benar mereka sudah berbaik-baik dengan bukan Islam, adakah Pas kini juga menjadi kafir? Itu yang menjadi persoalannya, atau mungkin Pas boleh mengubah hukum Islam jika mereka ada kepentingan politik?

Persoalan lain, mengapa pada suatu ketika dahulu Pas mengatakan wanita tidak boleh menjadi calon pilihan raya, tapi mereka juga meletakkan calon wanita pada pilihan raya 2004. Adakah al-Quran telah berubah? Kekalahan besar Pas pada pilihan raya 2004 mungkin disebabkan mereka mempermainkan hukum Islam.

Pada tahun 1999, ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka pemimpin Pas sebulat suara mengutuk Tun Dr. Mahathir dan menuduh Dr. Mahathir sebagai firaun. Pemimpin Pas selalu mendakwa Mahathir adalah pemimpin yang teruk. Tapi kini, pada tahun 2006, mengapa Pas menjemput Mahathir ke majlis-majlis yang dianjurkan bersama oleh Pas?

Adakah Pas kini juga adalah pengikut firaun?

Wahai pemimpin Pas, janganlah anda mempermainkan al-Quran dan sunah untuk tujuan politik.

– ZAKI KELATE,
Kota Bharu, Kelantan.