Noor Fadilah ikuti kursus kejururawatan

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Noor Fadilah Ahmad, gadis yang mendapat perhatian ramai apabila ‘dilarikan’ ke Lombok, Indonesia oleh teman lelakinya bakal mengikuti kursus kejururawatan, tidak lama lagi.

Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Noor Fadilah akan mengikuti kursus itu di sebuah kolej universiti swasta di bawah program Peluang Kedua.

“Pengajian ini akan memakan masa hampir tiga tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Fadilah ketika ditemui berkata, dia amat gembira dengan peluang yang diberikan itu.

“Saya mahu gadis-gadis lain tidak mengulangi kesilapan saya dan perlu yakin ada peluang untuk kita semua berubah,” katanya.

Noor Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedung, Bagan Serai, Perak dibawa lari oleh Nasrudin Dahro, 24, ke Lombok pada 6 September lalu selepas hubungan cinta mereka tidak mendapat restu keluarga.

================================================================

Ulasan:

Ladang Sungai Gedung ini letaknya tidak jauh dari bandar Taiping. Jika anda keluar dari toll Taiping Utara ada hanya mengambil masa yang singkat untuk ke ladang tersebut. Ia berada di sebelah Jalan Kg Dew, jalan lama dari utara ke selatan. bermula dari Simpang Halt sehingga ke Bagan Serai dan Kuala Gula terdapat banyak ladang-ladang sawit yang pekerjanya adalah dari warga Indonesia. dengan itu berhati-hatilah…Ramai petualang yang ingin melarikan anak-anak gadis kita.

Advertisements

Rasuah Politik atau Politik Wang


Umno sebagai tunjang parti BN telah menguasai politik negara sejak PRU pertama 1955. Pada ketika itu rasuah politik di kategori zero.

Zaman itu UMNO miskin dan rakyat sanggup menyumbangkan wang ringgit, harta benda seperti emas semata-mata ingin melihat Malaya bebas dari pemerintahan Inggeris. Orang Umno ketika itu sanggup menjunjung atau memikul pembesar suara berjalan kaki masuk kampung berbatu-batu untuk berkempen pilihanraya.

Dari nama Malaya hingga menjadi Malaysia negara terus berkembang maju dan rahmat pemerintahan sendiri rakyat semakin mewah dan taraf hidup semakin meningkat.

Hari ini setelah 51 tahun merdeka , negara semakin dicemburi oleh politiking dalam dan luar. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menjatuhkan UMNO dan pemerintahn BN. Usaha hampir berjaya dalam PRU 12.

Politik wang telah mula diperkatakan sejak 1993. Sesiapa yang ingin menjadi Ketua Bahagian mesti ada wang. Untuk menjadi AJK Bahagian juga mesti ada wang, malah untuk menjadi wakil bahagian ke Persidangan Agung di PWTC pun memerlukan wang. Malah untuk menjadi Ketua pemuda cawangan juga mesti ada wang.

No money no talk, no money no project. Hari ini ada tangan yang meminta dan ada tangan yang memberi. Tangan yang meminta akan menilai , siapa besar akan dapat lebih. siapa tak bagi duduk tang tu lah.

Itu lah politik hari ini. Seperti anda pergi bank untuk pinjam wang untuk projek pertanian. Pegawai bank akan bertanya ada berapa ekar tanah untuk dicagarkan? Kalau ada tanah semuanya mudah , tak ada tanah , tunggulah kita akan pertimbangkan permohoonan anda.

Dalam pemilihan UMNO setiap 3 tahun sekali peranan wang amat menjadi-jadi. Untuk menjadi G7 seorang itu sanggup membuat pinjaman wang. dan dengan harapan beliau akan mendapat kembali wang tersebut berlipat kali ganda bila berada di PWTC.

Sebelum persidangan setiap minggu turun ke KL penginapan dan makan ditanggung. Itu lah yang dibicarakan dalam tahun 1993 yang lalu. Cenderahati dan cenderamata teramat laris. Hidangan Lopster juga menjadi hidangan istimewa untuk mereka. kalau begitu apa salahnya melabur sepuluh atau dua puluh ribu di peringkat bahagian.

Pelancong asing tercegang melihat orang Melayu semua penuh di hotel-hotel 5 bintang , kereta-kereta besar berwarna hitam penuh di hadapan hotel, yang keluar masuk semua muka orang Melayu. Hebat sungguh ketika itu. Siapa tok dalangnya? Ia telah di jawab oleh Tun Mahathir pada buah akhir persidangan.

Pembaca dari parti pembangkang pun sama. Jangan tersenyum sinis bila membaca. Pakatan Rakyat juga tidak kurang dalam rasuah politik atau politik wang. Lihat saja Husam Musa sanggup berbelanja besar kepada penyokong Hindraf baru-baru ini dengan membelanja makan kepada puluhan penyokong Hindraf dan berjanji untuk menjadi orang tengah antara kerajaan dan Hindraf. Politik wang atau rasuah politik lah namanya tu.

Dalam PRU kecil di PP 44 kita dapat lihat dengan jelas brtapa hebatnya politik wang yang dimainkan oleh calon yang menang. tetapi menafikan bahawa dia tak ada wang dan kereta pun kereta orang lain. Ingat, “no money , no talk”

Wahai rakyat Malaysia mari lah sama-sama kita menentang politik wang. Dr Rais pernah berkata eloklah pemilihan dibuat secara tender. satu kenyataan yang cukup sinikal. tetapi ada orang dari utara marah akan kenyataan beliau itu.

Ingat! kerana candu, negara Cina tergadai kepada barat, dan kita kerana wang negara runtuh.
‘HAPUSKAN RASUAH POLITIK’

MB Perak nafi rombongan ke Makkah semua ahli Pas


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan semua 22 anggota rombongan haji yang diluluskan khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah ahli Pas.

Mohammad Nizar berkata kenyataan Ahmad Zahid mengenai hal itu adalah tidak benar kerana sebahagian daripada bakal haji berkenaan adalah pesara kerajaan dan tidak menganggotai mana-mana parti politik.

Timbalan Persuruhjaya II Pas Perak itu turut menafikan bahawa beliau dan isterinya, Datin Seri Fatimah Taat termasuk dalam rombongan haji yang diluluskan itu.

=================================================================

Komen dan ulasan.

Walaupun kata Nizar bukan semua orang Pas tetapi hakikatnya semua tu adalah penyokong Pas. dan cikgu pencen tu kemungkinan besar sebagai penghargaan kerana sudi menjadi Ketua JKKK yang dilantik oleh kerajaan Dap-Pas.

Akui sajalah nak menafikan apa lagi. Sudah terang lagi bersuluh kata orang.

“Saya dan isteri tidak pergi haji tahun ini, jadi saya perlu membetulkan kenyataan Ahmad Zahid dan menjelaskan bahawa daripada 22 bakal haji yang diperuntukkan bagi Menteri Besar antaranya adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tapi ramai yang tidak menjadi ahli parti politik. Ada cikgu pencen,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Pengurusan Sisa Pepejal Asia-Kesatuan Eropah (EU) di sini.

Beliau mengulas permohonan khas rombongan 22 anggota ke Makkah yang diluluskan Ahmad Zahid walaupun ada 348,000 dalam senarai menunggu tahun ini.

Bagaimanapun beliau amat berterima kasih kepada Ahmad Zahid atas keputusan yang dibuatnya.

Mohammad Nizar berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Ahmad Zahid yang kini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Perak iaitu badan eksekutif yang memantau semua projek jabatan kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Beliau berkata dana RM1 bilion daripada kerajaan Pusat untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan di Perak menerusi jabatan dan agensi kerajaan akan membantu penduduk di negeri ini.

Katanya kerajaan negeri turut mengalu-alukan peruntukan khas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri kepada Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) untuk membaik pulih surau atau masjid di negeri ini dan sekaligus mengurangkan beban kewangan Jaip. – Bernama

C

MCA, DAP dan Gerakan bergabung menjadi satu parti?


Orang Cina berpolitik agak berbeza dari orang Melayu. Orang Melayu lebih kepada kebajikan dan kemajuan bangsa dan agama Islam. Membebaskan diri dari belengu kemiskinan dan ingin memajukan ekonomi bangsa itu sendiri.

Setelah 50 tahun merdeka usaha kerajaan mensasarkan unjuran 30 peratus pencapaian ekonomi masih belum berhasil, dan kita hanya mampu menguasai 19 peratus sahaja. Di manakah silapnya.

Orang melayu sudah melabur kepada sesuatu yang kurang cair. Contohnya orang Melayu amat gemar melabur dalam skim cepat kaya. berbilion wang orang melayu lingkup kerana terpengaruh dengan skim-skim tipu.

Orang Cina berpolitik secara saingan. Menang atau kalah bangsa tidak rugi. Walaupun mereka berbeza dari fahaman politik. Mereka boleh bersama dalam persatuan suku kaum atau persatuan peniaga.

Orang Cina boleh mencaturkan siapa pilihan mereka untuk kerusi Parlimen dan siapa pilihan mereka untuk kerusi DUN. Lihat sahaja Karpal Sigh, beliau pernah kalah di kerusi Dun dan menang di kerusi Parlimen.

Selepas PRU12 kita lihat Dap membuka taringnya. Tak lama lepas itu Gerakan pula membuka langkah Kungfu dan akhir-akhir ini Mca pula cuba bermain Yong tau fuu pula dengan UMNO.

Apakah ini semua agenda terancang dalam persatuan Cina? Atau mereka ingin bersatu dalam satu parti baru. Mungkin akan terhapus parti Mca, Dap dan Gerakan. Adakah PPP akan mengikut jejak mereka.


Liow tetap pertahan kenyataan berhubung isu ekuiti Bumiputera

PUTRAJAYA: Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, hari ini mempertahankan kenyataannya berhubung permintaan supaya syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat senaraian awam dihapuskan.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, soal pegangan ekuiti mengikut kaum tidak akan membawa apa erti jika kekayaan negara tidak bertambah, sebaliknya apa yang lebih penting kerjasama antara kaum bagi menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan makmur.

“Apa orang nak kata, biarlah mereka kata. Saya tetap berpegang dengan apa yang saya katakan. Saya mengambil berat mengenai ekonomi dan negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Liow diminta mengulas kenyataan beliau Isnin lalu itu yang dibidas pelbagai pihak, khususnya pemimpin Umno yang menyifatkan perkara itu tidak wajar dipertikaikan lagi atau dibangkitkan secara terbuka.

Hari ini, Liow berkata, kenyataannnya itu dibuat sebagai reaksi terhadap laporan Bloomberg yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yakin bahawa unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

Katanya, sebab itulah beliau menekankan bahawa soal kerjasama antara kaum bagi memakmurkan negara dalam situasi semasa ekonomi dunia adalah lebih penting daripada soal pegangan ekuiti.

“Saya menyatakan MCA mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib itu dan melihat secara positif segala usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara,” katanya.

Bagaimanapun, malam kelmarin, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan beliau tidak bermaksud segala unsur DEB akan dihapuskan sekarang.

Sebaliknya, Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerajaan tidak akan berbuat demikian sehingga orang Melayu benar-benar bersedia bersaing di dalam dan luar negara.

Berdebat atau tidak berdebat.


Berdebat merupakan satu kemahiran. Kemahiran berdebat bukan ada pada semua orang. Ada orang mahir membuat kertas kerja. mahir menulis tetapi tidak mahir bercakap secara berbahas di depan khalayak.

Ada yang mahir berhujah atau berdebat tetapi bila bab menulis kurang mahir. Bukan sahaja tatabahasa salah malah ejaan pun banyak salah.

Untuk menjadi ahli politik ramai percaya bahwa seseorang itu mesti pandai dan mahir berucap dan berdebat. Telah terbukti ramai ahli politik yang berjaya kerana mempunyai kemahiran bercakap.

Lihat sahaja DSAI kemahiran berdebat dan berhujah memang sukar ditandingi walaupun hujahnya kadang kalau kurang betul, tetapi orang mempercayainya. Beliau bijak menggunkan isi yang sedikit dan membesar-besarkan isu.

Ada setengah ahli politik di peringkat bawahan, langsung tidak mempunyai kemahiran bercakap dan tidak pernah bercakap dalam perjumpaan-perjumpaan politik tetapi berjaya menjadi Naib Ketua Bahagian. Ada yang bijak berdebat tetapi tidak berjaya menjadi AJK Bahagian pun. Tetapi tenaga dan suaranya amat diperlukan dalam kempen-kempen pilihanraya.

Berbalik kepada saranan KJ agar diadakan debat ala Amerika merupa agenda politik beliau untuk meraih undi dalam pemilihan ketua pemuda Mac depan. Beliau tahu beliau amat bijak dan sangat tinggi kebolehan berhujah dan berdebat maka dia mengajak lawan masuk gelanggang untuk berdebat.

Mungkin kepada Dr Khir Toyo tidak menjadi halangan. tetapi kepada Datok Mukhriz mungkin menjadi satu halangan kerana kita belum melihat kebolehan beliau berhujah dan berdebat.

Ini adalah seperti pasukan bola keranjang Amerika mengajak pasukan bola keranjang kita berlawan. Sudah tentu kemenangan berpihak kepada mereka kerana mereka tingginya 7 kaki berbanding pemain kita yang rata-rata dibawah 6 kaki.


Dr. Mahathir tidak setuju hapus ekuiti bumiputera

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam tidak boleh dihapuskan sekarang kerana penghapusannya belum tentu menjamin daya saing syarikat-syarikat tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai bahawa penghapusan pegangan ekuiti itu akan memastikan daya saing syarikat berkenaan.

Katanya, apabila sudah mencapai matlamat ekuiti pemilikan 30 peratus bumiputera, maka ketika itu bolehlah syarat tersebut dimansuhkan.

”Kalau sudah tercapai matlamat, ekuiti itu patut kita hapuskan. Sekarang belum tercapai. Banyak lagi nak kena buat. Kalau 20 peratus hari ini tidak berkembang, sedangkan ekonomi berkembang 20 peratus, itu akan kurang, jadi ini semua kena ambil kira.

”Kalau kita sudah capai, kita hapuslah, belum capai tak boleh. Walaupun kita boleh ubah tapi matlamat kita kena jaga. Saya fikir waktu ini tak bolehlah. Bukan masa nak buat penyesuaian apa-apa pun, dunia sedang huru-hara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, sekiranya hak bumiputera mahu dikurangkan kepada 20 peratus maka hak bukan bumiputera seharusnya diturunkan juga.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung pertikaian hak-hak istimewa orang Melayu, beliau berkata, orang selalu bercakap tentang hak keistimewaan Melayu tetapi lupa bahawa orang bukan Melayu juga ada hak mereka.

”Ya, kita selalu cakap. Tetapi orang bukan Melayu ada hak juga. Kalau ambil hak Melayu, maka kena ambil hak bukan Melayu. Kita kena cakap secara rasional, jangan tumpu satu pihak sahaja,” ujarnya.

Mengulas sama ada wujud perpecahan berikutan pertandingan antara anak beliau, Datuk Mukhriz dan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, Dr. Mahathir berkata, tidak bermakna dengan adanya pertandingan maka timbul juga perpecahan.