DAP TETAP TOLAK NEGARA ISLAM


Advertisements

Bas Terbalik lagi (klik)




Hari Khamis minggu lepas penulis ke Kuala Lumpur bersama anak dengan menunggang motosikal. Perjalanan baik dan lancar dari Taiping.

Cuma masalahnya ialah bas-bas ekspress memecut laju, rata-rata memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Kawasan yang bas ini mendapat kemalangan ialah kawasan 3 lorong dan rata-rata bas akan memecut melebihi 130kmj tanpa mengira hari hujan atau panas.

Lihat, bas ini terbalik dilorong paling kanan, lorong memotong. Bas sepatutnya menggunakan lorong paling kiri atau lorong ke 2.

Tandas ????


LONDON: Para penganjur Sukan Olimpik London telah membentangkan beberapa syarat reka bentuk bagi prasarana sukan yang bakal diadakan pada 2012 itu.

Ini termasuk menetapkan agar tandas yang dibina di Taman Olimpik London tidak akan dibina menghadap Makkah.

Pihak Berkuasa Pembentangan Olimpik (ODA) mahukan reka bentuk dan rangka kerja pembinaan menghasilkan lokasi sesuai untuk semua golongan pelbagai kebudayaan, kepercayaan, usia dan mesra pengguna cacat untuk kejohanan Olimpik 2012 dan seterusnya.

Jurucakap ODA memberi jaminan ‘tandas tidak akan dibina menghadap Makkah’.
Namun, bilangan tandas serupa itu belum disahkan.
Kemudahan membasuh khas disambung ke bilik solat juga dirancang dibina di taman berkenaan, yang bakal terletak di timur London.

ODA berharap ia akan menetapkan tanda aras baru Britain bagi ruang berkerusi roda dan tempat duduk selesa.

Laluan di arena sukan selalunya terlalu curam bagi pengguna kerusi roda dan bagi mengatasi masalah itu, laluan lebih landai dibina dengan keluasan lebih dan permukaan lebih licin.
Kemudahan tandas termasuk kawasan khas bagi membolehkan warga tua yang cacat menukar keperluan, termasuk kawasan bagi bayi juga akan dibina.

Tahun lalu, beribu-ribu paun sterling wang pembayar cukai digunakan bagi memastikan tandas di penjara Brixton di London tidak menghadap kiblat.

Pegawai penjara terpaksa mengalihkan tandas 90 darjah setelah para banduan Islam mengadu mereka terpaksa duduk senget di atas tandas kerana tidak mahu menghadap kiblat semasa membuang air.

Agensi

Pekerja kilang paling awal diberhenti kerja


PETALING JAYA – Pekerja industri elektrik dan elektronik dijangka menjadi kumpulan terawal diberhentikan kerja dalam suasana kemelesetan ekonomi dunia yang sudah pun berlaku.

Sektor itu menjadi sasaran awal berikutan kebanyakan kilang-kilang besar itu dimiliki syarikat multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berkata, banyak syarikat AS sudah terasa bahang kemelesetan apabila permintaan terhadap produk masing-masing susut.

“Kesan pemberhentian pekerja ini akan terasa dulu di Pulau Pinang dan Johor Bahru dan kemudian Lembah Klang,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Buku Occupational Health For Health Care Professionals di sini semalam.

Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian, sudah ada kilang-kilang yang mengurangkan jumlah pengeluaran, masa operasi dan bilangan pekerja bagi proses pemasangan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Singkirkan PPP dari BN


PPP keluar BN jika tiada pindaan ISA – Kayveas

30/11/2008 1:20pm

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Parti Progresif Rakyat (PPP) mengancam akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kata Presidennya, Datuk M. Kayveas. – Utusan

=================================================================

KOMEN:

ELOK DI SINGKIRKAN SAJA PARTI KAVIES INI. TAK GUNA SIMPAN LAMA-LAMA DALAM BN.