Modal baru Pas untuk hentam Najib


Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Feb 28, 09 | 2:01:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) – PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.

Iklan
http://harakahdaily.net/ads/pic_skrol/banner_premium.php

Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 ‘special draw’ judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan ‘tembelang’ sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan ‘special draw’ kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

“Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali ‘special draw’ (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

“Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, “dakwa Hatta.

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

“Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan ‘special draw’ akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.

Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan ‘special draw’ (cabutan khas) pada tahun 2008.

Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.- azm/mks. _

komen

BAGUSLAH. ISLAM TAK MAIN BELI 4D. DAN CUKAI TU BOLEH DILABUR SEMULA UNTUK PEMBANGUNAN. PAS PUN KUTIP LESEN DARI KEDAI JUDI DAN ARAK DI KELANTAN. KENAPA TAK BISING.

Advertisements

his post

(*) Bloggers@HOT – ..puji Nizar tak boleh, puji Umno-BN tak pa..! Ptuihh..!!

Hari ni wak layan masa wak godek ke blog-blog sahabat wak dari dokongan Umno-BN. Itupun terhad kepada link yang wak kreditkan di blog wak ABOdaily saja. Yang lain belum lagi..takpa insyaAllah wak cuba melunsuri blog-blog sahabt kita itu sikit masa lagi. Sebelum itu wak nak beri penghargaan wak kepada blogger TaipingMali kerana rajin copy paste posting wak masuk ke blog dia, kadang ada taruh kredit, kadang tak..wak tak de hal. Cilok lah selagi larat. Wak halalkan..untuk diperdebatkan !

HARAKAH PUN KAKI CILOK.PAGI-PAGI BACA UTUSAN KEMUDIAN OLAH BALIK DAN MASUK HARAKAH.

Dalam banyak2 komenter kat blog TM tu, wak suka dengan komenter dari mamat ni, kira bertuahlah kerana wak publishkan komen dia di blog ABO..! wak tak kisah..!! katanya..eh bukan katanya tapi dia jerit sebenarnya..!

AbgTuah berkata…

PIRAHHHHHHHH..AL-BANJARI…

KAMI TIDAK PERNAH MEMBENCI PADA BEKAS MB NIZAR..YA MUNGKIN DIA BAIK SEMPURNA SESEMPURNA YG AL-BANJARI KATAKAN. SEGALA SIFAT DAN KEBOLEHAN BEKAS MB NIZAR NIZAR YANG AL-BANJARI HURAIKAN TELAH PUN SAYA KETAHUI DAN KAJI AWAL LAGI. TAPI KAMI HANYA BENCI BELIAU DAN PAS SANGGUP JADI BONEKA..

JANGAN AL-BANJARI HANYUT DALAM HAYALAN MENGAKU NEGERI PERAK TU KEPUNYAAN PAS..TELAH TERLUPAKAH BAHAWA PAS HANYA MEMPUNYAI 6 KERUSI ADUN.

KERANA SAYANGKAN JUTAAN MELAYU ISLAM MAKA APALAH SANGAT DENGAN SEORANG BEKAS MB YANG BERNAMA NIZAR. JADI APAKAH AL-BANJARI MENPUNYAI PEMIKIRAN YANG MENJANGKAUI SEJAUH JANGKAUAN SAYA.

Jika nak bagi wak jawab, mudah saja. Suruh saja si zambie tu BUBARkan DUN Perak dan kita lihat selepas ini apa yang akan berlaku, InsyaAllah susunan kerusi DUN akan berubah hingga tak terjangkau fikiran kita. Dan sepelas itu Nizar tidak lagi seperti yang kalian fitnah sebagai boneka. Antara boneka dan kudeta, jelik lagi kudeta..wakakakka !!

ITULAH MODAL PAS, BUBAR DEWAN. SAMA MACAM DAP TAHUN 1969 DI SELANGOR. KENA KES DI BUKIT LANJAN, KENAPA ENGGAN BUBAR, NIK AZIZ PUN LARANG BUBAR SEBAB MEMBAZIR WANG RAKYAT. ANWAR PUN TAKUT NAK BUBAR DUN BUKIT LANJAN.

Terima kasih juga kat mamat ni kerana mentonggongkan wak ! Wak tetap cool, kerana wak tahu siapa yang tonggong sebenarnya. Wak dapat 1 jari saja, dia dapat 4..wakakaka !!

BAGUS LAH KALAU SEDAR. PERBUATAN MENUDING JARI SUDAH MENJADI DARAH DAGING PAS, SETIAP KALI BERCAKAP BUKAN MAIN MUKADIMAH DIA. 10 MINIT LEPAS TU SERAM NAK DENGAR…TAKUT BERSUBAHAT SAMA..

Puji Nizar tak boleh, haram..boleh jatuh derhaka kepada sultan, puji Umno-BN takpa ! Dalam blog tu juga ada bilang PR akan kalah teruk dalam PRK di Bukit Gantang. Hebat betul ilmu ‘mantik’ depa ni boleh ramal awal-awal..wakakaka !! wak ambil artikel dari blog orang depa juga tentang peluang di Bukit Gantang, kita baca ramai-ramai..kat bawah !

SAYA TAK PERNAH JUMPA PULA BLOG UMNO KELASKAN NIZAR SEBAGAI HARAM. YANG HARAM DALAM BLOG PEMBANGKANG. ZAMRY MB HARAM…YANG TUU BANYAK. TAK KISAH LAH SIAPA MENANG ATAU SIAPA KALAH. KERJA TETAP KENA KERJA.

Kita akan menyaksikan tiga pilihan raya kecil (PRK), dua di Semenanjung dan satu di Sarawak, itu yang pasti, yang berkemungkinan menjadi pasti satu di Sabah manakala di Selangor belum pasti.

Yang menarik perhatian umum adalah PRK untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat bagi Bukit Gantang di Perak dan kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah. Kedua-duanya boleh memberi isyarat jelas sama ada rakyat menyokong BN atau PR. Yang nyata sekarang, perebutan untuk menjadi calon agak hangat di Bukit Selambau terutama di kalangan orang India Malaysia sedangkan majoriti pengundi adalah Melayu. Undi golongan minoriti (pengundi India) boleh menjadi penentu dengan syarat ia tidak berpecah kepada calon-calon bebas.

Di Bukit Gantang, jelas antara BN (UMNO) dan PR (PAS) walaupun akan wujud calon bebas tajaan pihak tertentu untuk “kacau daun”.

Apa yang dapat saya katakan mengenai Bukit Gantang hanyalah satu, setakat ini, iaitu UMNO masih belum belajar daripada kesilapan lampau. Sebagai contoh, awal-awal lagi dah sebut atau membuat dakwaan kononnya sebilangan “ahli PAS” keluar parti untuk menyokong UMNO.

YA BETUL. INI TERMASUK PUAK-PUAK HINDU YANG DULU JADI KELAB PENYOKONG PAS, DEPA NI LALANG. DULU SOKONG PAKATAN SEBAB ANWAR SOKONG HINDRAF. LA NI SOKONG ZAMRY BALIK. PENDUDUK KG CHANGKAT IBOI TU MEMANG LAH KAWASAN PAS TOTOK. SELEPAS 50 TAHUN JADI AHLI PAS KERANA DIUGUT AKAN DIPULAU JIKA TAK SOKONG PAS , HARI INI TELAH MENGAMBIL LANGKAH BERANI DAN KELUAR DARI PAS. AKHIRNYA PROPAGANDA PAS MAKAN DIRI JUGA. APA TIDAKNYA. ” SOKONG ISLAM DAPAT PAHALA, SOKONG KAFIR DAPAT DOSA DAN AKAN DIPERSOALKAN DI AKHIRAT’ DULU KATA MACAM TU LAH. NIZAR DAPAT UNDI PUN GUNA ISU TU JUGA. TAPI BILA MENANG. DIA PUN SAMA SEMBAH SPEAKER HINDU JUGA. TAK DAK TELOQ BETUI LAHH

Taktik atau muslihat sedemikian sudah busuk dan tidak mudah dipercayai oleh rakyat. Kenapa pemimpin UMNO masih belum sedar? Saya pasti menjelang hari mengundi “berita” sedemikian akan disebarkan melalui media elektronik yang dikawal atau dikuasai oleh parti-parti tertentu.

Para pemimpin UMNO harus sedar bahawa berita-berita sedemikian bukan satu kelebihan kepada mereka untuk meraih sokongan rakyat. Soal keluar bulatan masuk barisan sudah basi, sudah tidak laku dan akan menikam diri sendiri. Carilah isu-isu lain yang begitu dekat dengan kehidupan seharian rakyat jika berhendakkan sokongan mereka.

MEMANG PUN. DALAM PRK BUKIT GANTANG INI ISU TEMPATAN MEMAINKAN PERANAN. KENA SEBUT 14 ORANG PAS DARI KPG INI ADLAH KONTRAKTOR KELAS ‘F’. KAMPUNG TU PULA ADA 3 ORANG KONTRAKTOR PAS YANG DAPAT BUAT PROJEK DENGAN BUAT JALAN KAMPUNG PJK. ETC ETC.
NAK KONDEM UMNO PULAK CAKAP UMNO BUKIT GANTANG SEWA KEDAI DARI HAI-O 18 RIBU RINGGIT UNTUK KEMPEN PRK INI. MEMBAZIR DUIT RAKYAT. BUAT KEDAI DI PEKAN MATANG KHUSUS UNTUK UMNO. DLLL..

Satu lagi perkara yang perlu dimaklumkan kepada UMNO dan BN semasa berkempen sama ada di Bukit Gantang atau Bukit Selambau – jangan turunkan mantan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan ketua angkatan muda PKR, Ezam Mohamad Nor. Dia bukan aset tetapi liabiliti. Dia memang pandai berpidato sama seperti mantan bosnya itu, tetapi isinya kosong dan tidak diterima rakyat. Rakyat dah muak dengan isu-isu yang dibangkitnya. Jika UMNO/BN nak kalah seperti yang dialami di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, turunkan Ezam untuk berkempen.

PAS KENA HALANG ANWAR DAN LIM KIT SIANG DARI TURUN KEMPEN DI P059….PENGUNDI KENA DITIPU SIKIT, WALAUPUN PIHAK ATASAN PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP (KARPAL LAKNAK DAN LIM DAJAL) PAS TAK BOLEH TONJOLKAN MEREKA. BUAT JUGA GARENTI BUNGKUS. PANDAI-PANDAI LAH WAK BOHONG SUNAT KAT PENGUNDI SETIA PAS BKT GANTANG. KALAU BAWA ELIZABETH LAGI BAGUS. PAS TU SURUH DIA TIDUR DI MANA-MANA PUNYA HOMESTAY KAT BKT GANTANG. SAH MALAM TU DINDING BILIK TIDUR ELIZ KENA TEBUK DENGAN GEREMIT OLEH BUDAK-BUDAK UNIT AMAL.

Satu lagi topik yang akan dijadikan isu oleh UMNO adalah soal “derhaka” kepada Raja. Tidak tahu pula sama ada pada zaman sarwajagat tanpa sempadan sekarang perkara itu boleh terus dijadikan isu. Jangan samakan dengan zaman Kesultanan Melaka. Apakah UMNO lupa akan tindak-tanduk ahlinya sendiri di Selangor, Perlis dan Terengganu terhadap Istana?

UMNO TAK DERHAKA. TAK ADA PUN MAHATHIR KATA “AMPUN TUANKU KU PATEK SEMBAH DERHAKA” KES 1991 TU LAIN EPISOD. JANGAN SAMAKAN DENGAN EPISOD NIZAR.

Buat masa kini, BN nampaknya menghadapi jalan yang agak sukar untuk menang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan soal pokok bagi UMNO, terutamanya, adalah calon yang benar-benar kena dan tepat untuk menawan Bukit Gantang, kubu kuat UMNO selama berpuluh-puluh tahun.

TAK APA LAH. BIARLAH PAS MENANG DENGAN MELETAKKAN CALON IMPORT, SEBAB BUKIT GANTANG MANA ADA AHLI PAS YANG LAYAK. ADA USTAZ SORANG TU PUN JADI MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN ZALIM. KESIAN DIA HARI-HARI BELI BERAS BAGI MAKAN ANAK BINI DENGAN DUIT HARAM. HARAM TETAP HARAM SEBAB KERJA DENGAN KERAJAAN HARAM DAN ZALIM.

Kita rakamkan ucap selamat kepada BN dan PR dalam mengharungi pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan seterusnya di mana-mana sahaja yang berkaitan.(source : newskini)

(*) TM(taipingmali), minggu depan wak berkampung di Bukit Gantang, sampai hari Undi, ada masa sudi-sudi la jumpa wak, bawak sekali siTuah tu, kita pekena teh tarik buih kat Simpang.

Warkah untuk doktor yang selalu komen dalam jerit box


Doktor

Saya tak tahulah doktor ini buat medical atau Phd, tapi saya tertarik setiap kali jeritan doktor dalam kotak jerit tu, ada saja komen-komen yang negatif terhadap pemerintah.

Ramai juga pelawat yang membalas balik atau memulangkan paku buah keras kepada doktor tersebut, tetapi dia buat selamba dek saja.

Jelas menunjukkan doktor ini dari kanak-kanak yang sudah kena torture mindanya oleh Pas, atau Anwar. Tak apa lah. mungkin satu hari ini dia akan sedar lah akan kesilapan telahannya, sebab umur muda lagi, kena hidup lama sikit baru akai bertambah.

harap pembaca dapat memberi pandangan terhadap mentaliti doktor ini. kesihan dia , baru nak mengenal dunia, agaknya lah masa beranak dulu keluar kaki dulu kut..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

12 Feb 09, 22:34

doktor: mampukah UMNO merebut kerusi DUN Bkt Selambau dari MIC?

12 Feb 09, 23:12

doktor: Dr tinjauan Merdeka Center keatas penduduk Perak, 74% yg mahu DUN dibubarkan

13 Feb 09, 19:36

doktor: Merdeka Center UMNO punya & tinjauan dilakukan ke atas rakyat Perak di serata pelusuk negeri

13 Feb 09, 21:24

doktor: sebab encik duduk hulu pendalaman kot

13 Feb 09, 22:26

doktor: duit sendiri…saya tak dapat pinjaman

doktor: sebab cop pengesahan borang & sijil saya jumpa MP PR.
14 Feb 09, 16:58

doktor: Cukai semua dikutip dr semua rakyat, tapi diagihkan hanya untuk penyokong BN

doktor: nama samaran jer…wpun belum habis, skurang2nya sy tak sebodoh org lain utk sokong UMNO
14 Feb 09, 19:37

doktor: sia2 lah kita dok mengaji berpuluh2 tahun kalau sokong UMNO

doktor: parti yg bertakhta dgn RASUAH ni usah lah dikenang. Nanti bjangkit kat orang yg bukan ahli UMNO pl.
doktor: opps maaf..terkasar bahasa…bukannya RASUAH, tapi POLITIK WANG..janji ada bunyi wang..mmm muluknya
15 Feb 09, 16:14

doktor: V Saravanan (MIC) bakal dicalonkan di Bkt Selambau oleh Samy Vellu

15 Feb 09, 20:32

doktor: Lebih krg 500 org je hadir di demonstrasi taat setia kpd sultan Selangor anjuran Pemuda UMNO Sgor

doktor: kualiti apa..macam pondan tua je. Nak tarik orang pun tak mampu

doktor: BN Barang Naik. Tol naik lagi !!! Lepas ni semua harga barang akan naik. TQ UMNO..

doktor: sudah sampainya UMNO dedahkan perjanjian konsesi TOL. Negara lain tol makin turun, bukan makin naik
doktor: kos pembinaan hanya sekali, bukannya berpuluh2 kali
doktor: Australia, Thailand pun xde tol, free je

"nak buat laporan polis pun kena sembur ke.."


1 Ulasan – document.write(“\x3ca onclick\x3d\x22COMMENT_PAGE.togglePostBody(); try{this.blur();}catch(e){}; return false\x22 id\x3d\x22showOrHidePost\x22 href\x3d\x22javascript:void(0);\x22\x3e\x3c/a\x3e\n”); Sembunyikan Catatan Asal

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.[Photo]Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar – yang menghidap kencing manis – tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, ‘beratus-ratus” laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.[Photo]Menurut ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, 17 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.Gobind Deo berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.

Gobind mempersoalkan tindakan polis yang didakwanya berbeza ‘standard’ dalam mengawal keadaan.

[Photo]”Saya tidak faham, setiap kali masyarakat India buat laporan polis, kena tangkap. Hantar memorandum dan bawa bunga pun kena tangkap, kenapa?” katanya.

Beliau sebaliknya mempersoalkan tindakan Pemuda Umno menyerang dua ahli Parlimen termasuk bapanya, Karpal Singh, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka.

sumber malaysiakini

Blogger TAIPINGMALI berkata…

yer ker, Kesian yer,,,,nak buat report pun kena sembur air.

ish ish zalim sungguh polis la ni….tak ada hati perut. tak ada perasaan.

tak ada belas kasihan. memang zalimmm

tapii….kenapa jadi macam tu….

2009 Februari 28 21:34

Padam

Pemuda PKR tuduh PKR, Ini baru heroo


AMIZUDIN Ahmat menunjukkan salinan surat kompaun dihantar Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara kepada dua syarikat kuari yang melakukan kesalahan selepas mesyuarat penuh MPSP di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 27 Feb. – Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Amizudin Ahmat hari ini mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Amizudin yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas mendakwa, penyelewengan beberapa syarikat kuari di negeri ini melibatkan jumlah wang yang banyak dan kedua-dua pemimpin berkenaan mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama dua pemimpin terbabit dan jumlah rasuah yang diterima oleh kedua-duanya dengan alasan akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.

‘‘Saya tidak ada masalah untuk mendedahkan nama dua pemimpin tertinggi PKR negeri ini yang terlibat dalam rasuah kerana saya seorang pejuang yang cukup telus dan jujur.

‘‘Saya juga tidak takut dengan risiko walaupun menyedari akibat daripada pendedahan ini akan menyebabkan saya disingkirkan daripada menganggotai MPSP,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti kukuh untuk dikemukakan berhubung dakwaan yang dilakukannya itu.

‘‘Bukti yang saya ada ialah melalui rakaman perbualan telefon sepanjang sembilan minit empat saat di antara saya dengan salah seorang daripada dua pemimpin itu,’’ ujarnya.

Isu itu kata Amizudin, timbul selepas beliau mendedahkan penyelewengan beberapa syarikat kuari sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian jutaan ringgit kerana tidak menerima bayaran royalti daripada syarikat terbabit.

Katanya, selepas membongkar kes kuari itu dalam mesyuarat penuh MPSP pada pertengahan tahun lalu, beliau telah menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memarahinya kerana membangkitkan isu tersebut.

Tambahnya, laporan berhubung penyelewengan yang berlaku telah dihantar kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk tindakan lanjut.

Karpal Singh zahir saja garang, padahal penakut juga.




Kalau dalam Dewan Rakyat dialah hero tanpa ada rasa takut, kenapa? kerana di sana sahaja kekebalan dan keselamatan dia terjamin.

Di luar dia penakut, naik kereta pun pakai tali keledar, di dalam dan luar rumah , dia ditemani oleh anjing bodoh yang patuh dengan arahannya.

p/s. tengok!!! kita tak sebut pun Celaka…kat dia

Bila ejaan Allah di guna oleh Kristian (klik)








Umat Islam di Malaysia patut berbangga dengan KDN yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dana Agama Kristian di Malaysia.

Tak lama lagi mereka akan membeli Khat Allah untuk di letakkan dalam gereja. kemudian tulisan Khat Jesus Kristus akan dicipta.

Sebagai orang Islam kita perlu membantah usaha mereka ini yang akan mengelirukan dan akan menyamakan kristian dengan Islam.

Nanti mereka mohon azan pula. Dahulu mereka menukar Bible kepada Al-Kitab..Sekarang Allah. Akan datang?