Pemimpin BN yang mesra rakyat






Apa yang saya perhatikan semasa proses penamaan calon ialah kepimpinan parti kedua-dua calon yang bertanding. Dari apa yang saya alamai dan saya lihat ialah kemesraan pemimpin-pemimpin komponan parti BN lebih mesra rakyat. Senang dilihat dimana sahaja dan mudah untuk bermesra dengan penyokong-penyokong parti. Mereka bersalaman dan bergambar dengan orang ramai tanpa memilih warna dan lambang.

Apabila saya meronda di sebelah kawasan Pembangkang iaitu Pas di Jalan Kota, suasana harmoni dan damai tiada. Yang ada ialah jerit pekik puak-puak gurkha adalah. Walaupun jeritan dan provokasi mereka tidak dilayan oleh kem BN tetapi mereka tetap terus terpekik terlolong. Adakah mereka dbayar untuk berbuat demikian.

Pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat juga tidak kelihatan untuk bermesra dengan pengikut-pengikut mereka. Nampaknya pemimpin Pakatan Rakyat lebih menjaga status dan kelas mereka untuk tidak turun bersama dengan rakyat.

Advertisements

PAS GUNA PELAJAR UNIVERSITI LAGI


Siswa anjurkan kempen sedarkan pengundi Bukit Gantang
Irwan Muhammad Zain
Tue | Mar 31, 09 | 5:56:43 pm MYT

KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) – Kerana mahu melihat perubahan dalam landskap politik negara Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengerahkan ahli-ahlinya berkampung di Bukit Gantang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon PAS, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Iklan
http://harakahdaily.net/ads/pic_skrol/banner_premium.php

Sebagai permulaan SMM bersama Gabungan Anak Muda Islam Semalaysia (Gamis) pada 29 Mac lalu telah menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Bukit Gantang.

Mengedarkan risalah politik yang menerangkan kerakusan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi Cina di Kuala Sepetang merupakan antara aktiviti yang dijalankan pada petang hari tersebut selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi.

Presiden SMM, Muhammad Haafizuddin Abirerah menjelaskan selain isu kerakusan BN, risalah mengenai krisis perlembagaan yang menyebabkan berlakunya konflik di Perak turut diedarkan.

“Kami mahu menjelaskan kepada pengundi-pengundi Cina apa dan siapa yang menyebabkan berlakunya krisis politik di Perak.

“Kami juga menerangkan kepada mereka kepentingan untuk membuat perubahan dalam landskap politik negara dan tidak perlu takut untuk membuat perubahan,” jelas beliau.

Menafikan SMM condong kepada Pakatan Rakyat, Haafizuddin menegaskan mereka hanya mempunyai persamaan pendapat dengan gabungan pembangkang itu dalam sesetengah isu sahaja.

Beliau juga menjelaskan SMM dan Gamis akan menjalankan program dari rumah ke rumah untuk menerangkan kepada seluruh pengundi di Bukit Gantang dan menamakan program mereka sebagai Projek Menyedarkan Rakyat Perak. – mk

Pas P59 terus bersifat bongkak dan riak.





Beberapa minggu lalu mereka mengutuk kerajaan Bn yang membawa projek mee segera ke P59. Memang pun kerajaan telah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bernilai 200 juta untuk membaiki jalan dan yang berkaitan dengan jalan.

Hari ini Pas paling awal mengekploit tiang lampu yang baru siap dipasang. Mereka buat tiang tu macam Nik Ajiz yang punya. suka hati sahaja pasang bendera sampai ke puncak.
Harap pihak yang bertanggung jawab cepat mengambil tindakan, sebelum tiang tersebut rosak dan patah.

SPR KENA KREATIF DI BUKIT SELAMBAU


15 individu yang akan bertanding???Amazing…

SPR pening juga nak fikir nak cetak kertas undi, Ada kata nak buat dalam saiz A4.

Apa pun ok sahaja, tetapi yang saya nak syorkan ini mungkin ditolak oleh SPR walaupun ia kreatif.

Kertas undi biasanya dicetak secara hitam putih di atas kertas tebal yang berwarna. Dalam kertas hanya ada Nama calon dan lambang parti yang mereka wakili.

Di Bukit Selambau kekeliruan akan berlaku. Terutama kepada calon Bebas yang sudah pasti akan kalah besar. hanya PKR dan Bn saja akan mendapat undi tertinggi. 13 lagi mungkin hilang wang pertaruhan.

Saya ingin cadangkan supaya SPR mecetak gambar calon juga dan nama calon di bawah. Disebelah kanan letakkan lambang calon, dan bahagian tempat memangkah saja perlu diubahsuai.

Tak perlu sediakan pencel dan pemadam. Cuma gores sahaja macam gores tikit parking kereta. atau peraduan gores dan menang. Apa macam boleh terima tak SPR?

Kebaikannya ialah tak akan ada undi rosak.. kecuali yang lembab saja atau yang mabuk saja akan gores semua.

PAS BENCI TABLIGH(TABLIQ)


Seorang rakan saya adalah ahli jemaah Tabliq menceritakan bahawa Pas memang tidak suka akan kumpulan ini kerana enggan bekerjasama dengan mereka dalam politik.

Mereka kadangkala melarang kumpulan Tabliq dari berkunjung ke masjid-masjid yang dikuasai oleh mereka. Pada hal katanya masjid itu bukan milik mereka.

Itulah Pas hanya mementingkan politik duniawi. Mahu Tabliq ikut telunjuk mereka. Mereka mahu tabliq ikut cara mereka maki hamun orang lain.

Ada yang sanggup memanggil kumpulan Tabliq sebagi puak-puak tok janggut. Buruk perangai Pas. Nabi sendiri menggalakkan umatnya menyimpan janggut. hukum sunat. Menghina tabliq yang menyimpan janggut samalah menghina nabi besar kita.