666


http://www.youtube-nocookie.com/v/NuIRqVyHB0U&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/I9hyjgV7o-0&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/F4M3Azvy614&hl=en&fs=1&border=1

Jangan guna Nombor Setan 666


Misteri kereta sport 666 terbakar


BEBERAPA orang melihat kereta Dodge Viper yang mempunyai plat 666 rosak teruk selepas terbakar.



KERETA Dodge Viper yang mempunyai plat bernombor 666 sebelum terbakar.


KOSTROMA – Sebuah kereta sport buatan Amerika Syarikat (AS), Dodge Viper dengan nombor pendaftaran 666 yang kerap dikaitkan dengan pembawa nasib malang dan nombor syaitan, hangus dalam satu kebakaran di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam insiden di Rusia itu, kereta berharga AS$91,220 (RM327,275) yang mempunyai keupayaan 600 kuasa kuda (bhp) itu meletup.

Apa yang ganjil, kebakaran itu bermula dari bahagian dalaman kenderaan yang belum diketahui puncanya.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada terdapat individu yang cedera dalam letupan tersebut.

Angka 666 mencetuskan misteri kepada ilmuwan Kristian sejak beberapa abad lalu kerana ia dikatakan membawa nasib malang kepada pemiliknya.

Menurut kepercayaan penganut Kristian, angka itu tidak boleh diniagakan kerana ia dipercayai sebagai nombor syaitan.

Sebelum ini, nama seorang Maharaja Rom, Nero, dikatakan menyamai angka 666 apabila ejaannya dinilai menggunakan sistem abjad Ibrani.

Nero terkenal dalam sejarah sebagai seorang maharaja yang amat kejam kerana membunuh penganut Kristian dengan sewenang-wenangnya.

– Agensi

PAS LAWAN PKR …RUNTUHNYA SEBUAH PAKATAN


Pemuda Pas PP tetap mahu letak calon di Penanti

29/04/2009 8:23pm

PULAU PINANG 29 April — Pemuda PAS Pulau Pinang tetap mahu meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

Ketuanya Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

“Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu, Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang , Mansor Othman, 56, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Mohammad Fairus Khairuddin.

Mohd Hafiz berkata setakat ini belum ada sebarang perbincangan yang dibuat antara PAS dengan Penasihat PKR itu berhubung calon Pemuda PAS yang turut akan bertanding di DUN Penanti.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar – 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

— BERNAMA

Anwar Tidak Percaya Mahkamah


Anwar pernah berkata dia tidak percaya kepada sistem perundangan di negara ini, termasuklah mahkamah.

tetapi mengapa pulak setelah kena buang dari kerajaan baru tak percaya dengan
mahkamah.

Kalau mahkamah boleh dibeli oleh Umno sudah tentu Umno tidak dibatalkan pada tahun 1987 sehingga berlaku krisis untuk mewujudkan kerajaan.

Lagi satu perkara yang paling ketara, kalaulah kerajaan boleh kawal mahkamah sudah tentu kerajaan tak akan adakan undang-undang ISA.

Sebab jika sesuatu kes itu kerajaan mahu orang dipenjarakan, kerajaan boleh bagi tahu mahkamah.

Buat apa kerajaan guna ISA yang boleh mencacatkan nama baik kerajaan itu. Kerana tidak dapat kawal mahkamah , kerajaan terpaksa menggunakan ISA bagi setengah kes.

Penyokong-penyokong Anwar yang ganggu Anwar pergi mahkamah pun satu hal juga.
Apa ? depa ingat Anwar tu lebih besar dari segala-galanya kah?

Penyokong-penyokongnya tak sedar bahawa Anwar jadi orang besar, jadi terkenal melalui UMNO.

Penyokong totok dia tu ramai yang pada asalnya tak ada parti pun tetapi kaki bangkang no 1.

NPC- KRISIS PERAK – FORUM AWAM 24 APRIL 09


http://www.youtube-nocookie.com/v/8hvTE03ar0c&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/MOMEd7qa8Jg&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/TfmATxJrRFQ&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/qjUpRCIHSs4&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/Hj6DOeQJAsg&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/kSZIXIlZ_uc&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/XywpMhrFijs&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/AvI4KZiCkCE&hl=en&fs=1&border=1

http://www.youtube-nocookie.com/v/bIisQP_yiL8&hl=en&fs=1&border=1

SEDIKIT MENGENAI FORUM AWAM DI TOWN HALL IPOH 24/4/09



FORUM TERSEBUT TELAH DI ANJURAN OLEH NATIONAL PRESS CLUB MALAYSIA. BLOGGER ROCKYBRU TELAH MEMULAKAN UCAPAN ALU-ALUAN DENGAN DUA AYAT YANG MENARIK. IAITU SEBELUM BERGERAK KE ARAH ONE MALAYSIA KITA HENDAKLAH SUDI DUDUK IN ONE TABLE UNTUK BERBINCANG DAN MENCARI TITIK PERSEFAHAMAN.TAJUK FORUM IALAH KRISIS PERAK

UCAP UTAMA TELAH DISAMPAIKAN OLEH DATO SHAFEE ABDULLAH SEORANG PEGUAM YANG TERKENAL DITANAH AIR. DALAM UCAPAN YANG PENUH BERHATI-HATI BELIAU MENGUPAS ISU KRISIS PERAK SATU PERSATU DAN PERANAN SULTAN DALAM URUSAN KERAJAAN. SULTAN SEBAGAI SUMBER UTAMA PERUNDANGAN TANAH AIR MALAYSIA. RAJA BERPELEMBAGAAN. DALAM SOAL KRISIS PERAK BELIAU MENYATAKAN KEPUTUSAN SULTAN ADALAH BETUL.PAKATAN RAKYAT HARUS SECARA GENTLEMEN MENERIMA PERALIHAN KUASA DARI KEPADA BN. SULTAN TELAH MENEGASKAN BAHAWA TIDAK AKAN ADA PILIHARAYA DAN PEMBUBARAN ADUN. MAKA NIZAR HENDAKLAH AKUR DENGAN PERINTAH SULTAN.

SPEAKER SIVA KUMAR JUGA HENDAKLAH AKUR DENGAN PERINTAH SULTAN. PERSIDANGAN DI BAWAH POKOK TIDAK BOLEH DIADAKAN TANPA KEIZINAN PIHAK ISTANA. MENGANTUNG MB DR ZAMRY DAN 6 EXCO ADALAH TINDAKAN LUAR BIDANG KUASA SPEAKER. SPEAKER HENDAKLAH MENJALAN URUSANN KERAJAAN DENGAN ADIL DAN BETUL BUKAN DENGAN EMOSI.

DATO MOHD HAFARIZAM HARUN JUGA SEBAGAI PANEL TELAH MENJELASKAN TENTANG PERANAN MAHKAMAH DALAM MENDAPATKAN KEADILAN BAGI PIHAK DR ZAMRY DAN EXCO ADALAH USAHA YANG MURNI DALAM MENCARI KEPUTUSAN YANG ADIL DAN DIHORMATI OLEH SEMUA PIHAK. MASALAHNYA IALAH PIHAK BALIK SANA ENGGAN MENERIMA KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN ENGGAN MENERIMA KEPUTUSAN UNDANG-UNDANG DAN JUGA UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK.

BELIAU JUGA MENEGASKAN BAHAWA UMNO TENANG MENERIMA KEKALAHAN DI 5 NEGERI , KENAPA PIHAK DI BALIK SANA TIDAK DAPAT MENERIMA KEADAAN PERUBAHAN DI PERAK.

AKHIR SEKALI IALAH UCAPAN PENGERUSI BIRO UNDANG DAP PERAK EN NGA HOCK CHEH SEORANG PEGUAM DARI SETIAWAN. BELIAU BERKALI-KALI MENEGASKAN BAHAWA KUASA RAKYAT HENDAKLAH DIKEMBALIKAN DAN SATU PILIHAN RAYA PERAK HENDAKLAH DIADAKAN. SEKALI LAGI BELIA SEPERTI NIZAR DAN NGEH, SECARA TIDAK LANGSUNG TELAH JATUH DERHAKA.

AKHIR UCAPAN KE TIGA-TIGA PANEL , SOAL JAWAB DIMULAKAN DAN SUASANA TENANG DAN PENUH ILMIAH. MAJLIS BERAKHIR JAM 11 DAN PARA TETAMU DIHIDANGKAN JAMUAN RINGAN SESUAI DENGAN SELERA MASYARAKAT MALAYSIA. SAYA SEMPAT BERRAMAH MESRA DENGAN BEBERAPA ORANG BLOGGER TERKENAL SEPERTI ROCKY BRU, ANOTHER BRICK IN THE WALL, OUTSYED THE BOX, PISAU, PARPUKARI DAN RAMAI LAGI, SEMPAT JUGA BERTEMU RAKAN-RAKAN LAMA YANG RAJIN MENONTON BOLA DULU DI ZAMAN RAJA AHMAD SEBAGAI PENGURUS BOLA SEPAK PERAK. SAMPAI TAIPING TEPAT JAM 1 PAGI.

Saravanan ‘tangkap’ doktor HKL tak rawat pesakit


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, hari ini “menangkap” dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.

Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau.

“Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan. Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi buat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi.

“Ada lebih 20 pesakit yang menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukanlah cara seseorang doktor bekerja. Pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini adalah unit kecemasan, yang sepatutnya pantas dalam memberikan rawatan,” kata Saravanan yang jelas kelihatan kesal.

Saravanan berkata, beliau menegur doktor terbabit kerana kelakuan mereka dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka yang muncul 30 minit kemudian. – Bernama

ulasan:

PERKARA INI SUDAH LAMA BERLAKU, DI MANA-MANA SAJA HOSPITAL ATAU KLINIK KERAJAAN. PELANGGAN TETAP BERSABAR DENGAN KARENAH MEREKA WALAUPUN HATI KADANGKALA MEMBERONTAK.

BAYANGKAN SEORANG PESAKIT DATANG SEAWAL JAM 7.46 PAGI DAN SELESAI SEMUA RAWATAN PESAKIT LUAR PADA JAM 11.30 PAGI.

HARAP KETUA-KETUA JABATAN DAN MENTERI RAJIN-RAJINLAH MEMBUAT PENYAMARAN ATAU MEMANTAU.

ISU AGAMA ANAK-ANAK MUALAF (KLIK)


ISU INI NAMPAKNYA BESAR DAN DIPERKATAKAN DENGAN MELUAS UNTUK KETIKA INI. APALAGI BAGI PIHAK PEMBANGKANG YANG BERTOPENGKAN ISLAM. INI AKAN MENJADI MODAL POLITIK MEREKA UNTUK BEBERAPA BULAN AKAN DATANG.

KES INI BUKAN LAH BESAR SANGAT. KALAU BERLAKU PUN IA MELIHAT KES-KES TERPENCIL SAHAJA. SEPERTI APA YANG TELAH BERLAKU KEPADA SEORANG PEREMPUAN CINA YANG BERCERAI DENGAN SUAMI DAN TELAH MEMELUK ISLAM. APA YANG DILAKUKAN OLEH WANITA TERSEBUT IALAH DIA TELAH MENUKAR NAMA ANAKNYA MENJADI NAMA ISLAM DAN INI MENIMBULKAN KEMARAHAN BEKAS SUAMI WANITA TERSEBUT. BAPA KEPADA ANAK ITU BERTINDAK DAN DIA BETUL MENGIKUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. SEORANG ANAK BOLEH MEMILIH AGAMA SETELAH BERUSIA 18 TAHUN. (INI TERKECUALI DALAM URUSAN MELAYU-ISLAM)

SEKIRANYA IBU DAN AYAH MASIH BERKAHWIN DAN KEDUA-DUA PASANGAN TERSEBUT BERHASRAT UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAM DAN DALAM MASA YANG SAMA BOLEH MENUKAR AGAMA ANAK-ANAKNYA. TETAPI JIKA ANAK-ANAK ENGGAN WALAUPUN MASIH BELUM BERUSIA 18 TAHUN IBU BAPA TIDAK BOLEH MEMAKSA. ISLAM ITU MUDAH. TAK PERLU DIRUMITKAN. SAYA BERPENDAPAT JIKA KEDUA IBUBAPA SUDAH BERAGAMA ISLAM DAN MENUNJUKKAN CONTOH TELADAN YANG BAIK , MAKA ANAK-ANAK PUN AKAN MENGAMALKAN KEHIDUPAN CARA ISLAM. HANYA DENGAN MENGANGKAT DUA KALIMAH SYAHADAH SESEORANG ITU SUDAH MENJADI MUSLIM.

BEGITU JUGALAH DENGAN NGA KOR MING , ANDAIKATA SELEPAS DIA MEMBACA SURAH ALQURAN DALAM CERAMAH POLITIK DAN TERGERAK HATINYA UNTUK MENJADI MUSLIM MAKA DENGAN MENGUCAPKAN 2 KALIMAH TERSEBUT JADILAH NGA SEBAGAI SEORANG MUSLIM DAN HARUS DIINGAT, HANYA DIA SAHAJA ISLAM DAN BUKAN KELUARGANYA. TETAPI APA YANG BERLAKU KEPADA NGA HANYALAH RETORIK BUKAN BETUL-BETUL BERIMAN KEPADA ALLAH.

PESTA KAUL-MUKAH SARAWAK


http://www.youtube-nocookie.com/v/IuPChbivihg&hl=en&fs=1&border=1

SETIAP TAHUN DALAM BULAN MAC ATAU APRIL , PEKAN MUKAH MENJADI MERIAH DENGAN PESTA KAUL YANG GILANG GEMILANG.

KETUA MENTERI DATO PATINGGI PEHIN TAIB MAHMUD ADALAH TETAMU UTAMA SETIAP KALI PESTA KAUL DIADAKAN SETIAP TAHUN SEJAK TAHUN 80AN LAGI.

PESTA KAUL IALAH PERAYAAN TRADISI YANG DIWARISI OLEH KAUM MELANAU MUKAH YANG TERKENAL SEBAGAI NELAYAN. PERAYAAN INI ADA KAITAN DENGAN SEMANGAT LAUT , HARI INI PESTA KAUL MENJADI PESTA YANG BERJAYA MENARIK PELANCONG UNTUK MELAWAT DAERAH MUKAH.

PRK datang lagi, TORA datang lagi???


PENANTI TERUS MENANTI-NANTI SIAPA PULA YANG INGIN BERENTAP UNTUK MENJADI WAKIL EXECUTIVE BAGI PENDUDUK PENANTI

PKR MUNGKIN MELETAKKAN DR WAN AZIZAH,
PAS MELETAKKAN MAT SABU,
BARISAN TAK TAHU LAGI SIAPA.
CALON BEBAS?
AKIM MUNGKIN DAH TAK ADA WANG UNTUK BERTANDING.
SEBUT WANG DALAM POLITIK LAGI.
NAK BERTANDING KENA ADA WANG LAH.
PENAMAAN CALON-WANG, BUAT POSTER-WANG,
NAK KEMPEN-WANG.
SEMUANYA MEMERLUKAN WANG.
TAK ADA WANG JANGAN MAIN POLITIK,
POLITIK MEMERLUKAN WANG.
RASUAH SAJA JANGAN.

BILA MAJLIS PENAMAAN CALON DIADAKAN NANTI DAN KEMUNGKINAN TAN SRI TPM AKAN TURUN UNTUK MENGUMUMKAN CALON BN.
MAKA KITA AKAN LIHAT BERBONDON-BONDON SEGENAP LAPISAN MANUSIA TURUN UNTUK BERSAMA-SAMA MERAIKAN MAJLIS TERSEBUT. KALI INI MUNGKIN TAK RAMAI LAH SEPERTI MAJLIS PENAMAAN CALON UNTUK P59.
SEBAB PEMILIHAN MT SUDAH SELESAI.

APA PUN HARI TERSEBUT TETAP MERIAH APATAH LAGI PADA HARI PENAMAAN CALON.
SESAK JALAN DIBUATNYA.
TETAPI SAYANG SEKALI.
MERIAH DAN SESAK HANYA SEKETIKA SAJA.
SEWAKTU SEMINGGU BERKEMPEN TAK NAMPAK PUN WAJAH-WAJAH YANG MENYIBUK TADI.
TINGGALLAH BEBERAPA KERAT PEJUANG-PEJUANG YANG TERUS BERSETIA BERKHIDMAT.
LAIN LENA DI SOFA EMPUK YANG DIANUGERAHKAN OLEH YANG BERJASA. DATANG DAN JEGUK LAH.
TAK MAMPU BERKEMPEN TAK APA.
DUDUK LEPAK KAT KEDAI KOPI,
SAMBIL-SAMBIL MINUM SEMBANG-SEMBANG LAH SIKIT DENGAN PENGUNDI.
KALAU 15 RIBU PENGUNDI YANG ADA DAN 15 RIBU TENTERA UMNO DARI PELBAGAI PANGKAT,
INSYALLAH,
BOLEH MENANG MANA-MANA PRK .

SAYA CUKUP TABIK SPRING KEPADA TUN MAHATHIR ,
WALAU PUN USIA SUDAH 83 TAHUN,
MAMPU TURUN UNTUK MEMBANTU PRK 7 APRIL LALU.
BAYANGKAN BERAPA RAMAI VETERAN-VETERAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL YANG SUDAH BERSARA DARI MENJADI WAKIL RAKYAT YANG MASIH HIDUP,
KALAU SEMUA MEREKA TURUN KE SEMUA PRK TAK MUSTAHIL KITA MAMPU MENANG.

JANGANLAH KITA MENJADI HERO DALAM CAWAN KOPI SAJA.
BERGELORA MACAM MANA GAH PUN IA HANYA DALAM CAWAN,
TIDAK MAMPU MENJADI TSUNAMI ATAU OMBAK BESAR.

AYUH LAH SEMUA BAPAK-BAPAK KEPALA ,
JIKA ADA PRK TURUNLAH,
BERSUARALAH SESUNGGUHNYA SUARA BAPAK SEKALIAN MASIH MAMPU MEROBOHKAN BENTENG-BENTENG PENAHAN OMBAK YANG DIBINA OLEH PUAK-PUAK TERANG BULAN DAN KAFIR HARBI.

SEBUT KAFIR HARBI , DALAM SATU KOMEN DALAM BLOG SAYA ADA YANG BERTANYA APAKAH KAFIR HARBI…

SEBENARNYA SIPOLAN TU TAHU TAPI BUAT-BUAT TAK TAHU.
SENANG SAJA KAFIR HARBI TERSEBUT IALAH KAFIR YANG MENENTANG SEBUAH KERAJAAN ISLAM DI MANA MEREKA TINGGAL.
MEREKA TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN ‘ NO TO ISLAM’ MALAYSIA ADALAH SEKULAR. MEREKA MENENTANG ULUL AMRI HABIS-HABISAN
WALAU MENJADI IMAM MEREKA SANGGUP, MEMBACA SURAH QURAN PUN MEREKA SANGGUP TETAPI MEREKA TIDAK BERIMAN.

DAN SATU LAGI PULAK PUAK YANG CUBA MENAFIKAN MALAYSIA BUKAN SEBUAH NEGARA ISLAM, PADA HAL MEREKA SOLAT 5 WAKTU DI DALAM MASJID YANG DIBINA OLEH BN. FAHAM DAH KUT?

DIPETIK DARI PURE-HADARIST


FRIDAY, APRIL 24, 2009

KECELARUAN PEMIKIRAN PKR DAN KEPIMPINANNYA

Salam,

Saya telah bersama Timbalan Speaker DUN Selangor YB Haniza Talha Adun Taman Medan dalam rancangan Sudut Pandang Astro Awani atas tajuk Akauntabiliti YB. Perbincangan topik yang sepatutnya menyentuh akauntabiliti YB dalam konteks drama politik terkini di DUN Penanti berubah menjadi akauntabiliti UMNO dan BN yang menjadi sasaran serangan YB tersebut.

YB Haniza mengatakan episod di Penanti adalah kecil dan sengaja diperbesarkan oleh BN untuk menutup apa yang berlaku di Perak. Saya cuba membawa perbincangan kepada topik asal namun ke situ juga yang mahu dibawa.

Akhirnya tiada pilihan untuk saya katakan, episod di Perak sebenarnya dimulakan oleh Anwar sendiri dalam projek khayalan 16 Septenbernya dulu. YB Haniza bertanya kepada saya, siapa yang buat atau merealisasikannya? Seolah-olah kegagalan projek tersebut adalah bukti kebenarannya dan sekali gus membuktikan gejala lompat parti salah kerana mereka gagal melakukannya dan kerana lompat parti berjaya menumbangkan kerajaan PR Perak maka lompat parti adalah salah.!

Saya juga mengutarakan kenyataan Fairus yang menggambarkan perletakan jawatannya bukan atas kerelaannya. Saya rujuk kenyataan Fairus yang mengatakan dia tidak diadili sepertimana Adun Bkt Lanjan dan bekas Adun Bkt Selambau malah dalam akhbar Suara Keadilan kerja-kerja sebagai wakil rakyat tidak di”highlightkan” yang menyebabkan ramai menyangka dia tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagai wakil rakyat.

Pertanyaan-pertanyaan seperti dibawah juga telah saya utarakan:-

1) sebab perletakan jawatan Fairus tidak jelas kerana tiada suatu indikasi yang menunjukkan beliau secara sukarela meletakkan jawatan.

2) mengapa beliau mahu PKR membersihkan namanya jika tidak, ada rahsia yang bakal dia bongkar dan Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa Fairus adalah seorang yang komited dalam perjuangan…..kalau komited mengapa meletakkan jawatan dan ianya dilakukan setelah Anwar bermesyuarat bersama Biro Politik sehingga tengah malam dan keesokannya Fairus menyerahkan surat perletakan jawatannya.

3) sebenarnya pembaziran dalam pilihanraya kecil dimulakan oleh PKR sendiri di Permatang Pauh dimana kerusi dikosongkan semata-mata sang Isteri ingin memberikannya kepada sang Suami yang baru habis tempoh larangan berpolitik atas hukuman 6 tahun penjara.

Apabila YB Haniza mengatakan rakyat mahukan kerajaan PR di Perak dan membawakan satu contoh bagaimana ada seorang YB dicemuh apabila balik kawasan, saya menyatakan contoh yang spesifik tidak boleh digunakan untuk menerangkan suasanan yang umum.

Saya juga menyentuh laporan polis terhadap MB Selangor apabila YB Haniza mengatakan Fairus telah dilaporkan oleh Angkatan Muda Keadilan kepada SPRM maka dia seolah-olah telah bersalah maka saya katakan kalau begitu MB Selangor pun bersalahlah ! hanya atas laporan yang dibuat.

Tetapi apabila SPRM menutup kes Fairus, beliau mengatakan siapa tutup kes? SPRM? tentulah….jadi jika keputusan tidak menyebelahi PKR maka SPRM adalah salah dalam keputusan itu begitu juga jika sebaliknya berlaku.

Banyak lagi kecelaruan dalam pemikiran orang-orang PKR ini….

0 comments:

PANAS MALAM ESOK DI TOWN HALL IPOH


DI FAHAM KAN DARI SAHABAT SEBENTAR TADI BEBERAPA ORANG PR YANG KUAT MENJERIT SANA SINI ENGGAN HADIR UNTUK MENJADI TUKANG CAKAP. MEREKA DALAM GELANGGANG SENDIRI SAJA BERANI. BILA DALAM GELANGGANG SEBENAR TAK SANGGUP. KENAPA???TAKUT BERHUJAH KER?

KALAU DEPA TAK MAU TURUN TAK PA LAH , 

KITA HARAP SYA REFORMISS DAPAT TURUN DAN AJAK GENG DIA LAGI DUDUK DEPAN UNTUK BERFORUM DENGAN LAWYER UMNO TU…..SELAMAT BERSIDANG..

THURSDAY, APRIL 23, 2009

Forum Awam di Ipoh malam esok

updates: 
National Press Club’s series of National Discourse
“The Perak Crisis”
Opener by Shafee Abdullah
First Speaker, Hafarizam Harun, Umno lawyer
Last Speaker, Nga Hoc Cheh, who describes himself as a “countryside lawyer” from Sitiawan but actually is the Chairman of the DAP Perak legal bureau.

We’ve confirmed all three speakers and look forward to a good time tomorrow night. See you at Ipoh Town Hall, 8pm, Friday 24 April 2009.

Admission’s FREE but please register on-line with nationalpressclub@gmail.com or, if that’s somehow now possible, register at the venue.

Original posting:-


Hafarizam Harun vs Hanipa Maidin? Hafarizam, the Umno legal adviser, has confirmed participation for tomorrow’s NPC’s National Discourse. Blogger A Voice writes here about a bout between him and Pas lawyer Hanipa Maidin.

The NPC hopes it can translate that into a reality show at the Ipoh Town Hall tomorrow! Register online atnationalpressclub@gmail.com now.

PR PERAK SEMAKIN HILANG AKAL


TERIMALAH HAKIKAT ANDA TELAH KALAH DALAM URUSAN POLITIK NEGERI PERAK. 

TIGA ADUN TELAH BERALIH ARAH. JANGAN MARAH KEPADA MEREKA. KENAPA MENDESAK SULTAN MEMBUBARKAN ADUN KERANA MARAHKAN 3 ADUN MEMBEBASKAN DIRI DARI FAKATAN RIOT.

KENAPA ANDA SERONOK MACAM KATAK MABUK BILA ADUN BOTA MELOMPAT MASUK KE DALAM PR. UMNO TENANG . 

UMNO HANYA MAMPU MEMOHON ADUN BOTA BERFIKIR MASAK-MASAK DAN JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN PR. 

NIK AZIZ JUGA MENYOKONG LOMPAT PARTI DAN MEMUJI 
ITU  LANGKAH BIJAKSANA.

NIZAR SEMAKIN GILA BILA BERJAYA MEMBALAS DENDAM TERHADAP SULTAN DENGAN MENGAJAK KAFIR HARRBI MENJATUHKAN KERAJAAN ISLAM BN MELALUI PRK 59. 

MELAYU SEDAR AKAN MAINAN POLITIK KAFIR HARBI INI DAN MENOLAK NIZAR NAMRUD. 

KAFIR HARBI SANGGUP MEMPERMAINKAN AYAT SUCI AL-QURAN HANYA SEMATA-MATA UNTUK MENGELIRUKAN MELAYU. 

SAMALAH KISAH ZAMAN NABI DI MANA SEORANG YAHUDI TELAH BERJAYA MENYESATKAN UMAT ISLAM. DIA MENJADI IMAM DAN BAIK BACAANNYA. SAMA LAH KES DENGAN NGA KOMENG INI. 

JIKA NGA BETUL-BETUL YAKIN DENGAN KEBENARAN AL-QURAN KENAPA DIA MASIH BERAGAMA KRISTIAN? KENAPA TIDAK MEMELUK ISLAM. 

BUKANNYA SUSAH SANGAT UNTUK MENJADI SEORANG ISLAM.

PENGIKUT PAS MELAYU HAPRAK SANGGUP BERTAKBIR BILA NGA , NGEH DAN SIVAKUMAR BERCERAMAH . 

HARI INI NIZAR MENGUGUT  LAGI. 

SISTEM BERAJA DI MALAYSIA AKAN TINGGAL NAMA SEPERTI DI IRAN. 

DALAM 3 PRK BARU-BARU INI ISU RAJA DAN PERLEMBAGAAN NEGERI MENJADI MODAL KEMPEN MEREKA. 

MELAYU UMNO DAN PENGUNDI ATAS PAGAR SEDAR AKAN MAINAN POLITK  PR DAN TELAH MENOLAK  PR. 

CUMA YANG HAPRAK MASIH KEKAL DENGAN PR. SEDIH MELIHAT MELAYU YANG BERTATU BULAN DI HATI MEREKA. 

SPEAKER HINDU JUGA MENCARI SERIBU ALASAN UNTUK MENGGAGALKAN PERSIDANGAN DEWAN DUN 7 MEI INI, DENGAN HARAPAN AGAR DUN BOLEH DIBUBARKAN KERANA TIDAK MENGADAKAN PERSIDANGAN. DALAM PRK 7 APRIL ISU INI DIMAINKAN. 

BILA MAHKAMAH MENOLAK KES PR PERAK DAN  KESEMUA ADUN YANG DIGANTUNG BOLEH HADIR, MAKA SPEAKER MENCARI ALASAN LAIN DENGAN MENGGANTIKAN S/U DEWAN. 

SEMALAM NGA SEKALI LAGI MENAJDI HERO DENGAN CUBAAN UNTUK MENYAMAN DR ZAMRY KERANA MENAMATKAN TUGAS DAN MENGHENTIKAN JKKK PR.

DULU SEMASA PR MEMERINTAH MEREKA JUGA TELAH MEMBATALKAN JKKK SEBELUMNYA DAN MEMBUAT PEMILIHAN BARU. UMNO TAK BISING PUN.

TAK PUAS HATI LAGI.,..KAMARUDIN JAAFAR BEKAS AHLI UMNO YANG DIPUNGUT OLEH PAS TELAH MENGAJAK RAKYAT PERAK UNTUK MENGHURU-HARA AKAN NEGERI INI SEPERTI MANA YANG BERLAKU DI THAILAND.

SUDAHLAH …

RAKYAT PERAK TIDAK AKAN TERPENGARUH DENGAN ARAHAN PENDERHAKA. 

MERUJUK KEJADIAN BARING ATAS JALAN DI KUALA KANGSAR DULU, RAKYAT PERAK MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN TAK BERAKAL SEBAHAGAIN PENYOKONG IMPORT PAS DARI LUAR.

HARAP PIHAK KDN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS SEBARANG USAHA JAHAT UNTUK MENCETUSKAN HURU-HARA DI PERAK. 

TAIPINGMALI MENENTANG KERAS SERANGAN GLOBAL TERHADAP KESEJAHTERAAN DAN KETENTERAMAN NEGARA. 

MUSUH NEGARA DITENTANG DAN DISANGGAH.

BIAR BERPUTIH TULANG
JANGAN BERPUTIH MATA

PENYU NAK MAKAN KAMBING


SOK SEK TENTANG PEMILIHAN UMNO SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNG.

SUKA ATAU TIDAK SUKA BARISAN KEPIMPINAN UMNO SUDAH DINYATAKAN DENGAN JELAS.

APA YANG PERLU SEKARANG IALAH BEKERJA DAN BEKERJA DALAM PERJUANGAN MENENTANG MUSUH-MUSUH GLOBAL YANG CUBA MENCELAKAKAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA.

ISTANA PERAK TELAH JELAS SEDAR AKAN USAHA-USAHA PENJAHANAM BANGSA DAN NEGARA DENGAN BERTOPENGKAN PERJUANGAN RAKYAT. BERTOPENGKAN AGAMA DAN BERTOPENGKAN WAJAH MANIS DAN PENUH JANJI.

PADAHAL DALAM BENAK PEMIKIRAN MEREKA PENUH NANAH, NAJIS YANG JIJIK DAN BUSUK.

HARI INI PAS MULA PANAS DENGAN PEMILIHAN KEPIMPINAN PARTI,

DAHULU DALAM PAS TAK ADA PEREBUTAN JAWATAN. MASING-MASING MENOLAK DARI DI PILIH UNTUK MENJADI KETUA ATAU PEMIMPIN.

ITU DAHULU, ZAMAN BERUBAH.

HARI INI PEREBUTAN SEMAKIN PANAS DAN DASYAT. GOLONGAN PENYU, KURA-KURA , KAMBING HITAM DAN KAMBING PUTIH , MASING-MASING MEMBUAT REGU DAN TEAM.

BERPUAK-PUAK DAN ADA YANG MENGIKUT MAZHAB.

PAS DARI GOLONGAN SYIAH CUBA MENGUSAI DAN MENYINGKIRKAN GOLONGAN SUNNAH.

SIAPA SUNNAH DAN SIAPA SYIAH NI KALAU TANYA KEPADA GOLONGAN BAWAHAN PAS MEREKA PUN TAK TAHU.

SEBABNYA MEREKA DI BAWAH HANYA TUKANG TAKBIR DAN TUKANG BARING DI ATAS JALAN.

PENGISIAN PERJUANGAN PAS MEREKA TAK AMBIL POT.

KALAU ADA SERUAN UNTUK KELUAR BUAT RIOT MAKA GOLONGAN INI SANGGUP MENGUSUNG ANAK KECIL DALAM BUAIAN TURUN KE JALAN UNTUK MENDAPATKAN PAHALA MATI SHAHID. POOORAH CIT.

SYURA SATU ISTILAH YANG DIWAR-WARKAN OLEH PAS, TETAPI TIDAK ADA PELAKSANAANYA.

JIKA SYURA DI GUNA PAKAI MAKA PAS TIDAK PERLU ADA PERTANDINGAN MEREBUT JAWATAN-JAWATAN MAJLIS TERTINGGI MEREKA.

KENAPA BERLAKU PEREBUTAN JAWATAN SEKARANG?

SEBABNYA UNTUK MEREBUT SEGALA PELUANG YANG DIKHUSUSKAN KEPADA MEREKA.

SIAPA MENANG PERUT MEREKA AKAN BESAR DAN BERTAMBAH BESAR. DAN BERTAMBAH BESAR.

PAS KELANTAN MASIH BANYAK HARTA KHAZANAH HUTAN UNTUK DI KEROYOK OLEH MEREKA. SEPERTI DI KELANTAN DAN DI KEDAH

TAK PERCAYA PERGILAH KE LOJING DAN GUA MUSANG.

MASING-MASING BEREBUT UNTUK MEMILIKI ISTERI KEMBOJA DAN MEMBELI MERCEDES 240- 420.

SUDAH LAH PAS TEMBELANG SUDAH TERNAMPAK SEKARANG.

DI MANA ISLAM , DI MANA NEGARA ISLAM , DI MANA SYIAR ISLAM , TAK ADA, TAK ADA, KOSONG- KOSONG.

IA UMPAMA GENDANG MOKYONG YANG DERAS DAN KUAT TETAPI KOSONG.

RAKYAT BAWAHAN TERTIPU DENGAN AGENDA POLITIK PAS YANG BERSEKEDUDUKAN DENGAN KAFIR HARBI.

HARBI HARBI HARBI HARBI HARBI…..

BMW COUPE


ENCIK DARULEHSAN. SAYA SETUJU DENGAN KOMEN ADA DI BAWAH. MEMANG ORANG UMNO YANG BERJAYA AKAN MEMANDU KERETA MEWAH,

INI MENUNJUKKAN NEGARA KITA TIDAK ZALIM DAN RAKYAT BEBAS MEMILIKI KERETA APA YANG DISUKA ASALKAN BAYAR CUKAI DAN ZAKAT (BAGI ISLAM)

KERETA DI ATAS IALAH KERETA YANG SAYA PANDU SEKARANG. ENCIK DARULEHSAN JANGAN JELES .

MASA PRK 59 PUN RAMAI YANG MEMANDU KERETA MERCEDES, HARRIER , ALPHARD , BMW YANG PASANG BENDERA PAS.

TU DATANG DARI MANA WANG TU…..???

PAS BAGI ATAU DAPAT TENDER PROJEK DARI KERAJAAN ZALIM BN??

BUS STOP YANG MENYEDIHKAN


GAMBAR INI DIRAKAMKAN PETANG TADI DI BANDAR KAMUNTING. IA MERUPAKAN PERHENTIAN BAS YANG LAMA DI KAMUNTING. BINAAN INI TELAH MENGANTIKAN PONDOK BESI TAHUN 70AN YANG TELAH LAMA PUPUS.

BAGAIMANAPUN MASIH ADA YANG CACAT JIKA DI PERHATIKAN.

KEMANA SEBELAH LAGI BANGKU BATU TERSEBUT ?

ROSAK? RUNTUH? ATAU DIANGKUT OLEH MAKHLUK ASING?

HARAP PIHAK MAJLIS PERBANDARAN MENGAMBIL USAHA UNTUK MEMBAIK PULIH KERANA MASIH RAMAI YANG MENGGUNAKAN UNTUK BERTEDUH DARI HUJAN DAN PANAS SEWAKTU MENUNGGU BAS DAN TEKSI


UJIPANDU EXORA M-LINE


PETANG TADI SELEPAS WAKTU PEJABAT SAYA SEMPAT MEMBUAT UJIPANDU KERETA MPV KELUARAN TERBARU DAN TERMODEN DARI KELUARGA PROTON.

SAYA AMAT BERPUAS HATI DENGAN TENAGA DARI ENJIN 1600 CC 16V DAN SISTEM CAM-PRO CPS YANG MAJU, HASIL DARI REKACIPTA TEMPATAN.

TERNYATA TENAGA 125 KUASA KUDA, MEMBOLEH IA MUDAH MENGHAMBUR KELUAR DARI LAMPU ISYARAT APABILA LAMPU HIJAU MENYALA, IA MUDAH MENDAKI BUKIT DAN MEMBUAT OVERTAKING.

SAYA MEMANDU MENDAKI DUA BUKIT PADA KECERUNAN YANG BERBEZA,

(BUKAN BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU)

BUKIT TERSEBUT IALAH DARI LAMPU ISYARAT MAYBANK KAMUNTING MENGHALA KE TAIPING. PECUTAN CUKUP MEYAKINKAN DENGAN REV YANG TIDAK TINGGI SEPERTI PESAINGNYA.

BUKIT YANG KEDUA IALAH BUKIT MENUJU TAMAN LAKE VIEW BERSEBELAHAN BANGUNAN TNB DI JALAN ISTANA LARUT,

SAYA HANYA MEGGUNAKAN GEAR ‘D’ DARI MULA HINGGA AKHIR DAN IA MENDAKI BUKIT TERSEBUT SEPERTI DI ATAS JALAN BIASA YANG MENDATAR.

SEWAKTU MENURUN BUKIT TERSEBUT UNTUK MEMASUKI JALAN KAMUNTING LAMA SAYA CUBA MEMANDU DENGAN AGAK KASAR DAN LAJU SAMBIL MEMOTONG SEBUAH MPV HONDA ODYSSEY PADA JALAN SELEKOH YANG MELENCONG KE KIRI DI KAWASAN KEM TENTERA SEBELUM TRADER HOTEL YANG CUKUP SINONIM DALAM PRK 59 BARU-BARU INI.

IMBANGAN KERETA SEMASA MEMOTONG DAN MEMBELOK CUKUP BAIK. TERIMA KASIH KERANA MENGGUNAKAN TEKNOLOGY LOTUS DARI UK.

TAK PERLU LAH SAYA MENUKAR TAYAR KEPADA TAYAR SIRI 205/45 ATAU YANG LEBIH RENDAH PROFILENYA.CUKUP DENGAN TAYAR 195/65R/15 DENGAN RIM ALLOY YANG DISEDIAKAN.

CUMA KETAHAN RIM SAJA YANG MERISAUKAN. BANYAK KES RIM BENGKOK PADA MODEL-MODEL LAIN SEBELUMNYA. TAPI DENGAN JAMINAN SELAMA 5 TAHUN ATAU 175 RIBU KILOMETER IA AKAN MEYAKINKAN PEMBELI.

BRAKE ‘ABS’ DAN ‘EBD’NYA CUKUP BAGUS, BOLEH DIKATAKAN TIADA APA YANG NEGATIF UNTUK UNTUK MPV INI.

JANGAN LAH BANDINGAN STERENG MERCEDES ATAU BMW DENGAN KERETA MPV INI, IA MEMANG BERBEZA.

DENGAN HARGA DAN LAIN-LAIN AKSESORIS YANG MENCECAH 4 RIBU RINGGIT IA MERUPAKAN SATU PELABURAN JANGKA PANJANG YANG BAIK.

SAYA CADANGKAN KEPADA BAKAL-BAKAL PEMBELI BELILAH H-LINE KERANA PERBEZAANNYA TIDAK MEMBEBANKAN POKET ANDA.

CUMA AGAK TERKILAN SEBAB BLR UNTUK KERETA BARU TEMPATAN ‘CKD’ DAN IMPORT ‘CBU’ TELAH NAIK SERTA MERTA.

SEMASA SAYA MEMBUAT TEMPAHAN PADA 16 APRIL 2009. ‘BLR’ IALAH 3.65% HARI NAIK MEJADI 3.75% , WALAUPUN KECIL BERBEZAANNYA , IA AMAT TERASA.

SAYA BERHARAP DENGAN TEMPAHAN PADA 16/4/09 HARAP PIHAK BANK DAPAT MENGEKALKAN ‘BLR’ 3.65% SEPERTI YANG DIJANJIKAN.

KEPADA YANG MENEMPAH HARI INI BOLEHLAH DINAIKKAN 3.75%.

BN TAK PERLU BERTANDING DI PENANTI


DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG BARISAN NASIONAL MEMPUNYAI 11 KERUSI, PAS HANYA 1 KERUSI , DAP 19 KERUSI DAN PKR ADA 9 KERUSI.

INI MENUNJUKKAN BN MASIH BERWIBAWA DI SANA. ANDAINYA BARISAN MENANG DI PENANTI IA MASIH TIDAK MEMBAWA APA-APA ERTI KEPADA BARISAN NASIONAL.

OLEH ITU KENYATAAN DS NAJIB UNTUK TIDAK BERTANDING DI PENANTI ADALAH TEPAT DAN BETUL.

BARISAN JUGA TIDAK PERLU BERTANDING DI SANA KERANA SUDAH TENTU PENGUNDI PENANTI YANG MENGUNDI DSAI DALAM PRK P44 YANG LALU TIDAK AKAN BERUBAH KEPADA BN. SOKONGAN MEREKA KEPADA PKR ADALAH KUAT.

BIARLAH KAWASAN MUNDUR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT.

BARISAN HARUS MEMBOIKOT PRK TERSEBUT KERANA IA AKAN MEMAKAN WANG YANG BESAR, BAIK DARI KEWANGAN BN ATAU PUN SPR.

P 44 TAHUN LALU DENGAN MUDAH DAN SERONOKNYA WAN AZIZAH MELETAKKAN JAWATAN KERANA INGIN MEMBERI LALUAN KEPADA SUAMINYA,

BERAPA JUTA WANG DI BELANJAKAN OLEH KERAJAAN DAN SPR SEMATA-MATA UNTUK MELICINKAN PROSES PRK TERSEBUT.

HARI INI DENGAN MUDAH JUGA FAIRUS MELETAKKAN JAWATAN DAN BERAPA PULA WANG KERAJAAN DAN SPR AKAN DIHABISKAN. IA BENAR MERUGIKAN WANG RAKYAT.

DAJJAL PKR TAK NAMPAK SEMUA TU, MEREKA HANYA MENURUT NAFSU SAHAJA . ORANG MACAM TU SETARAF DENGAN AMALAN SYAITAN

ZALIM KAH KERAJAAN BN?


100 juta saham percuma

NAJIB Tun Razak meletakkan replika nanas emas sebagai simbolik kepada perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Johor Bahru, semalam. Upacara itu disaksikan (dari kiri), Ahmad Sarji Abdul Hamid, Muhyiddin Yassin, Abdul Ghani Othman dan Hamad Kama Piah Che Othman.– Utusan / ishak rahmad


JOHOR BAHRU 20 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan percuma 100 juta unit Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) kepada penduduk miskin bandar dan miskin tegar di negara ini.

Peruntukan yang dibuat melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selari dengan langkah yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Peruntukan itu tidak termasuk penambahan unit ASW dan juga Amanah Saham Malaysia (ASM), kesemuanya berjumlah 5.33 bilion unit yang turut diumumkan hari ini.

Daripada jumlah itu, 3.33 bilion unit adalah ASM yang mula dijual esok dan dua bilion unit ASW 2020 boleh dilanggani mulai 27 April ini. Kedua-dua dana berkenaan ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.

ASM dan ASW 2020 merupakan dana ekuiti pendapatan yang dibuka jualannya kepada rakyat Malaysia berumur enam bulan ke atas.

Pengumuman tersebut dibuat Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) kali ke-10 di Padang Plaza Angsana, dekat sini hari ini.

Najib berkata, tawaran jualan unit baru ASM dan ASW 2020, terhad kepada pelaburan maksimum 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun untuk memastikan penyertaan yang saksama.

Bagi penawaran ASW 2020 percuma, beliau berkata, lebih 20,000 orang daripada pelbagai kaum akan menerima faedah.

‘‘Saya berharap penawaran unit-

unit baru (ASW 2020 dan ASM) akan memberi lebih peluang kepada seluruh masyarakat Malaysia bersama-sama membuat pelaburan untuk masa depan kewangan yang lebih terjamin,” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri diiringi oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Idris Kechot memberitahu Utusan Malaysia, PNB akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menetapkan model pengagihan ASW 2020 yang diberikan percuma itu.

‘‘Saya tidak boleh mengulas bagaimana pengagihan akan dibuat, kena tunggu rundingan bersama EPU,’’ kata beliau.

Jelasnya, mengambil kira pelaburan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun, setiap golongan miskin itu akan menerima unit amanah bernilai RM5,000 seorang.

ASM pertama kali dilancarkan pada April 2000 dengan dana permulaan dua bilion unit dan pertambahan unit baru akan menjadikan saiz keseluruhan dana tersebut berjumlah 10.95 bilion unit, ASW 2020 yang dilancarkan pada Ogos 1996 kini bersaiz 12.42 bilion.

Pelaksanaan had pelaburan maksimum bagi ASM berkuatkuasa sepanjang tempoh tawaran bermula 21 April sehingga 27 Julai 2009, tertakluk kepada unit-unit yang masih ada untuk dilanggan dan bagi unit-unit ASW 2020, had pelaburannya adalah sepanjang tempoh tujuh hari bekerja mulai 27 April ini.

PNB dalam kenyataannya di sini menyebut, sebanyak 50 peratus daripada unit baru ASM itu diperuntukkan untuk pelabur bumiputera, Cina (30 peratus), India (15 peratus) dan lain-lain kaum (lima peratus).

Pecahan langganan itu berdasarkan peratusan penduduk mengikut kaum.

Langganan ASW 2020 pula masih mengikut peruntukkan kuota 51 peratus kepada bumiputera dan 49 peratus bukan bumiputera.

Kaunter-kaunter Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan Pos Malaysia akan mula menjual dana-dana tersebut mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang manakala agen-agen Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank beroperasi pada pukul 9.15 pagi hingga 4 petang.

ELIZ BACK ON TRACK


http://www.youtube-nocookie.com/v/NV1KPTJPaFk&hl=en&fs=1&border=1
SETELAH DI BAPTIS OLEH TGNA, ELIZ KEMBALI SUCI BERSIH DARI DOSA. PAS TELAH AMPUNKAN DOSANYA, HELMI SAJA MASIH MENYOROK LAGI…TANG MANA DI HILANG SAPA PUN TAK TAU..

Previous Older Entries