Chin Peng Pengganas Tegar (klik)


Ong Boon Hua (83 ) atau nama samarannya Chin Peng adalah Ketua Komunis Malaya( PKM) dia bukanlah rakyat Malaysia. Dia adalah rakyat Kerajaan Negeri Selat British. Tak ada alasan yang kukuh untuk membenarkan dia kembali dan mati di sini selepas dia melakukan terlalu banyak kerosakan terhadap tanah air. Chin Peng patut berasa malu untuk masuk Malaysia.

Sepatutnya no debate tentang ini. Hairan bagaimana ada pandangan untuk membawa dia pulang. Adakah idea ini datang dari kaum keluarganya atau pihak-pihak lain yang mempunyai agenda tersembunyi. Komunis Malaya memang cukup kejam tak ada perikemanusiaan.

Sedangkan jika kita baca tentang komunis luar negara ditangkap dan dibicarakan. Lihat saja Pol Pot Ketua Komunis Kemboja dan pengikutnya yang dihadapkan ke muka pengadilan kerana melakukan kekejaman yang amat dahsyat dalam era pemerintahan mereka 1975-1979.

Chin Peng sepatutnya berasa cukup bertuah dan selesa kerana kerajaan Malaysia tidak menangkapnya dan membawanya untuk dibicarakan di mahkamah seperti mana rejim Pol Pot. Kita sepatutnya menubuhkan satu suruhanjaya dan membicarakan kekejaman nya sewaktu Bintang 3 memerintah 14 hari dan sepanjang kegiatan mereka sehingga tahun 80an.

Masyarakat Malaysia hari ini terutama Melayu sudah terpahat dalam pemikiran bahawa PKM adalah pertubuhan kejam yang menentang Melayu dan Sultan, PKM cuba membesarkan ideologi dan empayar Komunis China. Penghijrahan besar-besaran kaum Cina dari Tanah Besar bukan sahaja kerana mencari pekerjaan atau kehidupan baru tetapi juga ada yang datang dengan tujuan untuk menyebarkan pengaruh komunis di Malaya ketika itu.

PKM berbeza dengan Komunis di Eropah. Mereka sudah berjaya memerintah melalui cara mereka. Bagaimana pun hari ini pemerintahan komunis Rusia , GermanTimur dan lain-lain telah tumbang atau bertukar corak pemerintahan tanpa pertumpahan darah.

Generasi muda hari kena faham akan kekejaman PKM melalui pembacaan atau dari kaum keluarga yang berusia lebih 60 tahun, lebih-lebih lagi dari bekas-bekas tentera yang menjadi mangsa kekejaman PKM pada tahun 8oan sebelum PKM menamatkan gerakan gerilla mereka hasil rundingan di Hatyai pada 1 Disember 1989. Itu pun bukan menamatkan terus perjuangan tetapi hanya gencatan sahaja.

PKM tidak dibubarkan hingga ke hari ini. Bermakna ideologi dan cara berperang PKM bukan lagi dengan senjata. Mereka mungkin membaharui agenda mereka melalui politik , perang cyber dan sebagainya.

Penggunaan Siaran Radio Komunis yang begitu popular zaman dahulu sudah tidak efektif lagi dan ia terlalu menyerlah. Gerakan PKM mestilah senyap dan berhasil. Apakah ahli-ahli parti politik pembangkang atau komponen BN sudah diresapi ideologi PKM?

Ini satu persoalan yang perlu dikaji dan disiasat.

Petikan di atas adalah pandangan daripada YB DATO’ HAJI MOHD DAUD BIN MOHD YUSOFF Adun Selama Perak
pertemuan pada 29 Mei 2009 jam 4.00 ptg di pejabat beliau.

Advertisements

Pakatan Rakyat adalah Lanun Moden.



Semalam Taipingmali telah ke Kedah lagi, kali ini adalah kerana jemputan walimatulurus di Yan, pergi melalui Lebuh raya dan keluar melalui Gurun.

Sewaktu balik taipingmali merayau menggunakan jalan pantai sehingga ke Tanjung Dawai, keluar ke arah Sungai Petani dan masuk semula ke Kuala Muda.

Sebelum pulang ke Taiping ,Taipingmali sempat melawat ke Pantai Merdeka dan paling menarik ialah kompleks monumet peristiwa Tsunami 2004 di Kampung Kuala Sungai Muda. Hajat di hati untuk singgah meninjau situasi PRK Penanti terpaksa dibatalkan.

Sepanjang pemerhatian Taipingmali di Kedah, Kedah Darul Aman telah pun menjadi sebuah negeri maju berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung. Semua kemudahan infrastruktur yang di sediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan memang banyak dan cukup membanggakan, adakah orang Kedah nampak semua ini?

Agenda kerajaan negeri untuk mencapai taraf sebuah negeri maju 2010 sudah mungkin sudah tercapai sekurang-kurangnya 70 peratus. Kawasan yang kurang maju pada pemerhatian taipingmali ialah kawasan Timur Kedah atau kawasan hulu, seperti Naka, Nami, Baling dan Sik. Kawasan pantai Barat atau Hilir memang sudah cukup maju.

Tetapi sayang seribu kali sayang, segala usaha untuk membawa kemajuan ke negeri Kedah dipandang sepi oleh sebelah pihak, malah mereka berkata, matlamat Kedah Maju 2010 adalah satu pembohongan. mereka menambah Kedah tidak akan maju selagi berada di bawah kerajaan BN.

Mereka sebenarnya mahu merampas kerajaan BN , mahu menjatuhkan kerajaan yang ada, lalu mereka melaungkan pelbagai tohmahan, fitnah dan pelbagai dakyah mereka semata-mata mahu MERAMPAS KUASA. Hari ini mereka telah berjaya merampas. 1 tahun 2 bulan Kedah di bawah Pas. Apakah kemajuan yang mereka laksanakan? Jawapannya ialah ZERO.

Semalam pula Anwar menyatakan dengan jelas bahawa dia ingin MERAMPAS Perlis pula dalam PRU 13 dan Taipingmali ingin bertanya kepada Nizar dan Nik Aziz, SIAPA SEBENARNYA MERAMPAS?

Lagu Negaraku


Tadi taipingmali menghadiri satu majlis jamuan di Ipoh , majlis oleh sebuah jabatan kerajaan. Majlis tersebut dimulakan agak lewat. tetapi itu bukan menjadi perkara pokok untuk posting pagi ini.

Yang nak di utara kan ialah majlis tersebut di mulakan dengan lagi Negarku, dan seterusnya lagu koperat jabatan. Sewaktu menyanyikan lagu tersebut dengan iringan minus one, tiba-tiba taipingmali teringat tentang Nizar, Ngeh dan Nga.

Adakah mereka tidak pernah menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan di mana lagi Negaraku dimainkan. Jika mereka berada dalam dewan banquet tersebut bagaimana perasaan dihati mereka. Bagaimana situasi atau reaksi mereka bila lagu tersebut dinyanyikan oleh seluruh tetamu yang hadir termasuk VIP.

Ya lah, jika rohnya sudah jauh lari dari amalan kehidupan biasa masyarakat Malaysia mungkin bila dengar muzik Negaraku pun mereka sudah meluat, benci dan jika boleh mahu dipekakkan telinga mereka .

Jika Rukun negara pun mereka berani berdolak dalih, inikan pula lagu. Saya menyeru kepada peserta mogok lapar dan PR Perak supaya berhenti berdrama atau bersandiwara . Rakyat sudah jemu dengan gelagat anda yang hilang fokus, visi dan misi.

p/s

Datuk Hafarizam dalam satu forum anjuran NPC di Ipoh Town Hall pernah berkata, beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan mendapat Datuk dari Melaka, dua-dua negeri tidak beraja, Untungnya rakyat Perak kerana kerana mempunyai Raja, hormatilah Raja.

LU MAHU MATI?


Meminjam wang dari Ah Long atau cetee haram memang bahaya. Pinjam 1000 ringgit tapi bertahun-tahun tak selesai-selesai. Bunga jadi pokok, pokok jadi bunga, bila nak langsai hutang. Sudahnya ramai peminjam menjadi sengsara hidup.

Dalam akhbar sudah banyak didedahkan tentang jenayah Ah Long yang menginaya atau menyeksa peminjam yang liat membayar hutang.

DiTaiping, taipingmali memerhati ramai orang melayu yang meminjam dari Ah Long, tetapi pinjaman tidaklah setinggi pinjaman kaum lain. Ada pemilik syarikat bas yang tutup perniagaan kerana Ah Long, pemilik pusat jualan pokok hiasan yang besar dan gah pun akhirnya tutup, begitu juga dengan sebuah restoran mamak yang popular di Kamunting, juga terpaksa menutup perniagaan kerana hutang Ah Long.

Kakitangan kerajaan dari pelbagai jabatan dan juga tentera dilihat ramai yang mengunjungi syarikat-syarikat pinjaman wang berlesen mahupun tidak berlesen untuk membuat pinjaman segera.

Paling menarik setiap hujung bulan, Ah Long akan membawa kad-kad ATM peminjam dan mengeluarkan wang di setiap cawangan bank yang ada di sekitar Taiping dan kawasan-kawasan berhampiran. Ah Long akan menghabiskan masa satu atau dua jam di setiap mesin ATM semata-mata untuk mengambil wang dari kad ATM peminjam.

Pada mulanya taipingmali hairan bagaimana Along boleh mengingat semua nombor PIN setiap kad tersebut. Setelah lama memerhati baru lah taipingmali perasan bahawa semua kad ATM telah ditukar nombor PIN kepada satu nombor yang sama, ini berdasarkan cara Ah Long memasukkan nombor PIN, pola gerakan jarinya ada sama.

Sungguh mudah kerja Ah Long dengan adanya sistem ATM. Ini bagi peminjam wang ada akaun bank dan ada kad ATM. bagi peminjam yang tiada kad ATM along akan menghantar wakil mengutip hutang setiap hari. Mereka inilah yang selalu kesuntukan wang dan culas membayar hutang setiap hari dan ramai yang menjadi pelarian dan sentiasa dikejar oleh Ah Long, bila dapat tangkap alamat kena seksa bagaikan anjing. seperti yang didedahkan dalam akhbar baru-baru ini.

taipingmali menasihatkan kepada diri sendiri dan anda, jauhilah AH LONG.