Tok Guru usah ikut emosi: Zambry


IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya bercakap berpandukan ilmunya sebagai Tok Guru, bukan mengikut emosi dan nafsu.

Zambry ketika diminta mengulas pelawaan Mursyidul Am Pas itu supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku antara Pas dan UMNO, juga berpendapat itu bukan jalan penyelesaian terbaik.

Beliau berkata, tidak perlu diadakan debat terbuka untuk menyelesaikan masalah sebaliknya perbincangan saja sudah memadai.

“Sebenarnya isu debat ini perlu difikirkan semasak-masaknya.

“Debat juga bukan jalan penyelesainya terakhir dan saya sangat pasti Nik Aziz juga tahu mengenainya cuma dia tetap berfikir seperti ahli politik yang lain juga,” katanya selepas menghadiri majlis Penyampaian Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak kepada 400 pelajar di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkor itu juga berkata, debat terbuka tidak membawa manfaat kepada mana-mana pihak, sebaliknya membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Saya tidak fikir Perdana Menteri tidak mampu untuk berdebat dengan Nik Aziz cuma beliau berfikir mengenai kesan akibat dari debat ini kepada masyarakat,” katanya.

Advertisements

Kisah hamPAS kaki putar alam dari Blog Manzaidi (klik)


Ini kisah keluhan anak Pas yang bosan dengan tingkah laku pemimpin mereka teruatama Nik Aziz yang bijak berceramah politik sejak 20 tahun lalu., ceramah dan beribu kali. Kelantan terus mundur. sebuah masjid pun tak mampu didirikan. Apa lagi soal bekalan air, perumahan rakyat, jalan raya , semuanya diabaikan oleh kerajaan Pas. Sila baca kisah dari blog Manzaidi ini, klik pada tajuk di atas.

Kamunting Kembali Aman dan Damai


Keadaan huru hara yang melanda Kamunting beberapa minggu lalu sudah kembali pulih seperti sediakala. Tiada lagi sekatan polis di jalan-jalan masuk ke Kamunting. Di fahamkan masih terdapat beberapa suspek yang masih dalam buruan pihak berkuasa.

Tindakan cepat pemimpin-peminpin parti seperti Umno, Mic, PPP dan lain-lain dan lain-lain pemimpin masyarakat telah berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih parah.

Persengketaan tidak membawa apa-apa faedah. Sama lah seperti idea kurang bernas Nik Aziz mengajak PM berdebat.

Jika Umno Kafir , Pas apa pulak? (klik)


Itu sajalah senjata yang ada pada Pas terutama Si Tua Kutuk dari negeri Kelantan. Senjata yang sudah berkarat dan yang sudah terbenam di dalam tanah dan lumpur.

Kalau tahun 60an Pas kata Umno kafir ramai orang Pas terima dan percaya. Ini kerana Umno bersama-sama Mca telah menubuhkan PERIKATAN yang kemudiannya menjadi besar kerana disertai oleh parti dari kaum India.

Hari ini bila TM bertanya kepada rakan-rakan ahli Pas. Tak kafir kah Pas kerana bersama-sama Dap dan Pkr?

Jawapan yang mereka bagi ialah ” Itu dulu, sekarang Pas berkawan dengan Dap dan Pkr kerana inginkan bantuan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN yang zalim, tidak timbul lagi soal kafir mengkafir, kita kena ikut cara Umno jika mahu menang dan mendapat sokongan kaum Cina dan India”

“Jadi jika Nik Aziz mengkafirkan Umno hari ini , ia kenyataan peribadi beliau, bukan dari parti Pas.” Tambah ahli Pas tersebut.

Jelaslah bahawa bila kena batang hidung sendiri , semua ok , semua halal. Betul lah kata TPM , bahawa Pas cuba menutup kesalahan sendiri yang mana mereka sendiri telah menolak perbincangan mengenai kerajaan perpaduan. Nik Aziz menolak mentah-mentah sebarang bentuk perbincangan dan kerjasama. ” Islam kah sikap Nik Aziz?” Jika Islam kenapa beliau menolak akan perpaduan ummah.

Nik Aziz hanya ingin mengalih pandangan pengundi Manik Urai supaya terus menyokong Pas dengan mengkafirkan Umno dan keinginan berdebat dengan PM. Kedua-dua agenda ini bila dibesarkan maka tertutup lah kelemahan selama hampir 20 tahun Pas memerintah Kelantan.

Sistem Berpolitik Malaysia Tak Perlu Debat seperi USA


Parti Pas memang suka bercakap dan berceramah, itulah kerja mereka. Jika diberi tugasan untuk dilaksanakan mereka tak reti nak buat.

Bagi negeri, negeri lingkup, bagi pulau, pulau karam, bagi istana, istana punah, bagi kebun ,kebun naik hutan, bagi hutan, habis balak.

Pas mahukan Malaysia menjadi seperti Amerika. Tak perlu ada Perdana Menteri. 4 atau 5 tahun buat pilihan raya pilih Presiden baru. Nik Aziz akan bertanding atas tiket Pas dan menentang Bn (tak kira siapalah calon BN tu). Jika Pas kalah dalam pemilihan maka mereka akan protes, buat demontrasi jalanan. Senarionya sama seperti di Iran.

Debat dengan parti pembangkang telah beberapa kali dibuat, tetapi apa hasilnya. BN tetap dengan pendirian BN, Pembangkang tetap dengan pendirian mereka. Sabry Chek vs Anwar, Lim Guang Eng vs Koh Soh Khon, KJ vs Husam Musa, dll, Apa resolusi yang kita dapat hasil debat? Mengabihkan beras , ada lah.

Nik Aziz nak berdebat dengan Najib boleh, tetapi Nik Aziz kena cermin muka dia dulu. Apakah kemajuan yang telah dilaksanakannya di Kelantan? Adakah suara Pas didengar dan diterima pakai oleh Dap dan Pkr? dan banyak lagi.

Kesimpulannya Pas hanyalah temukut di tepi gantang. Dap hanya menjadikan Pas untuk mencapai impian mereka sahaja dan sama seperti Pkr.

‘Geng Larut Malam’ diburu


RAJA Musa Raja Razak menunjukkan kad pengenalan mangsa rompakan, telefon bimbit dan wang tunai yang dirampas daripada suspek Geng Larut Malam di Taiping, kelmarin.


TAIPING 27 Jun – Kumpulan penjenayah ini biasanya menaiki motosikal beramai- ramai. Mereka bersenjatakan parang dan menjadikan premis yang beroperasi sehingga awal pagi sebagai sasaran untuk dirompak.

Namun, polis kini sudah mengenal pasti kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai ‘Geng Larut Malam’ ini dan sedang memburu ahli kumpulan ini.

Penjenayah ini sering menjadikan kedai makan dan kedai runcit yang beroperasi hingga larut malam di daerah ini sebagai sasaran mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak berkata, pihaknya yakin dapat memberkas saki baki ahli kumpulan itu berikutan tertangkapnya salah seorang ahlinya kelmarin.

Suspek terbabit diberkas kira-kira lapan jam selepas merompak sebuah kopitiam di sini pada pukul 4.30 pagi.

Dalam kejadian itu, salah seorang pelanggan yang berada dalam premis terbabit cedera dilibas dengan parang oleh kumpulan berkenaan.

“Suspek berusia 21 tahun ditahan di tempat kerjanya di sebuah kilang di Kamunting dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Kita sedang mengesan enam lagi ahli geng ini yang masih bebas,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Menurut Raja Musa, polis merampas kad pengenalan dua mangsa rompakan, dua unit telefon bimbit dan wang tunai RM400.

Katanya, kumpulan yang sama turut merompak sebuah kopitiam di Jalan Simpang dekat sini sehari sebelum kejadian itu.

“Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam. Polis percaya geng ini memang melakukan jenayah selepas tengah malam.

“Sehubungan itu, para pemilik premis perniagaan yang beroperasi sehingga awal pagi dinasihatkan agar berhati-hati selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing,” katanya.

Kepayahan Masyarakat Penan di Sarawak.


SOS from stranded Penan family in Kapit

Family needs aid to finance their stay as wife seeks treatment

KAPIT: A Penan patient from Long Unai — the farthest settlement on the upper reaches of Batang Balui in Belaga District — was referred to Kapit Hospital for medical treatment last April.

000050129.jpg
APPEALING FOR AID: This penniless Penan family from Long Unai, Belaga is stranded in Kapit for the past three months (since last April). On the right is Serun with her two-week old daughter.

Since then, she and her family have been stranded here.

Identified by a Community Development Officer (Medical) at Kapit Hospital as Serau Nadun (in her 40s), the patient gave birth to a ‘borderline premature’ girl at Kapit Hospital about two weeks ago.

Last Thursday afternoon, an administrative officer in-charge of social development at Kapit Resident’s office Yii See Yong accompanied reporters from The Borneo Post and See Hua Daily News during a visit to the family now putting up at Rumah Temui in Jalan Selirik.

Through a volunteer interpreter, Serau and her husband Nadun and their seven children aged between two weeks and 25 talked about their struggle here since April.

The children are Cela (25 years old), Bawin (17), Bit (15), Ngon (10), Tili (eight), Jon (two) and Selau (two weeks old).

Nadun was not present during the interview as he had left early in the morning to catch fish for the family.

Serau recalled arriving here after being referred by Long Busang Rural Clinic because of complication with her pregnancy.

“We brought many rattan mats, handicrafts, home-grown rice and preserved food with us. The mats were sold to pay various expenses and for lodging at RM8 a night charged by Rumah Temui.

“Gradually we finished everything and now there’s no money for food. But we can’t just go back to Long Unai because my next appointment is on July 21 at Beletih Polyclinic.

“The only thing we can do is cry for help while my husband goes out everyday to catch fish in the river. Sometimes, he came back empty handed and we have nothing to eat,” she said.

The family’s journey from Long Unai to Kapit took two days.

First, they paid RM30 for a ride in a four-wheel drive vehicle along a logging road to Long Putai where they put up for the night.

The next day for RM30 they got into an express boat bound for Kapit.

The alternative route is from Long Unai to Belaga down Batang Balui for three days. The cost of boat fuel would amount to more than RM1,000.

The nearest settlement to Long Unai is Long Busang.

Travel time between the two places is a day’s journey.

School-going children from Long Unai study at Long Busang and the sick get their medication from Long Busang Rural Clinic.

Those who wish to help Serau and her family can check with Kapit Resident’s Office at Level 9, Beletih State Complex.

Alternatively, call 084-796242 or 0198858497.

Crossed cheques bearing the donor’s name and contact address may be sent to Kelab Rado.