GMI diambil dari blog Pro Pas.


Saturday, August 1, 2009

DEMO – SASARAN 100 RIBU TERCAPAI

remplaza_fecha(‘Aug 1, 2009’);1,Aug

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya di depan peserta himpunan aman, dekat perhentian bas di sebelah Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman menggesa kerajaan memansuhkan segera akta zalim ISA, lapor harakahdaily.

Beliau menganggarkan jumlah kehadiran demonstrasi yang menggesa ISA dimansuhkan itu sudah mendekati 100,000 orang, angka yang menjadi sasaran pihak penganjur.

“Kehadiran orang ramai pada hari ini, meskipun disekat pihak polis, menjadi saksi bahawa kemarahan rakyat terhadap akta zalim ISA tidak boleh dibendung lagi. Tiada pilihan buat kerajaan BN melainkan memansuhkan segera akta drakonian ini,” tegasnya, disambut laungan takbir dan sorakan reformasi.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan berucap sama, antaranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara dilihat sudah mengambil jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Sultan Ismail, bukan lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menjadi medan untuak anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.

Meskipun pihak polis mengerahkan kekuatan maksimum, melalui serangan gas pemedih mata dan pukulan belantan, untuk melumpuhkan semangat peserta himpunan aman, namun ia tidak berjaya mengendurkan semangat orang ramai bagi mendesak ISA dimansuhkan

Peserta demonstrasi terpaksa mencari perlindungan di sekitar bangunan kedai dan kompleks perniagaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa kompleks membeli-belah utama seperti Sogo ditutup sepenuhnya.

Sebelum itu, ketika berucap kepada peserta himpunan, beberapa pimpinan muda Pakatan Rakyat seperti Salahudin Ayub, Tian Chua dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh mengecam pendekatan keras dan ganas pihak polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi.

Mereka turut menuntut ISA dimansuhkan segara dan Kem Tahanan Kamunting ditutup. “Rakyat hari ini sudah menunjukkan protes dan amarah mereka terhadap akta yang memakan korban yang tidak berdosa ini,” kata Salahudin.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah ditahan polis sebentar tadi. Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Adun Batu Buruk Syed Azman, Adun Kota Damansara Naser Hashim dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berada di Sogo. /Greenboc.blogspot


6 comments:

Anonymous said…

Buta-Tuli-Bisu…kenapakah mereka tidak fikirkan.Dimana akal? Dimana ulama? Dimana fatwa? Yang membantah dikatakan haram tapi perkara yang cuba dibantah halal pula, sedangkan yang dibantah bertentangan dengan naluri manusia!

Amuraria said…

TENGOK BERAPA CINTANYA RAKYAT MARHAEN PADA KEBEBASAN & ANTI AKTA ZALIM ZIONIS ISA ! RAKYAT SANGGUP KENA BELASAH HANYA KERANA MAHUKAN KETELUSAN,KEJUJURAN & KEADILAN TAPI DIMANA KAH BARUA-BARUA PECACAI UMNO/BN YANG KONON MENYOKONG AKTA DRAKONIAN ITU ? PENYOKONG AKTA ISA LAGI HINA DARI BABI & LAGI TERUK DARI H1NI !
ALLAHU AKBAR MOGA KEMENANGAN BAGI SEMUA PENCINTA ISLAM & PENENTANG AKTA ZALIM !

Anonymous said…

Mampus kau Najis………

Anonymous said…

Jahanam UMNO, Jahanam BN, Ya ALLAH engkau hancurlah perancang pengebom Altantuya C4!!! “Belasah rakyat didahulukan, songlap duit negara diutamakan”…

Anonymous said…

pegi jahanam Najis serta banjingan Barisan Najis! kami rakyat sudah serik dan meluat!

terracota said…

sudah berjaya, tahniah. teruskan sehingga PRU 13, insya’allah akan berjaya. bergerak keseluruh pelusuk kampung

Post a Comment

Advertisements

1 Comment (+add yours?)

  1. Tungaklangit
    Aug 01, 2009 @ 16:14:28

    salamYa memang berjaya tapi berjaya menghuru harakan rakyat dan merugikan rakyat… itulak kejayaan kamu wahai pendukung GMIKamu tak sedar semakin ramai rakyat dah meluat melihat kelakuan kamu yang sukam memburukkan nama Malaysia di mata dunia…Kalau kamu semua Islam nercaya kamu tidak akan melakukan semua ini sebab dalam Islam tidak menyuruh kita membuat perkara yang menyusahkan orang lain…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: