NIZAR KUDIK: MARILAH KITA BUNUH KATAK-KATAK HIJAU DI BAGAN PINANG


KSetakat hari ini dua nama sudah diumumkan sebagai calon di Bagan Pinang. BN diwakli oleh anak watan dari Bagan Pinang sendiri. Seorang lagi ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan dari Daerah Lenggeng. Jauh tu.. Calon-calon bebas atau dari parti lain belum diketahui. Pkr dalam diam-diam sudah ambil beli borang pencalonan.Adakah ia sebagai persediaan untuk berlawan dengan BN seandainya calon Pas di tolak atau Pkr sengaja nak sabotaj Pas. Pkr masih berdendam dengan Pas di Permatang Pasir mereka berebut kerusi N11.

Permintaan akar umbi dan seluruh penyokong BN di negeri tersebut mahukan TS Isa Samad tidak boleh dipandang rendah. TS IS sebagai Ketua Bahagian Bagan Pinang dan juga anak watan diibaratkan sirih pulang ke junjung, ikan pulang ke lubuk. Kini penduduk Bagan Pinang hanya perlu menunggu hari mengundi sahaja untuk mengesahkan kerusi N31 milik BN.

Sedih dan simpati kepada calon Pas yang telah bertanding di N31 dalam PRU 12 dahulu. Disingkir dan dilupakan. Sepatutnya Hadi Awang meletakkan calon lama Pas, dan bukan calon import.

TM mengibaratkan Calon Pas sebagai LOMPAT SI KATAK LOMPAT, LOMPAT LAH JAUH-JAUH, LOMPAT SAMPAI BAGAN PINANG, UNTUNG-UNTUNG BOLEH JADI TUNGTUNG.

Kita tahu Zulkefli sebagai Pesuruh Jaya Pas N. Sembilan dan berkuasa penuh dalam menentukan siapa calon Pas di N.S. Oleh kerana kemaruk dan teringin sangat nak jadi wakil rakyat maka dia terpaksa menyingkirkan rakannya yang sepatutnya dicalonkan semula dalam PRK kali ini.

Beginilah sifat tamak dan gila kuasa Pas dalam mengejar cita-cita politik mereka. Sanggup menikam kawan sendiri kerana inginkan kuasa. Jauhnya dia melompat, dari Lenggeng ke Bagan Pinang. Apa !! Dia ingat Bagan Pinang tu dalam daerah Lenggeng kah?

Ini lah katak sebenarnya yang disebut oleh Pas. Mereka hari ini cukup marah dengan YB Ibrahim Ali dan melebelkan beliau sebagi katak. Hari ini TM berdiri di sini ingin melabelkan calon Pas di Bagan Pinang adalah KATAK HIJAU YANG PERLU DIGELEK DENGAN TAYAR-TAYAR LORI DAN TRELAR

TOPI KELEDAR BOMBA PERLU DIGANTI BARU


Topi keledar bomba pandangan sisi
Topi keledar bomba pandangan hadapan
Motosikal Honda ST 1300 cc

Bomba Malaysia perlu menganti topi keledar penunggangnya segera. Topi tersebut amat tidak sesuai untuk motosikal tersebut. Motosikal jenis laju, dimaklumkan oleh pegawai bomba bahawa topi itu bergegar jika motosikal dibawa laju dilebuhraya. Kaust pula ok sebab jenama mahal dari Italy (Gearne) .TM mencadangkan topi jenama Nolan seperti yang digunakan oleh pasukan BMW F1. Hargapun tak lah sampai 2 ribu ringgit.

NIZAR KUDIK: NIKKY ARON AZIZ AJAK CHEK DET RONDA KELANTAN


Nampaknya Nikky Aron Aziz marah kerana Tun Mahathir kata Kelantan negeri mundur. Oleh itu Nikky minta Tun datang ke Kelantan supaya melawat Kota Baru, Gua Musang dan lain-lain tempat lagi…..hua hua hua…

“Kerajaan Pusat memperuntukkan RM7 bilion bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan di negeri Kelantan menerusi RMK 9. Kerajaan Persekutuan juga menyediakan RM600 juta dalam bentuk pinjaman mudah untuk membiayai projek bekalan air. Sebenarnya tidak ada negeri pun dianiaya atau tidak diberi peruntukan. Maknanya dari segi tanggungjawab Pusat kepada negeri, kita telah buat,” katanya TPM

Tak payah lah nak melawat…Semua tu telah dibangunkan oleh kerajaan BN. Harap Nikky, nak bina masjid pun tak mampu..Ini berita terbaru kerajaan BN nak bawa wang untuk pembangunan di Manik Urai..Walaupun kalah 65 undi hak rakyat Man U yang mengundi perlu dibela.

SETIAUSAHA KHALID KELENTONG RAKYAT



Temubual oleh Harakah. Nik ini adalah Su kepada MB Selangor.. Umur baru 27 tahun. Kanyaq lagi…Ini lah standard Pkr. Sama macam Adun Kecinchan dari Dap tu,,,

MAJLIS RUMAH TERBUKA ADUN KAMUNTING (EXCO PERAK)








NIZAR KUDIK: SAMY VELLU YANG HENSEM LAGI HARTAWAN DAN JUTAWAN


30 tahun menjadi orang nombor 1 dalam MIC dan menyaksikan parti kedua yang menyertai Perikatan itu berpecah dan terus berpecah.

Hari ini satu lagi parti baru wujud dikalangan kaum India. Makkal Sakhti yang juga serpihan Hindraf telah berjaya dalam menubuhkan parti mereka. Tahniah, bukan kerja senang nak menubuhkan sebuah parti politik.

TM pun kalau boleh nak tubuh sebuah parti. Bukan parti tapewer atau parti santan. tetapi parti politiklah. Kalau sokong BN mungkin tak ramai pengikut tetapi kalau sokong Anwar mungkin Dap dan Pas akan menyokong dan menyalurkan bantuan kewangan. Boleh dapat fund dari Barat. Apa tidaknya , jika nak menjatuhkan kerajaan UBN memang dunia Barat akan sokong. Begitulah dengkinya mereka kepada UBN (Umno dan BN) Hari ini Umno merupakan parti yang paling lama memerintah sebuah negara. LDP satu ketika dulu merupaka parti yang lama memerintah akhirnya kecundang juga. Mana Guines book of record? Bila nak bagi sijil rekod dunia kepada Umno?

Berbalik kepada MIC, dulu DS Samy kata dia akan lepaskan jawatan kepada orang yang dipercayai. Datuk G. Palanivel berjaya mempertahankan kerusinya sebagai orang no 2 dan sudah tiba masanya DS Samy melepaskan jawatan, BUKAN BERCUTI.

Rata-rata orang India sudah bosan dengan Samy Vellu. kemunculan Hindraf juga dikatakan kerana keengganan Samy untuk berundur. Wahai DS yang hensem rambutnya. bajunya pun bergaya dan berjenama. Berundurlah, dengarlah apa yang Tun Dr Mahathir cakap. Jangan tunggu lagi.

Satu persoalan yang bermain di minda. S. Sothianathan bertanding merebut jawatan no 2 tu siapa yang punya idea. Mungkin juga DS Samy yang cadangkan dia bertanding supaya Datuk Pala kalah dan DS Samy boleh kekal lama lagi….heheh…itu cuma tekaan saja.

Di India ada seorang Ketua Menteri yang datang ke dewan terpaksa di usung dengan kereta sorong macam Kapal Sing lah. Sekarang bawa dua anak pula masuk politik dan menang. Sampai mati lah dia jadi menteri agaknya. So jangan lah jadi macam tu.., Senario politik di Malaysia tak sama dengan di India.

NIZAR KUDIK: NIK AZIZ TERASA BAHANG AZAB KUBUR


Tiada serangan peribadi, hormati aidil fitri, begitu lah pesanan Nik Aziz kepada penceramah Pas yang akan menjalankan tugas mereka di Bagan Pinang. Akan tetapi percayalah bila Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng dijemput naik ke pentas, sudah tentu akan berubah sama sekali. Anwar telah menunjukkan belangnya di Permatang Pasir pada bulan puasa, dia seolah dirajuk jembalang sewaktu berceramah di sana.

Nik Aziz mungkin mendapat mimpi ngeri bagaimana seksanya nak mati atau bagaimana seksa azab kubur. sebab tu dia mengingatkan penceramah parti Pas supaya tidak menghamburkan kata-kata kesat yang menyerang peribadi lawan sepanjang kempen PRK N31 nanti.

Ini bermakna Seandainya TS Isa Samad menjadi calon, Pas tidak akan cerca keperibadiannya. hua hua hua…Memangpun Apa nak di kritik TS Isa. dia bukan kawin 2 atau bukan kawin orang Kemboja. Tak ada ruang untuk Pas mencela beliau.

Nik juga berpesan supaya tibai Umno sampai jatuh ke tanah kerana UMNO SESAT, tak bawa orang ke mana-mana.

Satu ketika dahulu Nik pernah terlantar sakit di hospital kerajaan yang tak bawa apa-apa kepada rakyat. Semasa terlantar sakit mungkin dia rasa azab yang bakal diterima nanti kerana puas sudah memaki hamun orang Umno. Mungkin Nik juga dah tengok ramai orang-orang Pas yang tukang kapirkan Umno, ramai yang seksa masa nak mati. Sebaliknya orang Umno yang di caci maki meninggal dengan aman, meninggal di waktu yang baik. Ini yang menggerunkan Pas.

TM mempunyai ramai juga saudara mara yang otodok Pas sejak azali. mereka ni kapir mengkapir memang tak lekang di mulut. Umno majusi, yahudi, Tunku Abd Rahman kapir Umno kapir. Sedihnya TM melihat mereka nak mati…seksa….

Eloklah Pas bermuhasabah dan insaf diri. Pas punya perjuangan sudah kabur , keliru dan celaru, Nik Aziz cakap Pas Iseelee, Nizar kata Cari dalam mana-mana manuskrip yang menyatakan Pas akan menubuhkan negara Islam, Dr Harun Din kata Kita akan tubuhkan negara Islam, Dr Azizan kata Hudud belum sesuai dilaksanakan di Kedah. Ini dari kumpulan boleh pakai. Kumpulan haprak Pas pun ada juga. Nak tahu siapa? tak perlu sebut lah…semua orang sedia maklum.

Dulu selepas keluar dari Umno, Pas kata Umno kapir kerana berkawan dengan Mca. La ni Pas sendiri yang berpelukanan dan berkawan dengan kapir. Kapir harbi lagi….yang ada dalam Dap dan Pkr. Tak percaya? Bukankah Dap menentang penubuhan negara Islam? Hindraf dalam Dap dan Pkr pun anti Islam. Gerakan masonic dalam Pkr pun terang-terang menentang Islam. Anwar sendiri pun menentang Islam. Haaa…Nak kata apa lagi…..

PRK N31 : BN PUNYA RAMAI CALON




Pemerhati , penganalisis dan veteran Umno seperti Tun Dr Mahathir telah pun memberikan pendirian masing-masing terhadap bakal calon BN. Tan Sri Isa Samad adalah calon favorite yang disebut-sebut untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Pro dan kontra tetap ada.

TM ingin menyatakan bahawa Umno atau BN tidak ketandusan calon di N31. BN sebagai parti yang memerintah mempunyai ramai kakitangan awam yang cukup berkaliber dan cukup syarat untuk dicalonkan sebagai wakil BN. Mereka tidak perlu aktif sebagai ahli Umno atau mana-mana parti dalam komponen BN.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Taib Mahmud cukup arif dalam soal ini. Sejak mengambil alih pentadbiran Sarawak sejak tahun 80an beliau telah memilih ramai kakitangan kerajaan negeri Sarawak untuk bertanding dalam PRU samada peringkat Parlimen mahupun peringkat DUN.

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Taib Mahmud memerlukan cerdik pandai yang boleh mentadbir negeri dengan baik. Sudah tentu mereka yang terpilih itu adalah yang telah berjaya dalam pendidikan dan kerjaya mereka: dan mereka ini tidak aktif atau tidak melibatkan diri secara serius dalam parti terutamanya PPB kerana tugas mereka adalah lebih tertumpu kepada pelajaran dan kerjaya mereka. Bagaimana pun mereka tidak menghadapi masalah dalam parti politik kerana mereka diterima baik oleh parti yang mereka wakili.

Dr Leo Toyad (Muhammad) ada lah contoh yang baik yang TM kenali. Beliau ada doktor perubatan dan ketika namanya dipilih untuk menjadi calon ahli parlimen kawasan Mukah, beliau baru saja menyambung tugas sebagai doktor perubatan (pakar ongkology) selepas membuat Sarjana. Pada PRU tahun 1985, Taib Mahmud telah memilih beliau untuk kerusi Perlimen Mukah dan sehingga hari ini sudah 5 penggal beliau berkhidmat. Bersih, cekap dan amanah itulah pegangan beliau. Hari ini Dr Muhammad Leo Toyad adalah orang nombor 2 dalam parti PPB. Insyallah jika sampai ketentuan Allah Dr Muhammad Leo akan menjadi Ketua Menteri Sarawak. Ramai lagi ahli wakil rakyat di Sarawak yang datang dari kakitangan kerajaan.

Negeri Sembilan juga tidak ketandusan tokoh. Port Dickson adalah bandar tentera. Maka Perdana Menteri DS Najib yang amat dekat dengan tentera kerana pernah menjadi Menteri Pertahanan yang berjaya satu ketika dahulu, boleh memilih salah seorang pegawai kanan tentera sebagai calon Dun 31.

Seandainya telahan TM menjadi kenyataan, Anwar XXX dan Nik Aziz XXX akan terjun Sungai Bagan Pinang.

Takziah


Takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Pahang Datuk Rahim Bakar yang meninggal dunia hari ini. Alfatihah….

NIZAR KIDIK KKK: PANAS DAN BAHANG RAYA DAH HABIS


Kampung-kampung kembali sunyi, anak-anak yang berada di bandar-bandar besar sudah pun kembali ke tempat masing-masing untuk menyambung tugasan mereka. tanggungjawab terhadap majikan dan pembangunan negara. Mungkin ramai diantara mereka yang mengundi Pakatan Harbi kerana marahkan Pak Lah atau pun kerana terpedaya dengar usrah, tazkirah dan dakyah yang kononnya Islam wajib undi parti Iseelee.

Hari ini mereka kembali ke meja tugas, ingatlah walaupun anda menafikan anda tidak makan gaji dengan kerajaan tetapi makan gaji dengan swasta dan tak perlu berterima kasih kepada kerajaan, maka anda silap besar. Peranan kerajaan BN amat besar dan menjanakan ekonomi. Jika negara tidak stabil . tidak menarik maka pelaburan tidak akan datang.

Walaupun kita kalah dengan Myanmar hari ini dalam usaha menarik pelabur ia adalah kerana tawaran menarik yang disediakan oleh kerajaan junta . walaupun keadaan politik tidak stabil tetapi kerana kekuatan junta melebihi Aun Sang maka pelabur berani ke sana.

Negara kira masih mengekal cukai selepas 3 tahun berbanding Myanmar 5 tahun jika tidak silap dan di tambah dengan kekacauan yang dicetuskan oleh pengkhianat negara menyebab situasi tidak menentu dalam negara. Kejatuhan ekonomi Amerika memberi kesan yang besar kepada sektor pembuatan negara. Singapore yang merupakan bandar pelabuhan bebas dan ke 4 terbesar dunia menerima tempias dari kejatujan ekonomi dunia. Ratusan kapal kargo tersadai di perairan negara republik itu kerana tidak ada muatan untuk dibawa.

Pekerja swasta di negara kita pun mula mengeluh kerana tidak dapat bonus raya dan bonus tahunan. Sabaq lah, nak buat macam mana, segala-galanya telah menjadi ketentuan Allah.
Kakitangan kerajaan kumpulan profesional pun tak dapat apa tahun ini. Bagaimanapun kumpulan sokongan masih beruntung kerana menerima wang RM 500.

Kepada kakitangan kerajaan hendaklah bekerja dengan baik, jujur dan amanah. Sistem penyampaian hendaklah sentiasa dibaiki dan dipermudahkan. Idris Jala telah membuktikan kepada Najib bahawa delivery system boleh diubah dengan komitmen yang tinggi. Sebagai pengguna MAS , TM amat terasa akan perbahan yang dilakukan oleh Idris Jala. Baru baru ini Jabatan Imegresen juga telah mempermudahkan sistem pengeluaran Passport antarabangsa. Untuk makluman kenaikan dari RM60 ke RM 300 telah dilakukan oleh Anwar Ibarahim sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Jabatan Pendaftaran Negara juga perlu berubah. Pengeluaran kad pengenalan perlu dipendekkan dan terbaik siap dalam tempoh 24 jam. Ini kerana segala kemudahan telah disediakan. Jika ada kekurangan pihak atasan perlu bertindak segera, cari apa lagi kelemahan yang ada.

Kakitangan kerajaan juga hendaklah beramanah dalam menjalankan tugas, jangan jadi seperti pepatah melayu. Bunga di ambil, perdu pokok di sepak terajang. faham-fahamlah maksudnya.

Kita kerja bagus, rasuah dihapuskan, red tape ditanggalkan , sudah tentu nama kakitangan kerajaan akan disanjung tinggi. Bonus pun insyaallah akan dapat.

sekian dan selamat membuat rumah terbuka di bandar-bandar pula setelah puas makan lemang di kampung.

NIZAR KUDIK: KELALAIAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK


Semalam berita ini menjadi hangat di Perak. Dr Zamry telah disabotaj dan dilabel sebagai penipu. Semuanya gara-gara kesilapan teknikal yang tidak disengajakan atau disengajakan. Makluman telah dibuat pada awal puasa dan sepatutnya diselesaikan secepat mungkin. Yang berlaku amat memalukan. Pegawai yang bertanggungjawab adalah penjawat awam yang telah engkar perintah, culas, cuai dan tidak berintegriti.

Oleh itu mereka yang bertanggungjawab hendaklah secara sukarela mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf kepada Menteri Besar Perak DS Dr Zamry atau lebih selesa dan mudah dengan menghantar surat perletakkan jawatan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pecat Pengarah JAIPk!!!( DARI BLOG PEMUDA PARIT)

Hari ini merupakan 4 Syawal 1430 H umat Islam menyambut hari lebaran. Miskin, kaya, UMNO, PAS, PKR yang beragama Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan gembira.
Pada awal Ramadhan yang lalu, Dr. Zambry telah mengumumkan sedikit imbuhan untuk para bilal dan siak dan negeri Perak sebanyak RM500 (Klik Sini) untuk mereka menyambut AidilFitri. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan Perak terhadap sumbangan n jasa mereka.
Tetapi, apa yang menyedihkan sehingga kini duit berkenaan masih belum mereka terima. Kenapa?? Soalan ini perlu diajukan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Mohd. Nor Al Hafiz. Bekas calon PAS yang tewas pada PRU sedikit masa dulu yang menjadi mata dan telinga PAS didalam JAIPk. Dinaikkan pangkat ketika 11 bulan PR memerintah Perak dahulu, tetapi Zambry tidak mahu menukarkannya dengan harapan dia turut sama boleh membantu dalam menguruskan jabatan agama itu. Dan kini, Md, Nor tidak amanah dan jujur dalam tanggungjawabnya. Licik permainannya. Dengan mudah rakyat akan menunding jari mengatakan Zambry hanya membuat janji palsu padahal geran peruntukan berkenaan telah diluluskan kepada Jaipk.
Semacam satu taktir yang kotor dan hina. Nama saja Al Hafiz tetapi hatinya busuk dan keji. Inilah yang diajar dalam PAS supaya ahlinya sentiasa mengkhianati saudara seagamanya terutamanya dari UMNO. Walaupun ada diantara bilal dan siak berkenaan merupakan penyokong tegar PAS tetapi itulah hakikatnya.
Md. Nor patut disingkirkan dari JAIPk. Tidak amanah dan tigasnya dan mencemarkan nama baik kerajaan negeri Perak.

Penulis rasa, kalao DAP yang memerintah silap haribulan sami-sami pun akan dapat elaun khas sempena Deepavali n Raya Cina atas nama keadilan n saksama… Wallahualam….

Untuk blog yang lain sila lawat PK House, Sekupang dua dan ramai lagi blog yang membicarakan hal ini

NIZAR KUDIK: SELAMAT HARI ULANG TAHUN KEPADA PAS


Hari ini 23 September 2009 merupakan hari ulang tahun penubuhan Pas untuk kali ke 58 tahun.

Pada hari ini 23 September 1951 Persatuan Ulama Malaya daripada Umno telah keluar dan menubuhkan parti Pas.

Bantahan Dato’ On Jaafar dan Saadun Zubir tetap tinggal bantahan. Tunku tetap meneruskan kerjasama dengan Mca. Ini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan orang Melayu di luar Umno , yang melihat Umno akan ditelan oleh Mca. Disamping itu perpecahan yang semakin jelas dalam masyarakat Melayu. Sejak Dato’ Onn meninggalkan Umno, perpaduan orang Melayu mulai retak. Malah dengan krisis ini juga menyebabkan penubuhan Pas berlaku pada tarikh hari ini. Orang Melayu telah terbahagi kepada tiga kumpulan. Ini tidak termasuk golongan aristokrat Melayu seperti Menteri Besar dan raj-raja Melayu. Ini benar-benar melemahkan orang Melayu; dan memberi peluang kepada Mca dan Cina memilih Umno yang sanggup berkompromi dengan mereka.

Maka sejak itu bermulakan perkataan Umno Kapir , Tunku Abd Rahman Kapir dan sehingga ke hari ini Umno telah dikapirkan oleh Pas. Tetapi Tuhan maka kaya. Hari ini mereka mengkapirkan diri mereka sendiri dengan bersekutu dengan Dap Harbi, Hindraf Harbi dan Pkr Freemason.

Malam Hari Raya lalu , satu berita menyedihkan telah diterima dari Permatang Pauh di masjid Sungai Rambai. Polis telah mengarahkan supaya masjid berhentikan takbir raya kerana melebihi jam 12 tengah malam. Ini juga pertama kali dalam sejarah negara yang berlaku di Pulau Pinang.

Ingat lah bahawa kaum Cina membakar mercun pada hari tahun baru dan cap goh meh bermula jam 12 malam. tetapi tiada siapa pun yang mengarahkan mereka berhenti daripada membuat bising malam-malam. kerana orang Melayu faham budaya mereka. Nik Aziz juga faham akan kelemahan orang cina, sebab tu Nik Aziz tak marah bila Dap menghina Islam.

Dahulu di Kinrara. mereka mengarahkan supaya azan tidak dilaungkan dengan pembesar suara. Ingatlah bahawa sebelum merdeka. Kaum lain telah bersetuju dengan jsu soli yang mana mereka hendaklah memahami adat, agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu sebagai syarat untuk menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu yang kini di sebut Malaysia setelah Singapore, Sarawak dan Borneo Utara merdeka dengan menyertai Malaya.

NIZAR PASBERG: MILIK SIAPA FERRARI MERAH DI TAIPING?


Hari Raya Aidul Fitri anak-anak Taiping dan sekitarnya akan balik berhari raya menziarah ibu bapa dan saudara mara. Tersenyum lebar pakcik. makcik ,pakngah, makngah, paksu dan toksu. serta lain-lain lagi.

Tersenyum melihat kejayaan anak-anak buat yang masa kecilnya hingus hijau meleleh, bermain dalam parit, menggalas getah sekerap. mengail dan menembak ikan hari ini sudah menjadi seorang yang amat berjaya di ibunegara.

Hari ini ada satu perjumpaan anak-anak kampungku di kampung (tak perlu sebut nama lah) maaf TM tak dapat hadir. Dalam majlis tersebut sudah tentu akan bersusun beberapa kereta mewah seperti Alphard, Merz , BMW dan lain termasuk juga Harley Davidson dan lain-lain jenama motosikal yang exotic.

52 tahun merdeka Kementerian Pelajaran Malaysia melalui beberapa perubahan telah berjaya melahirkan anak -anak melayu kampung yang dahulunya hanya layak menoreh getah dan bersawah ke satu dimensi baru yang tidak pernah terfikir oleh datuk nenek kita dahulu. Mereka telah berjaya ke puncak kerjaya yang cukup membanggakan agama, bangsa dan negara. Tahniah kerajaan dan tahniah pemimpin-peminpin UMNO yang berjaya mengubah wajah bangsa melayu yang dianggap bodoh dan mundur.

Orang Umno dan orang kampung tersenyum melihat kejayaan anak bangsa yang telah berjaya dihasilkan melalui sistem dan dasar pendidikan kebangsaan yang telah diperkenalkan selepas merdeka.

Satu perkara lagi yang nak dikongsi di sini ialah masalah dimana nak beraya? Dahulu ada suami isteri yang bermasam muka sebelum raya kerana masalah tempat beraya. Isteri nak balik ke Melaka manakala suami nak balik ke Perak. Jika dahulu mereka terpaksa bergilir-gilir setiap tahun, tetapi hari ini tidak lagi. Sekarang dengan adanya lebuhraya PLUS, mereka boleh berhari raya di kedua -dua rumah ibu bapa dengan mudah dan selesa. Apa tidaknya. Hari raya pertama di Melaka dan hari kedua di Perak. Mudah sangat-sangat. Orang Pkr dan Pas pun sudah tak bergaduh suami isteri lagi. tetapi pernahkah mereka bersyukur dengan apa yang mereka perolehi? Sudah tentu tidak, mereka tetap dengan hujah mereka.

52 tahun merdeka , apa yang kerajaan buat untuk kita? 52 tahun kerajaan menipu kita, Ini lah yang selalu dimainkan oleh mereka.

Hari ini di Taiping ada Ferrari Merah…..Hmmm siapa punya? mungkin blogger X-PKR boleh teka siapa punya kereta tersebut. sama-sama kita cari siapa ampunyanya…

NIZAR & ANWAR GAMPANG :ADA JUGA PERKARA YANG PAS TUNDUK KEPADA RAJA DAN KERAJAAN BN


Pas memang terkenal dengan kaki bangkangnya. Sebelum penubuhan Pas lagi pemimpin mereka sudah kekal dengan sifat pembangkang mereka. Pas yang asalnya adalah Umno. Bila kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan parti , mereka keluar dan menubuhkan PAS.

Hari ini Pas begitu gah, sombong dan bongkak, seolah-olah merekalah parti yang kuat dan mendapat sokongan rakyat. Pada hakikat sebenarnya mereka hanyalah menumpang populariti Pkr dan Dap sahaja.

Di Perak dengan hanya 6 kerusi , Selangor 8 kerusi dan Pulau Pinang 1 kerusi tetapi seolah-olah satu Malaya mereka dah pegang.

Dalam soal agama juga mereka mempunyai mazhab mereka sendiri. Solat mereka, puasa mereka dan gaya hidup mereka juga lain dari yang lain. Hari ini mereka mengejar syahid. semua ahli Pas mengejar syahid dan sanggup mati kerana mempertahankan Pas. Sepatutnya syahid bila kita gugur kerana mempertahankan Islam.

Bulan puasa pun sudah di penghujung, esok kita akan menyambut eidul fitri dan esok sebelum menunaikan solat sunat eidul fitri kita diwajibkan menunaikan zakat fitrah. Bab zakat di Perak tahun ini ada sikit masalah.

Bila kerajaan negeri diambil alih oleh BN maka Pas telah cuba mempengaruhi ahli-ahli Pas dan penyokong mereka supaya tidak membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh majlis agama negeri. Sebaliknya mereka balik ke asal dengan mewujudkan amil mereka sendiri..

Tahun lalu sebelum puasa Pas sendiri telah menggerakkan jentera majlis agama negeri dengan membuat konvoi ke 9 daerah untuk menggalakkan zakat fitrah dibayar kepada amil yang dilantik oleh majlis. Hari ini segalanya sudah bertukar ke asal.

Begitu juga halnya di Selangor, sewaktu Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan, perbendaharaan negeri mempunyai wang sejumlah 1.4 billion ringgit. Sejak Pakatan memerintah wang tersebut habis dan hari ini mereka cuba menggunakan wang zakat pula untuk perbelanjaan dan urus tadbir negeri.

Banyak syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh kerajan BN sebelum ini sudah ditutup dengan alasan mereka sendiri. Penyelewangan urus tadbir negeri menjadi semakin parah. Rakyat Selangor banyak tidak tahu dan tidak sedar terutamanya Melayu. mereka masih leka dibuai dan diulit oleh ceramah-ceramah Pas dan Anwar. Anwar sendiri telah banyak menggunakan wang negeri untuk agenda politik peribadinya.

Balik kepada tajuk di atas. Pas nampak keras dalam segala urusan bab agama. tetapi ada juga urusan-urusan agama yang mereka tidak membantah dan menjadi pak turut sahaja. Soal apa? Soal nikah kahwin? soal jualbeli? soal perbankan islam? soal syariat? Ohh tidak bab itu mereka tentang habis. Mereka lebihkan hudud dari bab-bab yang lain dalam hukum Fiqah.

Yang nak di sebut di sini ialah soal penentuan puasa dan penentuan hari raya aidil fitri.. Bab ini mereka ikut 100 peratus apa yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Tidak pernah berlaku dimana Pas mengajak pengikutnya berpuasa awal sehari atau lewat sehari dan juga sewaktu menyambut 1 Syawal. Pas juga akur dengan Majlis Raja-Raja. tidak pernah mereka beraya awal sehari atau lewat sehari. Dalam banyak-banyak perkara, ada juga yang mereka tak pernah bangkang.

Kita sedia maklum dalam bab menentukan puasa dan raya kita tidak global, kita masih tidak ada satu standard yang seragam yang digunapakai oleh umat Islam satu dunia. Sultan Perak satu ketika dahulu awal tahun 80an telah menitahkan agar rakyat Perak beraya awal sehari dari negeri negeri lain kerana Almarhum Baginda Sultan Idris tidak bersetuju dengan cara penetapan puasa dan raya sepertimana yang biasa kita lakukan.

Itulah Pas ni nampak saja gah. lantang berpolitik. bijak memutar belitkan minda pengikut dan penyokongnya tetapi tidak semua yang mereka gah. Ada juga perkara-perkara yang mereka ikut dan patuh dengan Raja-Raja. Harap selepas ini tak ada lagi ada malaun-malaun yang akan sembah derhaka kepada Sultan atau telentang di atas jalan raya kerana membela agama lain dan membela kafir harbi…

NIZAR & ANWAR GAMPANG : BLOG DAN FB PEMBANGKANG SEMAKIN KACAU DAN KELIRU


Blog pembangkang hari ini tercari-cari apakah modal untuk menghentam kerajaan Bn dan juga blog-blog yang menyokong kerajaan.

Dalam Facebook mereka cuba menyalahkan BN dalam apa juga isu. Dalam blog pun sama. Ada blogger pembangkang yang kalah dalam penghujaan , gagal menangkis hujah maka mereka akan maki hamun seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Hari ini yang mengulas atau menulis komen dalam blog Bpn lebih banyak copy and paste dari Harakah. Harakahlah satu satunya talian hayat mereka.Suara Keadilan sudah sejuk. sejuk kerana takut dengan kes liwat dan kegagalan 16 September. Nizar di Perak masih lagi gila talak dan blogger Perak network masih menganggap Nizar sebagai MB yang sah. kononnya rakyat telah memilih Nizar sebagai MB.

Di Selangor bila BPN memainkan isu Kerajaan Pakatan akan tumbang 16 September, telah menyebabkan 2 Khalid , Anwar dan ahli-ahli Dap panas bontot. Pada hal hanya usikan blogger saja…Tetapi kalau nak jadi kenyataan…Amin…alham dulillah.

Kuil Panas Seksyen 19


http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Jalan+Ladung+s19%2F28+Shah+Alam&sll=3.057666,101.533729&sspn=0.00191,0.003433&ie=UTF8&ll=3.068096,101.537876&spn=0.007639,0.009645&z=14&iwloc=A&output=embed
View Larger Map

Sesiapa yang belum pernah ke sana boleh lah ikut peta di atas. Dari Persiaran Jubli Perak, anda masuk ke Jalan Sulam S19/15 dan seterusnya Jalan Belat S19/32 . Selepas masjid Al -Ubudiah lihat kiri dan anda akan lihat Jalan Ladung. Disana akan nampak kuil tersebut berhadapan Jalan Ladung dan bersebelahan Jalan Joran.

NIZAR & ANWAR GAMPANG :SELAMAT AIDIL FITRI DARI HADI AWANG


Tergelak membaca blog abe tuah mengenai Hadi Awang dalam ucapan aidil fitrinya. Memang la puak-puak ni kalau bercakap terutama politik sampai lupa diri. Dalam masjid dan surau pun balun semacam..Tak nampak dosa pahalanya. Solat terawikh pun mereka ambil kesempatan.

Tazkirah tu jadi wajib kerana termasuk dalam majlis ilmu sedangkan solat sunat terawikh hanya sunat sahaja

Itu kata demeeee…untuk menyembunyikan niat mereka. ingat lah solat terawikh tu sebulan saja dikerjakan dalam setahun. Buat lah betul betul.. Ini tidak senang-senang saja mereka tukar format terawikh. Ada yang buat 4 rakaat dan break dengan tazkirah maki hamun, selesai sesi maki hamun sambung balik 4 rakaat. Tahun ini ada pula yang tazkirah dulu dan kemudian buat solat sunat terawikh.

Ini pula ucapan Hadi Awang baru-baru ini;

“marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.”

Adakah apa yang diucapkan adalah tidak sama apa yang dilakukan, lebih mudah cakap tak serupa bikin. Kalau ikut Quran dan Sunnah mereka tidaklah bersekutu dengan Kafir Harbi. Umno lebih dahulu menolak Kafir Harbi ini. Bab Sunnah pula Pas patut sedar bahawa selama ini mereka mengabaikan sunnah. Kalau dilakukan pun ia atas nama politik dan tidak ada keikhlasan pun.

“marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Mengeratkan persaudaraan? Erat dengan kumpulan sodomy boleh, dengan kafi harbi boleh, membela agama lain boleh. tapi dengan dengan kumpulan yang telah berjaya membangunkan kerajaan yang diikhtiraf dunia sebagai Negara Islam di tolak. Pas sejak 1950an memang phobia dengan nama Umno. Sanggup bersama setan asalkan Umno tumbang.

Dato Malik Hanafiah masuk PKR???


Suara Keadilan Bil 198 edaran 8-15 September 2009, halaman 3, menyebut “Bekas Adun Kamunting juga bekas Ketua Umno Bahagian Taiping, Dato Dr Abdul Malik Md Hanafiah hadir pada satu majlis di Dewan Too Bow Keong di Ipoh pada 5 September 09 bersama-sama Anwar Ibrahim, Chua Jui Meng, Sivarasa Rasiah, dalam upacara mengumumkan 1600 orang sertai PKR.

Dato Malik memanglah team Anwar sewaktu Anwar nak naik dulu. Dato Malik juga banyak membantu program-program yang di anjurkan oleh Anwar di Taiping sewaktu Anwar nak jadi TPM dulu. TM pun terlibat dalam banyak program yang dianjurkan.

Setakat hadir saja belum bererti beliau akan menyertai PKR. tetapi jika dilihat kembalik kes Zaid Ibrahim ia seakan-akan sama , dan akhirnya Zaid Ibrahim sah menjadi ahli Pkr. Walau bagaimana pun kita tunggu dan lihat saja.

Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan,


Saturday, 16 May 2009 • Kategori: Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR,16 MEI (SK) – Kira-kira 1400 para peguam dari Majlis Peguam mendesak agar Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Hussein meletakan jawatan.

Desakan berkenaan dibuat dalam satu deklarasi ketika mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Majlis Peguam semalam setelah polis bertindak menahan kira-kira lima peguam ketika memberikan khidmat guaman.

Lima peguam berkenaan Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar ditahan pada 7 Mei lalu ketika memberikan bantuan kepada sekumpulan aktivis yang ditahan kerana menyertai acara nyalaan lilin bagi menyokong aktivis Bersih, Wong Chin Huat.

Antara lain, mesyuarat semalam juga bersetuju untuk memfailkan saman terhadap Musa, pegawai penyiasat di Balai Polis Brickfields dan Pihak Kerajaan berhubung penahanan lima peguam berkenaan.

Selain itu, mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak; Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

Pada 8 Mei lalu, kira-kira 200 peguam dilaporkan peguam mengadakan bantahan penangkapan lima peguam terbabit pada hari sebelumnya di kompleks mahkamah Kuala Lumpur

Kelima-lima mereka dibebaskan pada 8 Mei iaitu hari yang sama, Wong Chin Huat yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bebas.

Ulasan TM,

Suara Keadilan bakal sejuk tanpa berita baru, Kenapa? Adakah pekerja-pekerja lari kerana tidak dibayar gaji? atau pekerjanya sering diherdik dan dimaki oleh bos mereka? Adakah mereka sudah sedar siapa bos mereka? Ataupun mereka sudah insaf dan sedar akan kesilapan mereka membela atau makan gaji dari wang haram.

Artikel di atas ditulis Mei lalu. yang baru tak ada..itulah paling terkini…Majlis Peguam ni memang celaka juga. Mereka tidak lagi seperti dulu. Sekarang sebut Majlis Peguam orang akan terbayang semua Paria dan semua anti kerajaan BN.. Harap ROS dapat menyemak semula perlembagaan Majlis Peguam kerana mereka lebih berminat ke arah politik. Jika ia melanggar syarat pertubuhan harap ROS dapat mengambil tindakan yang drastik dan setimpal untuk mereka.

NIZAR KUDIK KKK: APAKAH KOMUNIS SUDAH MULA BERTAPAK KEMBALI DI PERAK



GAMBAR Menteri Besar di persimpangan jalan di depan Mini Stadium MPM Seri Manjung yang rosak disimbah cat merah.

PLASTIK berisi cat merah yang digunakan dalam percubaan mensabotaj papan iklan ucapan selamat hari raya Menteri Besar

GAMBAR Menteri Besar di persimpangan jalan di depan Mini Stadium MPM Seri Manjung yang rosak disimbah cat merah.

KAIN rentang ucapan selamat berpuasa dan selamat hari raya di Bangunan UMNO Sitiawan turut dirosakan pihak tidak bertanggung jawap

AZRI (tengah) bersama ahli UMNO Bahagian Lumut selepas membuat laporan polis di Balai Sitiawan, semalam.

AZRI menunjukan gambar Menteri Besar di sebuah papan iklan yang disimbah cat merah di Seri Manjung, semalam.

Sudah tentu kerja celaka begini datangnya dari pihak Pakatan Rakyat.

Jika dilakukan oleh Dap maka ia diibaratkan sebagai kegiatan komunis seperti yang dilakukan mereka dalam gerakan Bintang 3 dalam tahun 1948 dahulu. (Zaman dharurat , zaman Chin Peng). Perbuatan ini sama seperti yang berlaku kepada billboard BN dalam PRK 59 di Kuala Sepetang. Dap yang gemar menggunakan cat merah dan sama seperti perbuatan lintah darat Ah Long.

Jika ia datang dari kerja PKR sudah tentu satu perbuatan arahan AMK bawah arahan Budak Kencing Dalam Seluar. kerana membalas dendam terhadap isu kepala lembu di Shah Alam. dan sebagai menutup kes AMK yang mengusung seekor lembu ke pejabat SPRM.

Jika ia dilakukan oleh PAS, pun ada kemungkinan, sebab Pas gemar akan perbuatan seperti ini. Lihat saja billboard BN di Permatang Pasir, di mana mata calon BN dilebamkan oleh cat hitam. Pas juga gemar memotong tiang-tiang billboard, mencabut dan mencampakkan poster BN. Entahlah, Islam apa yang dibawa oleh mereka. Tetapi jika BN meletakkan wang , mereka lah yang terlebih dahulu menyapunya. Pantang dengar ada wang. mereka dahulu yang isi borang.

Dalam senario di atas TM lebih berat kepada DAP. Mungkin pihak polis pun bersetuju dengan pandangan TM.

INI ADALAH PERBUATAN BACUL, JIKA BERANI DAN ANAK JANTAN, BAWALAH KAMERA , BUAT RAKAMAN DAN TUNJUKKAN DALAM MEDIA YOUTUBE . BARU BOLEH JADI HEROOOOO!!!!!!!!!!!!

Saya harap semoga pihak berkuasa dan kerajaan tempatan juga memandang serius akan perkara ini!

Previous Older Entries