NIZAR JENG JENG JENG: PERHIMPUNAN BLOGGER DI PERAK


TM dan beberapa orang bloggers di Perak bercadang untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di satu lokasi di negeri Perak , kemungkinan Pulau Pangkor menjadi pilihan utama.

Semua blogger tak kira apa kategori sekali pun boleh hadir. Blogger Umno, Pas, Pkr , Dap , Sopo bebas (sosial+ politik) sangat-sangat dialukan.

Program akan diadakan selama 2 hari 1 malam. Beberapa orang nama besar akan dijemput. seperti Menteri Besar Perak, Mantan Menteri Besar Perak jika sudi, Ketua Polis Negara, Menteri Komunikasi Dr Rais dan lain-lain jika difikirkan perlu.

Mungkin tuan puan yang berminat akan dikenakan sedikit bayaran atau kalau dapat tajaan maka tuan-tuan hanya perlu bawa nyawa sahaja. Idea ini adalah berdasarkan konsep 1 Malaysia.

Semua orang mahukan sebuah negara yang aman , makmur dan rakyat dapat hidup dengan selesa dan selamat.

Oleh itu semua bloggers boleh bersuara dan berbincang dalam satu kelompok , satu meja, satu harapan dan satu cita-cita untuk sebuah negara yang kita cintai.

Apa macam, setuju?

Advertisements

SIVA NAFI SURAT BAHAWA SURAT INI PALSU PULAK …..


Speaker Pakatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar hari ini mendakwa beliau menjadi mangsa taktik kotor melalui penyebaran notis makluman sidang DUN palsu yang memaklumkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan membubarkan DUN.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP di Ipoh, Sivakumar menafikan yang beliau mengeluarkan notis itu.

“Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini,” kata Sivakumar yang juga ADUN Tronoh yang turut memberikan salinan contoh notis terbabit.

Notis menggunakan kepala surat Speaker DUN Perak bertarikh 23 Oktober 2009 itu memaklumkan bahawa sidang DUN hari ini akan diadakan di Hotel Heritage bagi membentangkan Bajet 2010 dan usul pembuburan dewan oleh ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Notis berkenaan turut memaklumkan bahawa Sultan Azlan Shah telah berkenan menerima menghadap Mohammad Nizar di Istana Kinta di sini pada 3 petang hari ini bagi membubarkan DUN Perak untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Sivakumar berkata beliau hanya mengetahui perkara itu ketika menghadiri sidang DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sivakumar mendakwa polis menggunakan kekerasan terhadap Adun pakatan pembangkang yang menghadiri sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini dengan merampas peralatan elektronik seperti kamera, kamera video dan komputer riba.

Beliau turut mendakwa polis bertindak kasar semasa merampas Jubah Speaker yang dipakainya. – Bernama

Murugiah Kemuka Rayuan Kepada ROS Berhubung Status Sebagai Presiden PPP


<!–

By: Ramjit

–> IPOH, 29 Okt (Bernama) — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah Khamis berkata beliau telah mengemukakan rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status pelantikannya sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) pada mesyuarat agung khas Mei lepas.

Murugiah yang dipecat dari PPP pada Mei lepas berkata surat rayuan berkenaan dihantar pada 15 Oktober selepas menerima surat dari ROS supaya beliau mengemukakan rayuan berhubung mesyuarat berkenaan.

“Saya bersama enam anggota PPP yang dipecat tanpa sebab ini telahpun menghantar surat rayuan kerana yakin kami masih ahli parti, sementara menunggu keputusan dari ROS saya akan meneruskan tugas sebagai Presiden parti…kesemua 57,000 penyokong saya akan menggunakan platform PPP sehingga menunggu keputusan rayuan tersebut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, Murugiah berkata beliau hairan kerana surat ROS bertarikh 26 Ogos 2009 yang meminta beliau mengemukakan rayuan berhubung EGM berkenaan begitu lewat diterima.

“Saya hairan mengapa surat yang ditandatangani Ketua Pengarah ROS itu lewat sampai,” katanya.

Murugiah berkata beliau telah berbincang dengan peguamnya selepas menerima surat itu dan menghantar rayuannya kepada ROS selepas itu.

“Mungkin ROS sudah lihat ada unsur-unsur yang boleh membantu saya maka mereka telah meminta saya supaya membuat rayuan dan saya telahpun membuat rayuan…yang lain tindakan susulan itu akan saya umumkan kemudian,” katanya.

Lembaga Disiplin PPP pada Mei lepas memecat Murugiah kerana menggunakan pejabatnya, iaitu pejabat Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, untuk mengadakan satu persidangan akhbar yang mencemar nama baik parti dan membuat kenyataan yang bersifat fitnah terhadap parti dan kepimpinan parti.

Isu status Murugiah atau Datuk M. Kayveas sebagai Presiden PPP selesai Ogos lepas selepas siasatan ROS mengesahkan Kayveas sebagai presiden PPP.

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang menyatakan pengesahan itu adalah berdasarkan pemilihan Anggota Majlis Tertinggi sesi 2005/2010 di dalam perhimpunan Agung PPP pada 2 Okt 2005.

Berikutan itu, pelantikan Murugiah sebagai Presiden PPP melalui Mesyuarat Agung Khas pada 24 Mei lepas tidak boleh diterima kerana tidak mematuhi Perlembagaan Parti.

NIZAR JAMELUAT: NIZAR MENYEMBAH DI LUTUT DR ZAMRY SEMALAM


Nizar sudah hilang segala-galanya tetapi masih menaruh harapan agar Mahkamah Persekutuan memihak kepadanya. Berikut ada lah petikan dari Malaysia kini mengenai harapan beliau merayu dan seolah-olah melutut di kaki Dr Zamry.

Wah…hilang kemaluan , hilang anak jantan. Dey…porah…cit….Satu Malaysia hang pi pusing maki hamun Dr Zamry dan DS Najib kononnya merampas kerajaan Pakatan di Perak.

Oleh itu, Nizar meminta jasa baik Zambry – sekiranya beliau mahu menyelamatkan Perak, membantu rakyat Perak dan mengutama kepentingan rakyat – supaya mendapatkan perkenan sultan bagi membubarkan DUN.

Katanya, ini akan meletakkan Zambry pada kedudukan yang mulia seperti yang dilakukannya sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan penting sebelum ini.

Nizar merujuk keputusan mahkamah tersebut yang mengiktiraf beliau sebagai menteri besar Perak yang sah. Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan selepas rayuan dibuat pada hari berikutnya.

Nizar berjanji, sekiranya permohonannya di Mahkamah Persekutuan itu berjaya, maka beliau akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.

“Itulah komitmen saya sekiranya keputusan mahkamah itu nanti memihak kepada saya.

Di Kpg Petai , Bukit Gantang, dalam satu majlis kenduri kahwin baru-baru ini, Nizar telah berkata;

” satu bala yang besar akan menimpa Perak”

Apa dia bala tu…? Boleh jelas kan sikit. Mungkin kah bala tersebut ialah ranapnya Pakatan Rakyat di Perak? Sama-sama kita tunggu.

SIDANG DUN PERAK 28 OKTOBER 2009 (klik untuk laporan bohong dari hARAKah)














Nizar , Siva ternyata di perkudakan oleh Ngeh dan Nga. Apa perjanjian rahsia mereka berdua dgn Ngeh dan Nga tak dapat dicungkil lagi.. lambat laun akan terdedah juga… Siva sedar dan mengaku bahawa dirinya telah dipergunakan habis-habisan oleh Ngeh dan Nga.

Nizar pulak kemaruk kuasa. Bodoh dan baghal….Rakyat Perak tak hingin melihat muka nya lagi….Adakah kerana Dap membantu Nizar menjadi MP Bukit Gantang , maka Nizar sanggup cuci najis Ngeh….Sudahlah…Sultan dah tak berkenan kamu jadi MB. Boleh berambus lah Nizar…Dasar anak tak kenang budi…

Gambar dari YBM Raja Ahmad dan Sekupangdua

ADUN: SAYA JADI MANGSA FITNAH


Pertikaian untuk merebut jawatan peringkat ketua blok di sebuah tanah rancangan Felda di Segamat, Johor didakwa telah menyebabkan “beberapa orang” yang tercicir daripada menjawat kedudukan itu bertindak memburuk-burukkan seorang pemimpin Umno di situ.

ADUN Kemelah, Ayub Rahmat berkata beliau telah menjadi mangsa tohmahan apabila tidak memberi sokongan kepada beberapa peneroka itu daripada menjadi pemimpin setempat di Felda Pemanis Dua.

Beliau mendakwa, sebilangan peneroka itu telah bertindak memburuk-burukkannya sejak pilihan raya 2004, apabila mereka digugurkan daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan (JKKR) di kawasan tersebut.

“Sejak pilihan raya 2004 lagi mereka telah sebarkan surat layang dan kata macam-macam lagi kepada saya bila mereka tidak lagi jadi ketua blok dan tidak ada jawatan dalam JKKR,” katanya (foto, depan kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau sebelum itu telah diminta mengulas mengenai satu tuduhan ke atasnya melalui SMS yang diterima Malaysiakini.

Jelasnya, tuduhan yang menyebut beliau terlibat dengan satu kegiatan sindiket maksiat merupakan satu cubaan untuk memburuk-burukkan dirinya.

“Dan saya rasa ia mungkin didalangi oleh individu yang cuba untuk menjatuhkan saya. Hanya Allah saja yang tahu perkara yang sebenar,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ayub berkata beliau tidak bercadang mengambil sebarang tindakan berhubung perkara itu.

Tiada kaitan kehadiran Anwar

“Biasalah orang Umno ini, kalau nampak orang yang berkebolehan sikit dan nampak boleh buat kerja adalah yang rasa kedudukan mereka terancam dan mulalah mereka nak cantas jatuhkan,” katanya.

Ketika ditanya lagi, Ayub juga menolak andaian bahawa tuduhan itu tersebar kerana kehadiran ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis dalam kawasan Umno bahagian Sekijang pada awal bulan lalu.

Majlis yang dianjurkan ‘serentak’ dengan program PKR yang dihadiri Anwar itu telah menimbulkan tandatanya dan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan Umno di situ.

“Kalau Anwar hendak pergi ke mana pun, itu dia punya pasal lah. Takkanlah Anwar tak boleh datang ke Sekijang semata-mata sebab ini kawasan Umno. Polis pun tak tahan dia macam mana kita nak tahan dia,” jelas Ayub.

Mengulas mengenai pemilihan ketua blok bagi mewakili peneroka di tanah rancangan tersebut, Ayub berkata pemilihan tersebut dilakukan secara terus oleh pihak pengurusan ladang dan tidak melibatkan undian.

“Tugas saya cuma menyokong nama-nama yang dicalonkan. Tapi ada antara peneroka itu yang tidak layak, jadi saya tidak sokonglah,” katanya lagi.

Jelasnya, calon-calon berkenaan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ladang, termasuk mempunyai ladang yang bersih serta menjual hasil tanaman mereka kepada Felda.

“Kalau nak burukkan saya semata-mata kerana tidak terpilih, tidak boleh macam itu. Sebab mereka pun bukan tidak dipilih sebelum (menjadi ketua blok dan dalam JKKR) sebelum ini,” katanya lagi.

innity_country = “MY”; innity_path = “/200909_1863/8098/”; innity_proxy = “proxy_8050”; innity_ord = “ord=[timestamp]”; Marilah Sertai AIP Soal Selidik Dalam Talian Dan Menangi Hadiah Lumayan!
http://www.malaysiakini.com/bm/banner/I06/index.html

JAMBATAN GANTUNG RUNTUH KERANA…



Apa yang berlaku di SK Kuala Dipang ialah kerana;

  1. Kontraktor buat kerja cincai , tak ikut spec, tak ikut prosedur keselamatan.
  2. Nisbah guru pengiring dengan murid tak cukup.
  3. Tidak ada kawalan keselamatan.
  4. Pelajar bebas bebas ke hulu ke hilir tanpa pengawasan.
  5. Guru lebih banyak buat hal sendiri dan berbual bersama rakan.
  6. Guru menyerahkan tanggujawab kepada ketua kem sahaja.
  7. Tidak ada peringatan tentang bahawa bermain diatas jambatan gantung.
  8. Budak-budak terlalu seronok diatas jambatan dan mungkin yang menghenjut-henjut kerana teruja dengan jambatan yang boleh membuai.
  9. Ketua kem atau jurulatih kurang pengalaman dalam hal perkhemahan.
  10. Tidak ada penyelamat yang mempunyai pingat gangsa atau atau kelulusan JPAM.
  11. Guru syok sendiri sebab dapat keluar dari sekolah.

Sekarang apa nak buat? Guru yang terlibat sudah tentu tidur tak lena sebulan dua ini. Satu jawatan kuasa harus menyiasat dari segala aspek pembinaan, prosedur keselamatan, peraturan perkhemahan dan papan tanda amran, dan lain-lain lagi. 22 orang murid terjatuh serentak memang dapat kita gambarkan bagaimana keadaannya dan bebanan yang dialami oleh struktur binaan.

Masih ingat tragedi jeti penumpang Pangkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang yang mengorbankan ratusan nyawa sekitar 80an dahulu. Runtuhan kerana terlalu ramai penumpang yang berasak-asak untuk menaiki feri.

Kepada guru-guru yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana jabatan tidak akan membela tuan-tuan jika sesuatu berlaku. Pandai sendiri lah untuk mencari peguam untuk membela tuan-tuan.

Masih ingat peristiwa seorang guru yang membawa pelajar nya untuk menyertai pertandingan takraw telah terlibat dalam kemalangan maut. Nasib lah guru tu mati, kalau dia hidup boleh jadi mereng dan gila.

Begitu juga jika guru yang rajin memanjat tempat-tempat tinggi untuk memasang antena, memaku , mengikat, mengecat atau apa-apa tugas lain di sekolah dan jika terjatuh dan cacat kekal. tanggunglah sendiri…

So nak buat apa-apa pun , harus beringat dan berwaspada.