ADUN: SAYA JADI MANGSA FITNAH


Pertikaian untuk merebut jawatan peringkat ketua blok di sebuah tanah rancangan Felda di Segamat, Johor didakwa telah menyebabkan “beberapa orang” yang tercicir daripada menjawat kedudukan itu bertindak memburuk-burukkan seorang pemimpin Umno di situ.

ADUN Kemelah, Ayub Rahmat berkata beliau telah menjadi mangsa tohmahan apabila tidak memberi sokongan kepada beberapa peneroka itu daripada menjadi pemimpin setempat di Felda Pemanis Dua.

Beliau mendakwa, sebilangan peneroka itu telah bertindak memburuk-burukkannya sejak pilihan raya 2004, apabila mereka digugurkan daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan (JKKR) di kawasan tersebut.

“Sejak pilihan raya 2004 lagi mereka telah sebarkan surat layang dan kata macam-macam lagi kepada saya bila mereka tidak lagi jadi ketua blok dan tidak ada jawatan dalam JKKR,” katanya (foto, depan kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau sebelum itu telah diminta mengulas mengenai satu tuduhan ke atasnya melalui SMS yang diterima Malaysiakini.

Jelasnya, tuduhan yang menyebut beliau terlibat dengan satu kegiatan sindiket maksiat merupakan satu cubaan untuk memburuk-burukkan dirinya.

“Dan saya rasa ia mungkin didalangi oleh individu yang cuba untuk menjatuhkan saya. Hanya Allah saja yang tahu perkara yang sebenar,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ayub berkata beliau tidak bercadang mengambil sebarang tindakan berhubung perkara itu.

Tiada kaitan kehadiran Anwar

“Biasalah orang Umno ini, kalau nampak orang yang berkebolehan sikit dan nampak boleh buat kerja adalah yang rasa kedudukan mereka terancam dan mulalah mereka nak cantas jatuhkan,” katanya.

Ketika ditanya lagi, Ayub juga menolak andaian bahawa tuduhan itu tersebar kerana kehadiran ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis dalam kawasan Umno bahagian Sekijang pada awal bulan lalu.

Majlis yang dianjurkan ‘serentak’ dengan program PKR yang dihadiri Anwar itu telah menimbulkan tandatanya dan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan Umno di situ.

“Kalau Anwar hendak pergi ke mana pun, itu dia punya pasal lah. Takkanlah Anwar tak boleh datang ke Sekijang semata-mata sebab ini kawasan Umno. Polis pun tak tahan dia macam mana kita nak tahan dia,” jelas Ayub.

Mengulas mengenai pemilihan ketua blok bagi mewakili peneroka di tanah rancangan tersebut, Ayub berkata pemilihan tersebut dilakukan secara terus oleh pihak pengurusan ladang dan tidak melibatkan undian.

“Tugas saya cuma menyokong nama-nama yang dicalonkan. Tapi ada antara peneroka itu yang tidak layak, jadi saya tidak sokonglah,” katanya lagi.

Jelasnya, calon-calon berkenaan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ladang, termasuk mempunyai ladang yang bersih serta menjual hasil tanaman mereka kepada Felda.

“Kalau nak burukkan saya semata-mata kerana tidak terpilih, tidak boleh macam itu. Sebab mereka pun bukan tidak dipilih sebelum (menjadi ketua blok dan dalam JKKR) sebelum ini,” katanya lagi.

innity_country = “MY”; innity_path = “/200909_1863/8098/”; innity_proxy = “proxy_8050”; innity_ord = “ord=[timestamp]”; Marilah Sertai AIP Soal Selidik Dalam Talian Dan Menangi Hadiah Lumayan!
http://www.malaysiakini.com/bm/banner/I06/index.html
Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s