SIVA NAFI SURAT BAHAWA SURAT INI PALSU PULAK …..


Speaker Pakatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar hari ini mendakwa beliau menjadi mangsa taktik kotor melalui penyebaran notis makluman sidang DUN palsu yang memaklumkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan membubarkan DUN.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP di Ipoh, Sivakumar menafikan yang beliau mengeluarkan notis itu.

“Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini,” kata Sivakumar yang juga ADUN Tronoh yang turut memberikan salinan contoh notis terbabit.

Notis menggunakan kepala surat Speaker DUN Perak bertarikh 23 Oktober 2009 itu memaklumkan bahawa sidang DUN hari ini akan diadakan di Hotel Heritage bagi membentangkan Bajet 2010 dan usul pembuburan dewan oleh ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Notis berkenaan turut memaklumkan bahawa Sultan Azlan Shah telah berkenan menerima menghadap Mohammad Nizar di Istana Kinta di sini pada 3 petang hari ini bagi membubarkan DUN Perak untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Sivakumar berkata beliau hanya mengetahui perkara itu ketika menghadiri sidang DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sivakumar mendakwa polis menggunakan kekerasan terhadap Adun pakatan pembangkang yang menghadiri sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini dengan merampas peralatan elektronik seperti kamera, kamera video dan komputer riba.

Beliau turut mendakwa polis bertindak kasar semasa merampas Jubah Speaker yang dipakainya. – Bernama

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

4 thoughts on “SIVA NAFI SURAT BAHAWA SURAT INI PALSU PULAK …..”

  1. kasihan betullah si siva dan si nizar ni asyik kena arah je oleh dap. sanggup ditolak2,tarik2. apa punya orang dah. P/s : terima jelah kekalahan tu. rakyat dah jemu dengan karenah entah apa2 tu. buang masa je layan pr ni.

  2. lg nak muntah layan parti yg sibuk dgn MELAYU tp agama tergadai,isteri pemimpin pun tak pkai tudung,kecoh nak sembang pasal islam..ceeehhh haaakkk ptuiihhh…wweeeekkkk….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s