NIZAR JAMELUAT: PAS GENTAR DGN BLOGGER UBN DAN MINTA AHLI BERTENANG (KLIK)


Pas sebelum ini dilihat cukup berkuasa dalam dunia maya internet. Ahli-ahli Pas merupakan pengguna internet tertinggi berbanding Melayu Umno. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah pelawat dalam lama blog Pas setiap hari cukup tinggi dan jumlah pengunjung rata-rata sudah melebihi 1 hingga 2 juta sejak dibangunkan.

Hairan hari ini Pas sudah gentar pula dgn cyber trooper Umno. Apa yang ada pada blogger Umno jika dibandingkan dengan jentera IT Pas. tak percaya Pas gentar ? baca petikan di bawah yang diambil dari Harakah.

‘Oleh itu,tambahnya, PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini.’

Harakah juga nampak seperti Pas sudah sedar akan dosa mereka kepada tentera di Bagan Pinang. dan selepas belanjawan mereka cuba membodek tentera, kononnya peruntukan kepada tentera dikurangkan, dan dalam Harakah juga mereka cuba bermain dengan isu pingat, pangkat dan berbagai lagi. Lupa kah mereka bahawa kebajikan tentera mendapat keistimewaan yang sangat tinggi dari kerajaan.

‘Cadangan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pingat Gagah Perkasa (PGP), di Parlimen hari ini.

“Tidak bolehkah 1,800 orang yang dikenal pasti ini dianugerahkan pingat gagah berani dan pingat gagah perkasa disebabkan jasa mereka,” tegasnya.

Ujarnya lagi, inisiatif kerajaan memberikan anugerah serta elaun tententu kepada hanya 99 pesara tentera sahaja sebelum ini adalah tidak memadai.’

Di atas ialah ayat-ayat Pas kononnya membela tentera, ini agenda baru mereka untuk memancing undi Pos akan datang.

Ahli Parlimen Pendang, Dr. MOhd Hayati Othman yang mencelah, meminta kerajaan mempertimbangkan untuk memberi anugerah dan elaun juga kepada para pesara polis yang layak, disebabkan keberanian dan berjasa pada negara.

Jelasnya, pengalaman melawat Balai Polis Bukit Jenun, Pendang, menyaksikan polis terpaksa beroperasi dalam kontena secara tidak selesa, sedangkan mereka bertugas secara berani dan berjasa pada negara.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kedah meminta kerajaan memperuntukan sejumlah dana tertentu untuk membiayai pesara tentera yang mengalami penyakit kronik, termasuk perkhidmatan dialesis secara percuma.

Ini pula ayat Pas yang cuba membodek polis , mereka lupa selama ini Polis lah yang menjadi sasaran maki hamun Pas sepanjang zaman. Kes Memali, Pas masih menyalahkan Polis. Hairan lah..kenapa sekarang pandai pula nak bela nasib polis…

Lidah bercabang Pas ini samalah seperti peribahasa Melayu ” telunjuk lurus kelingking berkait”

Advertisements

NIZAR KUDIK: BERITA PANAS DARI PERAK: Surat Sivakumar kepada Adun Pakatan Rakyat untuk hadir persidangan Dun 28 Oktober 2009.


Surat jemputan ini telah diedarkan kepada semua Adun PR di Perak, Surat diatas ialah salinan surat yang ditujukan kepada YB Su Keong Siong. Su pula teramat suka hati dan mengedarkan surat ini kepada orang awam.

“Apa ertinya semua ini wahai Nizar, Siva, Ngeh dan Nga???”

Semalam hari Isnin dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh DSAI telah bermesyuarat di Parlimen dan bersetuju dalam banyak perkara untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan beberapa resolusi baru.

Antaranya ialah membuat persidangan berasingan di Hotel Heritage seperti yang dijalankan sebelum ini dan yang paling penting ialah pada petang 28 Oktober 2009 jam 3.00 ptg Nizar akan mengadap DYMM Padukan Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dun. Dalam surat tersebut juga Siva mendakwa telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan untuk mengadap.

“Sama-samalah kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka.”

Rombongan atau perarakan akan bermula dari Hotel Heritage dan melalui jalan ke hotel Seri Malaysia dan terus ke Istana Kinta. Perarakan tersebut akan diketuai sendiri oleh DSAI , Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang dan anak.

Berita panas seterusnya hasil risakan TM ialah Dap sudah bersedia untuk PRK khas bagi negeri Perak. Nizar pula sudah kelihatan serba salah dan keliru dengan agenda Dap iaitu Ngeh dan Nga dalam percaturan mereka. Kenapa Nizar amat sedih? Jawabnya ialah beliau tidak lagi tersenarai sebagai MB Perak. kerana jika Nizar menang pun dalam PRK ini Nizar tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar. Alasan nya mudah. Sultan tidak akan perkenankan untuk beliau dipilih semula sebagai MB kerana Nizar terang-terang telah menderhaka kepada pihak Istana. Nizar hanya berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November memihak kepadanya. Jikan PRK makan hancur leburlah cita-citanya untuk memiliki Camry AGS 10.

Ngeh dan Nga juga yang begitu mesra dan boleh membaca Quran hari ini sudah diterima baik oleh setengah orang Melayu Perak. Ngeh juga telah mendekati beberapa bekas-bekas pemimpin Umno yang dikategorikan sebagai desperado agar sama-sama membantu Dap dalam menawan semula Perak. Dap yakan akan sokongan Melayu terutama dari Parti PKR dan PAS. Hari ini Dap juga sedang giat menambah ahli-ahli dari kaum Melayu dan sudah ada pun Cawangan Dap di kawasan Melayu.

Beberapa individu Melayu yang telah diclose up oleh Ngeh dan Nga ialah Fauzi Muda dari Ipoh Barat, Shaarani @ Mat Lengkong dari Sungai Rapat, Haji Taslim dari Ipoh Barat juga, Datuk Abd Malik Hanafiah bekas Ketua Bahagian Taiping dan Hasbullah bekas Ketua Pemuda Umno Larut. Kesemua orang kuat yang mampu membantu Dap dalam usaha merampas semuala Perak dari BN.

Sekian.

NIZAR JAMELUAT: PAKATAN RAKYAT PERAK CARI BOMOH UNTUK MENDRAMKAN DR ZAMRY DAN SPEAKER


Ngeh dan Nga ke Selatan Thai lagi, Kali ini bukan urusan dengan Chin Peng tetapi untuk bertemu dengan sami-sami di bebarapa wat siam untuk mendramkan adun BN terutama Speaker dan Dr Zamry supaya tak boleh bercakap dan kaburkan pandangan mata mereka supaya tak nampak apa-apa pun dalam dewan pada 28 Oktober ini.

NIZAR JAMELUAT: NIK AZIZ INGIN MATI BERSAMA PAS


Jika sebelum ini orang Pas menghina Umno, kononnya Umno yang sedang nazak akan ditalqinkan dan dikuburkan sebelum PRU 13. Umno akan ‘be end’. Umno menuju kehancuran dan sebagainya.

Tak sampai setahun bermuktamar Pas sendiri yang akan hancur. PRU 11 Pas Kelantan sudah rebah dan nazak di pintu kubur. Akan tetapi suntikan semangat baru dari pemikir-pemikir yahudi Pas berjaya bingkas bangun dengan ideologi yahudi yang menghalalkan cara semata-mata untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang menggutamakan pembangunan insan dan pembangunan sistem Islam.

Hari ini manusia yang mencanangkan hudud dalam skop yang jumud telah hilang pertimbangan. Mana muzakarah, mana majlis syura? semuanya gagal menangani krisis yang sebesar kelumit itu. Inikah parti yang bercita-cita bersar untuk memerintah sebuah negara?
Jawapannya tentulah tidak mungkin. Mana mungkin sebuah parti yang bercakap besar dan penuh kesombongan tiba-tiba menyerahkan jawatan ketua pembangkang di parlimen kepada seorang bekas banduan. Jika mereka berkuasa dalam negara nanti , tidak mustahil dengan mudahnya mereka menggadaikan tampuk pemerintahan kepada sesiapa saja yang pandai menipu mereka seperti mana Dap dan Pkr menipu Pas hari ini. Fikirkan lah.

Nik Aziz mahukan EGM kerana bisikan setan Aljub ke telinganya yang ingin menyingkirkan pemimpin-pemimpin Pas pro-Hadi Awang.

Di sini ia menggambarkan betapa tidak warasnya pemikiran Nik Aziz yang bergelar tok guru tetapi gagal menggunakan kewarasan fikiran dalam menyelesaikan masalah secara kekeluargaan dan cara yang lebih bijaksana.

Atau Pas tak faham akan erti sebuah sistem politik demokrasi. Andainya Nik dan kumpulan erdogan Husam Musa tidak berpuas hati dengan kekalahan dalam muktamar baru-baru ini, mereka hendaklah bersabar untuk musim pemilihan berikutnya. Bukan buat kacau seperti sekarang. Dulu Nik tak sebegini rupa, tetapi setelah berbaik dengan Aljub segala-galanya berubah. baik percakapan dan perbuatan. semuanya menjadi radikal dan aggresif. Tidak hairan lah jika Pas hari ini boleh dilabelkan sebagai Militan kerana ketua mereka bersikap begitu.

Nik!! kalau nak mati pun , mati lah sorang-sorang, Jangan matikan Pas. Umno perlu kepada Pas. Tun Mahathir pun pernah kata dulu. “Pas penting, kalau tak ada Pas orang Umno malas kerja jadinya, semua ok. tak ada orang dok perati dan dok tegoq”

NIZAR JAMELUAT: NIZAR, NGEH DAN NGA JILAT BALIK MUNTAH BABI DENGAN KEINGINAN UNTUK HADIR PERSIDANGAN 28 OKTOBER 2009


Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat “rayuan peribadi” kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang “samseng” untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang “berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami”.

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

“Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam,” kata Nizar.

“Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka,” tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

“Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak,” tambahnya.

NIZAR JAMELUAT: PKR ‘parti bateri 3A’ – Latiff Ahmad


KUALA LUMPUR 23 Okt. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan sebagai ‘parti bateri bersaiz 3A’ yang kekuatannya hanya ditentukan oleh Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Naib Presiden, Azmin Ali.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, oleh itu, PKR akan hanya mampu bertahan sehingga salah seorang daripada A (Anwar, Azizah dan Azmin) kecundang atau bersara dari arena politik.

”Awak tengoklah sendiri, Anwar yang melantik Azmin sebagai Pengerusi PKR Sabah baru-baru ini, tetapi setelah ditentang, Azizah yang perlu menggugurkan Azmin daripada jawatan itu, bukannya Anwar.

”Apa ini? Siapa Penasihat PKR, yang mana satu Presiden dan apa peranan Azmin sebagai Naib Presiden?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan dalam PKR Sabah apabila pelantikan Azmin ditentang oleh 18 daripada 23 ketua bahagian di negeri berkenaan.

Sebelum itu, beberapa laman web melaporkan Anwar melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai PKR Sabah tetapi pelantikan itu ditentang oleh Azmin.

Isnin lalu pula, Anwar menafikan wujud krisis dalaman PKR Sabah manakala Zaid mengakuinya.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada 19 Oktober lalu, bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan menggambarkan Azmin sebagai seorang yang istimewa kepada Anwar.

Abdul Latiff menambah, sesebuah parti politik sepatutnya mempunyai institusi pentadbiran yang kukuh dan teratur demi memastikan ia mengamalkan sistem demokrasi.

Namun katanya, PKR tidak mengamalkan sistem tersebut kerana perjalanannya diatur oleh tiga pemimpin itu dengan melihat terdapat pertindihan tugas di antara Wan Azizah dan Anwar.

Tegas beliau, PKR akan ‘kehabisan bateri’ tidak lama lagi kerana ia dibentuk demi kelangsungan politik Anwar, namun sekarang ia tidak lagi mempunyai arah tuju yang jelas.

”Zaid pula sebelum ini bertindak meninggalkan UMNO atas alasan tidak diberi peluang bersuara, namun saya tidak pula dengar suaranya berdegar-degar dari PKR kebelakangan ini,” ujarnya.

NIZAR JAMELUAT: TOK GURU DAH MEROYAN TAKUT DISINGKIRKAN DAN BUKA GELANGGANG UNTUK SINGKIRKAN ORANG LAIN DULU.(KLIK)


Berikut ada lah petikan dari blog tok guru. sila klik tajuk untuk baca, Ikan buruk di kepala dulu dan buruk Pas adalah kerana Tok Guru bukan Hadi Awang, bukan Nasharudin dan bukan Mustapa Ali. Tok Guru Diktator ingin menyingkirkan Presiden bagi mengekalkan kedudukannya…

Dulu tok guru kutuk Tun Mahathir kerana terlalu lama menjadi PM sekarang boleh lah kutuk diri sendiri pulak.