UMNO


UMNO

Penyakit yang disebut oleh Tun memang TM akui benar dan wujud. Malah anak-anak wakil rakyat sendiri yang menggunakan pengaruh bapanya cuba menyekat cerdik pandai dari menjadi ahli Umno, kononnya ia akan menjadi satu halangan kepada bapanya dan juga diri anak wakil rakyat tersebut. Ada juga anak wakil rakyat, yang rendah tahap pendidikan tetapi mempunyai wang yang banyak kerana menjaga harta bapa dia telah menggunakan kedudukan kewangan untuk menonjolkan diri dengan wang ringgit.

Fenomena ini juga berlaku dalam cawangan-cawangan Umno, wujud cawangan yang dikuasai oleh anak beranak seperti bapa ketua cawamgan, ibu ketua wanita, anak-anak menjadi ketua puteri dan ketua pemuda. Keahlian pula tertutup untuk kelompak yang digemarinya saja. Orang luar yang baru menetap di kawasannya dihalang daripada menjadi ahli cawangan walaupun peringkat bahagian sudah melulus pertukaran masuk. Untuk menambah ahli baru sorry. Jika ada yang ingin menjadi ahli baru, ia akan ditapis habis-habis supaya ia tidak mengancam kedudukan penyandang.

Advertisements

DATUK SERI NAJIB YANG COOL



Anwar pening, PRK pening, Nik Aziz pening. Pening gara-gara Najib yang cool. Najib ni anak bangsawan. Kalau marah pun orang tak nampak. dia marah tidak melenting macam Nik Aziz, macam Anwar bangsat. Datuk Seri Najib marah, bahasanya berkias, bahasanya bersenda, hanya yang termakan cili akan berasa pedasnya.

Bagaimana pun semangat juangnya tinggi. lihat peristiwa di stadium TPCA dulu sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda.

Najib juga tidak mudah melatah, tak sibuk nak saman orang. tak perlu kecoh-kecoh nak berkonfrantasi dengan orang. Nik Aziz marah macam mana pun , bila Najib datang ke Kelantan , Nik Aziz sambut di Airport, siap baca doa selamat lagi. tersengih-sengih macam kerang tua bila berdepan dengan Najib. Lihat lah Anwar, mengendeng nak minum teh bersama Najib di parlimen, muka bantal, muka tembok….tak tahu malu…

BIRO TATA NEGARA (BTN) DAN ANWAR


Tup Tup Tup timb0i cerita BTN, Seingat TM lah masa Anwar beriya-iya melonjak naik dalam Umno, Dia lah yang paling top star dalam menggunakan BTN.

Setiap bulan setiap musim, ada saja program BTN yang diilhamkan oleh Anwar. Malah pegawai-pegawai kanan dalam BTN juga adalah berdasarkan kehendak Anwar. Jika Anwar tak serasi dengan pegawai-pegawai kanan BTN, jawapannya mudah sahaja…”Pintu terbuka, boleh blah”.

Sehingga kini ramai bekas-bekas jurulatih dan pegawai kanan BTN adalah orang Anwar dan berada dalam PKR, sebahagiannya ada yang bergelar YB.

Pada yang tidak menjadi YB dan yang terus bekerja dalam jabatan kerajaan , mereka inilah yang ramai menentang dalam kerajaan. Jika dulu sewaktu mereka menjadi fasilatator, penceramah, jurulatih dan sebagainya, dan merekalah yang menanamkan semangat cintakan negara, sayangkan pemimpin, hormati kepimpinan negara. Padahal agenda yang sebenarnya ialah agenda untuk menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

BTN beku dan mati selepas Anwar dipecat dari Umno. BTN hilang taring, hilang jurulatih dan hilang program cuma tidak berkubur saja.

Hari ini bila BTN berjalan dan bermula balik. Anwar sudah gabra. takut tembelangnya pecah. takut senjata makan tuan. takut pekungnya didedahkan dalam BTN. Anwar dengan sendirinya takut akan bayang-bayang dan DNA yang ditinggalkan dalam BTN.

Saifudin , Mail Yusuf dan ramai lagi semua orang PKR, hari ini mereka takut lah dengan program baru yang dibangunkan oleh BTN.

lagi bukti Anwar peralatkan BTN untuk tujuan politiknya.

Anwar pernah peralatkan BTN

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kursus Biro Tata Negara (BTN) pernah dijadikan landasan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadi termasuk menonjolkan diri bagi meraih sokongan rakyat.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, tindakan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa objektif BTN telah berjaya dan kesan daripada kaedah yang digunakan juga berkesan.

Malah kata beliau, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga pernah membangkitkan semangat rakyat menerusi BTN dengan berjanji untuk membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka.

”Kita ada menerima laporan ketika BTN dijalankan, Anwar dalam dewan yang gelap merintih untuk membangkitkan semangat peserta dengan mengatakan akan menjelma seorang pemimpin agung yang akan menyelamatkan negara. Tiba-tiba dewan menjadi terang dan menjelma gambar beliau.

”Jadi, kalau Selangor haramkan BTN, biarlah mereka sendiri yang jawab kenapa zaman Anwar dahulu dia gunakan BTN untuk tarik sokongan sehingga sampai ke satu tahap ada orang yang terlalu taksub kepada Anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ibadah Korban dan Jamuan Mesra Rakyat Kampung Melayu Batu 16, Rawang dan laman web sosial, Facebook kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal.

Muhkriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan tidak pernah memasukkan unsur politik ke dalam BTN, sebaliknya ahli pembangkang itu sendiri yang menggunakan BTN untuk menaikkan pengaruhnya.

”Pembangkang sering mengatakan kerajaan menjadikan BTN sebagai tempat untuk membasuh minda, tetapi jika betul mereka mengatakan begitu, bermakna kaedah BTN memang berjaya kerana ramai yang keluar daripada BTN menunjukkan sikap-sikap yang positif.

”Ada yang daripada malas berubah menjadi rajin. Bagi yang Muslim daripada malas sembahyang tetapi dah mula sembahyang lima waktu. Saya lihat tidak wajar dan langsung tak masuk akal ia diharamkan,” katanya.

Mengenai doa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Allah memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO katanya, UMNO tidak akan mendoakan perpecahan Pas dan parti-parti lain.

Sebaliknya kata beliau, UMNO terus berharap untuk duduk semeja dengan Pas bagi memikirkan tentang kepentingan Melayu, Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sehubungan itu katanya, beliau sering mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dengan harapan UMNO dan Pas tidak akan bertelingkah.

”Saya pernah menyatakan impian saya untuk melihat UMNO dan Pas duduk semeja dan itu masih menjadi impian saya dan saya berpegang kepada perkara itu.

”Kerana itu saya langsung tidak mendoakan parti itu (Pas) akan berpecah. Jika parti itu boleh bersatu sesama mereka dan UMNO, proses duduk semeja akan lebih mudah,” ujarnya.

PAS HARI INI, ESOK, LUSA DAN SELAMANYA


<!–

–>

.khad1, .khad1:link, .khad1:visited, .khad1:active { color:#3366CC; text-decoration:underline; border-bottom:#3366CC 1px solid; } .khad1:hover { color:#c03; text-decoration:underline; border-bottom:#c03 1px solid; } .khad2, .khad2:link, .khad2:visited, .khad2:hover, .khad2:active, text-decoration:none; border-bottom:none; }

PUTRAJAYA 24 Nov. – Peletakan jawatan Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mencerminkan ketidaktentuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam membuat keputusan dan pendirian.

KOTA BHARU 24 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui fikirannya kusut berikutan kemelut yang melibatkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah selesai.

HULU TERENGGANU 24 Nov. – Pas yang asyik mencari salah Barisan Nasional (BN) rupa-rupanya dibelenggu krisis lebih teruk termasuk yang terbaru membawa peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.