PELANCARAN LAMAN WEB UMNO PERAK (klik untuk ke laman Umno Perak yang baru)


(klik Jamuan sebelum majlis bermula YAB Dato Seri Dr Zamry, Dato Rosnah Majid, Dato A.Kadir dan Raja Dato Seri Ahmad Zainddin selaku Ketua Unit Media Baru Perak.

YAB Dato Seri Dr Zamry menyampaikan ucapan perasmian

YAB DS Dr Zamry melancarkan Web dan menulis mesej untuk dihantarkan kepada hadirin melalui sms.

DS Dr Zamry Abd Kadir sempat berjenaka dengan ‘ayah’ Dato Abd Kadir Jasin.

Malam tadi bertempat di dewan kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang Sah telah berlangsung satu majlis yang penuh bermakna buat blogger Perak dan juga Umno Perak. Majlis yang ringkas dan sederhana tetapi penuh bermakna buat rakyat Perak khususnya Umno.

Peserta seminar dan jemputan yang hadir ialah Ketua-Ketua Bahagian Umno Bahagian untuk menerima kata laluan laman web bahagian, selain dari itu sekretariat unit media baru bahagia dan 30 bloggers yang dijemput khas untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.

Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh Yang Berbahagia Bekas Adun dan Exco Merbuk Kedah Dato Rosnah Majid yang juga merupakan bekas editor Utusan Malaysia dan kertas kerja yang kedua di bentangkan oleh tak lain dan tak bukan Dato A Kadir Jasin yang merupakan seorang blogger yang menghadapi kes saman dari pihak Pakatan Rakyat.

Lewat malam bloggers yang establish mengadakan sesi meja bulat bersama MB di kediaman rasminya. Suasana berjalan penuh mesra sambil menikmati juadah dan minuman teh tarik sebagai supper.

Dr Zamry berkongsi banyak isu-isu semasa dan soalan-soalan yang dilontar oleh bloggger mengalahkan wartawan. Antaranya ialah isu Zamry vs Nizar yang mana umum mengetahu pihak Pas telah mewar-warkan kemenangan 4-1 berpihak kepada Nizar. Ini adalah satu perbuatan yang menghina kredibiliti Hakim dan Mahkamah.

Isu yang lain ialah isu peladan limau tambun. Bila Dr Zamry meluluskan pajakan tanah selama 99 tahun, Nizar pula menyatakan jika dia jadi MB semula dia boleh bagi hak milik kekal. Bagaimana pun ia ditolak mereka denagan .menempelak Nizar kenapa dulu tak bagi.

Yang paling ekskusif ialah bila Dr Zamry mengakui yang beliau telah di tawarkan jawatan MB lebih awal lagi jika menyertai PKR selepas PRU 12. Anwar berharap dapat menguasai kerusi MB melalui Dr Zamry. Ini kerana Undang-undang tubuh negeri Perak tidak membenarkan bukan Melayu memegang jawatan tersebut.

Anwar tidak mahu jawatan tersebut terlepas kepada Pas, bagaimana Anwar kecewa kerana Dr Zamry menolak pelawaan Anwar.

Walaupun sehari suntuk dengan program dan tugas rasmi beliau dari pagi sehingga lewat malam , namum beliau masih mampu untuk meraikan bloggers yang datang dari jauh dengan suasana penuh ceria dan penuh mesra sehinggakan kami terlupa bahawa kami sedang berdepan dengan seorang Ketua Negeri bergelar Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato Seri.

Advertisements

PAKATAN ROBOH- SAT SAJA LAGI



Krisis Pkr vs Dap di Penang sudah sampai ke kemuncaknya. Eloknya kita bagi keris kepada Zahrin dan bagi pedang cina kepada LGE. Suruh depa berkuntau di gelanggang PISA. Penang,

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim secara keras menyerang Guan Eng dang menggambarkan Guan Eng sebagai diktator dan cauvinis, Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang berkata, pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah dia gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.-Utusan Malaysia

Lim G E berkata “Zahrain boleh bakar jambatan”, wah….kalau bakar jambatan LGE pun susah lor. Akibatnya Pulau Pinang bungkus, tak ada sumber ekonomi seperti dulu sewatu tiada jambatan lor. Sementera Pkr pula masih percaya Dato Seri Zahrain akan terus setia kepada Pakatan Rebah.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has finally broken his silence over former PKR state chief Datuk Seri Zahrain Hashim’s open criticism of him, saying the Bayan Baru MP could burn bridges with the Penang Government if he chose to. The Star

Zahrain membayangkan akan menjadikan BN kembali menguasai 2/3 majoriti di parlimen. Ini satu saranan dan kenyataan yang baik jika ia direalisasikan. Ini memberi gambarana lompat parti akan berlaku dalam tempoh terdekat.

PKR leaders have expressed confidence that Bayan Baru MP Zahrain Mohd Hashim will not quit their party nor instigate another 10 Pakatan Rakyat lawmakers to defect and give arch rival Umno-BN its much longed-for two-thirds parliamentary majority. Harakah.

Dap dan Pas semakin risau Pas risau kerana Pakatan lemah bererti Pas akan hancur seperti PRU 11. Dap risau jika sokongan pengundi atas pagar pagar beralih menyokong BN, maka berkuburlah cita-cita Dap dalam Malaysian Malaysia yang berkelubung dalam middle finger malaysia malaysian

Bulitin Dap hari ini masih kelabu dan tidak tahu apa nak dituliskan. sebaliknya Harakah lebih dahulu menulis isu Penang ini.

Harus diingat, bahawa Melayu dalam PKR adalah rebellion zaman Semangat 46 dan mereka yang tidak ada parti tetapi suka membangkang. Oleh itu Melayu dalam PKR bila-bila masa boleh menjadi ahli Umno.

Ini kerana terdapat roh Umno dalam tubuh mereka. Ia termasuklah Anwar. kalau boleh malam ini juga Anwar nak jadi Umno. Tapi oleh kerana nafsu serakahnya lebih dasyat dari seekor binatang-binatang dalam Nite Safari di Taiping atau Safari di Afrika.

Oleh itu biarkan dia bermimpi untuk menawan Putrajaya. Anwar tidak layak menjadi PM kerana terlalu banyak cerita zaman silam atau zaman kanak-kanak yang tidak enak didengar.

Apa pun yang berlaku di negara kita akhir-akhir ini mempunyai hikmahnya., Ia memberi pengajaran kepada bangsa melayu agar mengekalkan jati diri. Jati diri hanya dapat direaliti hanya melalu perjuangan alif, baa,taa.

10 Budak Hitam


Lagu ini bukan zaman hip hop tapi zaman A-GO-GO 67….Lagu ni khas untuk kumpulan blogger yang menamakan kumpulan mereka 10 sibudak hitam.

Seorang pegawai kemas telah memaklumkan bahawa mereka ada merancang untuk membina satu blog yang bernama 10 budak hitam. Mereka mempunyai misi dan visi sendiri sesuai dengan tugas mereka yang berjawatan sebagai pegawai kemas.

Tiba-tiba belum apa-apa muncul satu blog yang posting pertamanya telah membelasah YB Zahir Adun Kawasan Kamunting dan selang beberapa hari, YB Midah Sungai Rapat pula menjadi habuan mereka

Apabila nama TM dikaitkan dalam beberapa entry dalam blog tersebut, TM menerima banyak email, sms dan FB yang bertanyakan siapakah individu yang mendokong blog 10BH.

Berdasarkan posting dalam entry pertama yang menghentam YB Zahir, kita dapat menghidu mengapa artikal tersebut ditulis. Gaya penulisan, lenggang lenggok kita tahu matlamat dan asas perjuangan blog tersebut.

Demi kebaikan eloklah segera tarik handbrake dan jangan ada agenda tersembunyi. Kalau sudah bosan dan benci dengan kerajaan eloklah letak jawatan sahaja. Ada ramai lagi anak-anak lepasan universiti yang bersedia mengisi kekosongan.

Apabila TM enggan membuat pautan kepada blong TM dan mempersoalkan kenapa YB Zahir dijadikan punching bag. kini 10 budak hitam seolah-olah mengisytiharkan perang terhadap TM.

Tak mengapalah. TM tidak mengambil hati terhadap atau terasa hati dengan kumpulan budak 10. Kalau rasa nak berkawan dengan TM silakan. Kalau rasa nak buat musuh dengan TM pun silakan.

Tanpa Nama berkata…

Bro, mike nak KJ jadi mcmana? KJ ada caranya dan dia dipilih oleh majoriti perwakilan. Sejak mike bertuankan parpu inilah jadinya.

Adakah bila pemuda berarak di jalanan dan merusuh dijalanan itu dinamakan pemuda yang berani? Adakah bila pemuda merusuh itunamanya pemuda berani?

Gunakanlah cara diplomatik, tak semestinya api dibalas dengan api bro, airlah pelemahnya. Kepala hotak mike dan parpu dan diSET untuk menghentam KJ, dari itu apa yang KJ buat semuanya kome anggap salah dan lemah.

Jangan jadi bodoh dan jangan mudah dikudakan oleh parpu. TM, kerana artikel haramjadah mike nie mmg aku tak ingin ke program UMNO Perak 3hb nie.

JANGAN INGAT KJ TAK ADA PENYOKONGNYA.

Dari blog 10 BH;

Ini pula cerita tentang seorang teman blogger yang 10SBH kira senior dikalangan bloggers-bloggers di Perak. Suatu ketika dulu, TM, bukan TELEKOM MALAYSIA tetapi TAIPINGMALI dilihat sebagai blogger yang berhemah penulisannya. Semua itu, cerita lama, cerita baru di tahun baru, Bro TM kita telah banyak berubah.


Isu tentang YB Khairy juga turut dimanipulasikan oleh Bro TM kita. Persoalan yang 10SBH ingin ajukan, Apakah hak Bro TM untuk membezakan corak kepimpinan YB Khairy dan DS Dr. Zambry? Sayang Bro TM yang disangkakan celik, rupanya BUTA… Tidak tahu membezakan corak kepimpinan kedua-dua tokoh tersebut. Cukuplah Bro TM, tumpulah pada Negeri Perak sahaja. Usah DILAGAKAN kedua pemimpin ini.

Disini 10SBH ingin mengingatkan kepada Bro TM agar segera menjawab persoalan yang telah dijanjikan sendiri oleh Bro TM kepada 10SBH untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu YB Zahir.

10BH sebelum ini telah menyerang dua Adun Perak, tiba-tiba bila TM menulis sedikit mengenai KJ, 10 BH melenting. Ingat 10 BH yang mempunyai rekod menghentam dua Adun akan terus menyokong dan menyambut bola tanggung untuk menghentam KJ.

Tindakan 10 BH telah mendedahkan identiti mereka secara tanpa sedar. Kalau 10 BH menuduh TM cuba melaga-lagakan KJ dan Dr Zamry , kenapa 10BH sanggup melaga-lagakan YB Zahir dan memburukkan YB Midah.

serangan 10BH terhadap YB Zahir

Belum reda kisah YB kita yang seorang ni tentang perilaku beliau yang mementingkan ke’elitan’ cara hidup apatah lagi setelah menjawat Exco Pendidikan. Terbaru, cerita yang saya dapat dari pakguard lebih panas, lebh hangat dari sebelumnya.Jika sebelum ini, YB ZAHIR dikatakan sedang melobi untuk jawatan KETUA PEMUDA PERAK (kenapa KPP masih berdiam diri?)

Dah terdengar yang YB ZAHIR ni menyalahgunakan peruntukan yang diberikan kepada EXCO. Peruntukan yang diberikan kepada ADUN. Apa yang saya faham, peruntukan-peruntukan tu sepatutnya YB salurkan kepada rakyat, kepada mereka yang benar-benar memerlukan, bak aspirasi DS Najib PM kita dengan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Jika hanya peruntukan yang YB gunakan untuk melobi jawatan KETUA PEMUDA PERAK membawa kepada kesalahan yang serius, yang tak seronoknya, untuk menjawat jawatan KETUA PEMUDA PERAK ni, YB ZAHIR bertindak sampai menipu DS Dr Zambry dengan mengatakan ada 14 KETUA PEMUDA BAHAGIAN menyokong beliau. Tak cukup dengan menipu MB, KP Bahagian-Bahagian juga YB ZAHIR pusing cerita mengatakan KONONNYA, MB bersetuju agar beliau menggantikan MASLIN SHAM. Tak terfikirkah dengan perbuatan sebegini, ianya menimbulkan kekeliruan .

Apa YB ZAHIR lupa kah bahawa untuk melantik KETUA PEMUDA NEGERI, haknya adalah kepada KETUA PEMUDA MALAYSIA selepas berbincang dengan PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN NEGERI.YB sedar tak yang sebenarnya YB bertindak dalam memecah belahkan serta meniup perasaan berpuak-puak apabila membuat cerita yang sedemikian rupa. Cukuplah berpuak-puak semasa pemilihan yang lalu. Jangan ditambah perasaan dan semangat itu.

Tidak cukup dengan jawatan KETUA PEMUDA PERAK yang terbaru untuk jawatan KETUA BAHAGIAN TAIPING. YB ZAHIR dikatakan giat menggunakan peruntukan yang diberikan dengan melobi Ketua-Ketua Cawangan di Bahagian Taiping dalam memastikan kemenangan YB untuk pemilihan yang akan datang. Almaklumlah, Dato’ Shalimin pun lebih muda setahun dari YB ZAHIR.YB, YB.Age is just a number YB.Buktikan yang YB benar-benar layak, benar-benar boleh bekerja.Kalau setakat syok sendiri, merasakan YB lebih hebat dari semua orang, hentikanlah. Takut nanti, YB malu sendiri.

Dengar-dengar cerita, YB ZAHIR merasakan beliau lebih hebat dari Dato’ Ketua Bahagian Taiping yang ada sekarang ni. Di mana hebatnya YB ZAHIR kalau PEMUDA TAIPING pun tak pernah dilihat kekuatannya.tak nampak kebersatuannya. Jangan masuk bakul, angkat sendiri YB ZAHIR oi…biarlah rakyat yang menilai.

(ayat di atas mengesahkan 10BH melaga-lagakan kepimpinan Umno Taiping)

Jangan nak berkahayal lagi YB. Jangan nak ‘high’ sendiri, lebih baik masa yang ada ni digunakan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Sebelum terlewat, sebelum terlambat. Sedar-sedarlah YB ZAHIR!!!

Jangan lah ada dua standard. kalau nak balun semua YB jangan pilih-pilih. Orang ini boleh , orang ini tak boleh.

Apa kah kerana TM membuang logo BPN maka TM dihentam? Ya. BPN pada awal penubuhan mestilah bertaraf penaja dan pemilihan semula jawatankuasa hendaklah dibuat serta ia perlu di daftarkan dengan ROS, jika tidak ia tidak sah dari segi perundangan.

Apabila menjadi satu pasukan yang sah dibawah akta pertubuhan maka ia akan mempunyai barisan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab terhadap ahli dan yang penting ialah kewangan yang sah. Ada bendaharinya , ada akaun yang sah.

Aliran keluar masuk wang dapat berjalan secara betul dan telus. Ahli-ahli juga boleh menyumbangkan wang untuk menggerakkan BPN bagi menjayakan programnya. Jika ada derma dan bantuan kewangan maka wang akan dimasukkan ke dalam akaun yang sah.

Hari ini kita tidak tahu ada atau tidak sumbangan kewangan yang masuk dari mana-mana pihak kepada BPN. Jika ada bagaimana ia dibelanjakan.

Oleh kerana tidak ada perubahan dalam BPN dan ahli terpaksa akur dengan syarat-syarat yang ketat yang dibuat oleh badan yang mentadbir dan kerana tiada masa untuk masuk bersidang dalam forum BPN , TM merasakan sudah tiba masanya untuk keluar dari kumpulan BPN. Maka TM tidak terikat dengan perbalahan pro sana dan pro sini seperti yang sedia maklum.

Kembali kepada Kemas. Sewaktu PRU 12 yang terdapat segelintir guru-guru kemas yang mengajar tadika Kemas telah belot dan menentang kerajaan. Ini bertentangan dengan janji mereka sewaktu menerima tugasan dahulu.

Akibatnya bila tadika kemas ditutup mereka kehilangan pekerjaan. TM berharap pegawai kemas yang ada hari ini perlu dipantau dan jika perlu satu tindakan pemutihan diadakan. Mereka perlu disaring. Jika ada yang perlu pecat maka hendaklah disegerakan sebelum PRU 13.

KHALID IBRAHIM GAGAP DI MAHKAMAH



Satu Laporan Polis dibuat oleh YBhg Dato Haji Zainal Abidin Bin Haji Sakom selaku Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor pada hari ini Jumaat 29hb. Januari 2010 jam 10:00 pagi di IPD Shah Alam, Persiaran Damai, Seksyen 11, Shah Alam ke atas YAB Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim berhubung
“FITNAH YANG DILEMPARKAN OLEH TAN SRI KHALID IBRAHIM TERHADAP YBK”.

Ambik kau ……

ILHAM MEWUJUDKAN INKUBATOR DALAM BLOG


Baru-baru ini TM telah berbincang dengan seorang rakan blogger. Hasilnya ialah satu cetusan idea untuk membentuk satu ruang yang disebut inkubator.

Konsep ini ada diambil dari hasil lawatan TM bersama Biro Ekonomi Pemuda Umno Perak sewaktu Taman Teknologi Bukit Jalil di perkenalkan. Ketika itu taman tersebut beroperasi di Bandar Tun Razak sebelum berpindah ke tapak sekarang di Bukit Jalil.

Tujuan taman teknologi ialah untuk melahirkan usahawan-usahawan Malaysia terutama bumiputra yang mempunyai idea dan produk untuk dipasarkan tetapi menghadapi masalah pemasaran. pembungkusan , modal, networking dan sebagainya.

Oleh itu mereka dikumpulkan dalam satu taman dan segala bantuan dihulurkan oleh pakar-pakar yang ada samada dari universiti atau mereka yang sudah berjaya.

Apabila pengusaha ini berjaya dan telah kukuh maka mereka akan dikeluarkan dari taman tersebut untuk berdikari.

Konsep inilah yang cuba diterapkan dalam penulisan blog. Kita faham apabila sesuatu laman blog dimulakan ia memerlukan tapak sebagai suapan untuk memperkenalkan blog mereka kepada umum.

Hari ini ada blog yang sudah lama muncul tetapi masih belum ada rank didalam alexa.com, malah jika ada pun ia berada diranking ke 25 juta. harapan TM ialah untuk membantu rakan-rakan baru atau blog baru supaya dapat menguasai media ini. terutama untuk menghadapi PRU 13.

Blogger-blogger Pas sudah lama bertapak dan telah berjaya menguasai media ini dan pengaruh mereka cukup besar. blog perisik rakyat berjaya mengatasi blog-blog lain baik dari pihak PR ataupun BN.

Harapan TM supaya tuan-tuan pengendali blog dapat membantu mereka yang baru.

  1. Malaysiakini 3,571
  2. Utusan Malaysia 5,115
  3. Berita Harian 6,466
  4. Malaysia Today 11,562
  5. Harakah Daily 14,876
  6. Tun Mahathir 55, 565
  7. Lim Kit Siang 102, 345
  8. Perisik rakyat 166,440
  9. Rocky’s Bru 166,524
  10. Agenda Daily 186,92
  11. Albanjari 214, 555
  12. 1Malaysia 244, 670
  13. Parpu kari 247,457
  14. Unspinner 325, 598
  15. GAP 419, 515
  16. AIDC 442, 230
  17. RBF 510, 311
  18. Kadirjasin 533, 210
  19. Dap 643,442
  20. Suara Keadilan 659,716
  21. Dr Novandri 696, 689
  22. Blog Nik Aziz 698, 864
  23. Depa kata 724, 330
  24. Gomo 763, 403
  25. Taipingmali 933,920 ptg ini 29/1/10
  26. Amin AMK 1,035,637
  27. Neutraldaily 1,219,971
  28. Umno Online 1, 323, 204
  29. Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan 1, 747, 401
  30. Anwar Ibrahim 1,886,681
  31. Unit Media Baru 1,988,264
  32. Panglima Perang Cyber 2,026,567
  33. KJ Rembau 3,029, 352
  34. Dewan Pemuda Pas Perak 3, 388, 72

LARIAN ANWAR SUDAH SAMPAI KE GARISAN PENAMAT


Anwar dilanda kemurungan , stress dan anxiety;

Nampaknya mulai hari ini Anwar akan berkurung dalam rumah dan tidak akan mengadakan ciri ceramah perdana beliau.

Anwar juga sudah cukup penat seperti pahlawan kehabisan peluru. Senjata yang tinggal hanya air liur basi sahaja.

Anwar cuba mengheret kes liwat ke mahkamah syariah tetapi hakim bertindak bijak dengan menangguhkan kes sehingga kes selesai disebut di mahkamah sivil.

Adalah tidak betul sekiranya mahkamah syariah membuat keputusan siapa salah dan siapa betul tentang kes qazaf tanpa menunggu kes liwat selesai dibicarakan.

Sebagai contoh untuk dikaji ialah kes deraan Nirmala Bonat. Setelah selesai kes jenayah majikannya , Nirmala menfailkan saman terhadap majikannya dan kes akan berjalan mengikut kesesuaian dan ketentuan mahkamah.

Esok Sabtu adalah hari Cuti Thaipusam dan Isnin ialah Cuti Hari Wilayah dan keesokannya ialah 2 Februari , kes Anwar vs Saiful akan bermula tanpa gagal.

Persoalannya ,

Apakah tindakan Anwar. Adakah Anwar akan menggunakan 10 ribu pemuda Pas yang akan berhimpun di Perak mulai esok sebagai perisai terakhir untuk mengelakkan diri daru hadir ke mahkamah, atau akan menyembunyi diri di kedutaan Turki lagi, atau akan bersama Ayah Pin untuk naik ke langit.

berikut adalah petikan Utusan Malaysia;

Kes liwat: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan terakhir Anwar
29/01/2010 11:12am

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan terakhir Ketua Pembangkang, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting pendakwaan dalam kes liwatnya.

Perbicaraan kes liwat Anwar selama sebulan sepatutnya bermula pada 25 Januari lalu, tetapi ditunda kepada 2 Februari ini atas arahan Mahkamah Persekutuan.

Ia bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya hari ini berhubung rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan semua dokumen penting bagi tujuan pembelaannya. – Utusan