ADA RAKYAT PERAK MENGUGUT KERAJAAN UNTUK DAPAT TANAH


Berikut ialah satu bentuk ugutan kepada kerajaan Perak untuk mendapat hak milik tanah. Tanah yang mereka duduki adalah hak milik kerajaan yang mereka teroka dan mendiaminya secara tidak sah.

Kata 11 penduduk, mereka  telah lama tinggal ditempat tersebut dan ingin mendapatkan geran tanah.  Mereka sepatutnya berterima kasih kepada kerajan kerana tidak menghalang dan tidak menghalau mereka dari tanah tersebut.

Oleh yang demikian mereka patut berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan mereka tinggal di situ. Kalau nakkan  geran pun mohonlah secara betul dan tertib, bukan dengan ugutan. Ramai lagi setinggan dan orang melayu yang tak ada tanah, tak bising pun.

Ini lah sikap sebahagian penduduk yang semuanya mahukan percuma. Mereka tak tahu adakah tanah tersebut akan termasuk dalam projek kerajaan dimasa akan datang?

Berikan kami geran tanah

KAMPAR – Kesabaran penduduk di Kampung Sultan tidak dapat ditahan lagi apabila permohonan mendapatkan kelulusan geran tanah yang diduduki sejak sekian lama masih tidak mendapat perhatian.

Lantas, penduduk mengambil keputusan mengetengahkan masalah mereka kepada Sinar Harian supaya rintihan mereka didengari.

Penduduk, Abd Hamid Musa berkata, sebanyak 11 keluarga dari Kampung Sultan masih belum mendapat kelulusan walaupun sudah memohon sejak dahulu lagi.

“Kami telah memohon geran sejak berpuluh tahun lalu tetapi tetap tidak mendapat hak walaupun sudah menetap di sini sejak 1955.

“Permohonan dibuat sejak merdeka, tetapi sehingga sekarang belum mendapat kelulusan,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Hamid berkata, kebanyakan penduduk adalah warga emas dan mereka tidak mampu berpindah serta memulakan hidup baru di kawasan yang ditetapkan.

“Mereka mahukan kami berpindah ke satu kawasan baru sebab itu permohonan geran tidak diluluskan.

“Bayangkan penduduk kebanyakan sudah berumur dan mempunyai kekangan dari segi kewangan jika ingin memulakan hidup baru seperti yang diminta kerajaan,” katanya.

Dia berkata, sejak menetap di situ, mereka masih menjelaskan bayaran lesen menduduki sementara, bagaimanapun pada 1993, bayaran itu tidak lagi dikutip.

:Bagi :Ooi Cheng Guan:, dia adalah generasi ketiga yang menetap di kampung itu, tetapi masih belum mendapat kelulusan menduduki biarpun sudah memohon beberapa kali.

“Jika kerajaan minta kita berpindah ke satu tempat yang baru, kita tidak setuju kerana di sini adalah asal-usul keluarga, kita lahir di sini,” katanya.

M Nagammah pula berkata, sejak berkahwin dan mempunyai sembilan anak, di situlah tempat tinggal mereka sekeluarga.

“Kalau kami semua perlu berpindah ke lot tanah baru, kami rasa sudah tidak mampu kerana sudah lama membina penempatan di sini.

“Kenapa mereka tidak mahu meluluskan sahaja permohonan kami padahal sehingga kini kami masih membayar cukai sebanyak RM75,” katanya.

Dalam nada yang sama, S Meenachi berkata, keluarga suaminya sudah lama menetap di situ dan sudah banyak menghabiskan duit untuk membaiki rumah mereka.

“Kalau dikatakan tidak selamat di sini, tak pernah berlaku apa-apa pula dan kami juga rasa tiada masalah kalau kelulusan diberikan kepada kami.

“Kami berharap mereka tak pindahkan kami kerana kami rasa di sini selamat. Saya sudah 23 tahun tinggal di sini tetapi tiada masalah pun pernah berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua MCA Bahagian Kampar, Chang Gwo Chyang berkata, melalui maklumat yang diterima daripada pihak Pejabat Tanah dan Daerah, permohonan mendapatkan geran tidak diluluskan kerana kawasan penempatan di situ dikategorikan sebagai rizab sungai.

“Kelulusan mendapatkan geran ini tidak diluluskan memandangkan kawasan perumahan yang dibina penduduk berdekatan dengan sungai,” katanya ketika hadir berjumpa penduduk Kampung Sultan bagi membantu mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong berkata, walaupun kawasan itu dikategorikan sebagai rizab sungai, tetapi pihaknya akan cuba membantu 11 keluarga yang membuat permohonan dan sudah menetap di situ berpuluh tahun lamanya.

:“Permohonan ditolak disebabkan prosedur tertentu iaitu berdasarkan aspek keselamatan di mana kedudukan rumah berhampiran sungai. Bagaimanapun, kita akan cuba menyuarakan rintihan penduduk kepada pihak yang sepatutnya,” katanya.

Ketua MIC Cawangan Jalan Iskandar, M Gnanamuthu pula berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan MCA Kampar membawa masalah itu ke pengetahuan pihak bertanggungjawab.

“Sebelum ini, penduduk sudah pun menghantar kertas kerja kepada pejabat Menteri Besar dan sudah pun menerima maklum balas berkaitan perkara itu.

“Bagaimanapun, pihak kami akan cuba membawa perkara ini sekali lagi ke pengetahuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya rintihan mereka didengari dan diberi tindakan sewajarnya,” katanya.

Utusan Malaysia Online – Politik


Utusan Malaysia Online – Politik

Turun Padang dan balik kawasan. 
Ingat tu WR dan KB.

PKR PULAU PINANG SEMAKIN LINGKUP


Selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin, malam ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno.

“Atas dasar mempertahankan pegangan serta perjuangan agama, bangsa dan negara, saya mengumumkan penyertaan dalam Umno dan keluar PKR kerana hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam mempertahankan Islam,” katanya.

Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sebagai Presiden Umno, beliau menerima Fairus dengan senang hati kerana tahu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu mengambil keputusan atas dasar prinsip dan dasar, bukan kerana jawatan atau ganjaran.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR yang gagal mempertahankan prinsip asas, iaitu memperjuangkan dan menaikkan martabat serta kesucian agama Islam.

“Saya percaya Fairus mempunyai keyakinan yang besar kepada perjuangan Umno dalam membela agama, bangsa dan negara.

“Malah, penyertaan Fairus adalah sesuatu yang bersejarah kerana beliau pemimpin kanan PKR yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri,” katanya.

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim mengesahkan beliau sudah keluar daripada parti itu beberapa hari selepas meletakkan jawatan tersebut pada 7 Januari lalu. Beliau bagaimanapun menolak sebarang kemungkinan akan menyertai UMNO atau mana-mana parti politik lain kelak.
“Saya sudah pencen politik. Tiada rancangan atau cadangan untuk masuk mana-mana parti politik selepas ini.
“Lagipun saya dahulu bukan dari bidang politik dan cuma mahu berkhidmat (untuk rakyat),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Beliau berkata demikian mengulas desas-desus bahawa beliau keluar dari PKR dan akan menyertai UMNO.
Pada 7 Januari lalu, Salehuddin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR yang dipegangnya sejak April 2008 atas alasan peribadi.
Menurut beliau, surat memaklumkan niatnya untuk keluar dari PKR dihantar sekitar satu atau dua minggu selepas peletakan jawatan itu.

Utusan Malaysia Online – Berita Utama


Utusan Malaysia Online – Berita Utama-

BILA YB ZUL BERSUARA-PKR DAN PAS SUNYI SEPI-BAGAIKAN IKAN KELI DIBUBUH GARAM

Janji Pakatan Haprak dari WBHIM (klik untuk blog asal)


Berikut adalah janji-janji Pakatan Rakyat Selangor semasa pilihanraya ke-12 dahulu:
  1. Janji potongan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk premis kediaman dan 10 peratus untuk premis perniagaan.
  2. Elaun tadika RM50 seorang setiap bulan
  3. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanak sebanyak RM75 seorang setiap bulan.
  4. Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
  5. Elaun khas ibu tunggal.
  6. Bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin.
  7. Bantuan geran untuk perniagaan.
  8. Sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.
  9. Rawatan percuma untuk warga Selangor berusia 60 tahun ke atas.
  10. Bantuan masuk universiti.
Namun apa yang kita disajikan adalah:
  1. KY Jelly dan spender Levis percuma untuk Saiful Buhari.
  2. Sesi bergambar percuma bersama EXCO Selangor Elizabeth Wong.
  3. Duit zakat nak dibedal.
  4. MB berhutang dan sehingga sekarang belum bayar lagi.
  5. Arak bukan beer – bak kata Ronnie Liu.
  6. Premis urut semakin bertambah.
  7. Seks satu sedekah dan bukan rasuah.
  8. Projek babi mega dan Kuil besar.
  9. ADUN boleh langgar orang sebab tidak mampu upah driver
  10. Kek RM 5 ribu percuma untuk orang yang boleh jamin syurga.
  11. YBK jadi KGS ( Khalid Gagap Sokmo)
Ke ada yang nak tambah lagi? Silakan.

TIADA ROMBAKAN EXCO PERAK: DR ZAMRY


TAIPING: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata tiada sebarang rombakan barisan Exco negeri akan dilakukannya dalam waktu terdekat memandangkan Exco berkenaan memegang portfolio masing-masing dalam tempoh yang agak singkat.

Sebaliknya, beliau berkata barisan Exco sedia ada akan diberi satu tempoh masa yang bersesuaian untuk membuktikan keberkesanan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ke atas mereka dengan sebaik-baiknya.

“Ada satu jangka masa yang saya berikan kepada mereka dan selepas itu baru saya akan buat penilaian. Buat masa ini saya tidak membuat penilaian mutlak tetapi mereka terus dipantau dalam melaksanakan tugas-tugas mereka berdasarkan kepada KPI yang telahpun ditetapkan kepada mereka,”

Beliau diminta mengulas sama ada akan melakukan rombakan barisan Exconya seperti akan dilakukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dr Zambry berkata mungkin ada di kalangan Exco sedia ada menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan namun beliau percaya barisan exconya mampu melakukan penambahbaikan prestasi masing-masing dari semasa ke semasa.

Katanya beliau juga masih belum mempunyai perancangan untuk menambah bilangan Exco daripada enam orang ketika ini kepada 10 orang yang menjadi kebiasaan bagi kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau juga menepis dakwaan pihak tertentu bahawa portfolio yang dipegang oleh barisan Exco ketika ini adalah satu beban buat mereka dan sebaliknya menegaskan bahawa ia bergantung kepada sejauh mana berkesannya seseorang exco itu menguruskan portfolio masing-masing.

Dr Zambry pula adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Barisan exco Perak ketika ini adalah Datuk Hamidah Osman yang juga Exco Kanan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita; Datuk Ramly Zahari (Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air); Datuk Dr Mah Hang Soon (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Datuk Saarani Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan); Mohammad Zahir Abdul Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi Paharudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan).

Semua exco mengangkat sumpah di depan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 10 Februari 2009.

DAJAL LUPA DIRI


Celaka sungguh dajal ini. dengar apa dia cakap. Umno 50 tahun gagal mendidik asas Islam kepada umat Islam di Malaysia. Hahahaha….gelak besar aku malam ni dengar dajal bercakap…16 tahun dia dalam Umno sampai jadi TPM dia buat apa? buat rasuah. buat rumah 3 ker 4 juta ringgit. Songglap duit rakyat. Curi duit rakyat. dah 12 tahun jadi orang gila, duit makin banyak. Mana datang duit? mestilah duit dia cilok masa jadi menteri.

ANWAR MAKIN GILA MEROYAN


Sabtu 27 Feb 2010,wajah Anwar makin teruk, makin dimakan sumpah. Cakap merepek berulang-ulang kali macam dajal saja…

NIK AZIZ MARAH DAH KAT ANWAR


Poknik maroh dah, ajak ayam itik sembahyang hajat dan suruh Anwar bersumpah….Patutlah solat hajat minggu lalu PokNik tak turun….Makin lembut lututlah Anwar.

BN JUARA RAKYAT


Taiping 27 Februari – Bertempat di Padang Awam Kampung Boyan, Barisan Nasional Taiping bersama JKKK Kg Boyan dan Mayang  telah berjaya mengadakan satu program Juara Rakyat.

Dato Shalimin selaku Pengerusi BN Taiping sekali lagi menjemput  Dato Seri Dr Zamry Menteri Besar Perak  untuk hadir dan memeriahkan majlis tersebut.

Semalam, Dato Seri sehari suntuk berada di Taiping untuk program Maulidur Rasul peringkat negeri, menyampaikan bantuan dan penyerahan kunci rumah PPRT di Changkat Ibol. Program terakhir beliau semalam ialah walk about di pasar malam Bukit Gantang.

Dalam program Juara Rakyat tadi, pelbagai program telah disediakan untuk penduduk setempat dan tetamu yang hadir.

Pelbagai gerai pameran oleh jabatan kerajaan dan swasta  disediakan oleh penganjur untuk  pameran dan sebagai sumber maklumat kepada rakyat.

Bagaimanapun tetamu lebih tertumpu kepada ucapan oleh Menteri Besar yang mengupas isu-isu semasa.

Dr Zamry dalam ucapannya menyebut Kerajaan yang ada akan membantu semua kaum tanpa melihat warna kulit dan bendera politik.

Beliau juga berbangga melihat sambutan rakyat dari pelbagai kaum sama-sama duduk semeja untuk memeriahkan majlis. 

Beliau juga mengulang bahawa Dato Ngeh Kor Ham juga banyak dibantu oleh Dr Zamry sewaktu beliau menjadi Exco Perak dahulu. baginya yang penting ialah bantuan kerajaan sampai kepada rakyat di bawah.

Oleh itu pihak pembangkang tidak perlu mengugut dengan bermacam-macam permintaaan untuk bekerja sama dengan kerajaan sekarang.

Dalam majlis ini Dr Zamry juga menyampaikan cek bernilai RM 230 ribu bantuan Kerajaan Persekutuan untuk rumah orang-orang kurang upaya ( OKU/Berida) di Simpang Taiping (kawasan P59 Nizar).

Pihak BN Taiping juga memohon peruntukan 3.5 juta ringgit untuk mengatasi masalah banjir di Taiping.

Esok Ahad 28 Feb Dr Zamry akan berada di Manjung dan Pulau Pangkor untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina.

ANWAR YANG CUKUP CUN


PKR PERLU AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANWAR


 

_734897_anwar150

TM menyokong kenyataan Rais Yatim supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang disifatkan sebagai satu cadangan semata-mata.

Pakatan Rakyat sepatutnya memecat, menggantung atau melucutkan kedudukan Anwar sebagai Ketua Umum PKR kerana beliau terlibat dengan pendakwaan di mahkamah.

Paling tidak majlis disiplin PKR hendaklah menghantar surat tunjuk sebab kepada Anwar kenapa tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadapnya. Jawatan kuasa juga perlu bermesyuarat bagi menentukan apakah jenis hukuman yang perlu diterima oleh Anwar.

Apa yang berlaku hari ini dalam PKR ialah mereka begitu berminat mencari kesalahan dan mengenakan hukuman kepada orang bawahan sahaja seperti YB Zulkifli Nordin. Sedangkan tuduhan mahkamah terhadap Anwar lebih besar berbanding kesalahan YB Zul.

PKR harus berani mengambil tindakan kepada Anwar, jika tidak PKR boleh dianggap sebuah parti milik Anwar sdn bhd dan  tidak wujud istilah demokrasi.

Dalam ceramah Anwar sering menidakkan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Anwar juga sentiasa melaungkan slogan Reformasi bagi mengembalikan demokrasi kepada rakyat.

Apakah sistem yang digunapakai selama ini dalam menentukan corak pemerintahan? Aapakah ia tidak cukup demokrasi sehingga 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang?

Sebenarnya Anwar hanya menipu rakyat untuk menyokongnya menjadi MAHARAJA di Malaysia yang penuh dengan imuniti.

Anwar sebenarnya mahukan kuasa yang besar daripada seorang Raja. Besar seperti Ultraman, Spiderman, Superman atau lain-lain ikon Freemason yang selalu ditonjolkan dalam filem barat.

Watak yang tidak boleh kalah atau mati , tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah. Ingat jika Sultan bersalah pun masih boleh dibicarakan di Mahkamah Khas. Ini kan pula mangkuk bernama Anwar.

Anwar sebenarnya mahu mengangkat dirinya sebagai seorang diktator di Malaysia yang mempunyai kuasa seperti diktator-diktator dunia sebelum ini.  

SULTAN AZLAN SHAH: UMAT ISLAM HARUS CERMIN DIRI


TAIPING: Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah umat Islam di negara ini wajib merenung ke dalam diri dan melihat sama ada mereka mempunyai kekuatan untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat.

Baginda bertitah umat Islam juga harus bertanya kepada diri sama ada mereka mampu bersatu mempertahankan maruah bangsa dan agamanya.

“Sudahkah umat Islam di negara ini berada dalam kedudukan boleh menjadi teladan kepada seluruh umat? Adakah umat Islam pada hari ini telah kukuh bersatu dalam mempertahankan maruah dan kemuliaan agamanya jika dipersendakan oleh orang lain?,” titah baginda ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dataran Perbandaran Taiping, di sini.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Puan Besar Tuanku Zara, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Sharipah Zulkifli.

Sultan Azlan turut melahirkan kebimbangan umat Islam akan terlalu mabuk dengan gelombang politik berkelompok sehingga menjejaskan masa depan serta kehilangan segala perkara yang menjadi hak kepada agama dan bangsa mereka selama ini.

Umat Islam di negara ini harus mencontohi para sahabat Rasulullah dan umat Islam pada era kegemilangan Islam kerana walaupun bilangan mereka kecil namun atas amalan disiplin dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah S.W.T, Islam berada di kemuncak, titah baginda di hadapan kira-kira 3,000 hadirin.

“Kerja yang diberikan akan disempurnakan dalam waktu yang ditentukan. Bila berjanji, janji dikota, bila berhutang, hutang dibayar. Tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan dengan penuh amanah lagi ikhlas dalam semangat fardu kifayah, semata-mata atas nama Allah yang Maha Esa.

“Mereka tidak berpura-pura, tidak bersifat lain di hadapan lain di belakang. Mereka mempunyai kekuatan (untuk) menegur yang salah dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik,” titah baginda.

Sultan Azlan bertitah umat Islam pada ketika itu mencontohi amalan hidup mulia Rasulullah yang telah memperlihatkan sebenar-benar teladan untuk disaksikan ummah.

Sultan Azlan seterusnya meminta agar semua rakyat di negara menghormati kedudukan agama Islam yang telah diberi perlindungan di bawah Perlembagaan negara seperti mana agama-agama lain di Malaysia.

“Rakyat jangan sama sekali cuba mencetuskan sesuatu isu dan provokasi yang boleh menggugat suasana harmoni yang telah sedia terjalin di antara warga pelbagai kaum dan agama. Perbuatan-perbuatan bersifat provokasi berpotensi menjejaskan perpaduan warga dan ketenteraman awam,” titah baginda.

Pada sambutan itu, Sultan Azlan Shah turut menyampaikan anugerah ‘Tokoh Keluarga Mithali’ kepada Jurij Sulaiman yang membesarkan lima orang anak sehingga berjaya dalam pelbagai bidang, dan ‘Tokoh Pendakwah’ kepada Mohamad Hafiz Ng Abdullah yang merupakan pendakwah Islam sejak tahun 1992.

Selain itu baginda juga menyampaikan anugerah ‘Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat’ kepada Soed Ibrahim yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 30 tahun dan ‘Tokoh Pegawai Masjid’ kepada Abdul Rahim Abu Bakar yang masih aktif sebagai imam dan mengajar kelas agama.

TOK JANGGUT??? SIAPA TOK JANGGUT??


Tok Janggut merupakan pahlawan melayu Kelantan yang mati dibunuh oleh British, mayat di gantung kaki ke atas dan kepala ke bawah, badannya hancur ditikam dan ditembak. Sadaqa Al-Fatihah untuk arwah Tok Janggut. Kali ini tok janggut lain pula nak bercerita. nak tahu sila baca blog tok janggut.

Utusan Malaysia Online – Dalam Negeri


Utusan Malaysia Online – Dalam Negeri PAS PERALATKAN AHLI-AHLINYA DARI FELDA UNTUK MENENTANG KERAJAAN- PAS TELAH BERJAYA MENIPU PENEROKA DAN KINI MENGAJAK MEREKA MENENTANG MAJIKAN- INI AMAT BERTENTANGAN DENGAN HUKUM DALAM ISLAM.

Utusan Malaysia Online – Dalam Negeri


Utusan Malaysia Online – Dalam Negeri TEMBELANG RPK DAN KALIMULLAH MAKIN TERDEDAH DAN BUSUK….

Utusan Malaysia Online – Mahkamah


Utusan Malaysia Online – Mahkamah

Zambry fail saman RM100 juta terhadap Wan Azizah, Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan tiga lagi berhubung dakwaan penerbitan satu artikel berbaur fitnah di akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.

BERAKHIR SEBUAH LAGENDA DARI AMERIKA


Hummer merupakan kenderaan tentera Amerika yang telah banyak memusnahkan kehidupan umat Islam di benua Arab. Kedatangannya menggerunkan. Besar, tinggi dan garang. tetapi sgala kegarangannya tidak kekal lama. Berkat doa anak-anak yatim dan mangsa Hummer maka berakhir juga riwayatnya. Hari ini General Motor telah mengisytiharkan akan menghentikan pengeluaran dan menutup GM. Di Malaysia juga Hummer menjadi pilihan sesetengah manusia yang kaya dengan harga bermula 500 ribu ringgit . Bagaimana pun Hummer versi Malaysia agak kecil berbanding model asal.

MUSNAHKAN POKOK BERNAMA UMNO


Pokok besar bernama Umno sudah pun berusia 64 tahun jika di Amerika pokok tersebut adalah pokok redwood dan jika di Sarawak pokok tersebut ialah pokok belian dan di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini ialah Chegal atau Merbau. Ini merupakan  pokok-pokok besar, kuat dan berharga yang mendominasi sebahagian besar muka bumi, tingginya, besarnya dan tinggi harganya.

Umno bolehlah diibaratkan sebuah pokok. Pembalak sama ada halal atau haram berebut-rebut untuk mendapatkan kayu-kayu yang berharga ini. Jika di USA redwood juga yang semakin pupus kerana diburu oleh penyangak kayu. Di hutan Terengganu pun telah ditunjukkan kepada awam sebuah pokok cegal yang terbesar di Tanah Melayu tetapi dikhabarkan ia sudah ditebang. betul ker?

Pokok yang bernama Umno tidak boleh dibiarkan terus hidup yang menguasai bumi disekelilingnya. Ia perlu dimusnahkan. Pokok Umno paling liat nyawanya. Dibakar, di racun dikerat dan dirintis tidak juga mati.  Sukar untuk dimusnahkan. 

Usaha untuk membunuh pokok ini tidak pernah mati, sejak dimula berpucuk dan bertunas sudah ada usaha jahat untuk melenyapkannya dari muka bumi.

Bagaimanapun ia tetap gagah menongkat langit. Pembalak celaka ini pernah hidup dan kenyang di atas pokok tersebut.  Tetapi sejak tersungkur dan rebah kebumi kerana terlalu berangan-angan di dahan pokok ia menjadi seorang pendendam. Pokok Umno perlu dimusnahkan walaupun terpaksa menggunakan bom dan roket dari negeri atas angin.

PAKATAN RAKYAT TERMASUK ANWAR TAK SERANG PERIBADI NAJIB DAN ROSMAH KAH?


Kah Kah Kah….Baru tahu marah. Harakah, Suara Keadilan, Malaysia Today, Malaysia Kini dan lain-lain tu apa cerita, Tv Antara, TV Pas. Perak Network tv dan banyak lagi yang menabur fitnah tu apa cerita……hahaha,,,pandai pulak nak bermadah dan berhelah…sudah lah mangkuk…pergi tidur lah.

Previous Older Entries