BILA VC BERMASALAH IA PERLU DIGANTI BARU: SEGERA


Tahun 2008 menyaksikan Naib Canselor Universiti Malaya iaitu  Datuk Rafiah Salim ditamatkan tugas sehinggakan belia naik gila. Nampaknya tak lama lagi seorang lagi Naib Canselor akan ditamatkan perkhidamatannya. Jika betul TM mengucapkan tahniah kepada DS Najib.

Tuesday, November 18, 2008

Khidmat VC UM ditamatkan

Malaysiakini | Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa wujudnya prasangka jantina oleh kerajaan terhadap ahli-ahli akademik tempatan ekoran kontroversi selepas perkhidmatannya tidak disambung.

Sebagai wanita pertama dilantik sebagai naib canselor di negara ini, kontrak Rafiah tidak disambung dan beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu 48 jam sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.

Beliau dilantik menerajui UM pada bulan Mei 2006.

“Hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu, maka kita tidak bagus,” kata Rafiah kepada Malaysiakini di pejabat barunya di UM hari ini.

Bekas-bekas naib canselor UM – universiti tertua di negara ini – biasanya disediakan premis pejabat untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan.

Rafiah berkata ia amat menyedihkan kerana ada kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengajian tinggi dan “anda mengharap mereka bersikap lebih liberal dan maju dalam pemikiran mereka”.

Rafiah, 61, adalah bekas pensyarah undang-undang dan bekas penolong gabenor Bank Negara.

Ditanya mengenai dakwaannya tentang berlakunya prasangka jantina itu, Rafiah berkata beliau mendapat baru-baru ini bahawa naib canselor wanita diberi kontrak perkhidmatan selama dua tahun, sedangkan naib canselor lelaki mendapat kontrak tiga tahun.

Ini termasuk kontrak perkhidmatan penggantinya, Prof Dr Ghauth Jasmon.

“Tidakkah ini ( menunjukkan mereka) lebih yakin dengan lelaki berbanding dengan wanita,” soalnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: