KJ TIKAM BELAKANG NAJIB


Kalau korang nak tahu siapa dalang berita palsu Ketua Polis letak jawatan… jawapannya ialah KJ and Anwar’s other crony in cabinet…. nak sebut takut sebab dia jaga senapang

aku ada terbaca blog pembangkang menyebut yang menteri kanan kabinet Najib ada membangkitkan isu Musa Hassan… tetiba cerita keluar kat suratkhabar Cina….

pas tu tup tup keluar kat blog yang bunyinya macam direka oleh penyokong KJ…

Blog baru, baru sehari hidup tapi berani buat cerita yang terang terang bohong pasal Rosmah… siapa ada berani itu macam kalau bukan si Kitol

anyway kita baca dan tengok gambar yang dia gunakan kita tahulah siapa punya blog ni — nak CSI blog ni bukan susah sangat…anonymiser IP tu bukan foolproof ye tuan tuan

anyway our insider pun dah kerja overtime on this matter

sebab itulah ramai orang suruh Datuk Seri Najib cantas si kanser yang bernama KJ ni secepat mungkin

dia tak akan berhenti buat onar kepada ketua, kecualilah ketua tu Anwar atau dirinya sendiri

kita sudah tiada masa, ambil lah tindakan sebaik dan secepat mungkin

dari sini kita tahu lah yang KJ sedang berusaha tikam belakang Najib sebab dia tahu selagi Najib ada dia takkan dapat merasa duduk kerusi empuk menteri…. Kak Long tak suka dia


Monday, March 15, 2010

ROSMAH ‘ARAHKAN’ NAJIB SINGKIRKAN MUSA HASSAN!

OLEH SURIANI SURATMAN A.K.A PURDAH PUTIH

Sejak awal lagi apabila tercetusnya cerita mengenai Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara diarahkan untuk meletakkan jawatan, rakyat mudah mengagak bahawa arahan itu sebenarnya datang dari Isteri kepada Najib Razak sendiri, iaitu Rosmah Mansor (RM). Cumanya kali ini, RM terkena ‘buku dengan ruas’.

Sehebat macamana sekalipun RM, dalam isu ini RM akan tidak selesa punggung menerima hakikat bahawa pengawal-pengawal peribadi UTK yang sering mengikut beliau ke mana sahaja adalah orang-orang Musa Hassan.

Sekalipun Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin yang merupakan sepupu Najib dalam Buletin Utama TV3 jam 8.00 Sabtu malam lepas tidak mengaku bahawa Musa Hassan telah diarahkan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara, peristiwa selepas pertemuan enam mata di antara Najib, Hishamuddin dan Musa sebenarnya membuktikan bahawa perkara itu sememangnya berlaku sepertimana dilaporkan akhbar Cina dan media alternatif.

Cerita yang disampaikan oleh barua-barua RM menyatakan bahawa Musa Hassan pada asalnya dijemput datang bertemu PM di atas alasan untuk membincang soal negara. Tetapi Musa kemudiannya terperanjat apabila diserahkan sepucuk surat melantik beliau sebagai Duta Malaysia di Brunei Darussalam. Tawaran tersebut ditolak oleh Musa tanpa mengetahui hujung pangkal alasan mengapa perkhidmatannya perlu diberhentikan segera.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa Musa Hassan adalah satu-satunya Ketua Polis Negara sehebat Tun Haniff Omar. Kehebatan Musa berpaksi di atas kejayaannya menyatupadukan dan meraih sokongan kesemua ahli-ahli kontinjen-kontijen PDRM seluruh negara. Gara-gara sokongan itu jugalah, PDRM kembali bersemangat sehingga mengakibatkan kes-kes jenayah seluruh negara semakin menurun dan kes-kes politik sensasi termasuk kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjalan lancar dan seadil mungkin.

MUSA LEBIH CERDIK DARI GABUNGAN NAJIB – HISHAMUDDIN

Sememangnya Musa Hassan jauh lebih cerdik dari gabungan kecerdikan Najib dan Hishamuddin. Musa dengan tegas menyatakan keengganan beliau untuk meletakkan jawatan dan jika Najib-Hishamuddin mahukan beliau meletak jawatan juga, mereka perlu pecat beliau secara rasmi.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa panik ke atas Najib dan Hishamuddin kerana sesungguhnya mereka tidak menyangka bahawa Musa Hassan akan bertindak seberani itu ! Lantaran mereka menggunakan alasan bahawa Musa tidak bertanggungjawab kerana ia akan mengakibatkan impak negatif sehingga akan menimbulkan kacau-bilau di tengah-tengah suasana feel good rakyat terhadap kerajaan BN.

Senario panik itu melarat selepas Musa keluar dari perbincangan tersebut. Sesungguhnya suami Najib, RM amat bengang dan kecewa dengan kegagalan Najib mempengaruhi Musa untuk melepaskan jawatan. RM amat berang sehingga mengambil tindakan untuk berhubung dengan rangkaian bloggers barua-barua beliau yang akhirnya membuat cerita rahsia ini terbocor keluar dari rangkaian yang dipercayai RM itu sendiri.

MUSA TIDAK MAHU BERKOMPROMI DENGAN ROSMAH
Kes Altantuya baru sahaja reda. Itu pun akhirnya mengakibatkan hukuman mati ke atas anggota-anggota PDRM sendiri. Buat kali keduanya, Musa masih terus berhadapan dengan kerenah RM dalam kes Liwat Anwar terhadap Saifol. RM memang benar-benar mahukan Anwar dipenjarakan. Kehendak ini melampaui batas sehingga RM sebelum ini memaksa Musa untuk berkompromi kedudukannya agar kes ini berakhir dengan kemenangan untuk BN.

Seperti diketahui umum, RM akan menggunakan apa saja untuk memenuhi kehendaknya. Malahan isteri RM, Najib pun sering dikuda-kudakannya untuk apa saja. Sepatutnya Najib yang kuda-kudakan RM di atas katil, tetapi ini sebaliknya. Hari ini, sudah menjadi mainan mulut rakyat bahawa jika kita ingin memperolehi kontrak dengan kerajaan, jangan mimpi dapat kontrak tersebut melainkan dengan RM, bukan Ringgit Malaysia tapi dengan memeterai perjanjian syaitan dengan Rosmah Mansor!

Sedarilah bahawa RM hanyalah manusia biasa yang sebenarnya lebih rendah dari purata ketinggian mana-mana rakyat Malaysia. Cumanya, persepsi yang diolok-olokkan oleh barua-barua RM yang membuat dirinya digambarkan seperti gergasi garang. Garangnya RM sehingga membuat ramai termasuk KJ dan angkatannya teragak-agak mengatur langkah untuk mengenepikan kuasa ilusi RM itu sekalipun beliau telah ditidakkan sebagai Menteri Kabinet disebabkan desakan RM dalam keputusan Najib.

RANGKAIAN BARUA-BARUA ROSMAH

Sejurus selepas pertemuan Musa Hassan dengan Najib dan Hishamuddin, RM telah menggunakan rangkaian barua-barua nya untuk melakukan serangan ke atas Musa Hassan yang berdegil tidak mahu melepaskan jawatan Ketua Polis Negara itu.

Wan Ahmad Shihab Ismail, Pegawai Khas PM telah dipanggil untuk menjemput sekumpulan bloggers dan wartawan melalui Dato’ Ainon Mohd, Setiausaha Akhbar TPM untuk mencapai dua objektif. Pertama, mempertahankan keputusan Najib agar Musa meletakkan jawatan. Kedua, melancarkan serangan fitnah melalui media perdana dan alternatif ke atas Musa Hassan habis-habisan.

Cerita di atas dikongsi di dalam suatu perbincangan tertutup yang diketuai oleh Wan Ahmad Shihab dan Dato’ Ainon yang berjalan selama dua jam lamanya. 8 orang bloggers hadir. 4 bloggers pulang selepas mendengar penerangan Dato’ Ainon dalam tempoh 10 minit pertama.

Hanya bloggers barua yang sudah bersumpah setia dan diberi makan oleh RM seperti Parpukari, BigDogDotCom, Husin Lempoyang, Another Brick In the Wall dilihat masih duduk mendengar khusyu’ apabila bloggers lain meninggalkan perbincangan itu. Turut hadir adalah 2 wartawan NST (rakan karib Ainon), 2 Berita Harian dan 1 pegawai kanan tinggi TV3.

DUA BARUA UTAMA ROSMAH YANG MENERIMA GAJI BULANAN LUMAYAN

Wan Ahmad Shihab Ismail, Pegawai Khas kepada PM sehingga hari ini yang bekerja sejak Najib memegang kerusi TPM lagi.
Memang benar kata ulamak, iman sudah pasti tidak dapat diwarisi. Anak bujang terlajak kepada Dato’ Dr Fatma El Zahraa, hos Arrayyan Astro Oasis ini adalah barua utama kepada RM.
Memang benar, Wan Ahmad Shihab dibenci malah disisih ramai kerana perangai pelik beliau yang selalunya berpura-pura sibuk berhampiran meja-meja rakan sekerja padahal memasang mata dan telinga untuk RM di pejabat Najib. SUSK dan Setpol Najib pun tidak tahan dengan perangai Wan Ahmad Shihab sehingga memaksa mereka tidak bebas bekerja bila beliau berhampiran dengan mereka.
Bukan hanya saja berbuat-buat sibuk memasang mata dan telinga untuk RM, Wan Ahmad Shihab ternyata mempunyai sifat feminin cemburu yang melampau terhadap orang-orang kesayangan Najib terutamanya Omar Ong. Wan Ahmad Shihab beriya-iya benar mencari jalan untuk menghalau keluar Omar Ong dari pejabat. Usaha beliau berjaya akhirnya.
Di sebalik tingkahlaku pelik beliau dan isu status bujang terlajak yang sering menjadi tanda tanya rakan sepejabat, Wan Ahmad Shihab juga bekerja sepenuh masa sebagai ‘posmen’ RM untuk bertemu RM siang, malam dan di tengah pagi bila diperlukan RM. Tugas beliau untuk kononnya menguruskan sampul-sampul surat penting sama ada untuk dihantar ke RM atau diambil dari RM – 24 jam sehari, 7 hari seminggu sering menjadi tanda pertanyaan

Dato’ Ainon Mohd, bekas wartawan NST yang juga anak didik Datuk Kalimullah Hassan (Agen Perisik Singapura yang juga merupakan Penasihat KJ dan tokoh punca kecelaruan pentadbiran BN di bawah Pak Lah) sekarang ini adalah Setiausaha Akhbar TPM. Ainon adalah sahabat karib Wan Ahmad Shihab yang sering memberitahu semua orang bahawa beliau mendapat mandat serta kuasa dari RM. Selain dari menerima gaji dari TPM, Ainon secara senyap-senyap juga menerima gaji lumayan dari RM. Tugas Ainon adalah untuk memantau dan memastikan setiap pergerakan Muhyiddin Yassin dan isterinya, Norainee tidak melangkah bendul.
Jarang-jarang kita lihat bekas Setiausaha Akhbar menteri-menteri lampau diambil bekerja. Tapi dalam hal ini, Ainon sebenarnya pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada dua pemimpin lain sebelum ini – antaranya adalah Datuk JJ dan mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebagai Setiausaha Akhbar JJ, beliaulah yang telah berpecah kepala untuk menutup kes JJ yang dituduh meraba punggung pelayan wanita di Hilton, KL pada tahun 2008. Kejayaan menutup kes JJ itu memberi peluang kepadanya untuk menuntut darjah ” Dato’ ” atas cadangan JJ kepada Sultan Pahang.
Ainon juga pernah setia berkhidmat di bawah KJ untuk lebih setahun dan sekali lagi berperah keringat mempertahankan kedudukan Pak Lah agar tidak digulingkan di fasa setahun terakhir pentadbirannya sebagai PM.
Disebabkan rumahtangga yang bertambah retak dan komitmen untuk membiayai kereta dan rumah mewah, Ainon sentiasa sebenarnya telahpun meludah kahak pada boss nya seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini dengan boss-boss terdahulu. Sekarang ini juga Ainon sudahpun setuju menurut perintah RM untuk memberi laluan kepada Zahid Hamidi dan Hishamuddin sebagai TPM baru 2012.
Pengalaman negatif yang dibawa Ainon dari pejabat dua menteri terdahulu dipantau rapat oleh rakyat. Terutamanya dalam majlis-majlis terbuka, Ainon yang ditugaskan menjaga PR sebaliknya mempamerkan tabiat buruk kelakiannya yang suka menghisap rokok di khalayak ramai dan berlaga pipi mulut dengan lelaki apabila bertemu sekalipun sudah berumur lanjut, bersuami dan beranak ramai. Ini yang membuat rakyat terasa nak muntah melihatkan tingkahlaku buruk Setiausaha Akhbar TPM itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s