BUAYA GANAS MILIK PAS


Gambar ini menunjukkan seekor buaya putih yang bodoh dan kurus milik Tok-Tok Guru hamPas. Buaya ini pertama kali dibawa ke Hulu Selangor dengan tujuan untuk membaham YB. Kamalanathan tetapi buaya pelahap duit ini yang bernilai berjuta-juta jenis tak makan saman dan tahu untung.

Akhirnya dia membaham tuan nya sendiri. Bukan saja kuda racing malah dengan tuan-tuannya sekali kena baham . Kesian tengok lalat hijau yang bertenggek disebalik buaya yang kotor dan jijik. Jijik sejijik perasuah yang merasuah 4 juta ringgit.

Posted by Picasa
Advertisements

Majis Penyerahan Cek Dermasiswa


Kamunting- 30 April; YB Dato’ Mohd Zahir Dato Khalid Exco merangkap Adun Kamunting telah menyampaikan sumbangan dermasiswa Yayasan Perak kepada 206 orang pelajar IPT yang bermastautin dalam kawasan beliau. Pelajar yang membuat program ijazah mendapat RM 1000, Diploma RM 5oo dan Persijilan mendapat RM 300.

Dengan sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah untuk membeli peralatan untuk kemasukan ke IPT. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil Yayasan Perak dan juga wakil Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama En Omar Ibrahim.

Dalam ucapan ringkasnya Dato Zahir menegaskan bahawa negara sekarang berdepan dengan cabaran yang cukup tinggi dan kita tidak dapat menjangka apakah kejutan yang akan berlaku 15 atau 20 tahun dari sekarang. Tambahan beliau Tun Mahathir sewaktu melancarkan Wawasan 2020 beliau tidak menyangka akan kejutan yang berlaku hari ini. Eropah dan Amerika merupakan kuasa ekonomi yang kuat pun boleh runtuh sekelip mata. Politik dunia pun berubah tanpa diduga , begitu juga kepesatan ICT dan kerjaya.

Dari tahun 1990 hingga 2010 banyak benda baru yang kita lalui dan tidak pernah terfikir sebelum ini. Oleh itu pelajar yang bakal mewarnai dunia pekerjaan selepas keluar dari IPT diharapkan menjadi individu yang berpendapatan tinggi. Untuk itu pelajar hendaklah menyedia dan menyiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran khusus untuk berdepan dengan pekerjaan yang menggunakan ilmu dan kepakaran yang tinggi. Secara tidak langsung ia juga akan dapat melepaskan keluarga daripada kepompong kemiskinan. Kita harus menjadi masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Selain dari 206 pelajar yang menerima bantuan dari Yayasan Perak, 7 NGO juga telah menerima sumbangan kewangan untuk menjalankan aktiviti kelab dan pertubuhan mereka, antaranya ialah Kelab Motosikal Kuasa Besar Taiping, Kelab Kereta Kancil Taiping, Kelab 4×4 Taiping, Silat Gayung Helang Putih, JKKK dan lain-lain.

Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dan tetamu dihidangkan jamuan ringan. TM melihat ramai juga kalangan ibubapa yang terdiri daripada Lalat Hijau atau Orang Bulan yang hadir untuk menemankan anak-anak mereka menerima dermasiswa tersebut.

Dahulu sewatu TM menemuramah Dr Zamry mengenai bantuan zakat fitrah kepada fakir miskin , beliau juga berkata pihak kerajaan tidak akan melihat kepada parti atau sama aliran. Sesiapa yang layak akan diberi bantuan. Tak kira bendera apa, tetapi sebelum ini mereka tidak berbuat sedemikian rupa.

Sebelum ke majlis tersebut, TM berada di Pejabat Pos Taiping untuk urusan cukai jalan kereta. Di sebelah TM terdapat dua lalat hijau yang sedang bercakap mengenai Khazanah Negara yang mempunyai saham dalam syarikat perjudian dan kilang arak, salah seorang menokok ” Pos juga mengalami kerugian, tak pernah untung, apa depa buat pun tak tahu” Kedua-dua lalat hijau adalah pesara kerajaan.

Posted by Picasa

Pesakit Diabetis Menerima Kerusi Roda


Kamunting 30 April : Seorang warga emas Che Dah Mat Isa dari Rumah Awam Jalan Stesen , Kamunting sangat berterima kasih kepada YB Dato’ Mohd Zahir Dato’ Mohd Khalid Exco Perak merangkap Adun Kamunting yang sudi menyumbangkan sebuah kerusi roda kepadanya.

Che Dah telah dipotong kaki kirinya dari paras lutut. Sebelum ini warga emas tersebut telah menggunakan kerusi roda yang sudah uzur yang diberikan oleh jiran cinanya. Kerusi tersebut telah digunakan oleh suaminya yang telah meninggal dunia.

Che Dah mempunyai 7 orang anak tetapi kesemua anaknya berpendapatan rendah menurut warga emas ini. Buat masa ini beliau tinggal bersama dengan anak dan 3 cucunya.

Posted by Picasa

28+3 = 31


Setahun sudah pun berlalu kerajaan Perak bertukar tangan dari Pakatan Rakyat kepada kerajaan BN. Dato Seri Dr Zamry telah dipilih untuk mengetuai kuasa eksekutif BN dalam kerajaan, semuanya berlaku kerana 3 wakil rakyat Pakatan meninggalkan parti dan menyokong BN. 


Pada peringkat permulaan rata-rata menyebut  28+3. Kini setelah setahun nombor tersebut perlu ada penyelesaiannya, tidak boleh lagi tergantung. BN Perak hendaklah menyelesaikan masalah matematik tersebut dengan memberi jawapan kepada angka 31.


Isu Menteri Besar juga telah selesai di Mahkamah Persekutuan. Tuntutan Nizar untuk mendapatkan kembali kuasa eksekutifnya telah gagal. Oleh yang demikian Pakatan Haram terutama Nizar tak perlulah menuduh Dato Seri Najib mengetuai rampasan kuasa Perak. Nizar perlu insaf bahawa rezekinya untuk menjadi ketua negeri telah direntap oleh Allah. 


YB Muhd Osman Jailu, YB Jamaluddin dan YB Hee Yit Foong menjadi faktor penting kepada peralihan kuasa daripada kerajaan Dap yang memperkudakan Pas. Hari ini ketiga-tiga mereka dikategorikan sebagai Adun bebas dan belum ada angin atau ura-ura bahawa ketiga-tiga mereka akan menyertai mana-mana komponen parti BN. 


Persepsi umum hari ini masih mengganggap ketiga-tiga mereka ini adalah 28+3 lagi. Ini sudah tidak sesuai lagi. BN terutama bahagian Bukit Gantang , Behrang dan Jelapang. Jika ada apa-apa program BN ketiga-tiga mereka ini hendaklah dijemput untuk turut serta dan elakkan dari dipencilkan. 

Seandainya ketiga-tiga mereka menjalankan program di kawasan mereka, BN hendaklah membantu dan memberi sokongan. Secara tak langsung ia akan memberi semangat kepada mereka bertiga untuk terus berkhidmat dengan masyarakat. 

Dan akhirnya mereka juga memerlukan sumber kewangan untuk membantu rakyat di kawasan mereka , oleh itu pihak kerajaan Negeri dan Persekutuan diharapkan agar tidak terlepas pandang.