Yang sepatutnya ADA, tapi tiada dalam kempen ‘Bantah judi’ PR- 100 ribu?????


#fullpost{display:inline;} sila baca berita Harakah ini,

Lebih 3 000 membanjiri perkarangan masjid negara hari ini bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan.
Himpunan anjuran Gerakan Rakyat mansuh judi petang tadi bermula dengan soat Asar berjemaah di Masjid Negara. Mereka kemudian berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan dari penganjur dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Turut berucap di perhimpunan tersebut Pengerusi GMJ Cikgu Azmi bin Abd Hamid, Setiausaha Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan.
Pada himpunan itu juga turut dilancarkan kempen tak nak judi dan buku tak nak judi. -Harakah

Syabas kepada Pakatan PKR dan PAS kerana membantah pengeluaran semua bentuk lesen judi di negara kita ini. Sayang, DAP tidak ikut sama kerana bantahan dibuat di luar perkarangan masjid negara. Rasanya Lim Kit Siang selaku pemimpin tinggi DAP juga tidak mahu melepaskan peluang ikut serta memegang mikrofon itu.

Berikut adalah gambar sekitar himpunan ‘Tak Nak Judi’ yang dianjurkan Pakatan Rakyat,

Sepanduk tak siap… mungkin tergesa-gesa dibuat ketika jemaah lain sedang solat

Inilah yang dikatakan lebih 3,000 orang depan Masjid Negara. Mengapa tidak digemparkan sekali dengan 30,000 orang? Agaknya ‘tukang gambar’ ini nak sembunyikan kelompok lain.. Atau inikah sahaja yang ada.. ?


Majlis pecah suara itu dikatakan mendapat sambutan pengunjung yang cukup ramai di perkarangan Masjid. Pakatan Rakyat amat gemar menggunakan rumah ibadat sebagai tapak untuk kempen menarik sokongan rakyat. Flyer bantah judi diedarkan bagi menjelaskan kepada hadirin yang tidak tahu tentang apa yang sedang berlaku…..

Cuba perhatikan apa yang tidak ada dalam gambar banner itu.. Pasal apa tidak ada slogan Tak Nak Arak bagi melengkapkan kempen ‘Tolak Judi dan Arak’?

Mereka ini adalah ahli penyokong kelab PAS. Sudah tentu mereka ini menyokong kempen tolak judi yang dikelolakan PAS dengan syarat……

Tapi mereka tak boleh tinggalkan arak. Jika PAS buat juga kempen ‘tak nak arak’ maka tunggulah tindakan susulan pengundi cina nanti…

Dan Rakyat tahu bahawa PAS luluskan juga lesen arak untuk kesejahteraan umat Pakatan Rakyat. Fatwa haramkan Judi oleh PAS kerana ia dapat menarik sokongan orang Islam. Fatwa dibolehkan arak oleh Pakatan Rakyat kerana ia boleh menarik sokongan kaum bukan Islam.

Jadi lengkaplah satu slogan untuk Pakatan Rakyat – Depan dia hentam, belakang pun dia hentam…..
RAJAHMAS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: