Siri Anwar Dajjal : Kenapa Anwar Ibrahim begitu memuja Azmin Ali?


Umno Kuala Selangor

Nallakaruppan yang pernah menjadi bekas rakan tenis Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana tindakan Anwar Ibrahim yang melantik Azmin Ali, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim sebagai bukti kedudukan istimewa Azmin kepada Penasihat parti itu.

”Daripada Pengerusi PKR Sabah jadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan sekarang Pengerusi PKR Selangor. Langkah seterusnya pasti Anwar akan jadikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

”Hari ini mangsanya Abdul Khalid, lepas ini kita tunggu siapa pula. Jadi moralnya, siapa yang pasang angan-angan nak ganti Anwar sebagai peneraju PKR elok lupakan saja,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini.

”Pusing sana pusing sini, semua hanya pelakon sahaja, yang jadi pengarah tetap 3A (Anwar, Azmin dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail).

”Khalid mangsa terbaru 3A. Sebelum ini ramai yang sudah kena. Selepas ini tak tahu siapa pula.

”Yang pastinya, jalan untuk Azmin ke puncak menggantikan Anwar semakin terbuka luas. Dia (Anwar) sudah tanda (Azmin) dalam peta. Ternyata tiada siapa boleh gugat 3A,” jelasnya.

”Siapa-siapa boleh cakap apa pun, tapi hakikatnya ia sesuatu yang pedih nak diterima. Macam mana Menteri Besar tak ada kuasa politik.

”Tapi apa boleh buat. Kita boleh kasihan sahajalah. Ramai pun yang sengsara sebelum ini kerana 3A ini terutama Azmin.

”Jadi kita tunggulah apa Abdul Khalid nak buat, mungkin ikut jejak mereka (tinggalkan PKR) yang sudah jadi mangsa 3A sebelum ini,” ujar Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) sinis.

Mungkin inilah yang menjadi tanda cinta sejati Anwar Ibrahim kepada Azmin Ali yang selama ini sudah setia disampingnya sehinggakan sanggup juga berkongsi isteri dengan Anwar Ibrahim sehinggakan melahirkan Afifa yang sehingga kini kita meraguinya sebagai anak Azmin kerana bukti DNA sewaktu Anwar Ibrahim masih menjadi Timbalan Perdana Menteri mungkin boleh dimanipulasikan olehnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s