KHALID PASBERG DATANG DARI JAUH UNTUK BAGI TAZKIRAH POLITIK


Kalau ada info menarik SMS kat saya tau!

Khalid Samad telah memberikan kuliah dan lebih ke ceramah dalam satu Majlis diMasjid Lama Taiping selepas solat maghrib .

Antara intipati ucapan beliau “sekarang ini UMNOBN lebih risaukan Kuasa Politik Melayu yang semakin hilang,atau pun kuasa Politik UMNO yang semakin hilang,tetapi tidak pernah mempersoalkan atau bicarakan soal ketaatan Rakyat Malaysia kepada Allah yang semakin terhakis angkara perbuataan tangan-tangan pemerentahan UMNOBN..”

UMNo tidak nampak soal ketaatan kepada Allah sebagi agenda Utama,hanya nampak sokongan rakyat kepada UMNO semakin terhakis kerana disitu adanya kepentingan peribadi segelintir Pemimpin UMNO.

Kita kena ingat AGAMA DAN POLITIK tidak boleh dipisahkan sama sekali,kalau pisah,lihat kesan didepan mata kita yang menimpa UMNO sekarang.

sebagai contoh,minggu lepas Pimpinan UMNO menuduh PAS sebagai sesat,minggu ini pulak diajak Pas bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Bangsa Melayu,apa punya pemimpin macam ini…?

Tidak akan sama sekali kuasa Politik Melayu hilang di Malaysia ini,kerana dengan jelas telah diterangkan dalam perlembagaan dan kerusi parlimen Majoriti dikuasai dan akan terus dikuasai oleh Pemimpin yang berbangsa Melayu,cuma yang akan hilang adalah Kuasa Pimpinan UMNO,itu yang dia canang merata-rata,dia ingat hanya UMNO sahaja Melayu,kami dari Pas bukan berbangsa Melayu,dan juga berfikiran hanya melayu UMNO yang dapat memerentah Melayu dari Parti lain tidak boleh memerantah,selama 52 tahun apa yang dia buat..disapunya hampir semua hak-hak melayu untuk kepentingan peribadi mereka.

Penuh dengan fitnah

BERIKUT IALAH NIZAR MENGGUNAKAN MASJID UNTUK TUJUAN MEMBERI BANTUAN, KALAU UMNO BAGI BANTUAN DIKATAKAN RASUAH.


Salam dgn Nizar dapat syurga

Trong,Taiping- Masyarakat Trong berasa gembira dapat bersama berbuka puasa bersama Menteri Besar Perak di Masjid Nurul Hidayah Sg Bemban,Trong.
Majlis yang bermula tepat pada pukul 6.00 petang.Program bermula dengan penyampaian doa oleh Alfadhil Ustaz Basiron Lat,Ketua Urusan Ulamak Kawasan Bukit Gantang.Sementara acara berakhir dengan tahlil yang dipimpin Alfadhil Ustaz Nordin Jaafar ,Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang .

YAB Menteri Besar Perak,Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin turut menyampaikan sumbangan Pejabat Baitulmal Daerah Taiping kepada 6 0rang fakir miskin.Setiap orang mendapat RM 200.00 untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri .

merasuah fakir miskin

Dalam ucapannya, Dato’Seri MB ,menyatakan kita patut bersyukur kepada Allah s.w.t,kerana kita kini berada dibawah kerajaan Pakatan Rakyat. “Jadikan peristiwa Badar al Qubra dan Fathul Mekah sebagai satu panduan dan peringatan” tegas MB. YAB MB menerangkan peristiwa itu nenunjukkan dua kumpulan satu bangsa berperang antara satu sama lain.

“Di sini menunjukkan fahaman perkauman,fahaman bangsa dan asobiyah tidak diterima oleh Allah s.w.t.” tegas Ir Nizar lagi. Beliau menegaskan Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bukan dikalangan umatnya jikalau kita bersikap perkauman ,mementingkan kaum masing-masing,tanpa mempedulikan keadilan untuk rakyat.

“Saya tidak mahu dipertanggungjawab disisi Allah s.w.t ,bersikap tidak adil kepada rakyat” ujar MB lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: