Penangguhan Pemilihan Umno 2011


Pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan.

Ketetapan itu dibuat oleh MT yang bermesyuarat malam ini dan diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, penangguhan berkenaan bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan parti selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.

Najib turut menafikan penangguhan itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum sebaliknya menjelaskan ia bagi membolehkan seluruh perhatian serta tenaga pemimpin dan ahli UMNO terarah kepada usaha pemantapan parti

“Kita tidak mahu tahun depan dan berikutnya dijadikan medan pergelutan politik yang boleh timbulkan perbalahan dalam parti walaupun kita percaya ia boleh dibendung dan tidak berlaku keadaan tertekan sebagaimana parti politik lain.

“Kita nak UMNO tumpu kepada pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan model baru politik,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini malam ini.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan UMNO akan mewajibkan semua Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat cawangan menghadiri kursus khas bermula tahun depan.

Katanya, kursus berkenaan akan melibatkan lebih 50,000 pemimpin UMNO di peringkat akar umbi dan akan diadakan dalam masa beberapa bulan akan datang.

“Ini ekoran kenyataan saya sebelum ini bahawa kita akan terus melakukan perubahan berdasarkan model baru politik yang saya telah digariskan dengan tujuh prinsip.

“Ia adalah untuk menerangkan mengenai gagasan 1Malaysia dan bagaimana UMNO mendahulukan kepentingan serta kebajikan rakyat dan konsep pencapaian diutamakan dari sudut sistem penyampaian,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata mesyuarat MT turut mengambil maklum perkembangan semasa selain menerima laporan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi, baru-baru ini.

“Umum berpendapat perkembangan kini menjurus kepada keadaan yang lebih positif, ini mungkin disebabkan langkah-langkah yang diambil kerajaan menampakkan sedikit sebanyak kejayaan dan penambahan keyakinan rakyat.

“Ini diterjemahkan dalam keputusan pilihan raya kawasan tersebut dengan kemenangan dan majoriti yang bertambah, sehubungan itu proses memantapkan UMNO akan diteruskan dengan melakukan transformasi politik,” tegasnya.

Impaknya yang besar ialah satu perubahan semua peringkat akan berlaku secara mendadak. Bagi mereka yang rajin turun padang dan rajin berjumpa dengan pengundi akan selamat. Manakala yang kaki bangkang, malas bekerja dan malas bertemu rakyat , siap-siaplah untuk kosongkan pejabat apabila parlimen dibubarkan. Sudah tentu nama mereka tidak akan disenaraikan sebagai calon.

Pemilihan Umno 2007 pernah ditangguhkan oleh MT dengan alasan untuk menghadapi PRU 12. Bagaimanapun penangguhan tersebut telah memberi satu tsunami politik kepada BN dimana BN hilang 5 buah negeri kepada pembangkang.

Salah satu punca kekalahan ialah faktor calon yang tidak diterima diperingkat akar umbi terus dicalonkan kerana masih mempunyai jawatan dalam parti. Kedua calon disabotaj oleh mereka yang gugur dari senarai calon. Ketiga ialah ramai bidan terjun yang dinamakan sebagai calon dan mengambil hak atau ruang yang perlu diisikan oleh calon tempatan.

Ini dapat dilihat pada kerusi parlimen Taiping dan Parlimen Bukit Gantang  Kedua-dua kerusi ini kalah kerana orang BN sendiri tidak menyokong calon yang dipilih.  Begitu juga hal yang berlaku pada DUN Kamunting. Umno kehilangan undi yang banyak kerana orang Umno sendiri tidak turun padang dan tidak turun mengundi.

Harapan TM ialah penangguhan kali ini tidak menjadi seperti 2007 yang menyebabkan BN hilang 2/3 kerusi parlimen dalam PRU 12.

Proses pemilihan dan pentadbiran Umno semua peringkat hari ini adalah yang telah dibuat pada 2009  sebelum PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air. KPI dan NKRA yang dilaksanakan oleh Najib akan menjadi petunjuk kepada satu tranformasi politik tanah air yang lebih pragmatik dan progresif.

Advertisements

Anwar Terdesak dan berusaha untuk menarik undi Cina


Para penganalisis politik percaya pengumuman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas memenangi pilihan raya umum nanti adalah satu retorik.

Pensyarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman meminta Anwar supaya membuktikan kebolehannya sebelum menaburkan janji-janji kosong.

“Anwar sepatutnya lebih baik berusaha untuk mendapatkan sokongan masyarakat dan menawan Putrajaya seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Jika beliau gagal melakukannya atau tidak memenangi pilihan raya umum akan datang, beliau hanya berdepan dengan situasi yang kurang senang dan malu dengan apa yang dijanjikan sebelum ini,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pada Jumaat lalu, Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily berjanji untuk memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Anwar.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Anwar sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina bagi menghadapai pilihan raya umum yang dijangka pada tahun depan.

“Lagipun, berdasarkan pemilihan PKR baru-baru ini, kita boleh lihat bahawa sokongan bukan Melayu terhadap PKR sudah mula terhakis.

“Barangkali untuk meraih semula sokongan bukan Melayu, beliau cuba menjanjikan jawatan tersebut kepada Kit Siang yang merupakan antara individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat Cina di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sivamurugan turut menyoalkan peranan Pas yang mana dianggap stabil dan telah lama berakar umbi di negara ini.

“Adakah Pas akan bersetuju menerima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri? Jika tidak Pas juga patut diberikan satu jawatan yang digelar sebagai Timbalan Perdana Menteri II untuk menunjukkan bahawa Pas stabil di kalangan barisan pembangkang,” jelasnya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula berkata, tindakan retorik yang dilakukan oleh Anwar adalah satu manifesto politik dalam bentuk sama ada janji atau slogan.

“Tetapi pada akhirnya, itu terpulang kepada beliau sama ada mahu menunaikan janji itu atau tidak.

“Perkara itu adalah sama seperti janji-janji manis yang diluahkan oleh seseorang kepada kekasihnya. Selepas perkahwinan ia terpulang kepada individu itu sama ada mahu menunaikan kesemua janji manis itu atau pun tidak,” ujarnya.

Tetapi, apa yang jelas katanya, Anwar sebenarnya mahu mendapatkan sokongan masyarakat terutama kaum Cina sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Perak Today menganggap apa yang disuarakan oleh Anwar adalah cetusan dan idea Lim Guan Eng. Dap telah mempergunakan Anwar untuk membolehkan Anwar dan PKR terus bernyawa. Ini berikutan krisis dalaman PKR yang semakin meruncing. Sebagai pelacur politik , Anwar dan isteri sanggup berbuat apa sahaja asalkan dirinya selamat, walaupun terpaksa mengadai maruah negara kepada parti chauvinist Dap.

Sudah tentu Dap akan tersenyum kembali kerana yakin bahawa kaum Cina yang selama ini menyokong BN akan beralih untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang. Melayu yang masih berada dalam PKR yang berjuang untuk menegakkan kebenaran perlu segera meninggalkan parti itu dan kembali bersama Umno menyanggah agenda Dap tersebut. 

Bagi Pas mereka sanggup berbuat apa sahaja hatta berkawan dengan setan sekali pun asalkan cita-cita politik mereka tercapai. Persetankan ketuanan Melayu dan abaikan janji manis mereka untuk membentuk sebuah negara Islam berteraskan hudud. Nizar Jamaludin Adun Pasir Panjang sendiri telah mendedahkan Negara Islam Pas hanyalah retorik politik yang berjaya memikat orang Malayu supaya menyokong mereka (PAS).
PERAK TODAY

Mufti Kelantan bersuara, apa reaksi Pas ?


Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham orang ramai.

“Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham.

“Kesucian dan kehormatan ayat-ayat al-Quran perlu dipelihara. Ini bermakna ia tidak boleh diterjemah dengan cara tidak betul. Terjemahan ayat-ayat al-Quran perlu jelas, sekiranya terjemahan tidak betul, nanti orang salah faham dan menyalahkan pula al-Quran sedangkan al-Quran itu kitab suci.

“Justeru, jangan sewenang-wenangnya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, tidak kiralah dalam kalangan orang politik beragama Islam, apatah lagi bagi orang bukan Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan pemimpin politik bukan Islam di kalangan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya menggunakan makna atau tafsir ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka sehingga terkeluar daripada konteks sebenar.

Perkara itu juga berlaku semasa perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam membahaskan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan parti itu di Petaling Jaya kelmarin apabila dia membacakan tafsir daripada ayat 190 dan 191 Surah Ali-Imran.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad pula berkata, tafsiran itu tidak relevan dengan PKR kerana parti itu bukan sahaja tidak memperjuangkan Islam tetapi cuba menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Menurutnya, apakah orang bukan Islam tersebut akan mempertahankan hak Melayu dan Islam di negara ini?

“Ayat al-Quran perlu difahami mengikut peraturan dan metodologi tertentu dan tidak boleh main serkap jarang seperti yang dilakukan wakil PKR itu,” katanya.

Tambah beliau, orang Islam yang mengiyakan tafsiran Subramaniam itu akan menanggung akibatnya kerana mereka turut tidak memahami makna ayat suci al-Quran itu.

Nakhaie juga menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh dibiarkan mentafsir ayat suci al-Quran sesuka hati kerana mereka ini sama seperti golongan orientalis yang gemar memutarbelitkan ayat Quran.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin berkata, sekiranya terdapat pihak berlainan agama yang mahu memetik ayat suci al-Quran, mereka perlulah menggunakan atau mencari sumber rujukan yang berwibawa.

Katanya, ayat yang dipetik itu juga perlulah digunakan berdasarkan maksud sebenarnya dan jangan sekali-kali menyelewengkannya kerana ia merupakan kesalahan besar di sisi agama.

“Saya bukan menggalakkan orang bukan Islam memetik ayat al-Quran kerana ia tidak boleh dipetik sesuka hati tetapi sekiranya mereka masih mahu menggunakannya, jadi mereka perlu mendapatkan rujukan serta terjemahan ayat al-Quran yang sahih selain mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Pas menjadi dalang kepada Kesavan untuk menggunakan surah Al-Imran. Pas menggalakkan bukan Islam mempermainkan Quran bahkan Pas telah menokok tambah ayat tersebut mengikut kepala mereka sendiri. Ini baru satu contoh daripada beratus contoh penyalahgunaan ayat suci Al-Quran oleh Pas. Apa kata pula Dewan Pemuda Pas Perak ? Tak mahu ajak Kesavan berdebat?

PAS KHIANATI KONGRES PKR DENGAN MENGGUNAKAN KESAVAN


Tembelang telah pecah setelah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan mendakwa, dia menerima rujukan tafsiran al-Quran daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini daripada seorang rakan bergelar ustaz dalam parti PAS

Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, dia tidak menokok tambah tafsiran yang diberikan oleh Ustaz PAS itu melainkan mengikut sahaja apa yang disampaikan oleh rakannya (Ustaz PAS) itu.

“Sama ada saya buat salah atau tidak, Ustaz PAS itu akan menjelaskannya kelak,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Kesavan memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.

Terjemahan Kesavan berbunyi: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun”.
Sebaliknya tafsiran sebenar ayat itu berbunyi seperti berikut:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka”.

Mungkin Ustaz itu kata “lantaklah bukannya orang tahu, kau kelentong jer asalkan orang Melayu tertarik dengan kau”
 Ia jelas menunjukkan Pas sengaja melepaskan bom jangka dalam kongres tersebut supaya Pkr terus dikritik dan dihina oleh rakyat Malaysia. Busuk dan jahatnya Pas.

Rujuk : Pengundi rapat setia