NIZAR BANTU AHLI PAS KG EXPO SAJA , BUKAN PAS SORRY TAK LAYAN



Kereta’pick up’Ahli Parlimen Bukit Gantang telah berada di Kg Expo Tambahan Taiping setelah mendapat maklumat dari DS Nizar supaya menolong penduduk yang ditimpa banjir kilat.DS Nizar tahu Kg Expo Tambahan di bawah ADUN BN ,Kamunting,Exco Perak,tetapi DS Nizar tetap bersimpati dengan mereka yang ditimpa musibah.Menolong rakyat tanpa sempadan.

Kamunting,6 Januari-

Menurut Sdr Basher Ahmad Pegwai Khas DS Nizar terdapat lebih daripada 20 buah rumahterlibat.Pada sekitar jam 8 Pas malam tadi Pas Kawasan Taiping dan Dap Taiping telah menghulurkan bantuan nasi dan air minuman dengan di bantu pegawai dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang diketuai Sdr Basher Ahmad dan Sdr Bonyamin Ishak.

Dakwa penduduk yang rumah mereka terlibat dengan banjir menyatakan projek pembinaan MMC Gamuda menyebakan parit menjadi kecil dan pengaliran air ke sungai tersumbat dan lambat.

Sdr Basher petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang meredah air banjir untuk meninjau masalah penduduk dan untuk memberi bantuan .

Petugas Muslimat Pas dan PR mengedar Nasi Goreng bungkus untuk mereka yang terlibat.Bantuan segera yang meringankan masalah rakyat.

Kereta Pick UP DS Nizar bersama petugas YB Sdr Nga Koo Meng sedang memunggah air mineral untuk air minuman bersih untuk penduduk banjir kilat.


DS Nizar meminta kita untuk mengunakan kemudahan pengangkutan bagi membantu rakyat Kg Expo Tambahan.DS Nizar menyatakan perkhimatan kita merentasi sempadan.Kita berkhidmat untuk rakyat mengikut kemampuan.

YDP Pas Taiping Ustaz Ahmad Fakharudin turun untuk meninjau permasalahan rakyat.Beliau bersama Petugas PR Taiping turut mengedar Nasi Goreng Bungkus dan air minuman.


Kita bersedia menabur bakti di mana sahaja. Kita Pakatan Rakyat menjuarai isu rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s