Perak Today-Nizar memang jahat-DS Zambry


Bila BMW diludah


KUALA LUMPUR: Hanya kerana kereta mewah miliknya terkena ludah, seorang lelaki bertindak kejam membelasah seorang kanak-kanak berusia enam tahun sehingga mangsa parah dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang Ahad lalu, apabila mangsa, Solihan Ramzan, secara tidak sengaja meludah sisa makanannya dari rumahnya yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai di Jalan Batu Belah, Jalan Ipoh, di sini.

Bapa saudaranya, Mohd Amir Salamatula, 43, berkata ludahan Solihan itu terkena kereta BMW milik lelaki berusia 30-an itu yang diletakkan di tingkat bawah.

"Melihat perbuatan anak saudara saya menyebabkan keretanya kotor, lelaki itu terus masuk ke dalam rumah lalu membelasahnya sehingga nyawa-nyawa ikan.

"Ketika kejadian hanya ibu Solihan berada di rumah, namun dia tidak sedar kerana sedang tidur di dalam bilik. Mujur ibu saudaranya yang tinggal berjiran menyedari kejadian itu dan segera merayu lelaki itu menghentikan perbuatannya," katanya.

Bagaimanapun, kata Mohd Amir, rayuan itu tidak dihiraukan malah seperti dirasuk dia terus membelasah Solihan sehingga lembik.

"Tidak tahan dengan perbuatan lelaki berkenaan, saudara saya menawar diri supaya dia dibelasah dan Solihan dilepaskan, namun usaha itu juga tidak berhasil.

"Selepas Solihan lembik dan muntah darah, barulah lelaki itu melepaskannya dan meninggalkan rumah," katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Mohd Amir berkata, ibu Solihan yang menyedari kejadian itu terkejut apabila melihat anaknya berlumuran darah dan segera membawa kanak-kanak itu mendapat rawatan di Hospital Selayang.

"Solihan berada di hospital itu selama empat hari selepas doktor mendapati ada darah beku di kepalanya dan matanya juga rosak. Dia baru dibenarkan pulang petang ini (semalam), namun perlu mendapatkan rawatan susulan untuk pemeriksaan mata pada Sabtu ini dan darah beku di kepalanya pada 28 Februari depan," katanya.

Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Jinjang pada 26 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUNGA API UNTUK MENYAMBUT TAHUN BARU


90 peratus tandas masjid kotor


KOTA BHARU 30 Dis. – Kebersihan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih berada di tahap yang rendah dengan 90 peratus daripadanya adalah kotor.

Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PPPK), Ahmad Othman berkata, kebanyakan tandas masjid dan surau di negeri ini tidak dijaga dengan baik.

“Sejak menjelajah 70 masjid di seluruh negeri ini untuk memberi penerangan mengenai konsep pengguna bijak bestari, kita mendapati 90 peratus tandas masjid adalah kotor.

“Sememangnya kita kesal dengan situasi itu kerana membuatkan para jemaah surau atau masjid tidak selesa sewaktu menggunakan kemudahan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu katanya, kebanyakan masjid tidak menyediakan tandas duduk untuk kemudahan warga emas dan kurang upaya.

“Kemudahan-kemudahan seperti itu amat penting dan perlu untuk jemaah yang berusia, orang sakit atau mereka yang tidak boleh mencangkung,” katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid dan surau sepatutnya memberi lebih perhatian terhadap keperluan tersebut memandangkan kebanyakan jemaah adalah terdiri daripada golongan yang sudah berusia dan uzur.

Sehubungan itu, beliau berharap masjid dan surau di negeri ini menitikberatkan aspek kebersihan tandas kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Haru Biru Pakatan Apco pimpinan Anwar


9 Jan. – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Juara Rakyat di Hulu Selangor.

28 Mac – Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden MCA dengan majoriti tipis.

29 Mac – Majlis Syura Ulama Pas memutuskan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal sebagai Mursyidul Am.

25 April – Calon BN, P. Kamalanathan menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

16 Mei – BN gagal pertahan kerusi Parlimen Sibu.

28 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP.

15 Jun – ADUN Malim Nawar, K. Keshvinder Singh mengambil tindakan keluar DAP dan memilih menjadi ADUN Bebas menyokong BN.

25 Jun – Seramai 40 terdiri daripada ulama muda dari seluruh negara menyerahkan borang keahlian UMNO.

30 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat bagi 'menjernihkan' hubungan dalam isu APCO Worldwide.

17 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan orang Melayu akan hilang kuasa jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

21 Julai – Jumlah terkini ahli berdaftar UMNO menjangkau 3.2 juta orang.

5 Ogos – Ali Ahmad Ariff, 63, atau Pak Ali menggemparkan Pulau Pinang apabila menepuk bahu kiri Lim Guan Eng.

20 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan menyifatkan dakwaan I'DA World, yang pihaknya telah beri 'hadiah' RM4 bilion kepada Pas Kelantan sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

26 Sept. – Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR di beberapa kawasan kecoh malah tercetus insiden pergaduhan dan baling kerusi di Cabang Sabak Bernam.

29 Sept. – Sekumpulan warga emas dan fakir miskin bertindak memulangkan semula wang hasil pemberian kerajaan negeri Pulau Pinang kerana ragu-ragu ia bersumberkan dana perjudian.

4 Nov. – Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti besar, 6,359.

4 Nov. – Calon BN, Abdul Aziz Yusoff menang Pilihan Raya Kecil DUN Galas.

9 Nov. – Calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub mendedahkan terdapat 162 aduan salah laku pemilihan PKR.

10 Nov. – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak 'naik angin' dengan media arus perdana berhubung isu bantuan banjir.

16 Nov. – Pelbagai pihak membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa pengiktirafan negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap negara Islam moden adalah satu penghinaan.

19 Nov. – Datuk Zaid Ibrahim akhirnya umum keluar PKR dan beliau kemudian menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

19 Nov. – Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shah Alam untuk memberi taklimat kepada pemimpin PKR disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti.

20 Nov. – Dewan Tertinggi BN meminda beberapa perkara dalam perlembagaan parti sekali gus memperlihatkan dasar inklusif BN.

27 Nov. – Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'anugerah Tuhan'.

28 Nov. – Azmin Ali diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.

30 Nov. – UMNO membuat ketetapan pemilihan parti di semua peringkat ditangguhkan selama 18 bulan. Langkah itu diikuti beberapa parti lain.

5 Dis. – Konvensyen BN membincangkan tujuh agenda penting berkaitan hala tuju dan usaha pengukuhan parti.

6 Dis. – MIC menyaksikan peralihan kuasa selepas 31 tahun dipimpin Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu apabila beliau menyerahkan jawatannya itu kepada pengganti yang juga timbalannya, Datuk G. Palanivel.

12 Dis. – WikiLeaks mendedahkan agensi perisikan Singapura mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

‪Gerakan tolak kewangan Islam


PERKEMBANGAN pesat kewangan Islam di dunia dengan menikmati pertumbuhan 15 hingga 20 peratus setahun telah mencecah AS$1 trilion tahun ini. Dalam masa lima tahun akan datang, kewangan Islam mungkin akan mencapai saiz AS$2 trilion dan bakal memberikan impak yang signifikan kepada sektor kewangan dunia yang kini bernilai AS$232 trilion (tidak termasuk pasaran derivatif).

Dengan jumlah kira-kira 1.6 bilion Muslim di seluruh dunia yang mana Qatar merupakan negara pendapatan per kapita tertinggi dunia yang mencecah AS$83,841 dan Brunei di tangga kelima dengan AS$49,110 diikuti negara-negara pengeluar minyak terbesar dunia seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan UAE, kewangan Islam dilihat mampu memberikan impak besar kepada ekonomi dunia.

Secara umumnya, kewangan Islam diterima positif dan ia bukan sahaja diamalkan di negara-negara majoriti penduduk Islam, bahkan di negara barat dan minoriti penduduk Islam seperti Amerika, Australia, Jepun, Kanada, Perancis, United Kingdom, Jerman, Luxembourg dan Itali.

Di samping teruja dengan perkembangan ini, elok rasanya jika kita meninjau beberapa maklum balas negatif mengenai sambutan dan reaksi masyarakat antarabangsa terhadap kewangan Islam. Di Korea umpamanya, Parlimen telah menolak bil undang-undang pindaan cukai bagi tujuan pelaksanaan kewangan Islam atas dasar dipengaruhi oleh lobi Islamophobia pihak tertentu seperti

Christian Evangelical Group. Di India, nasionalis Hindu secara terbuka membantah sebarang usaha untuk melaksanakan kewangan Islam. Di Australia, Senator Cory Bernardi dari Parti Liberal dan juga Senator Nick Sherry dari Parti Buruh dengan lantang menolak sistem kewangan Islam dan berpandangan bahawa ia tidak sesuai dengan nilai-nilai barat.

Di Amerika, sudah ada gerakan anti-kewangan Islam yang antaranya dipengaruhi oleh Alex Alexiev, Timbalan Presiden Center for Security Policy, sebuah organisasi penyokong kuat Israel.

Perkembangan negatif ini bukan sahaja berlaku di negara-negara barat, bahkan di negara majoriti penduduk Islam sendiri seperti Oman di mana pihak autoritinya masih keberatan untuk melaksanakan sistem kewangan Islam.

Perhatian juga harus diberikan kepada beberapa gerakan dipelopori golongan tertentu termasuk orang Islam sendiri yang terus menerus memberikan gambaran yang salah dan tidak adil terhadap kewangan Islam. Terdapat juga laman web dan blog serta medium komunikasi lain memaparkan fakta yang tidak tepat dan berat sebelah yang mampu menjejaskan perkembangan sektor ini.

Reaksi dan maklum balas negatif terhadap kewangan Islam ini seharusnya diambil perhatian serius, sebelum mana-mana gerakan yang cuba menjatuhkan sektor ini bermaharajalela. Malaysia sebagai salah sebuah negara yang komited mempromosikan kewangan Islam perlu lebih memainkan peranan di peringkat nasional dan antarabangsa untuk terus memberikan kefahaman serta mendidik masyarakat antarabangsa mengenai kelebihan sistem kewangan Islam.

Malaysia dengan kerjasama negara lain dilihat mampu menerajui sektor ini dan seterusnya melaksanakan perancangan strategik bagi menyanggah sebarang usaha untuk menjatuhkan kewangan Islam.

ZULKIFLI HASAN

Universiti Durham, United Kingdom


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS GAGAL MENDIDIK ANAK BANGSA


Koimen di bawah adalah dari posting mengenai Pas gagal dalam mendidik anak bangsa. Pas banyak membuka sekolah sendiri yang berselindung dibawah nama sekolah agama rakyat.

Pelajar dari sekolah Pas ini kebanyakannya gagal melanjutkan pelajaran ke universiti dan jika ada pun hanya untuk pengajian agama, dan jumlahnya amat kecil.

Umno juga yang berjaya mendidik anak bangsa melalui sekolah harian, sekolah berasrama penuh dan sebagainya.

Produk Umno berjaya membawa ramai anak bangsa ke IPT dalam dan luar negara. Pas pula mengambil kesempatan untuk mengahasut pelajar di luar dan dalam supaya membenci kerajaan yang telah banyak berjasa kepada mereka.

Pas sepatutnya terus membimbing pelajar-pelajar sekolah agama mereka supaya terus berjaya di peringkat IPT.

Sayang sekali pelajar mereka terpaksa bekerja di supermaket, kilang dan kedai-kedai makanan, ramai pelajar sekolah Pas yang rosak akhlak selepas gagal dalam pelajaran mereka.

Pas patut malu sendiri dan jangan cuba nak jadi hero kepada anak-anak bangsa yang telah berjawa dibangunkan oleh Umno.

komen pembaca;

NILAH KERJA PAS SEJAK DAHULU LAGI……MEROSAK DAN JADI PEROSAK KEPADA USAHA MURNI KERAJAAN BAGI MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI YANG SEIMBANG…..

DI DALAM PAS PENUH KEJAHATAN,KECELAKAAN SERTA KEBINATANGAN…….
SESUNGGUHNYA DI DALAM MASYARAKAT PAS TIADA KEMANUSIAAN …….

DI DALAM PAS PENUH DENDAM,KEBENCIAN,KEJUMUDAN,KETAKSUBAN, KEBEJATAN DAN KEMANDULAN DAYA FIKIR …SAHINGGA GAGAL UNTUK MELIHAT SESUATU DENGAN MATA HATI DAN AKAL…..

APA SAJA YANG DIBUAT OLEH BN SEMUANYA DIPANDANG BURUK…MESKIPUN BERIBU-RIBU ANAK -ANAK PAS MEMPEROLEHI NIKMAT HASIL DARI JASA UMNO…..

BELAJAR DARI BIASISWA UMNO, BEKERJA DENGAN KERAJJAAN UMNO, MENCARI MAKAN DI NEGRI UMNO….

USAH DIKACAU GANGGU ANAK YANG MASIH BELAJAR….BIARKAN MEREKA BEBAS DARI SEBARANG DAKI POLITIK….

USAH DIROSAK HATI DAN NURANI ANAK MUDA…CUKUPLAH HATI DAN JIWA LEBAI-LEBAI NAJIS PAS YANG ROSAK DAN SESAT…….

GUNALAH AKAL BUKANNYA KEPALA LUTUT UNTUK BERFIKIR……KESESATAN ANDA TELAH MENCAPAI DI KEMUNCAK……

SAHINGGA GAGAL UNTUK MENCARI KEBAIKAN DAN GAGAL UNTUK BERSYUKUR………

WAHAI LEBAI PAS ANDA TUNGGULAH PEMBALASAN DARI ALLAH SUATU HARI NANTI DI ATAS KEJAHATAN KALIAN…..

Harimau Malaya atau Harimau Malaysia


KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan bersedia untuk menyenaraikan skuad bola sepak dalam program Road to London 2012 berdasarkan kejayaan skuad Harimau Malaya merangkul kejuaran Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam waktu terdekat,

Jelas beliau, kementerian bersedia mempertimbangkan perkara tersebut setelah menyaksikan kebangkitan sukan bola sepak seperti menerusi kejayaan kelmarin dan prestasi membanggakan pada temasya Sukan SEA dan Asia lalu.

"Bagaimanapun, kita sedar pasukan yang memenangi Piala Suzuki semalam terdiri daripada pemain yang berusia 21, 22 malah ada yang berusia 19 tahun.

"Namun, dengan kejayaan itu, mengapa tidak (menyertakan sukan bola sepak dalam Road to London 2012)," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Pertunjukan Semua Seni Mempertahankan Diri (AMAEE) di sini, semalam.

AMAEE anjuran Kelab Putera 1Malaysia turut dihadiri Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, Ahmad Shabery menjelaskan penggunaan nama Harimau Malaya pada skuad bola sepak kebangsaan dipercayai berasal daripada nama saintifik spesies harimau itu yang terdapat di negara ini.

Justeru katanya, ia sama seperti penggunaan nama Harimau Bengaal di India ataupun Kucing Parsi atau Kucing Siam di negara lain.

"Bagaimanapun Kementerian sedia membincangkan perkara itu dengan pihak berkenaan bagi menjaga sensitiviti semua rakyat di negara ini," katanya.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim mahu penggunaan gelaran Harimau Malaya untuk skuad bola sepak kebangsaan ditukar kepada Harimau Malaysia, bagi memelihara aspirasi negara dan semangat 1Malaysia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Debat Pemuda PAS-Umno Larut Sabtu ini


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucap tahniah kepada Pemuda PAS dan Pemuda Umno Larut di atas usaha menganjurkan satu pentas debat di Dewan Serbaguna MDS, Taman Permai 2 , Selama pada jam 8 malam Sabtu ini.

Debat tersebut adalah antara ketua Pemuda PAS dan ketua Pemuda Umno Larut.

"DPPN Pk mengalu-alukan usaha debat ini yang sudah tentu akan mematangkan lagi generasi muda masakini," kata ketuanya, Zawawi Hassan.

"Pemuda PAS Larut akan menampilkan Mohd Nazri Din, manakala Pemuda Umno pula akan menampilkan Mohamad Anuar Ariffin.

"DPPN Pk memberikan sokongan sepenuhnya kepada kedua-dua pihak agar dapat melangsungkan majlis debat tersebut dengan jayanya," tambahnya.

Malah, katanya, DPPN Pk berharap, majlis seumpama itu diteruskan agar pemikiran generasi muda dapat menerima kaedah debat sebagai satu pentas bagi mematangkan pemikiran generasi muda sedia ada.

"Walaupun difahamkan ada tentangan mahupun halangan daripada pihak-pihak tertentu, DPPN Pk berharap pentas debat itu nanti akan menjadi satu contoh yang berguna kepada masyarakat umum.

"DPPN Pk berharap majlis tersebut tidak dihalang malah disokong bagi menyalurkan maklumat dan menyediakan medan percampahan fikiran anak muda yang berwawasan.

"DPPN Pk sekali lagi mengharapkan rakyat dapat menerima majlis perdebatan ini sebagai satu program yang sihat dan berharap ianya dapat diteruskan oleh mana-mana pihak lain selepas daripada ini," katanya.

Berikutan, katanya, DPPN Pk mempelawa pergerakan Pemuda Umno Perak agar turut sama hadir bagi sama-sama menyokong usaha tersebut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khusrin bukan buat keputusan sendiri – MAIS


Segala tindakan dan arahan yang dikeluarkan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi (

gambar) berhubung beberapa isu selama ini dibuat hasil mesyuarat majlis dan bukannya diputuskan sendiri.

Timbalan Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, mesyuarat tersebut dianggotai oleh ahli-ahli MAIS yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atau jawatankuasa tetap yang dilantik oleh ahli-ahli mesyuarat majlis.

Beliau berkata, keputusan itu juga bertujuan memelihara kesucian agama Islam di Selangor dan bukannya memihak kepada mana-mana parti politik.

''Sebagai contoh isu berkaitan penarikan balik tauliah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dan isu larangan berpolitik di masjid-masjid yang dibuat dan disahkan dalam mesyuarat MAIS yang bersidang pada 4 Mei lalu.

''Mesyuarat itu dibuat ekoran titah Sultan Sharafuddin berhubung larangan berpolitik di masjid-masjid seluruh Selangor.

''Bagi kedua-dua isu ini, Setiausaha MAIS bertanggungjawab memaklumkan kepada masyarakat umum melalui media mengenai keputusan yang telah diambil," kata beliau dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan segala tindakan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha MAIS dan juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mendapat kritikan dan ditohmah sebagai mempunyai kepentingan peribadi oleh beberapa pemimpin pembangkang dalam beberapa blog dan portal berita propembangkang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SUK: Jangan pertikai perkenan Sultan


 ‪
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor memberi ingatan tegas terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya jangan mempertikaikan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Naib Yang Dipertuanya, Datuk Amir Hamzah Mohd. berkata, ingatan itu diberi kerana pihaknya menyifatkan mana-mana pihak yang menentang keputusan Sultan Selangor dalam sesuatu perkara termasuk pelantikan jawatan tersebut merupakan satu tindakan yang biadab serta tidak menghormati kedudukan institusi beraja di negeri ini.

Katanya, perkenan baginda melantik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK berkuat kuasa 1 Januari ini adalah satu keputusan yang harus dihormati oleh semua pihak kerana ia dibuat berasaskan bidang kuasa baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Jelasnya, berdasarkan peruntukan undang-undang itu, baginda sememangnya mempunyai kuasa eksekutif dalam pelantikan SUK termasuk Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Kalau kita lihat, pelantikan Mohammed Khusrin itu dibuat di peringkat Persekutuan seperti yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada 27 Disember lalu.

"KSN sendiri telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor untuk pelantikan tersebut. Jadi apa sebab Menteri Besar menerusi satu kenyataan mengatakan pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad.

"Apakah Menteri Besar hari ini mahu membelakangkan dan tidak mahu menghormati keputusan Sultan Selangor yang jelas dibuat berdasarkan bidang kuasa yang ada pada baginda. Lagipun, pelantikan SUK bukan bidang kuasa Menteri Besar jika mengikut perlembagaan negeri," katanya kepada

Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sekretariat Akhbar Menteri Besar pada 27 Disember lalu yang menyatakan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang akan menamatkan perkhidmatannya Jumaat ini, belum muktamad.

Ini kerana menurut kenyataan itu, pelantikan Mohammed Khusrin tidak pernah dimaklumkan kepada Abdul Khalid yang turut memiliki tiga nama individu lain untuk dipertimbangkan mengisi jawatan berkenaan.

Ekoran tidak berpuas hati dengan pelantikan Mohammed Khusrin, kenyataan itu turut menyebut bahawa Abdul Khalid sendiri akan menghadap Sultan Selangor bagi membincangkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Amir Hamzah menegaskan, pihaknya mungkin mengadakan satu bantahan secara besar-besaran sekiranya Menteri Besar terus mempertikaikan keputusan Sultan Selangor dalam soal pelantikan SUK dalam tempoh terdekat ini.

"Kita tidak mahu sikap dan budaya membelakangkan institusi raja dan segala keputusannya berleluasa di negeri ini. Keputusan Sultan Selangor dalam apa jua perkara harus dijunjung dan dihormati oleh semua pihak.

"Jangan hanya kerana mahu melantik individu pilihan untuk mengisi jawatan SUK, sanggup kita ketepikan bidang kuasa dan institusi raja," ujarnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kapal Sink mengaku Anwar meliwat


Selepas sekian lama berdiam diri, Pengerusi DAP, Karpal Singh akhirnya mengaku pernah mendesak supaya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Karpal dalam pengakuan yang disiarkan menerusi laman web

www.malaysia-instinct.com pada Selasa lalu menjelaskan, desakan yang dibuatnya pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.

"Saya sendiri telah mendedahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur pada 1997, Karpal telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.

"Akhirnya pendedahan saya disahkan sendiri oleh Karpal, jika tidak sudah pasti satu lagi saman fitnah akan difailkan beliau terhadap saya. Surat saman terbang di merata tempat. Ini adalah menakutkan," katanya dalam blog

http://weechookeong. wordpress.com hari ini.

Dalam perkembangan lain Choo Keong berkata, beliau masih menunggu penjelasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berhubung tindakannya mengubah pendirian untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Pada 8 Februari 2009, Karpal telah membuat desakan supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai ketua pakatan pembangkang.

"Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Mac (2009), beliau telah berpusing dengan menyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh boleh kekal sebagai ketua pembangkang kerana mendapat sokongan semua Ahli Parlimen pembangkang," ujarnya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sikap PKR musuhi pegawai kerajaan dikesali


 ‪
Badan Perhubungan UMNO negeri kesal dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memusuhi pegawai kerajaan dalam pentadbiran negeri ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, sikap berkenaan jelas ditunjukkan oleh parti pembangkang itu dalam pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru berkuat kuasa 1 Januari ini.

Katanya, keputusan pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu sebenarnya dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri.

"Ini yang kita kesal sebenarnya. Pimpinan PKR tidak habis-habis mempolitikkan isu pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan termasuk mengaitkannya dengan UMNO.

"Mohammed Khusrin hanyalah seorang pegawai kerajaan yang telah dilantik sebagai SUK atas dasar kelayakan dan pengalamannya. Kenapa PKR begitu kuat menentang seolah-olah pegawai kerajaan ini seorang musuh," tegasnya kepada

Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mempertikaikan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang akan menamatkan perkhidmatannya 31 Disember ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam portal berita propembangkang,

Malaysiakini.com itu, Nik Nazmi turut mempertikaikan sikap Mohammed Khusrin yang seolah-olah cuba 'mensabotaj' kerajaan PKR Selangor selain melabelkan Pengarah JAIS itu sebagai perkakas politik.

Tidak cukup dengan itu, Nik Nazmi turut menuduh Mohammed Khusrin kononnya melobi program UMNO dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan pada Ramadan lalu termasuk cuba menimbulkan kontroversi berhubung lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang sebelum ini.

Dalam pada itu, Abdul Shukor tidak menolak kemungkinan tuduhan-tuduhan itu merupakan sikap sebenar PKR yang memusuhi pegawai kerajaan negeri terutamanya di kalangan yang tidak menepati agenda politik mereka.

Jelasnya, sepatutnya PKR yang mentadbir kerajaan Selangor hari ini perlu menghormati peranan serta sumbangan pegawai-pegawai kerajaan dalam menguruskan negeri ini, bukannya memusuhi mereka.

"Inilah sikap sebenar PKR. Saya yakin bukan hanya Mohammed Khusrin, bahkan ramai lagi pegawai kerajaan akan 'diserang' dengan pelbagai tuduhan, fitnah serta kutukan sekiranya mereka menjadi penghalang kepada pimpinan PKR daripada memuaskan nafsu politik masing-masing," ujarnya


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2011


Festival Puisi dan Lagu Rakyat akan berlangsung pada 1 Januari 2011 (1-1-11) di Hotel Sri Bayu, Pasir Bogak, Pulau Pangkor.

Festival ini dianjurkan bersama oleh Kampung Karyawan, Pejabat Menteri Besar Perak, dan Institut Darul Ridzuan, dengan kerjasama PENA, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Festival bermula pada jam 9.00 pagi Sabtu 1 Januari 2011 dengan acara perasmian oleh Dato' Zainol Fadzi Paharudin. Acara kemudian diikuti oleh pembentangan kertas kerja bertema

'Arah Tuju Bahasa dan Sastera Melayu di  Era Globalisasi'. Ahli-ahli Panel terdiri daripada Prof Madya Dato' Zainal Abidin Borhan dari GAPENA, Encik Aminudin Hashim iaitu Ketua Eksekutif Insititut Darul Ridzuan, Dato' Mohamed Nor Khalid (LAT), Dato' Baharuddin Zainal, Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana) dan Prof Emeritus Dr. Budi Darma dari Universitas Surabaya Indonesia.

Acara Baca Puisi bermula jam 3 petang sehingga jam11 malam pada hari yang sama menampilkan penyair-penyair dari Malaysia, Rusia, Iran, Indonesia, Thailand, Singapura dan lain- lain. Majlis Baca Puisi pada malamnya dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Antara penyair yang terlibat ialah Khalid Salleh, Malim Ghozali PK, Zabidin Ismail, Pena Mutiara, Chai Loon Guan, Onn Abdullah, Ahmad Razali Yusuf, Marsli NO, Zaiton Ajmain, Rahimidin Zahari, Shamsudin Othman, S.M. Zakir, Raja Rajeswary, Inggit Putri Marga, Anwar Putra Bayu, Tarmizi Rumahitam (Indonesia), Suthep Khamheng, Zakariya Amataya (Thailand), Norhasnah Adam (Singapura), Victor Pogadev (Rusia) dan lain-lain. Turut membacakan puisi ialah YAB Menteri Besar Perak Dato Dr. Zambry Abdul Kadir, Dato' Zainol Fadzi dan Mohd Khair Ngadiron dari ITNM.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perak Food Fest


Dtglah beramai2ke Perak Food Fest&Sambutan Tahun Baru@Stadium Indera Mulia,Ipoh,26-31/12/10 dr 9pg-10mlm.Nikmati rebat RM10x6bulan+tawaran hebat lain dr Celcom!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wanita antara disenarai calon PAS di Tenang


Seorang wanita adalah antara yang disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.

"Beliau merupakan bekas seorang guru, anak tempatan, dan memegang jawatan di cabang tempatan parti itu," kata satu sumber kepada Bernama hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 Januari.

Dalam pilihan raya umum 2008, allahyarham Sulaiman yang juga merupakan ketua Umno bahagian Labis menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,491 undi.

Pengarah operasi pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil Tenang, Dzulkefley Ahmad ketika dihubungi berkata, kemungkinan PAS meletakkan calon wanita hanyalah satu khabar angin kerana keputusan mengenai siapa calon PAS akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti tidak lama lagi.

Namun, katanya, nama pemimpin wanita itu terdapat dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon.

– Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hangat !! Gambar Cium tersebar, Julie Woon beri penjelasan



PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.
Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
“Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.
“Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.
“Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online,di sini, Rabu.


Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.
“Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya,” jelasnya.
Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.
Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.
“Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.
Jurucakap Honda di pameran KLIM 10

 

“Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan,” katanya.

TERESA COCK YANG BEBAL


Teresa Cock sekali lagi buat perangai kurang ajar terhadap Perdana Menteri YB DS Najib Razak dalam isu sambutan Krismas.

Isu agama amat sensitif apalagi jika orang Islam menghadiri sesuatu majlis keagamaan bukan Islam. Oleh itu  adalah wajar bagi pemimpin Islam yang bakal hadir dalam majlis tersebut meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh penganjur.

Kita tak mahu lagi jadi seperti  perayaan Thaipusam dahulu dimana pihak tertentu telah membina replika  Najib yang  tinggi dengan papan plywood. Itu satu contoh perbuatan yang tidak boleh diterima oleh orang Islam. setakat gambar pada billboard okay lah.

Teresa Cock memang tak faham isu-isu sensitif seperti ini. sebaiknya eloklah lah Teresa pergi belajar lagi tentang adat budaya orang Melayu dan agama Islam sebelum mengaku rakyat Malaysia.

Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok menuntut Datuk Seri Najib Razak supaya memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat Perdana Menteri itu supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas.

Teresa berkata arahan berkenaan menetapka…n supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadiri Najib pada 25 Disember lalu.

Majlis berkenaan diadakan di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur. Arahan berkenaan juga melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu, kata Teresa lagi.See More

IDRIS AHMAD BODOH TAHAP KALDAI YANG NAK MAMPOS


Nama Idris Ahmad tetapi bergelar ustaz yang mempunyai pemikiran paling bangsat dan bodoh. Memalukan sahaja dengan gelaran ustaz.

Tahap kebodohan sama taraf dengan Nizar Jamaludin, TM menyatakan Idris bodoh tahap kaldai kerana kenyataan di bawah mengenai perlantikan SUK  Selangor iaitu Yang Berbahagia Dato Mohd Khusrin Munawi.

Idris kaldai tak baca undang-undang negara kah? Negara sudah merdeka 50  tahun dan sistem yang ada sudah berjalan begitu lama tetapi malangnya bagi Pas mereka tidak tahu perundangan yang ada. Eloklah hang pi belajar balik. jangan dok merepek meraban tak tentu pasal.

Perlantikan Khusrin Ke Arah Malayan Union?
Ustaz idris ahmad
29/12/10

Parti Islam SeMalaysia Pas berpendapat perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru satu lagi pencabulan terhadap hak negeri yang sepatutnya tidak berlaku dalam semangat federalisme. Sebelumnya hal ehwal air yang sepatutnya hak negeri sudah dicabul, sekarang perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri pula, kerajaan pusat campur tangan dengan mengenepikan hak negeri

Pas hendak mengigatkan kerajaan pusat, Selangor ada tuannya. Ketuanya Tan Seri Khalid Ibrahim, perlantikan SUK bukan seperti perlantikan Jawatankuasa Kampung Persekutuan (JKKP) hanya dengan tunjuk sahaja, Bukankah kita diajar hendak masuk rumah orang ada adabnya. Kerajaan Selangor dibentuk dengan mandat rakyat yang sah melalui proses pilihanraya, bukannya dengan kudita.

Tindakan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara yang melantik tanpa berbincang dengan Menteri Besar seolah-olah negara hendak menuju kepada Malayan Union di mana semua kuasa pusat membolot dan tidak menghormati hak-hak negeri. Kerajaan pusat mengajar kerajaan negeri supaya tidak mengikut semangat federalisme, nanti senjata makan tuan

Pas merasa bimbang dengan trend pencabulan hak negeri akan menjejaskan negara di pandangan mata dunia terutama pelabur luar kerana mereka akan memikirkan apa jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. Pas hendak mengigatkan kepada BN, kalau pun hendak merampas Selangor berlawanlah secara anak jantan, bukan sebaliknya

Imigresen tutup 3 hari


Perkhidmatan kaunter Jab Imigresen ditutup selama 3 hari bermula Jumaat kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu yg akan beroperasi Ahad

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Previous Older Entries