Maut kerana flying fox dan peralatan usang


Peristiwa malang yang meragut nyawa pelajar berlaku lagi, kita biasa mendengar pelajar mati ditimpa tiang gol, dihempap pintu gelungsur , jatuh ke dalam sungai dan sebagainya.

Semalam TM dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar  gara-gara Flying Fox. Berita Harian menunjukkan rupa peralatan yang digunakan nyata dan jelas bahawa program tersebut tidak menggunakan peralatan yang standard. Tali dan takal tersebut sudah ketinggalan zaman . Mana tali karamentel , mana body line, mana Figure of 8, mana pully yang modern mana carabiner dan sebagainya.

Pihak yang mengelolakan flying fox ini wajib bertanggungjawab dan dipersalahkan . Rujuk sini untuk peralatan flying fox yang modern

Ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku, beberapa tahun lalu seorang pelajar juga cedera parah kerana flying fox yang dikelolakan oleh JPAM.

Terima kasih kepada pegawai-pegawai  pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama yang turun untuk menguruskan kebajikan keluarga pelajar tersebut dari pagi sampai petang dan terima kasih juga kepada Perdana Menteri yang mengarahkan Timbalan Menteri Pendidikan Dato Wee Ka Siong turun segera ke Taiping.

Perhatikan tali dan takal yang lapuk

TAIPING: Kegembiraan seorang pelajar Tingkatan Dua mengetuai sekumpulan pengakap di sekolahnya mengadakan latihan flying fox berakhir tragedi apabila dia maut dihentam takal besi pada tali yang sedang dipasang, kira-kira jam 6 pagi semalam.

Goh Swee Khin, (kiri) 14, pelajar lelaki yang aktif dengan aktiviti kokurikulum, ketika itu bersama kira-kira 40 rakannya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Hua Lian, di sini, menyertai program perkhemahan pengakap.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Md Diah, berkata kejadian berlaku ketika mangsa mengetuai rakannya membuat persediaan latihan flying fox dengan diawasi seorang guru.

“Ketika kumpulan pelajar itu meregangkan tali, tiba-tiba tali itu putus menyebabkan takal besi menghentam kepala mangsa menyebabkan dia meninggal di tempat kejadian.

“Petugas hospital yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemudian mengesahkan pelajar itu meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping (HT) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimaklumkan kejadian malang itu mengarahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong menziarahi keluarga mangsa, kira-kira jam 6.30 petang.
Kementerian Pelajaran turut menubuhkan jawatankuasa penyiasat diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud bagi mengenal pasti punca kejadian.

Ka Siong yang ditemui ketika melawat keluarga mangsa di sini, berkata Perdana Menteri terkilan dengan kejadian itu.

Katanya, jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti punca kejadian dan kelemahan berhubung aktiviti yang dijalankan itu.

Katanya, kementerian juga mengarahkan SMJKC Hua Lian menghentikan semua aktiviti sekolah selama dua minggu kerana kejadian itu menyebabkan trauma kepada pelajar sekolah yang perlu diberi kaunseling.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi RM2,000 kepada keluarga mangsa manakala Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang turut melawat keluarga mangsa sebelum itu menyerahkan sumbangan RM5,000 bagi pihak kerajaan Perak.

Sementara itu, ibu mangsa, Phorn Thi Pha, 38, yang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Ka Siong dan kerajaan negeri berkata anak sulungnya itu bersemangat menjalankan kegiatan itu tetapi tidak menyangka ia berakhir tragedi.

Komen Anda

Senarai komen

nas juwahir
aktiviti seperti ini seharusnya ada pelindung kepala (helmet) sebagaimana aktiviti lain dalam sukan lasak. Takziah kepada keluarga mendiang dan harap kejadian ini menjadi ikhtibar kepada yang lain.
BASHRUDDIN SHAARI
Ini adalah sesuatu yang menyedihkan.Kita bersimpati pada keluarga mangsa. Bayangkan kalau perkara tersebut berlaku pada keluarga kita….
guru prihatin
setuju dengan fedelis
LiNa DaNnis
Takziah kepada keluarga pelajar ini.Tiada sesiapa yg mahukan kemalangan begini berlaku.Walaubagaimanapun pihak sekolah dan guru perlu tingkatkan kawalan keselamatan pelajar.
nia farhana izaddin
takziah buat keluarga ini… kejadian ini spatot nye di awasi secara serius agar tidak jadi sperti ini lagi… malang tidak berbau…sekira nye hendak menyertai aktiviti sebegini… harus mncari kepada yang mahir… dan di awasi dengan sempurna…
Kak Long
Takziah…….sedih dengan kejadian…Kita tunggu laporan seterusnya…..
zullah
aktiviti flying fox yg melibatkan ketinggian dan alatan besi patut disediakan sendiri oleh guru bukan arah pelajar yang buat. pelajar hanya peserta kpd aktiviti tersebut
faizah wahab
takziah…di harapkan bersabar…
jabay surugau
kejadian seperti ini sering terjadi,bila terjadi baru sedar,siapa yang bertanggungjawab,guru,ibu bapa atau pelajar.fikir-fikirkan lah jangan lagi berlaku pada yang lain. utamakan keselamatan takziah kpd keluarga mendiang.
hidayah sepang
harap bersabar .. sedih nyew .. hurm .. apew ley wat .. terima jew ..
ctDA
Salam takziah kepada keluarga mendiang. Moga tabah menghadapi dugaan.
Qada’ wa Qodar
Ini yang dinamakan takdir. kita kena beriman dangan qada’ setiap yang terjadi .Ini ketentuan allah swt, dah tertulis gitu cara dia mati.kita sekadar hambanya.org tidur pun ada yg mati
sarina
salam takziah kpd keluarga pelajar yg meninggal dunia….
amirudin
flying fox adalah aktiviti yang sangat bahaya dan tidak harus dilakukan di sekolah atau institusi pendidikan guru. Banyak aktiviti lain boleh dijalankan yang boleh mendatangkan lebih banyak manfaat, bukannya aktiviti seperti flying fox, aktiviti di air, abseiling dsb. Program Bina Insan Guru (BIG) di Institut Pendidikan Guru harus diubah supaya lebih menekankan aktiviti insaniah, bukannya aktiviti fizikal yang lasak, yang seharusnya diambil oleh pelajar yang mengikuti subjek Pendidikan Jasmani sahaja dan dikendalikan oleh pensyarah PJK, bukannya pensyarah akademik lain.
hu
kesian
gurangak
tragedi sedemikian tiada siapa mampu menduga, simpati sangat kepada keluarga mangsa.
Joe Jambul
Simpati pada beliau. Tiada siapa yang inginkan musibah ini berlaku. Takziah kepada keluarga mendiang.
shahimi
Takziah kepada keluarga. Sebagai seorang bekas guru,Jurulatih Kebangsaan Pengakap dan juga Jurulatih Fly fox saya rasa pelajar tidak harus mengambilalih tugas guru/jurulatih membuat persediaan aktiviti ini yang memerlukan dua atau lebih guru mengendalikannya.
FEDELIS
Penyeliaan yang berkala dan professonal perlu dilakukan untuk mengelakkan perkara yang sebegini berlaku.
yus tawau
tidak kiralah aktiviti apa sekalipun yang dianjurkan pihak haruslah memeriksa ciri-ciri keselamatan.jangan ingat nak seronoknya saja tanpa memikirkan keselamatan anak murid .
aizat
salam takziah kepada keluarga mangsa. apa yang berlaku adalah diluar jangkauan kita. Tuhan lebih mengetahui apa yang akan berlaku. Semoga diberi kekuatan untuk menerima hakikat yang berlaku. Pihak terlibat perlu membuat pemeriksaan rapi berkenaan ‘equipment maintenance’ dan penggunaan yang tepat sebelum membenarkan pelajar menggunakannya.
asiah aisyah
kesiannye kat diorang….
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s