BLOGGER MEDAN INFO MELAPORKAN DARI MESIR


Thursday, February 3, 2011

TERKINI Dari Cairo. Proses Membawa Pulang Pe;lajar2 Malaysia Sedang Giat Diusahakan

Syabas dan tahniah kepada usaha kerajaan Malaysia.

Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom yang turun padang bersama sama dengan Presiden Kelab Putera 1 Malaysia berjaya melancarkan lagi proses membawa pulang pelajar pelajar Malaysia.

Keadaan di Cairo International Airport walaupun agak sesak dengan ratusan anak anak kita diperantauan, insya allah segala galanya akan dilaksanakan dengan baik.

Penghargaan juga kepada Datuk Kamaruddin dari Air Asia yang sama sama bersusah payah menyelesaikan banyak masalah landing permission dengan kerajaan Mesir. Tidak lupa juga kepada Datuk Ismee yang menyediakan penginapan pelajar pelajar yang sedang dibawa ke Jeddah…

Blogmaster mohon disampaikan berita kepada rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa keluarga pelajar pelajar disini jangan risau kerana janji Datuk Azeez dalam ucapannya tadi, “kami akan pastikan semua pelajar dibawa pulang, tidak ada seorang pun akan tinggal… Kami tidak akan pulang selagi masih pelajar yang tidak dapat dibawa pulang..” Ini sejajar dengan arahan YAB Perdana Menteri mahu MISI Khas ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang gangguan!

Talian internet agak sukar, Blogmaster kemaskini dengan meminjam broadband Etisalat Egypt…

Ikuti Rakaman Di Tempat Khemah Khas Pengurusan Proses Membawa Pulang Pelajar Malaysia Yang Disediakan Oleh Kedutaan Malaysia dan Kementerian Luar;

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman sedang menjelaskan kepada pelajar pelajar Malaysia keadaan di negara kita dimana ada pihak yang bertanggungjawab telah memperlekehkan usaha usaha kerajaan membawa pulang mereka ke tanahair membuatkan ramai ibu bapa menjadi risau serta bimbang…
Sdra Azman dari Utusan Malaysia menemu ramah salah seorang pelajar tentang pengalaman mereka di sana
Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom menyampaikan taklimat kepada pelajar pelajar yang sedang menunggu giliran untuk diterbangkan ke Jeddah menaiki Air Asia
Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay turut sama turun padang untuk mempastikan semua proses berjalan lancar..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: