MPT perlu bina segera pembahagi jalan jenis konkrit


Pagi Isnin semalam satu kemalangan maut telah berlaku di Jalan Stesen (Jalan Kilang) antara Balai Bomba Kamunting dan Pasar Borong Kamunting.

Kemalangan seawal pagi sebelum jam 7.00 melibatkan sebuah van dan dua pekerja warga Bangla yang menunggang sebuah basikal untuk pergi bekerja di sebuah kilang yang berhampiran.

Kemalangan ini dapat dielakkan sekiranya pihak bertanggung jawab dapat membina pembahagi jalan konkrit sepanjang jelantas baru sehinggalah ke bulatan antara Kilang Sardin dan  Depoh Bas Konsortium Bas Ekspress

Satu hal lagi ialah sikap warga Bangla yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. menunggang basikal di kiri kanan dan melintas jalan sesuka hati. Sebelum ini kerap berlaku kemalangan kecil antara penggunua kenderaan lain dengan warga Bangla ini tetapi tidak serius atau cedera teruk.

Bayangkan , anda sedang memandu kereta dan membelok masuk lorong sebelas membuat pusingan pada bulatan berhampiran , tetiba Bangla menunggang basikal dalam kumpulan menghala ke arah anda. Bagaimana rasanya bila keadaan gelap sebelum 7 pagi?

TM menyeru supaya Majlis Perbandaran Taiping dapat mengambil tindakan segera dalam perkara ini.

Basikal warga Bangla hancur

Mangsa yang selamat

Mayat di bawah van
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s