PAS TAKUT AKAN PERKASA


Hari ini TM ingin fokuskan kepada agenda YB Dato Mahfuz Omar yang akan menganjurkan Konvensyen Melayu.

Sejak wujudnya Perkasa yang berusaha untuk menyatupadukan orang Melayu di bawah satu badan pertubuhan yang berbentuk badan bertindak Melayu seperti mana Don Zhong.

Perkasa telah berjaya menarik perhatian orang Melayu untuk menyediakan landasan bagi kaum peribumi untuk menegakkan hak-hak mereka tanpa mengira fahaman politik.

Perkasa akan bertindak sebagai sebuah badan berkecuali untuk menangani isu-isu semasa yang membabitkan pribumi seperti soal kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan lain- lain.

Kini dalam masa yang singkat Perkasa berjaya mengumpulkan Melayu yang terdiri dari Pas, Umno, Pkr dan lain-lain untuk sama-sama memperkasakan perjuangan Melayu.

Melihat fenomena yang boleh meruntuhkan institusi politik Pas, Mahfuz telah mengambil langkah awal untuk membendung ahli-ahli Pas daripada menyokong Perkasa dengan mengadakan Konvensyen Melayu.

Sudah tentulah sasaran atau kritikan Mahfuz kali ini adalah Perkasa. Perkasa akan dilabelkan sebagai NGO Pro Kerajaan dan Umno.

Perkasa juga didokong oleh Tun Mahathir dan juga YB Tuan Hj Ibrahim Ali yang benar-benar mempertahan ketuanan Melayu.

Langkah mempertahan Ketuanan Melayu oleh Perkasa dilihat penting kerana kefahaman dan kesetiaan orang Melayu generasi Y terhadap Institusi Raja-Raja Melayu semakin pudar. Ini ditambah lagi oleh pembawaan politik yang menggadaikan bangsa dan agama oleh Pas dan Pkr itu sendiri.

Oleh itu Konvensyen Melayu oleh Pas adalah usaha untuk mengekang ahli Pas daripada keluar parti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: