RELA dan pengambilan anggotanya.


Beberapa hari lepas TM mendedahkan salah laku seorang anggota RELA dari Kuala Sepetang yang mengganggu tugas pegawai keselamatan dalam menjalankan operasi menangkap taiko dadah.

Perbuatan anggota yang bergelar tonto dadah itu telah mencemarkan nama baik KDN yang bertanggung jawab terhadap pasukan tersebut.

Rela ditubuhkan dengan harapan mereka menjadi mata dan telinga kerajaan lantaran itu, pada 11 Januari 1972, tertubuhlah Ikatan Relawan Rakyat atau lebih dikenali sebagai RELA di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.

Semenjak dari itu, pelbagai transformasi telah berlaku pada RELA dan pada 20 Mac 1999, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.

Antara objektif RELA ialah;

  1.  Memantapkan pelaksanaan NKRA Mengurangkan Jenayah
  2.  Menangani ancaman jenayah merentasi sempadan
  3.  Memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah
Lihat senario ini;

EMPAT lelaki warga asing yang sekian lama menjadi ahli Ikatan Rakyat (Rela) ditahan pihak berkuasa kerana menggunakan MyKad palsu selama 15 tahun. – Sabah.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang anggota Rela yang merakam gambar seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) sedang membuang air kecil di dalam sebuah trak lima tahun lepas, membayar gantirugi sebanyak RM100,000 kepada wanita itu- Kuala Lumpur

Aduan saya senang sahaja. Pada 16hb April 2011, RELA mengutip RM 10 daripada pelari-pelari di Sepang International Circuit. Sila ambil tindakan. Terdapat 10,000 perserta dan jika adanya 5000 yang memandu kenderaan, di manakan wang RM 50,000 tersebut sekarang. Ini adalah wang rakyat dan bukannya wang RELA. Sila ambil tindakan. Di sini adanya bukti video anggota-anggota RELA mengutip wang. http://youtu.be/AKbjTbV7t5U

Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga, di sini nyaris maut setelah dirempuh oleh seorang anggota RELA yang cuba meloloskan diri daripada sekatan polis dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, kelmarin.- Kuala Terengganu

Antara cerita-cerita lain ialah ada anggota Rela bawa gari masuk pusat hiburan mengalahkan polis. Ada yang mengambil pekerja asing tanpa permit, cuba periksa di sangkar-sangkar ikan di tengah laut, siapa yang bekerja.

Pegawai Rela Daerah juga hendaklah membuat ujian air kencing kepada semua anggota pasukan tanpa kecuali.

Berikut adalah petikan teks ucapan 2 tokoh utama dalam KDN.

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) – jika ketika saya masuk dulu, hanya mempunyai keanggotaan seramai 556,000 orang, sehingga 31 Oktober 2010, telah mempunyai seramai 2.04 juta orang anggota. Proses penjenamaan semula RELA telah dimulakan, Program 1Platun, 1Kampung, 1Taman telah dilancarkan bagi menyokong NKRA Mengurangkan Jenayah dan Briged RELA Orang Asli telah ditubuhkan bagi mengiktiraf peranan dan minat Orang Asli di dalam RELA.- Hishamuddin Hussein

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita pasti akan menampakkan kesannya sandainya sifat positif ini turut diamalkan oleh 1.2 juta ahli RELA pada hari ini. Dan pada 2015 nanti, apabila sasaran 2.5 juta ahli tercapai, 1Malaysia pasti akan berjaya dengan gemilangnya.- Najib Razak

Oleh itu , sebelum mengambil anggota baru , pihak KDN hendaklah membuat tapisan yang ketat, setiap pemohon perlu melalui beberapa saringan sebelum mereka diambil menjadi ahli.  

Perlu dikaji dan dinilaikan terlebih dahulu oleh jawatan kuasa untuk menentukan mereka benar-benar bersih, tidak pernah terlibat dengan apa-apa kes jenayah. 

Sekiranya berlaku ketidaktelusan, Pegawai yang bertanggung jawab di peringkat daerah perlu dikenakan tindakan.

Kepada anggota yang terlibat dengan kegiatan tonto dadah di Kuala Sepetang itu,  Rela Daerah perlu menyisat dan mengenakan hukuman jika dia didapati bersalah.

Orang Islam: Fikirlah!


by M. Zahid B. Md Yasin

Telah hampir kepada tarikh hari Perhimpunan Bersih, Ketua Dewan Ulama PAS kata Wajib dan Ulama’ Muda UMNO kata haram. Pertentangan dua berlebel ulama’ adalah berbeza, seorang kata wajib kerana di nisbahkan kepada AMAN dan seorang kata HARAM nisbah kepada menyusahkan.

Orang yang taksub kepada ULAMA’ PAS tidak kata apa2 terus ikut dan kata wajib, seorang yang taasub kepada ULAMA’ UMNO pun terus kata haram.

Saya tidak ingin masuk campur dengan kenyataan dua2 ulama’ ni. Pada kita yang benar itu benarlah dan yang salah itu salahlah.

Cuma saya nak kasi tahu sahabat2 penganjurnya ialah AMBIGA SREENEVASAN merupakan orang yang menuntut penggunaan nama Allah di dalam akhbar Kristian.

Jumhur Ulama’ sunni dan pengikut Sunni mengharamkannya dan mempertahankan yang haram itu murtad. Ramai dikalangan Ulama’ PAS bertelagah mengenai perkara ini,

Mursyidul Am Pas kata boleh manakala Timbalannya kata Haram. kecacatan ilmu yang membawa manusia kepada haram dan memertahankan yang haram itu MURTAD merupakan kecelakaan yang amat besar dilakukan oleh manusia.

Apatah lagi dikuatkan pula Hujah Oleh Presiden PAS di dalam Harakah mengsamawikan agama Kristian dan Yahudi.

AMBIGA SREENEVASAN juga merupakan peguam kepada Kemenangan Lina Joy mempertahankan kemurtadannya setelah murtad.

Akhirnya PAS yang disokong kuat Mohamad sabu telah bersetuju dengan pimpinan AMBIGA SREENEVASAN mengadakan himpunan BERSIH.

Apakah kita umat islam bersetuju dengan perhimpunan BERSIH di atas pimpinan AMBIGA SREENEVASAN ini? Setelah membawa umat Islam di malaysia kepada lembah Murtad dan mempertahankan murtadnya Lina Joy?

Dimanakah bijaknya kita berpidato di atas pentas sehingga memukau jutaan manusia tiba2 terikut2 dengan kafir yang memurtadkan dan mempertahankan murtad?…cerdikkah kita bergelar ulama’ sehingga terleka dalam hal seperti ini?

DISEBALIK TABIR NGO YANG MEMPERTAHANKAN MURTADNYA LINA JOY:-

  1. Malaysian Bar Council
  2. All Women’s Action Society (AWAM)
  3. Sisters in Islam (SIS)
  4. Catholic Lawyers Society
  5. Interfaith Spiritual Fellowship
  6. Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
  7. Malaysian Consultative Council of Buddhism,
  8. Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
  9. National Human Rights Society (HAKAM)
  10. Pure Life Society
  11. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  12. Vivekananda Youth Movement, Seremban
  13. Women’s Aid Organization (WAO)
  14. Women’s Development Collective (WDC)