MAT SABU ADALAH PETUALANG BANGSA MELAYU


Mukhter
Ketua Penerangan Perkasa LMS Perak

Tiada apa yang perlu rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu di Malaysia perlu merasa pelik, hairan, sedih, marah atau takut dengan seorang manusia yang bernama Mohamed Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air, sudah mengenali beliau sejak dari dulu lagi. Orangnya suka bercakap ikut sedap mulut sahaja dan isi ceramah politiknya sarat dengan maki hamun serta lawak jenaka bodoh belaka. Namun apa yang hairan ialah, bagi pengikut fanatik PAS Mat Sabu adalah jagoan mereka di pentas ceramah. Namun bagi orang yang berfikiran matang serta mempunyai sedikit nilai ilmiah di dalam pemikiran mereka akan menolak orang seperti Mat Sabu ini. Malahan tidak salah kalau saya katakana bahawa orang seperti Mat Sabu ini sebenarnya telah memalukan PAS kerana peribadi serta tingkah laku beliau seikitpun tidak menunjukkan beliau berjuang untuk kepentingan ummah.

Kalau benar Mat Sabu berani untuk mengatakan bahawa pasukan keselamatan yang terkorban kerana mempertahankan serangan pengganas komunis di Bukit Kepong tidak layak di panggil pejuang, maka saya mencabar Mat Sabu supaya memanggil satu siri ceramah yang dihadiri oleh veteran keselamatan samada dari pihak polis atau tentera. Saya mencabar supaya Mat Sabu mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa di hadapan mereka atau di hadapan waris mereka yang telah terkorban di dalam peristiwa tersebut. Kalau benar Mat Sabu berani, maka saya cabar beliau supaya melakukannya selepas Hari Raya Aidil Fitri ini dengan kadar secepat yang mungkin.

Semua rakyat Malaysia yang waras pemikirannya merasa amat jenaka sekali terhadap kenyataan seorang Timbalan Presiden PAS yang akan memperbetulkan fakta sejarah jika PKR dapat merampas Putrajaya. Sebenarnya tidak perlu kita semua menunggu saat itu kerana sekarangpun sudah banyak fakta sejarah yang telah diputarbelitkan oleh golongan seperti ini. Sebenarnya kalau kita lihat, bermula dari isu tangkap khalwat dahulu serta pembohongan kononnya beliau telah dilanggar oleh pihak polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu, tidak hairan bagi kita kenapa Mat Sabu sentiasa boleh bercakap bohong. Tidak hairan juga jika perkara yang sama boleh dilakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: