PERBEZAAN TAHAP PEMIKIRAN DAN ‘IQ’ DI ANTARA PEMIMPIN PEMBANGKANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI NEGARA INI – AMAT MEMALUKAN


Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam saya merasa amat malu apabila Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu berkaitan dengan isu komunis dan pasukan keselamatan Bukit Kepong serta Dato Onn Bin Jaafar serta Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Karpal Singh adalah seorang pemimpin kanan DAP yang menunggang kuda PAS pun tidak bersetuju sama sekali dengan kenyataan Mat Sabu dan beliau dengan tegas menyatakan bahawa kesemua mereka yang terlibat dalam menentang pengganas komunis adalah pejuang negara dan ia tidak boleh ditolak sama sekali dan ia sudah menjadi satu fakta sejarah. Malahan Karpal Singh telah membayangkan supaya Mat Sabu menarik balik kenyataannya itu. Malahan saya berasa labih malu lagi apabila Prof. Emeritius Datuk Dr. Khoo Khay Kim meminta Mat Sabu merujuk kepada fakta sejarah yang ada pada beliau sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan sejarah negara ini.

Moralnya di sini adalah nampak benar perbezaan “kualiti pemikiran” serta tahap keintelektualan di kalangan pemimpin pembangkang Melayu dan bukan Melayu di negara ini. Nampak benar Mat Sabu memanglah umpama seekor ayam sabung yang hebat berkokok tetapi dia tidak tahu apa yang dikokokkannya. Nampak sangat Mat Sabu silap percaturan dan jangkaan kerana dia mungkin menganggap bahawa kenyataannya itu akan mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan bukan Melayu di dalam Pakatan Rakyat. Amat mengejutkan apabila Karpal Singh mengeluarkan kenyataan yang tidak sama sekali menyokong beliau. Di sinilah kita melihat perbezaan kualiti di antara ahli politik Melayu dengan bukan Melayu. Olehkerana Mat Sabu adalah seorang Melayu, maka Mat Sabu telah memalukan kita semua sebagai orang Melayu. Mat Sabu adalah lambang kebodohan serta kesemberonoaan seorang ahli politik Melayu. Lambang percakapan tanpa rujukan tepat dan emosi mengatasi kewarasan otak.

Sebenarnya walaupun Mat Sabu hanyalah mewakili 0.0001% daripada orang Melayu di negara ini namun kesan daripada kedangkalan beliau itu amatlah memalukan kita. Hari ini orang Melayulah yang menjatuhkan orang Melayu sendiri. Orang Melayulah yang menikam bangsanya sendiri. Orang Melayulah yang menfitnah serta memburuk-burukkan bangsanya sendiri.

Orang bukan Melayu pada hari ini ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan serta kebadutan sebahagian daripada ahli politik Melayu. Mereka bertepuk tangan melihat ayam sabung Melayu membelasah bangsanya sendiri. Ayam sabung Melayu mendabik dada serta amat megah apabila dapat membelasah bangsanya sendiri sehingga dia terlupa bahawa apabila sampai waktunya dia sendiri akan dicucuk leher dan dijadikan korban dan digantung sebagai ayam salai. Jangan lupa itu Mat Sabu!

Sepatutnya semua ahli politik Melayu tanpa mengira parti politik perlu bersatu sekarang. Tanda-tanda keruntuhan serta kejatuhan empayar politik Melayu telah ada. Namun pemimpin politik Melayu masih sangat selesa untuk bercakaran sesama sendiri malahan mereka telah berkelahi sehingga menjatuhkan maruah kita semua sebagai orang Melayu.

Saya menyeru supaya semua pemimpin politik Melayu pada hari ini lebih berakhlak serta menjaga tatasusila apabila berpolitik. Janganlah asyik mengejar populariti sehingga bangsa kita hilang segalanya waimah nak pakai seluar dalam pun sudah tidak mampu suatu hari nanti jika inilah perangai yang ada pada pemimpin politik Melayu kita. Apakah salahnya jika Umno, PAS dan PKR bersatu pada hari ini demi survival bangsa dan agama kita. Kita adalah satu rumpun bangsa yang sama dan kita dilahirkan di sebuah negara yang sama serta membawa amanah bangsa yang sama. Susah sangatkah untuk bersatu atau memang tidak mahu bersatu?

Carilah titik persamaan dan janganlah dicari titik perbedaan. Politik boleh membawa kita ke syurga dan boleh juga menghumban kita ke neraka.

Mukther Rizam Bin Ahmad
Ketua Penerangan
PERKASA Daerah LMS
2 Ogos, 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s