PAS TONGONG BENGAP BAHALOL BAGHAL BENGONG


Oleh rmf

PENYOKONG PAS PKR WAJIB BACA!! JANGAN IKUT KERAS KEPALA KORANG AJER.. GUNAKAN OTAK DAN BERFIKIR..

Disebalik Isu DUMC, Kalimah, Bible Bahasa Melayu, Azan dan IFC

Apa yang akan aku tuliskan ini adalah satu PESANAN buat penyokong gereja terutama Khalid Samad , jangan kerana ideologi politik kamu semua menjual segalanya yang berada dihadapan mata dan mengambil jaln mudah untuk  kamu semua termasuk Anwar Ibrahim menghalalkan demi untuk mencapai cita cita kamu didalam politik. Berfikirla dengan waras terutama penyokong PAS yang hanya dicucuk hidung mengikut apa sahaja kata kata ketua korang tanpa bantahan. Baca dengan teliti!! politik bukan  sekadar menperjuangkan isu-isu dihadapan mata malahan  ianya perlu dikaji  kenapa ianya berlaku, sebab nya berlaku, perlukan penentangan, atau sebaliknya.

Joshua Project – The 10/40 Window

Hidup dan kehidupan manusia amat berkait rapat dengan angka atau nombor! Kenyataan yang agak keterlaluan tetapi satu hipotesis yang dapat dibuktikan secara lahiriah dan nyata. Angka atau nombor digunakan dalam penyataan sejarah sebagai bukti pensejarahan, latar peristiwa dan pentarikhan. Angka-angka juga digunakan sebagai elemen menunjukkan bilangan benda, menyelesaikan masalah pengiraan juga nisbah dan komposisi dalam bidang penciptaan, bidang penyelidikan dan teknologi. Malahan dalam kehidupan seharian pun, anda tidak akan betah jika semua nombor dan angka di sekeliling anda digantikan dengan benda lain.

´Windows 10/40´? Adakah nombor pada perkataan ´windows´ itu menunjukkan siri sebuah perisian? Atau ia sebuah jenama kepada tetingkap komputer yang bakal digunakan oleh jutaan penduduk dunia? Mungkin juga ´Windows 10/40´ itu judul sebuah ´filem thriller´ karya Steven Speilberg yang masih dalam pembikinan dan penyuntingan? Sebenarnya, ´Windows 10/40´ sesuatu yang amat asing bagi masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Islam. Angka 10/40 yang tertera di belakang perkataan ´Windows´ itu terkandung konotasi yang harus dilihat secara ilmiah oleh semua umat Islam di Malaysia.

Pada peta dunia – Malaysia terletak pada garis lintang latitud dan magnitud 10 dan 40 (sumber: info Berita Harian). Majalah ´The Minaret´ yang diterbitkan oleh California Islamic Centre, Malaysia tersenarai dalam salah sebuah lokasi gerakan Kristianisasi terancang. Matlamat utama gerakan di sekitar latitud dan magnitud 10/40 itu untuk memesongkan akidah umat Islam supaya bertunjangkan ajaran Kristian. Inilah yang termaktub dalam gerakan ´Windows 10/40.

´Windows International Network´ (WIN) yang ditubuhkan pada 1999, bercadang menggerakkan 40 juta penganut Kristian untuk menyebarkan ajaran itu ke 67 buah negara. Sisters Beverly Pegues, pengarang ´WindoWatchman 1´ dan editor WindoWatchman II´ merupakan pengasas, Presiden dan CEO kepada gerakan ini. Pegangan utama Sisters Beverly Pegues dalam mentafsirkan gerakan ini berpandukan kepada Bible Genesis ayat 1:26; Rasul tertinggi yang dinyatakan kepada umat manusia bukanlah seperti yang dinyatakan umat Islam iaitu Nabi Muhmamad s.a.w sebaliknya adalah Jesus Christ (Isa Al-Masih) sebagai pembawa kebenaran.

Keinginan untuk menghapuskan Islam yang muncul sebagai agama paling dominan di dunia (penganut paling ramai) di samping agama Hindu dan Buddha menjadi teras perlaksanaan gerakan Windows 10/40. Menurut Bryant L Myers, faktor kemiskinan yang melanda di negara-negara sekitar 10/40 merupakan satu kelebihan untuk melebarkan gerakan Kristianisasi sebagai salah satu program pembasmian kemiskinan.

´Windows 10/40´ menggariskan empat panduan khusus kepada semua masyarakat Kristian di dunia. Matlamat utama mereka adalah menyebarkan dakyah Kristian kepada populasi bukan Kristian (majoritinya penganut Islam) di garisan latitud dan magnitud 10/40 seperti Afrika, benua Arab dan Asia. Antara panduan yang terkandung dalam manifesto ´Windows 10/40´, masyarakat Kristian seluruh dunia harus bersembahyang dan berdoa kepada Jesus supaya penduduk di kawasan sasaran menerima ´hidayah´ dan Kristian sebagai agama. Bagi melaksanakan impian tersebut, mereka disarankan supaya mendekati masyarakat di negara-negara yang terlibat melalui pelbagai cara seperti melancong ke negara-negara ´Windows 10/40´.

 

Justeru, untuk memudahkan penerimaan masyarakat yang majoritinya Muslim, penganut-penganut Kristian menggunakan pendekatan bijak dalam mendekati golongan sasaran. Berselindung atas nama badan-badan kebajikan – menghulurkan bantuan kemanusiaan, mewujudkan rumah-rumah kebajikan; cara terbaik yang diberikan oleh pengasas ´Windows 10/40´. Secara tidak langsung, individu yang menerima ´bantuan´ dan terpedaya dengan helah sedemikian rupa mudah dipujuk untuk beralih pegangan sekaligus dimurtadkan.

Gerakan memurtadkan orang-orang Islam di bumi Malaysia ini telah berlaku sejak sekian lama. Kedatangan Portugis pada 1511 di bumi Melaka – Alfonso de Albuqurque membawa bersama para pendakwah kristian dalam misi 3G (Goal, Gospel and Glory) di bumi yang dinamakan ´Semenanjung Emas´. Ekoran itu, terbina A Famosa sebagai kota tempat berlindung bagi orang-orang Portugis.

Sejarah tidak pernah menipu manusia tetapi manusia yang sering ditipu oleh sejarah. Satu lagi pernyataan yang seakan bersifat prejudis tetapi dapat dibuktikan melalui catatan sejarah. Portugis meninggalkan kesan ´kristianisasi´ ke atas alam Melayu dan dianggap berjaya menyebarkan ajaran Kristian secara halus kepada penduduk ketika itu. Di dalam kota A Famosa ; di atas binaan bercirikan Portugis itu terdapat sebuah kubur Ketua Paderi Kristian Melaka.

Para Misionaris Kristian merencanakan ´Windows 10/40´ secara terancang dan amat halus. Strategi utama yang ditancapkan pada setiap gerakan adalah berusaha memesongkan umat Islam daripada agama Islam melalui penyebaran risalah berbahasa Melayu, melodi dan irama hiburan yang pelbagai serta membuat agama palsu sebagai perbandingan antara Islam dan Kristian. Fokus utama dalam gerakan ´Windows 10/40´ ini adalah menghancurkan kesatuan umat Islam supaya terus menjauhkan diri daripada ajaran Islam yang sebenar.

Pada tahun 1997, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah membuat pemantauan ke atas penerbitan dan pengedaran risalah-risalah Kristian berbahasa Melayu dengan menjadikan orang Melayu sebagai kumpulan sasaran. Lebih 250 risalah telah dikesan dan dirampas kerana mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah ke atas kesucian Islam serta boleh memesongkan akidah umat. Antara judul-judul terbitan yang mengandungi ajaran Kristian itu ialah ´Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul´.

Dunia Melayu pernah dikejutkan dengan peristiwa Maria Hertogh berketurunan Belanda yang diserahkan kepada keluarga Melayu untuk dipelihara pada tahun 1949. Kes melibatkan Maria Hertogh atau Natrah mencuit sensitiviti orang Melayu beragama Islam di Tanah Melayu ketika itu bermula apabila keluarga kandungnya menuntut kembali hak penjagaan ke atas Natrah yang telah beragama Islam. Natrah telah dilarikan ke Belanda dan terus menetap di sana sehingga ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad, meninggal dunia pada tahun 1979. Berita mutakhir – Natrah kini sudah tua dan dikatakan sudah mempunyai anak cucu hasil perkahwinan dengan pemuda Belanda. Peristiwa ini merupakan satu pengajaran kepada umat Islam di Malaysia tentang pentingnya mempertahankan kesucian Islam sebagai agama yang benar dan selamat.

Kini, gerakan ´Windows 10/40´ didakwa telah menular di kalangan penuntut universiti tempatan. Budaya ´couple´ warisan orang Inggeris dan konsep ´bebas´ yang tiada batasnya telah menggoyahkan keimanan dan mentaliti segelintir penuntut Islam. Budaya berpasangan dengan individu bukan Islam secara bebas, dikenalpasti salah satu faktor penyebab ramai gadis-gadis Melayu terjerumus menjadi murtad ekoran perasaan sayang dan cinta yang keterlaluan. Ketika itu, persoalan tentang batasan agama dan keimanan sudah tidak dipentingkan lagi sebaliknya akur dan bersedia menurut kemahuan kekasih hatta sanggup menukar agama.

Gerakan licik pendokong ´Windows 10/40´ disebarkan dengan pelbagai cara. Pihak berkuasa agama mendapati sebahagian modus operandi gerakan sebegini melalui penggunaan surah-surah palsu dan hadis-hadis palsu, memutarbelitkan fakta Al-Quran untuk menarik minat masyarakat Melayu menganut agama berkenaan. Antara hadis-hadis palsu yang dinyatakan dalam sesetengah risalah adalah berkenaan konsep Triniti (Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak).

Fenomena mutakhir ini cukup membimbangkan apabila kemudahan teknologi digunakan sebagai salah satu senjata gerakan anti Islam khususnya dalam penyebaran ajaran Kristian dan pelbagai ajaran sesat. Fahaman dan ajaran itu disebarkan secara cepat menerusi laman-laman web berbahasa Melayu bagi memudahkan orang Islam khususnya berbangsa Melayu untuk membacanya.

Metodologi yang digunakan dalam menjayakan dasar Kristianisasi cukup halus dan mampu membangkitkan perasaan ´berbelah bagi´ terhadap Islam. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis, pembina dan penulis laman-laman web berkenaan terdiri daripada mereka yang mendalami ajaran Islam dan menggunakan setiap aspek dalam ajaran Islam sebagai senjata untuk ´menyerang´ orang Islam. Aspek kebudayaan, aspek tauhid dan kepercayaan serta aspek amalan dan keagamaan diputarbelitkan dengan rencam fakta yang pelbagai.

Umat Islam harus mengambil pendekatan ´ambil tahu´ terhadap perkembangan dan strategi musuh-musuh Islam yang ingin memesongkan akidah umat Islam. Seharusnya, umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia khususnya perlu mempelajari kaedah terbaik dalam menangani permasalahan sedemikian. Aspek pengukuhan kefahaman Islam perli diperdalamkan sebaik mungkin bagi menajawab setiap aspek dan persoalan yang dibangkitkan oleh musuh-musuh Islam berkenaan. Pendekatan sentiasa berhati-hati (ancaman penyebaran risalah melalui internet dan konvensional) dan sentiasa merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang agama adalah jalan selamat bagi mengelakkan umat Islam terjerumus ke arah kemurtadan

http://home.snu.edu/~hculbert/1040.htm

http://1040window.org/

Advertisements

One thought on “PAS TONGONG BENGAP BAHALOL BAGHAL BENGONG

  1. salam..sedar la realiti.selama 54 tahun merdeka ni sapa yang berkuasa memerintah kerajaan?dalam tempoh yang panjang ni,Islam betul2 terjamin ka di Malaysia ni?adakah selama ni kerajaan Malaysia dok tidoq sampai xtau ada gerakan murtadkan orang Islam kat Malaysia ni?kalau depa x tidoq,apa yang depa buat?sapa yang tongong skrg ni,orang ada kuasa ka orang xdak kuasa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s