Apa motif Pegawai Jabatan Perhutanan Perak bawa senjata untuk berbincang dengan Orang Asli


Kerajaan negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional tidak habis-habis melaksanakan agenda pembangunan yang mampu membela nasib rakyat pelbagai kaum termasuk masyarakat Orang Asli.

Namun sekiranya wujud agensi-agensi kerajaan yang bertindak bertentangan dengan usaha itu maka tidak hairanlah rakyat merasakan mereka tertipu dengan setiap agenda yang telah direncanakan itu. Akhirnya kesalahan itu ditanggung oleh pemimpin negeri.

Jika sebelum ini, PerakToday memaparkan perihal seorang ahli DAP yang menceroboh tanah milik penduduk di Chenderiang, kali ini kes yang hampir sama berlaku kepada masyarakat Orang Asli di Langkap.

Apa yang lebih memalukan pencerobohan tanah Hutan Simpan Chikus berkeluasan beribu-ribu hektar itu bukan dilakukan oleh orang luar sebaliknya didalangi pegawai Jabatan Perhutanan.

Menurut Tok Batin Kampung Palawan Chikus, Apong Bahel, penduduk kampung itu telah dihalang dari menjalankan aktiviti pertanian sedangakan tanah itu adalah milik kerajaan negeri untuk masyarakat orang asli bercucuk tanam.

Ketika penduduk kampung berkenaan cuba berbincang dengan Jabatan Perhutanan Negeri,  agensi itu melayan mereka dengan teruk sekali malah berkelakuan seperti ‘Gengster’ dengan diiringi pihak keselamatan bersenjatakan senapang dan gari.

Secara logiknya, adakah masyarakat Orang Asli berkenaan adalah tergolongan dalam kumpulan penjenayah atau pemberontak yang memerlukan pihak Jabatan Perhutanan membawa pihak keselamatan dan bersenjata api.

Sudah lah merompak harta kerajaan yang diusahakan masyarakat Orang Asli, bertindak pula seperti merekalah yang berkuasa.

Mana-mana manusia pun akan berasa takut apabila mereka diacukan dengan senjata api dan tindakan Jabatan Perhutanan itu membuatkan mereka terasa seolah-olah telah melakukan kesalahan terlalu besar.

“Kami berasa kecewa apabila melihat dorang datang dengan membawa senjata api kan datang ke kampung kami, kami rasa terkilan la..sebab tiap kali kami meeting kami tak pernah buat macam itu kan.

“Dalam perbincangan itu, pihak jabatan memaklumkan bahawa aktiviti yang dijalankan masyarakat orang Asli di kawasan  tersebut menyalahi undang-undang. Malah, sumber-sumber pertanian yang diusahakan mereka turut dimusnahkan.

Namun apa yang peliknya, jika ia menyalahi undang-undang, mengapa pula ada pihak tertentu diberi kebenaran oleh Jabatan Perhutanan untuk meneroka kawasan tersebut.

Maka jelas disini, wujudnya kumpulan-kumpulan mafia dalam Jabatan Perhutanan Negeri yang sewenang-wenangnya menindas golongan Orang Asli di Perak dan sikap mereka ini dilihat semakin melampaui batas.

Kes ini telah pun dimaklumkan kepada kepimpinan tertinggi kerajaan Perak memalui Adun Sungai Manik, Dato’ Zainol Padzi Paharuddin

Menurut Zainol, sebelum ini beliau pernah mencadangkan kawasan tersebut kepada Yayasan Bina Upaya (YBU) untuk diambil alih dan diberikan kepada golongan memerlukan termasuk masyarakat Orang Asli.

Namun, Jabatan Perhutanan membantah dengan alasan kajian dan penanaman semula akan dilakukan di situ.

“Jadi kita nak lihat kewajaran, tidak mahu nanti dikatakan kerajaan bersikap tidak adil untuk lain-lain orang Asli dan sebagainya..tetapi realitinya bukan kerajaan yang mengambil tindakan begitu tetapi realiti nya mungkin prosedur jabatan dan sebagainya.

PerakToday akan cuba mendapatkan maklum balas dari Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan kes ini.

IPOH, 28 Okt (Bernama) — Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan penerokaan haram Hutan Simpan Kekal Chikus di Langkap, Teluk Intan sebagai serius dan percaya perbuatan tidak bertanggungjawab itu didalangi sindiket.

Beliau berkata lawatan yang dilakukan oleh anggota exco Datuk Zainol Padzi Paharuddin ke kawasan hutan itu bersama penduduk Orang Asli Kampung Palawan Rabu lepas adalah mewakili kerajaan negeri bagi melihat sendiri isu itu.

“Saya kini menunggu laporan dari beliau (Zainol) dan akan membuat keputusan selepas menerimanya…saya tidak menafikan perkara ini melibatkan sindiket,” katanya kepada pemberita di pejabatnya Jumaat.

Zainol Padzi selepas lawatan itu menyatakan kegiatan penerokaan tanah secara haram hutan berkenaan membabitkan penanaman kelapa sawit dan tanaman kontan seperti betik, limau kasturi, limau nipis dan jambu batu.

Kawasan hutan simpan itu seluas lebih 2,500 hektar.

Advertisements

Guru nyaris ditelan sungai


 

SIBU: Tiga guru lelaki SK Nanga Kua di Selangau, nyaris ditelan sungai selepas baha-gian belakang kuarters yang didiami mereka runtuh pada malam Isnin lepas.

Salah seorang guru terbabit, Haliff Irwan Hassan, 28, ketika ditemui Utusan Borneo semalam berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.15 malam.

Katanya, semasa kejadian beliau serta dua orang rakannya sudah masuk ke bilik tidur masing-masing.

“Semasa berada di dalam bilik, saya terdengar bunyi yang mencurigakan di bahagian belakang rumah sebelum memaklumkannya kepada rakan yang lain.

“Belum sempat mengetahui lanjut apa yang sedang ber- laku, bahagian belakang rumah kami yang menempatkan tempat memasak serta bilik mandi dan tandas pun runtuh,” ujar beliau.

Menurut Haliff, beliau antara yang paling bernasib baik kerana sejam sebelum kejadian beliau menggunakan bilik air untuk mencuci pakaian.

Haliff yang berasal dari Johor dan telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tiga tahun lalu menjelaskan, petanda kawasan berkenaan sudah tidak selamat sudah mula dikesan sejak Sabtu lalu.

Jelas beliau, kerana bimbang air Sungai Kua semakin naik, beliau serta yang lain bertindak memindahkan tangki air ke kawasan tinggi.

Difahamkan, hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah meng-akibatkan Sungai Kua yang terletak di belakang kuarters guru semakin naik dan deras se- hingga menyebabkan berlaku-nya hakisan tanah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh ketika ditemui semalam menjelaskan, beliau bersama Pegawai Daerah Wan Akil Wan Muhamad Bujang serta Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Selangau Limok Shem telah melawat tempat kejadian.

“Hasil daripada lawatan tersebut, saya telah meminta PPD (Pegawai Pelajaran Daerah) membincangkan perkara tersebut dengan pihak Pejabat Pelajaran Sibu.

“Saya juga, akan berbincang mengenai peruntukan yang diperlukan dengan pihak Kementerian Pelajaran supaya kuarters guru yang baru dapat dibina,” ujar beliau yang pernah menjadi guru besar di se- kolah berkenaan dari 1978 hingga 1982.

Mauh memberitahu, be- liau mencadangkan supaya ke-semua kuarters guru di tebi- ngan Sungai Kua dirobohkan dan dipindahkan ke kawasan lapang berdekatan dengan pin-tu masuk ke sekolah berke- naan.

Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga bersetuju untuk membina kuarters baru secara gotong-royong, katanya.

Bercakap lanjut, Mauh menjelaskan bahawa isu-isu se- kolah yang berisiko tinggi di- landa banjir dan tanah runtuh di sekitar Tamin pernah dibin-cangkan dalam kabinet sebelum ini.

Empat daripada enam sekolah yang dimaksudkan antaranya ialah SK Nanga Kua, SK Nanga Pelugau, SK St Mark dan SK Nanga Tajam.

Mauh berharap, kerajaan dapat memberi perhatian lebih terhadap situasi sekolah ber-kenaan pada Rancangan Malaysia akan datang.

Himpun sejuta umat


Hasil daripada perhimpunan itu, 10 deklarasi telah diumumkan oleh jawatankuasa.

Jangkaan awal bahawa, perhimpunan tersebut tidak menarik ramai orang memang tepat.

Perkara yang baik seperti itu memang lah tak dapat sambutan, lain lah jika penganjur mengajak berdemo, sudah tentu akan menarik perhatian puak puak munafik seperti yang berlaku dlam demo bershit 2.0 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mawi, Ekin Teruja Nak Tahu Jantina Anak


Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani (Mawi) dan pasangannya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin mengakui tidak sabar untuk mengetahui jantina anak dalam kandungannya yang kini berusia kira-kira empat bulan.

Kata Ekin, setiap kali melakukan pemeriksaan terhadap kandungan tersebut dia berharap dapat mengetahui jantina bayi yang dikandungnya.

“Setiap kali buat pemeriksaan saya tak sabar untuk mengetahui jantina anak saya tetapi buat masa ini belum nampak apa-apa lagi kerana masih terlalu awal.

“Kalau boleh saya mahu bayi lelaki kerana adik beradik saya semua perempuan tetapi Mawi mahu anak perempuan kerana keluarga dia ramai lelaki.

“Namun apa pun jantina sebenarnya kami tidak kisah kerana yang penting dia sihat,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Gempak Astro di sini, Rabu lalu.

Menurut Ekin, tiga bulan pertama usia kandungan, dia dijaga rapi oleh keluarganya di Johor Baru.

“Saya balik Johor Baru selepas mengetahui saya mengandung kerana di sana ada ibu yang boleh tengok saya sepanjang masa.

“Tiga bulan pertama adalah masa yang paling sukar bagi kandungan, lagi pula saya sudah dua kali keguguran menjadikan saya lebih risau dan paranoid,” katanya.

Bercerita pengalaman mengandung selama empat bulan, Ekin berkata dia tidak mengalami sebarang alahan, malah tidak pernah mengidamkan sesuatu.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan mudah setakat ini. Saya tidak mengalami apa-apa alahan dan tidak mengidam apa-apa seperti segelintir orang.

“Tapi saya lebih banyak makan berbanding biasa sehingga berat badang bertambah enam kilogram berbanding sebelum ini,” katanya.

Tambah Ekin, sejak hamil dia mendapat layanan istimewa daripada suami dan ahli keluarga yang lain.

“Saya selalu lupa yang saya mengandung dan buat semua perkara yang biasa saya lakukan tapi Mawi selalu tegur supaya lebih berhati-hati,” ujarnya.

Masalah Jantung, Latiff Ibrahim Perlu RM120,000


 

Latiff Ibrahim bakal tampil dengan album baru.

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal tahun 80-an iaitu Latiff Ibrahim, 60, sedang mengumpul wang berjumlah RM120,000 untuk menjalani rawatan memulihkan jantungnya yang lemah.

Menurut Latiff, walaupun telah lama menjalani pembedahan dia masih perlu hidup dengan bergantung kepada ubat-ubatan.

“Alhamdulillah kerana saya dikurniakan kesihatan yang baik dan doktor tidak menghalang saya daripada aktif dalam karier seni.

“Sejak akhir-akhir ini, saya semakin banyak mendapat jemputan membuat persembahan lebih-lebih lagi saya perlu berusaha untuk mengumpul dana mengubati penyakit jantung ini,” katanya ketika majlis sidang media program hiburan Inilah… di Hotel Hilton di sini, Rabu lalu.

Pada bulan lalu, Latiff baru dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana tekanan darah rendah selain mengidap paru-paru berair.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana undangan nyanyian yang diterimanya tidak pernah putus sejak Hari Raya Aidilfitri lalu selepas keluar dari IJN.

Dalam perkembangan lain, Latiff turut merangka untuk tampil dengan album baru hasil kolaborasi dengan Datuk Ahmad Nawab dan Datuk Captain Gulzar Mohamad.

“Saya akan membuat kemunculan semula selepas 20 tahun tidak menghasilkan album penuh. Semuanya bermula selepas Captain Gulzar meminta saya membuat album baru kerana saya dan dia berkenalan kira-kira enam tahun lalu.

“Album ini akan menampilkan 10 lagu yang memuatkan lagu baru dan lagu lama saya seperti Sabar Menanti dan lagu-lagu nyanyian Broery Marantika. Bagaimanapun, semuanya masih dalam perbincangan dan belum boleh diperkatakan lebih lanjut,” ujarnya lagi.