Kelantan perlukan 2 billion untuk dapatkan air yang bersih kata Idham Lim


Idham Lim seterus Mujahid Yusof sekali lagi merepek meraban tentang isu air di Kelantan dengan menyatakan rakyat Kelantan perlu memilih akidah bersih daripada air bersih. Mazhab mana yang Idham Lim dapat?

 

Selain itu jika benarlah isu air tersebut, saya kira cara yang paling baik untuk menyelesaiakn kemelut itu ialah mengembalikan wang royalti yang menjadi hak rakyat dan Kerajaan Kelantan. Dengan jumlah wang yang mengarah kepada 2 billion runggit itu saya yakin masalah air dapat diselesaikan dengan segera.

Tambahan pula tawaran air bersih yang dikemukakan Awang Adek jauh lebih kecil nilainya dengan tawaran akidah bersih yang selama ini dikecapi oleh rakyat Kelantan selama 20 tahun PAS memerintah.

Jika rakyat memilih air bersih artinya dia menolak akidah bersih yang jauh lebih tinggi nilainya, dan saya fikir orang Kelantan tidak “sebodoh” Awang Adek dan Umno

 

Idham Lim fahamkah bahawa sebagai pemerintah , adalah menjadi kewajipan pihak pemerintah menyediakan segala kemudahan kepada rakyat.

Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pegawai Kerajaan Negeri Selangor termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya melaksanakan amanah yang diberikan dengan jujur bagi kemudahan dan keadilan rakyat.

Anwar sendiri dalam blognya menyatakan kewajipan kerajaan melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.  Apakah cukup dengan mengajar agama sebulan sekali oleh Nik Aziz sudah dikira cukup untuk menunaikan amanah dan tanggung jawab sebagai pemimpin.

Pendedahan Mingguan Malaysia berhubung data rasmi Panduan Industri Air Malaysia (PIAM) 2011 mengenai Kelantan menduduki tempat paling bawah mendapat bekalan air bersih sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko mendapat reaksi kurang menyenangkan di kalangan orang ramai.

Nik Aziz hairan bagaimana laporan 2011 boleh didedahkan kepada awam dan Pas menuduh Utusan mengaja memburukkan nama baik Kelantan, lantaran Nik Aziz menunjukkan tahap e coli dalam bekalan air di Kelantan lebih baik berbanding negeri-negeri lain.  Daripada mana pula fakta yang diperolehi oleh Nik Aziz?

Kenyataan Nik Aziz menuduh Utusan mengada-adakan berita, tetapi Nik Aziz harus ingat bahwa berita tersebut adalah ditulis oleh rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan juga lah yang menyuarakan masalah mereka, bukan orang luar.

[1] Nik Aziz berkata, berdasarkan lampiran surat yang dihantar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada 30 Oktober lalu, Kelantan mencatatkan kandungan bakteria E-Coli yang terdapat dalam air terawat hanya sebanyak 0.88 peratus. –

[2] Mursyidul Am PAS itu turut hairan dengan data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2012.

Lihat dua kenyataan di atas, [1] dan [2]. di atas Nik mendedahkan fakta yang diperolehinya dan di [2]beliau hairan bagaimana fakta Utusan Malaysia perolehi.

TM pun hairan, jika laporan dikeluarkan pada Jun 2012 bagaimana pula dengan laporan Nik Aziz yang menyatakan dia menerima laporan pada 30 Oktober 2011.

So, siapa yang berbohong?

 

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s