Orang Pas rembat bantuan wang RM 100.


Najib telah mengumumkan pemberian wang bantuan persekolahan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak RM 100 seorang murid.

Jika ibubapa yang mempunyai seorangan pelajar, pemberian RM 100 tidak membawa makna besar bagi mereka. tetapi pertemuan TM dengan beberapa ibu bapa yang mempunyai empat, lima  dan tujuh orang, mereka berasa sangat berterima kasih kepada pemberian tersebut.

Bagaimanapun orang Pas yang mengutuk bajet Najib , kononnya bajet pilihanraya pun dengan muka tak malu datang ke sekolah-sekolah untuk mengambil wang tersebut.

Tadi TM mendapat maklumat bahawa  Ustaz Osman Noh, bekas tentera dan imam masjid Kampung Expo yang kuat mengutuk kerajaan pun ambil duit tersebut, dia mewakilkan isterinya untuk mengambil wang tersebut.

Wah! Boleh pulak. tak malu kah terima wang daripada kerajaan yang memerintah secara zalim dan menipu rakyat. Tidak kah wang yang diperoleh oleh kerajaan zalim itu sah dari segi ugama menurut Pas. Kalau sumber wang kerajaan zalim datang dari sumber haram maka orang Pas tak layak menerima wang tersebut.

Bahkan seorang pemimpin Pas pernah menjatuhkan hukum HARAM sebarang bentuk bantuan kerajaan BN.  Menurut kenyataan wang yang tidak dituntut dalam masa 14 hari, hendaklah dikembalikan kepada kerajaan.

Bayangkan sebuah sekolah yang mempunyai pelajar dari tahun 1 hingga tahun 5 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 4 semuanya layak menerima RM 100 seorang.

Jika sebuah sekolah mempunyai 1000 orang maka RM 100 ribu diperuntukkan . Itu baru satu sekolah. Bayangkan berapa banyak jumlahnya untuk  5.5 juta  pelajar yang layak ?

‘‘Ia akan diagihkan kepada 5,532,650 pelajar atau ibu bapa mereka yang terdiri daripada 5,061,574 pelajar sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) dan Maktab Sains Mara dan Maktab Tentera Diraja (32,238),” 

So, Kepada puak-puak pembangkang yang muka tak malu, kena sibuk datang ambil wang dan tengking-tengking guru-guru kerana lambat memberi wang, marah sebab kerana beratur naik pentas untuk menerima wang daripada Guru Besar.

Wahai ustaz OsmanNoh…..kembalikan wang tersebut….tak malu kah?

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: