PAS Larut cari publisiti murah


Pas' Vigil' sama bangang dengan ortodok coptic

Pas Larut berjaya mencari penduduk miskin dalam ladang kelapa sawit di kawasan Larut. Berdasar maklumat menunjukkan penduduk ini berada di kawasan Pondok Tanjung kerana kawasan tersebut sahajalah yang mempunyai landasan keretapi.

Zaman dahulu hutan-hutan simpan Pondok Tanjung adalah kawasan penyembunyian atau telah melarikan diri dari masyarakat. Terdapat kes sumbang mahram, kes bersekedudukan tanpa nikah di kawasan lain dan apabila menjadi buah mulut orang mereka melarikan diri ke kawasan hutan untuk mengelakkan diri dari menjadi cemuhan masyarakat.

Mereka terus terabai dan menyisihkan diri dari segala aktiviti masyarakat.  Baguslah Pemuda Pas Larut berjaya masuk hutan dan mencari mereka. Kalau betul niat nak membantu silakan,

Akan tetapi tak perlulah memburuk-burukkan nama BN dalam masalah ini. Kalau nak bantu silakan, tak payah cari publisiti murahan.

EKSKLUSIF PARLIMEN LARUT: Parit Inilah Kami Mandi, Membasuh Dan Buang Air Besar

Pilu dan sedih apabila melihat keluarga ini, jalan untuk sampai ke rumah ini jauh kedalam. kami menulusuri jalan kampung dan akhirnya memasuki kawasan ladang kelapa sawit. nun jauh disudut ladang tersebut bersebelahan dengan laluan keretapi (tanah rizab) tinggallah 10 orang anak beranak ini.
Ketua keluarga, En. Othman Hussin, 54 tahun. sudah 38 tahun menetap disini. beliau bersama isteri, anak dan juga 4 orang cucunya melalui kehidupan ini yang tidak tahu penghujungnya. krew Teratak Kampung bersama Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin meninjau bagi melihat keadaan keluarga ini dengan lebih dekat lagi.
En. Othman Hussin sudah tidak bekerja, dahulunya bekerja sebagai pengawal keselamatan. namun atas faktor kesihatan beliau terpaksa berhenti kerja. keluarga ini agak bernasib baik kerana ada lagi dua orang ahli keluarganya yang masih berkerja sebagai penjaga kebun limau berhampiran.
Keadaan sekitar rumah mereka amat menyedihkan, seumpama bermain pondok-pondok dizaman kecil. tetapi itulah realitinya kehidupan keluarga ini, hiba hati mengenangkan masih ada lagi kehidupan susah seperti ini sedangkan sudah 54 tahun negara mencapai kemerdekaan dan diwar-warkan sebagai negara maju.
Rumah ini tidak mempunyai bekalan air, oleh itu mereka terpaksa bergantung harap kepada air hujan dengan menadah besen di luar pondok, apabila air tersebut penuh. air itu dimasukkan pula kedalam tong-tong yang sedia ada. “macamana kalau nak mandi, basuh baju dan buang air” soal saya kepada En Othman. “tu…” Ya Allah terkejut sungguh. saya tak percaya dan menyoal sekali lagi. “takkan di situ pakcik?”. soal saya bersungguh-sungguh. “ye la… di parit ni lah kami mandi, basuh baju dan buang air besar”. “kan xdak dinding pakcik?, camner nak buang air besar”. soal saya lagi. “nak buat macamana…. itu jerr yang termampu”.
Sayu sungguh melihat keluarga ini, menurut En Othman. selama 38 tahun beliau duduk disini, beliau tidak pernah menerima sebarang bantuan atau sumbangan dari mana-mana pihak sedangkan menurut beberapa orang kampung, rumah tok ketua tak jauh pun dari situ.
Melihat 4 orang cucunya, terdetik bagaimanakah masa depan mereka. cucu sulungnya iaitu Rohayati, 13 tahun sudah tidak bersekolah kerana masalah kewangan. adiknya pula iaitu Durani 10 tahun seorang pelajar yang cerdik. mendapat tempat ke 5 dalam peperiksaan. sayu hati apabila mendengar beliau membaca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. pelajar yang bijak seperti ini terabai kerana masalah kewangan. Durani juga difahamkan mengajar kakaknya tulisan dan ejaan Jawi.
Bekalan elektrik juga tidak ada di rumah ini, untuk memasak pula mereka terpaksa memasak di luar rumah. Sekiranya hujan barulah dapur gas digunakan untuk memasak. selain itu kawasan rumah tersebut selalu dilanda banjir.

 

Keadaan Luar Pondok yang didiami
Keadaan pondok dari jauh
Merenung masa depan
Ustaz Mohd Akmal melihat tong-tong yang telah diisi air hujan
inilah tong @ besen yang digunakan untuk menadah air hujan
keadaan dalam pondok
tempat tidur
Inilah parit yang digunakan untuk mandi, membasuh dan juga membuang air besar
dapur memasak
Adik Rohayati, 13 tahun yang sudah tidak bersekolah
Ustaz Mohd Akmal melihat keadaan ‘tandas’
bergambar kenangan bersama adik Durani, 10 tah
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s