Pengundi muda penentu BN


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengundi yang berusia antara 21 dan 35 tahun merupakan penentu kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang kerana mereka merupakan kumpulan terbesar dalam siri PRU kali ini.

Justeru beliau berkata, bagi memastikan faktor calon boleh menang menjadi syarat utama BN, maka mereka yang akan dipilih hendaklah di kalangan yang dapat diterima oleh generasi muda.

Katanya, sehubungan itu, tidak salah sekiranya keaktifan mereka dalam menggunakan media sosial bagi tujuan berhubung dengan rakyat terutama pengundi muda dianggap sebagai satu bonus untuk terpilih mewakili BN.

“Jika mereka aktif dalam bidang ini, akan ada markah bonus barangkali. Kita kumpulkan markah bonusnya kerana kita mahu calon boleh menang menjadi wakil BN serta diterima oleh generasi baru.

“Ini kerana generasi baru ini akan menjadi penentu kepada kejayaan PRU13. Umur antara 21 dan 35 tahun merupakan kumpulan terbesar dan sesiapa yang memenangi hati dan fikiran mereka akan menang pada PRU berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Pengerusi konvensyen, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin serta 2,000 pengamal media sosial seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyifatkan pengamal-pengamal media sosial sebagai tentera-tentera BN yang mempunyai peranan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih tepat.

Beliau berkata, selain itu, ia juga berfungsi sebagai satu cara untuk memperbetulkan persepsi rakyat ekoran terlalu banyak kekeliruan yang sering ditimbulkan oleh pihak pembangkang melalui media sosial serta alam maya.

“Misalnya, kita wujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu 1Malaysia untuk bantu rakyat. Mereka (pembangkang) kata kita menipu kononnya harga barangan tidak semurah seperti yang kita nyatakan.

“Di sini pengamal-pengamal media sosial boleh keluarkan iPad, BlackBerry, iPhone atau komputer riba masing-masing untuk kita nyatakan kebenaran. Kita mesti terangkan kepada rakyat agar rakyat tidak terkeliru dengan tuduhan pihak pembangkang,” katanya.

Najib berkata, hakikatnya ada dua jenis propaganda yang harus diambil perhatian serius oleh semua pihak termasuk pengamal media sosial.

Katanya, pertama, sekiranya pembangkang gagal memesongkan fikiran, mereka akan bertindak untuk mengelirukan rakyat dan perkara itu menjadi prinsip kepada propaganda mereka.

“Kedua, sesuatu yang tidak benar kepalsuannya (tetapi) jika diulang banyak kali, akhirnya ia akan diterima sebagai kebenaran. Atas asas itu kita perlu bertindak.

“Sekiranya kita (pengamal media sosial) berdiri pasif dan tidak menerangkan apa kebaikan, tidak bela kerajaan dan dasar kita, tidak berani menyerang pembangkang, maka kita akan kalah. Jangan pandang rendah pada kuasa media sosial,” katanya.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab pengamal media sosial untuk memperbetulkan segala kepalsuan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang selama ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: