Yong Teck Lee kena Pau oleh Harris Salleh


Berita hangat hari ini ialah Mahkamah Tinggi Borneo di Kota Kinabalu mengarahkan Presiden Parti Progresif Sabah Datuk Yong Teck Lee membayar ganti rugi RM 1 juta kerana memburukkan beliau dalam isu nahas kapal terbang yang membunuh Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain pada tahun 1976

Majlis Penerangan Isu semasa


Majlis Penerangan dan Dailog Isu Semasa mlm ini 28/2 jam 9pm diatas Restoran Belanga (Sek 7 Worldwide). Pemceramah : Sdr Lokman Noor bin Adam. BB Pin 2959AE97

Pas akan terus membisu dalam isu Israel


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Yusof Hussein dlm wawancara dgn UMNO-Online percaya bukan setakat sehari, seminggu atau sebulan, malah Majlis Syura Ulama Pas akan terus berdiam diri dlm isu Anwar sokong Israel krn Pas kini sudah dikuasai pemimpin Pas pro Anwar & DAP.

Badrul Amin beri keterangan pada JAIP


Badrulamin Bahron hadir di pejabat JAIP untuk beri keterangan berhubung siasatan kes khalwatnya; wanita yang ditangkap bersamanya turut hadir

Andrea Guardini Itali cipta hatrik


Andrea Guardini dari Farnese Vini Selle Italia mencipta hatrik selepas memenangi peringkat 4 LTdL 2012 Batu Pahat-Muar sejauh 169.4km

PAS toghut dan assobiyah


Abdullah Sa‘amah (Pengasas Pondok Geting, Tumpat) menjadi tumpuan gara-gara keberanian beliau menegur kepimpinan Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Baru-baru ini, Abdullah dengan lantang menyatakan berdosa memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bagaimana Ustaz melihat alasan Pas bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk menang PRU13?

ABDULLAH: Kalau kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, menolong Pas duduk depan seperti UMNO, saya boleh terima.
Kalau Pas duduk depan maknanya majoriti kerusi Parlimen dalam tangan Pas dan Pas yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti UMNO. Tetapi, kita tengok selepas pilihan raya umum lalu, nampaknya wakil rakyat DAP bertambah-tambah sedangkan wakil rakyat Pas semakin berkurang.

Maksud ustaz kerjasama Pas dengan DAP dan PKR ini lebih menguntungkan orang bukan Islam?

ABDULLAH: Ya, lebih menguntungkan orang bukan Islam dan menghancurkan orang Islam, bukan setakat tak untung, hancur, hancur lebur kita.

Nik Aziz pernah kata sedia menerima Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu asalkan Islam?

ABDULLAH: Kalau Islam walaupun bukan Melayu saya pun terima. Tetapi, adakah DAP Islam? Anwar Ibrahim pula Islam apa? Dengan perangai dia, masalah undang-undang dan isu Israel? Bagi saya, Anwar sudah rosak Islam. Dari segi Islam, tak layak jadi pemimpin. Fahaman pluralisme yang disokongnya juga akan menghancurkan Islam.

Kenapa agaknya pemimpin Pas terus memberi sokongan kepada Anwar?

ABDULLAH: Inilah masalah Pas. Mengikut hukum syariat wajib Pas keluar daripada pakatan. Tetapi Nik Aziz pandai kacau, loyar buruk, dia ratib konon UMNO perjuangkan kebangsaan, UMNO tolak Islam.
Kalau Pas tak bersatu dengan UMNO pun, Pas kena undur daripada pakatan. Wajib dari segi agama, ketua parti Pas ini bawa Pas keluar daripada pakatan.

Najib akan buat pengumuman penting untuk kakitangan awam


DS Najib dijangka buat pengumuman ‘yang adil dan saksama’ mengenai perkhidmatan awam, termasuk isu SSM dan SBPA dalam masa terdekat: Presiden CUEPACS

Pakatan akan buat kacau di Kuantan


Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim, Dato’ Azizan MB Kedah, Nurul Izzah dan beberapa Pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan Check In di Swiss Garden, Sg Karang Kuantan pada 24 hingga 27 Febuari 2012 ni. Ini semua ada kaitannya dengan Himpunan Hijau oleh Save Malaysia yg Anti LYNAS pada 26 Febuari 2012 ni yg akan mengumpulkan 26,000 ribu org di Padang MPK depan Masjid Negeri. Ini adalah agenda Pakatan Rakyat utk menawan Pahang.

Saifudin dan skandal pasir di Selangor


1. Saya menyokong gesaan agar Saifudin Nasution tampil menjwb pertanyaan samada beliau ada terlibat dlm memberi surat sokongan kpd sykt-sykt bagi memperolehi kerja-kerja pasir di Selangor.(Ruj: Anuar Shaari, Utusan 18 Feb 2012). 2. Saifudin adalah seorg s/u agong PKR, jadi kita hairan bagaimana desas-desus Saifudin memberikan surat sokongan bagi memperolehi kerja di Selangor sdgkan Saifudin tidak ada apa-apa jawatan eksekutif di Selangor.
3. Saifudin perlu tampil menjwb krn ini melibatkan soal intergriti, sesuatu yg diperjuangkan oleh mrk. Melainkan saifudin bersetuju beliau mmg ada memberikan surat sokongan tsb, tidak perlulah beliau tampil menjelaskan kemelut pasir yg melibatkan negeri Selangor ini.
TQ-Zamil Ibrahim

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia makin panas


Blog jendelamy.blogspot hari ini menulis isu Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia,

Terima kasih atas perhatian tuan punya blog. Namun penjelasan sebenar mengenai konsep konvensyen boleh di dapati dalam. Myvo1ce.com dan pemunya harta intelik yang telah dicilok atau ciplak itu dalam http://www.1Agenda.org.my

Memang pun tujuan murni adalah untuk membantu penggiat media maya tetapi nampaknya ia sudah menjadi haru dengan kehadiran parasite yang cuba menghisap darah seperti parasite yang berumah dalam organ tumpang

Ceramah JATI Dr Hasan Ali


Roadshow Bersatu lah Umat untuk Selamatkan AQIDAH bersama Dato Dr Hasan Ali, malam ini 19 Feb, Ahad 9 mlm . Jln Dagang 2, Taman Dagang Fasa 3, Taman Dagang, Ampang. Mak lampir terus dikemenyan Datuk Hasan ! Jom !

Ceramah kemunafikan Pakatan Haprak


Ceramah Bongkar malam ini 17/2 jam 9 mlm di Dewan Orang Ramai Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.Penceramah : Lokman Adam dan Dato’ Hisham Bin Mat Sahat. 28C19305

Tim Ketua pengarang Agenda Daily meninggal dunia hari ini


AL FATIHAH datuk badrul hisham abdul aziz, timbalan ketua pengarang agendadaily, bekas MP hulu langat, bekas wartawan utusan, meninggal dunia sebentar tadi di hospital serdang, jenayah akan dibawa pulang ke rumahnya Mutiara Bangi sebelum Maghrib….

Dr Hasan Ali akan dedahkan kejahatan parasite PAS malam ini


Roadshow Dato Dr Hasan Ali malam ini, 17 Feb, Jumaat, 8 30 malam, – JALAN WANGSA 2, BUKIT ANTARABANGSA, AMPANG. Adun Bukit AntaraBangsa panas bontot malam ini yob ! Jom tengok.

Ceramah Perdana Politik Semasa di Kamunting Sabtu ini


CERAMAH PERDANA MENGUPAS ISU ISU SEMASA DARI SUDUT AGAMA ,18/02/2012 (SABTU) JAM 9.00 MALAM ,TEMPAT DI PERKARANGAN KETUA CAWANGAN KG KURNIA JAYA ,EN CHE LIAS BIN CHE MAT (PENCERAMAH USTAZ KAMAL SAIDIN ) TUAN TUAN PUAN DI JEMPUT HADZIR BERAMAI RAMAI .

NIK AZIZ : SUDAH TERHANTUK, BARU NAK TERNGADAH ! PAS PULA, DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPAK !


1. Bagai sudah ditebak, Pemimpin Syura PAS Nik Aziz Nik Mat muncul untuk menyanggah Anwar Ibrahim kerana perjuangkan ‘sovereignty’ iaitu kedaulatan dan keselamatan Israel.
2. Begitulah tebiatnya pemimpin yang ‘mempolitikkan Islam’ yang Sudah Terhantuk, Baru Nak Terngadah. 
3. Sekadar suruh Anwar Ibrahim menyaman The Wall Street Journal atau menarik balik kenyataan itu sudah tidak bermakna kerana tindakan Nik Aziz itu sudah lambat, lembap lagi ‘basi’ ! Kenyataan Nik Aziz sepatutnya dibuat 2 minggu lalu semasa isu itu masih hangat !
4. Seperti kebiasaannya, tindakan lembap Nik Aziz itu jelas terbukti bahawa beliau tidak pernah peka dengan suasana politik sekeliling, sudah nyanyuk dan tidak suka membaca surat khabar.
5. Kalau tidak pun, beliau ambil masa lama untuk menimbang ‘politically correct answer’ ataupun ‘jawapan politik paling tepat’ untuk menangkan semula hati ahli-ahli PAS yang anti-Anwar dan pro-Hassan Ali.
6. Hakikatnya, PAS dalam keadaan ‘Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak’.
7. Sesungguhnya, untuk PRU13 ini kantung PAS semakin kering lagi kosong.
8. Senario ‘Kantung PAS Kosong’ itu akan memaksa PAS merayu juga kepada Yahudi-Zionis akhirnya, kalau bukan melalui Anwar tetapi melalui DAP yang juga terang-terangan agen PAP Singapura (ahli rangkaian bersekutu Yahudi-Zionis Antarabangsa).
9. Oleh itu, Tolak Anwar, Tolak Nik Aziz ! Cekut Harun Din untuk bekerjasama !
10. Nik Aziz sudah ternyata pemimpin Islam yang perlu digulingkan segera berdasarkan 30 himpunan kenyataan beliau dalam Akulah Nik Aziz Nik Mat di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.180757891966948.37397.100000982161032&type=3.
FERIZ OMAR
FB : Feriz Omar T: @FerizOmar
BB: 269FEB7

Pas lega dengan isu dakwat kekal


Jeritan dan tangisan Pas mendesak SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal sudah pun menjadi kenyataan.

Sekarang Pas cuba merisik apakah warna dan jenis atau jenama dakwat tersebut.

Tujuannya sama seperti dahulu, iaitu untuk mencalitkan kepada orang-orang kampung supaya tak boleh keluar mengundi.

Dahulu Pas mengutip kad pengenalan orang tua di kampung-kampung dan cuba menghalang mereka dari keluar mengundi dengan pelbagai cara.

Ada yang kata pilihanraya ditangguh atau ditunda. Ada yang membuat kacau di jalan-jalan kampung supaya orang kampung takut untuk keluar.

Pilihanraya akan datang apa pula perancangan jahat Pas?

Nik Aziz buat Anwar ketar dagu dan lutut


KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan
tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram
Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan
gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan
rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim
tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua
peradaban manusia.
Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh
dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak
penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi
bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab
yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara
haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang
sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik
antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan
dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato’
Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di
Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah
atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis
Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil
tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi
membersihkan nama beliau.

Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H

Pas terperangkap dalam Hari Valentine


Pemuda Pas sudah terlajak cakap dalam isu sambutan hari kekasih atau Valentine day dan cuba mengheret Umno bersama.

DPPM Riduan Mohd Nor menyalahkan kerajaan yang kononnya cuba mempromosikan hari tersebut.

Tantawi telah terlajak cakap dengan cubaan menghalalkan hari valentine seperti mana Pas menghalalkan Vigil.

Bila Umno diam. Pas panas bontot dan malu besar. Wahai Pas, Umno tak pernah ambil kisah dengan valentine dan vigil.

Hari kekasih disambut oleh bukan islam dan akhir ini telah di komersialkan oleh pasaraya dan hotel untuk melariskan perniagaan mereka.

Apa kes Pas nak kaitkan dengan Umno? Pas nak usung lilin, usung laa tak ada siapa larang, nak sambut hari kekasih pun sambut lah . Siapa Umno nak halang perbuatan Pas?

Parti Pas sememangnya sesat


PAS Pusat terus panas telinga dengan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Ahmad Said yang melabelkan Pas sesat.

Memang betul apa yang disebut oleh Ahmad Said, Pas sesat kerana terdapat fatwa dan fahaman yang caca merba.

Ada fahama sunnah, wahabi, syiah dan sebagainya. Nik Aziz juga banyak meniru fahaman-fahama sesat dari pemerintah Islam yang lapuk seperti baiah Pas. Sesiapa yang meninggalkan Pas bererti jatuh talak terhadap isteri atau pasangan mereka.

Ada juga golongan Pas yang solat beralaskan batu karbala di dahi mereka sewaktu sujud. Ada yang menyambut hari Zainab AlKubra dan sebagainya.

Pas beri amaran kepada Ahmad Said supaya menarik balik kata-katanya dan dalam masa yang sama Mohd Nor Hamzah Adun Bukit Payung melabelkan Umno sebagai United Musyrik National Organization.

Jelas Pas berperangai keanak-anakka,. Mereka saja boleh mengkritik orang lain dan orang lain tak boleh kritik mereka.

Perangai kanak-kanak Pas menyebabkan ramai ahli Pas menangis dan merajuk seperti anak lembu.

Previous Older Entries