Nik Aziz buat Anwar ketar dagu dan lutut


KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan
tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram
Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan
gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan
rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim
tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua
peradaban manusia.
Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh
dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak
penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi
bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab
yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara
haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang
sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik
antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan
dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato’
Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di
Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah
atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis
Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil
tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi
membersihkan nama beliau.

Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: