NIK AZIZ : SUDAH TERHANTUK, BARU NAK TERNGADAH ! PAS PULA, DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPAK !


1. Bagai sudah ditebak, Pemimpin Syura PAS Nik Aziz Nik Mat muncul untuk menyanggah Anwar Ibrahim kerana perjuangkan ‘sovereignty’ iaitu kedaulatan dan keselamatan Israel.
2. Begitulah tebiatnya pemimpin yang ‘mempolitikkan Islam’ yang Sudah Terhantuk, Baru Nak Terngadah. 
3. Sekadar suruh Anwar Ibrahim menyaman The Wall Street Journal atau menarik balik kenyataan itu sudah tidak bermakna kerana tindakan Nik Aziz itu sudah lambat, lembap lagi ‘basi’ ! Kenyataan Nik Aziz sepatutnya dibuat 2 minggu lalu semasa isu itu masih hangat !
4. Seperti kebiasaannya, tindakan lembap Nik Aziz itu jelas terbukti bahawa beliau tidak pernah peka dengan suasana politik sekeliling, sudah nyanyuk dan tidak suka membaca surat khabar.
5. Kalau tidak pun, beliau ambil masa lama untuk menimbang ‘politically correct answer’ ataupun ‘jawapan politik paling tepat’ untuk menangkan semula hati ahli-ahli PAS yang anti-Anwar dan pro-Hassan Ali.
6. Hakikatnya, PAS dalam keadaan ‘Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak’.
7. Sesungguhnya, untuk PRU13 ini kantung PAS semakin kering lagi kosong.
8. Senario ‘Kantung PAS Kosong’ itu akan memaksa PAS merayu juga kepada Yahudi-Zionis akhirnya, kalau bukan melalui Anwar tetapi melalui DAP yang juga terang-terangan agen PAP Singapura (ahli rangkaian bersekutu Yahudi-Zionis Antarabangsa).
9. Oleh itu, Tolak Anwar, Tolak Nik Aziz ! Cekut Harun Din untuk bekerjasama !
10. Nik Aziz sudah ternyata pemimpin Islam yang perlu digulingkan segera berdasarkan 30 himpunan kenyataan beliau dalam Akulah Nik Aziz Nik Mat di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.180757891966948.37397.100000982161032&type=3.
FERIZ OMAR
FB : Feriz Omar T: @FerizOmar
BB: 269FEB7

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s