PAS toghut dan assobiyah


Abdullah Sa‘amah (Pengasas Pondok Geting, Tumpat) menjadi tumpuan gara-gara keberanian beliau menegur kepimpinan Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Baru-baru ini, Abdullah dengan lantang menyatakan berdosa memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bagaimana Ustaz melihat alasan Pas bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk menang PRU13?

ABDULLAH: Kalau kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, menolong Pas duduk depan seperti UMNO, saya boleh terima.
Kalau Pas duduk depan maknanya majoriti kerusi Parlimen dalam tangan Pas dan Pas yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti UMNO. Tetapi, kita tengok selepas pilihan raya umum lalu, nampaknya wakil rakyat DAP bertambah-tambah sedangkan wakil rakyat Pas semakin berkurang.

Maksud ustaz kerjasama Pas dengan DAP dan PKR ini lebih menguntungkan orang bukan Islam?

ABDULLAH: Ya, lebih menguntungkan orang bukan Islam dan menghancurkan orang Islam, bukan setakat tak untung, hancur, hancur lebur kita.

Nik Aziz pernah kata sedia menerima Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu asalkan Islam?

ABDULLAH: Kalau Islam walaupun bukan Melayu saya pun terima. Tetapi, adakah DAP Islam? Anwar Ibrahim pula Islam apa? Dengan perangai dia, masalah undang-undang dan isu Israel? Bagi saya, Anwar sudah rosak Islam. Dari segi Islam, tak layak jadi pemimpin. Fahaman pluralisme yang disokongnya juga akan menghancurkan Islam.

Kenapa agaknya pemimpin Pas terus memberi sokongan kepada Anwar?

ABDULLAH: Inilah masalah Pas. Mengikut hukum syariat wajib Pas keluar daripada pakatan. Tetapi Nik Aziz pandai kacau, loyar buruk, dia ratib konon UMNO perjuangkan kebangsaan, UMNO tolak Islam.
Kalau Pas tak bersatu dengan UMNO pun, Pas kena undur daripada pakatan. Wajib dari segi agama, ketua parti Pas ini bawa Pas keluar daripada pakatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: